Madu Pokok Tualang
Assalamualaikum....
Berkongsi apa yang ada....sekadar informasi, moga bermanfaat......
LEBAH TUALANG (Apis dorsata) merupakan sejenis lebah madu bersaiz paling besar yang gemar membuat sarang di pokok tualang. Pokok Tualang (Koompassia excelsia) pula merupakan sejenis pokok saka tumbuh dihutan Malaysia dimana pokok ini tinggi dan didalam hutan serta mempunyai banyak dahan. Di Semenanjung Malaysia pokok tualang banyak terdapat di utara Semenanjung seperti di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang dan Terengganu sahaja. Lebah Tualang di panggil sebagai 'Giant Honey Bee' terdapat dikawasan Asia Tenggara sehingga ke kawasan India Selatan yang mempunyai iklim tropika. Lebah ini yang mempunyai saiz badan besar mampu terbang jauh untuk mencari makanan dan bersarang di tempat yang tinggi pada pokok tualang dihutan.
Pada kebiasaannya satu pokok boleh menempatkan di antara 50 hingga 60 sarang. Ada juga pokok yang memiliki lebih 100 sarang. Ia bergantung pada musim. Bila musim lawas, biasanya jumlah sarang tidak banyak. Tapi apabila musim lebat, memang tidak menang tangan dibuatnya. Saiz sarang juga berbeza-beza, biasanya panjangnya mencecah 1.2 meter (m) dan ada juga yang boleh memanjang sampai 1.8 m. Dianggarkan, satu sarang bersaiz 0.9 m boleh menempatkan 50,000 hingga 70,000 ekor lebah yang terdiri daripada lebah ratu, lebah jantan dan lebah betina.
Dalam kasta keluarga serangga himenoptera ini, lebah betina merupakan lebah pekerja yang keluar menghisap nektar daripada lebih 100 jenis debunga di sekitar hutan dan menyimpannya di pundi manisan. Ia kemudian dipindahkan ke sarang lebah, lebih tepatnya, dibawa ke indung madu. "Lebah betina" bertindak sebagai lebah pekerja manakala lebah jantan akan duduk di sarang untuk memastikan ratu lebah dapat bertelur.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Madu lebah asli yang berkualiti tinggi amat sukar ditemui terutama ketika zaman moden ini. Fakta tentang madu. Sejak turun temurun lagi, kita tahu bahawa madu merupakan antara penawar terbaik bagi pelbagai jenis penyakit, malah kehebatan madu turut dinyatakan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran dan melalui Rasulnya, Nabi Muhammad S.A.W. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis madu bergantung kepada jenis lebah dan tempat ia membiak sama ada bersarang atau dipelihara. Antara madu lebah yang begitu terkenal di negara ini adalah madu lebah tualang. Namun, jangan tertipu dek madu! kerana sekarang ni ramai orang suka mengambil kesempatan, yang mana mereka menjual madu lebah yang dicampur dengan bahan-bahan lain hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan terhadap pengguna.
Perkataan tualang, mungkin ramai yang keliru dengan makna TUALANG ini... sebenarnya ianya adalah spesis pokok tualang di dalam hutan nusantara, oleh kerana "lebah apis dorsata" suka ber'koloni' di dahan pokok yang sangat tinggi dengan ciri dahan pokok yang licin (tidak mengelupas), tinggi, kuat dan besar jadi umumnya bagi pokok tersebut disebut dengan pokok tualang (walaupun nama sebenar pokok tersebut adalah pokok pulai, cempedak hutan, kedondong hutan, kapuk dan sebagainya yang mempunyai ciri yang sama dengan pokok tualang asli)...hasilnya tentu sekali sama iaitu MADU TUALANG kerana spesis lebah tersebut adalah sama iaitu APIS DORSATA yang tentunya nektar yang diambil adalah bunga-bunga hutan yang misteri dan berkhasiat... Keistimewaan dan khasiat madu lebah ini sangat tinggi kerana nektarnya terdiri dari pelbagai jenis bunga hutan alam nusantara (poliflora) sehingga komposisi gizi, rasa, warna dan aromanya lebih kompleks dan unggul dibanding madu lebah yang berasal dari lebah ternak yang bersumber dari satu jenis bunga tertentu sahaja (monoflora).
Perkataan tualang, mungkin ramai yang keliru dengan makna TUALANG ini... sebenarnya ianya adalah spesis pokok tualang di dalam hutan nusantara, oleh kerana "lebah apis dorsata" suka ber'koloni' di dahan pokok yang sangat tinggi dengan ciri dahan pokok yang licin (tidak mengelupas), tinggi, kuat dan besar jadi umumnya bagi pokok tersebut disebut dengan pokok tualang (walaupun nama sebenar pokok tersebut adalah pokok pulai, cempedak hutan, kedondong hutan, kapuk dan sebagainya yang mempunyai ciri yang sama dengan pokok tualang asli)...hasilnya tentu sekali sama iaitu MADU TUALANG kerana spesis lebah tersebut adalah sama iaitu APIS DORSATA yang tentunya nektar yang diambil adalah bunga-bunga hutan yang misteri dan berkhasiat... Keistimewaan dan khasiat madu lebah ini sangat tinggi kerana nektarnya terdiri dari pelbagai jenis bunga hutan alam nusantara (poliflora) sehingga komposisi gizi, rasa, warna dan aromanya lebih kompleks dan unggul dibanding madu lebah yang berasal dari lebah ternak yang bersumber dari satu jenis bunga tertentu sahaja (monoflora).
LEBAH TUALANG (Apis dorsata) merupakan sejenis lebah madu bersaiz paling besar yang gemar membuat sarang di pokok tualang. Pokok Tualang (Koompassia excelsia) pula merupakan sejenis pokok saka tumbuh dihutan Malaysia dimana pokok ini tinggi dan didalam hutan serta mempunyai banyak dahan. Di Semenanjung Malaysia pokok tualang banyak terdapat di utara Semenanjung seperti di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang dan Terengganu sahaja. Lebah Tualang di panggil sebagai 'Giant Honey Bee' terdapat dikawasan Asia Tenggara sehingga ke kawasan India Selatan yang mempunyai iklim tropika. Lebah ini yang mempunyai saiz badan besar mampu terbang jauh untuk mencari makanan dan bersarang di tempat yang tinggi pada pokok tualang dihutan.
Pada kebiasaannya satu pokok boleh menempatkan di antara 50 hingga 60 sarang. Ada juga pokok yang memiliki lebih 100 sarang. Ia bergantung pada musim. Bila musim lawas, biasanya jumlah sarang tidak banyak. Tapi apabila musim lebat, memang tidak menang tangan dibuatnya. Saiz sarang juga berbeza-beza, biasanya panjangnya mencecah 1.2 meter (m) dan ada juga yang boleh memanjang sampai 1.8 m. Dianggarkan, satu sarang bersaiz 0.9 m boleh menempatkan 50,000 hingga 70,000 ekor lebah yang terdiri daripada lebah ratu, lebah jantan dan lebah betina.
Dalam kasta keluarga serangga himenoptera ini, lebah betina merupakan lebah pekerja yang keluar menghisap nektar daripada lebih 100 jenis debunga di sekitar hutan dan menyimpannya di pundi manisan. Ia kemudian dipindahkan ke sarang lebah, lebih tepatnya, dibawa ke indung madu. "Lebah betina" bertindak sebagai lebah pekerja manakala lebah jantan akan duduk di sarang untuk memastikan ratu lebah dapat bertelur.
Madu Lebah Tualang menawarkan 2 jenis madu lebah asli hutan yang sangat berkualiti untuk keperluan penyembuhan dan pengubatan atau sebagai minuman harian yang sangat berkhasiat.
- Madu Lebah Asli Hutan Segar, di mana madu lebah dari hutan yang terus disaring dan dikemaskan dengan botol (mengandungi kadar peratus air 18%-22%).
- Madu Lebah Asli Hutan Segar Pekat, di mana madu lebah dari hutan yang terus disaring dan ditingkatkan kualitinya dengan mengurangi kadar air madu lebah sehingga sampai ke peringkat bebas peragian (yieast fermentation) iaitu 15%-17%.
Madu Tualang Vs Madu Ternak
NO
|
PERKARA
|
MADU TERNAK
| |
1
|
Jenis Lebah
|
Apis Dorsata
|
Apis Melifera & Apis Cerana
|
2
|
Nektar
|
Multiflora Misteri & 100% Organik Natural
|
Monoflora, Gula, Sirap,Fructose
|
3
|
Sifat Lebah
|
Agresif & Tidak Boleh Dipelihara
|
Dapat DiPelihara
|
4
|
Sarang
|
>10m Pokok Hutan, Tualang, Akasia, Kapuk dll.
|
Kotak Lebah
|
5
|
Antioksida
|
Lebih Tinggi dari Madu Ternak
|
Kurang Dari Madu Tualang
|
6
|
Rasa
|
Manis Agak Tajam & Menyengat
|
Hanya Manis
|
7
|
Kandungan
|
Bercampur Dengan 'Bee Pollen' & Propolis
|
Tidak Bercampur, tercemar Antibiotik & Pestisid/Racun
|
8
|
Kadar Air
|
22% - 24%
|
20% - 23%
|
9
|
Pasaran
|
~ 80% madu hutan adalah tiruan/palsu
|
~ 40% adalah tiruan/palsu
|
Ciri-ciri madu lebah tualang :-
(a) mempunyai agak gelap kehitaman kerana kandungan mineralnya seperti kuprum, zat besi dan magnesium yang tinggi dan jika disimpan lebih lama warna madu akan menjadi lebih gelap lagi;
(b) Madu yang masih baru mempunyai buih-buih yang halus berkumpul di permukaan dan setelah beberapa ketika buih-buih halus akan menyurut dan meninggalkan kesan buih di permukaan;
(c) Bau haruman madu agak kuat dan agak masam sedikit disebabkan oleh bau pati debunga hutan;
(d) Rasanya sedap dan agak kelat dan sedikit perit dan menyengat bila ditelan;
(e) sesiapa yang biasa meminum madu sendirinya dapat membezakan madu lebah yang asli dengan yang tiruan.Khasiat madu itu sendiri tersedia maklum oleh semua masyarakat di dunia sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.
Mengikut Prof H.A. Schuette dari Jabatan Kimia, Universiti Wisconsin mendapati madu yang bewarna gelap mengandungi kandungan zat kuprum, zat besi dan manganese yang lebih tinggi. Madu juga kaya dengan vitamin dan zat galian penting membabitkan vitamin A dan B kompleks, C dan E juga zat galian termasuk kalsium, fosforus, sulfur, karbon, magnesium dan sebagainya.
salm tuan,
mohon share info ini..
www.putra2u.com
warna madu xboleh diguna pakai utk membezakan keaslian madu tualang. warna bergantung pada bunga nektar yang si bee kutip.. saya sendiri pernah collect 4 jenis warna madu tualang pada satu pokok dan pada waktu yg sama dituai. kalau ada yang asli dan telah mendapat sijil keaslian makmal. boleh wassap saya ke 0164359659..maaf sambil menegur promo sekali.. hehe terima kasih..