Didik anak soleh/soleha melalui teladan Rasulullah
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Semua ibu bapa mengharapkan anak mereka menjadi anak yang soleh dan soleha. Ibu bapa mana yang tidak tersenyum bangga bila anak-anak mereka mempunyai akhlak yang sangat baik. Saya sebagai seorang ibu setiap hari sentiasa mendoakan agar anak2 saya menjadi anak2 yang soleh. Namun dengan berdoa aje tidak cukup...banyak perkara boleh kita lakukan dalam usaha mendidik anak-anak ini. Kita yang mencorak mereka untuk jadi apa yang terbaik. Anak-anak ini umpama kain putih yang menanti masa untuk dicorakkan. Ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membentuk peribadi dan tingkah laku mereka sejak kecil. Cara didikan yang betul akan membentuk anak menjadi manusia yang berdisiplin dan berakhlak.
Justeru, Ibu bapa memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dalam mendidik anak-anak. Ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama. Terdapat pelbagai kaedah dalam mengajar anak-anak menjadi lebih berakhlak....antaranya mengajar mereka tentang akhlak melalui kisah-kisah teladan. Dan yang pasti kita sebagai ibu bapa mesti rajin bercerita, kebiasaannya mengajar anak lebih efektif dilakukan melalui penceritaan. Ianya sangat mudah difahami dan anak akan dengan mudah menangkapnya dan terus melekat kuat di dalam kotak fikirannya. Pada usia kecil, setiap informasi yang masuk, baik melalui pendengaran, penglihatan, maupun perasaannya akan sangat berpengaruh terhadap karakter dan mentalnya hingga ia dewasa. Maka di sinilah kita sebagai ibu bapa mesti memilih seorang "role-model" yang boleh diteladani untuk dijadikan bahan penceritaan. Sebagai seorang Islam contoh teladan yang terbaik adalah Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia lengkap dan tepat tentang pelbagai ilmu pengetahuan.
Memberikan pengajaran akhlak melalui kisah-kisah teladan akan sangat bermanfaat bagi perkembangan keperibadian anak. Cara ini lebih menarik berbanding menyuruh atau menegah tanpa disertakan sebab musababnya. Kisah-kisah tersebut akan membangkitkan keinginan dalam jiwa si anak secara alami untuk meniru dan meneladani ikon yang dijadikan "role-model" ini. Misalnya tentang kisah-kisah kedermawanan, kekhusyukan beribadah, keikhlasan beramal, kecintaan kepada Allah dan Rasulullah, kesederhanaan, berbakti kepada orangtua, dan seumpamanya.
Cuba kita lihat...anak-anak muslim zaman sekarang yang begitu senang menonton dan mendengar tentang kisah-kisah keburukan yang tidak mengandung hikmah positif. Misalnya melalui TV, anak-anak dipertontonkan dengan cerita-cerita kartun, drama-drama bersiri yang banyak mengandungi unsur-unsur negatif yang mana tidak banyak memberi moral baik yang dapat membentuk akhlak yang murni. Perlu diingat setiap apa yang dipertontonkan kepada anak akan memberi impak besar dalam otak anak-anak. Mereka akan mengingat dan meniru aksi-aksi negatif itu dengan lebih mudah. Inilah yang dinamakan Pembelajaran Masa Lampau (PML), kalau yang dilihat baik maka baik jadinya, begitu jugalah sebaliknya. Kalau setiap hari anak-anak dihadapkan dengan perilaku ibu dan bapa yang tidak sopan, maka itulah yang dipelajarinya tanpa kita sedari. Jadi bagaimana kita sebagai ibu bapa dapat membentuk satu perkembangan keperibadian dan akhlaknya yang baik kelak. Ianya akan menjadi lebih sukar!

Bertitik tolak dari situlah, ibu bapa mesti memainkan peranan dalam memberi input positif bagi perkembangan keperibadian anak. Ada pelbagai input positif yang perlu kita berikan untuk membentuk PML yang positif?
Melalui bahan bacaan yang positif berupa kisah-kisah keteladanan para rasul, nabi, sahabat, ulama, dan orang-orang soleh menjadi medium yang sangat tepat untuk dipupuk dalam jiwa anak-anak. Akan lebih berkesan lagi jika diperkuatkan lagi dengan kaedah pengajaran secara tontonan/lakonan semula dan penerapan, misalnya dibacakan secara langsung, dibuat drama singkat, atau diberikan sesuatu tugasan rumah untuk dilakukan sesuai dengan moral cerita yang terdapat di dalam suatu kisah teladan tertentu.
- Dengan memberi GANJARAN kepada setiap perkara positif (baik) yang dilakukan oleh anak kita. Misalnya; memberi kata-kata pujian, kata-kata perangsang, memberikan perhatian dan pengiktirafan kepada perkara-perkara baik yang anak-anak lakukan serta memberitahu mereka penghargaan kita. Dan sekali-sekali berikanlah ganjaran berbentuk hadiah.
- Mengenakan denda selepas sesuatu kesilapan@perbuatan akan mengurangkan kebarangkalian perbuatan itu diulangi.
- Ibu bapa harus sedar bahawa kelakuan baik bukan berlaku secara spontan tetapi memerlukan usaha berterusan secara terancang.
- Anak-anak perlu diberitahu apa yang baik dan buruk. Mereka tidak sepatutnya dibiarkan membuat sesuka hati.
- Larang anak daripada melakukan sesuatu perkara negatif dengan tegas. Anak-anak akan tahu sekiranya sesuatu itu benar-benar dilarang oleh ibu bapa mereka atau sekadar di mulut sahaja.
Melalui bahan bacaan yang positif berupa kisah-kisah keteladanan para rasul, nabi, sahabat, ulama, dan orang-orang soleh menjadi medium yang sangat tepat untuk dipupuk dalam jiwa anak-anak. Akan lebih berkesan lagi jika diperkuatkan lagi dengan kaedah pengajaran secara tontonan/lakonan semula dan penerapan, misalnya dibacakan secara langsung, dibuat drama singkat, atau diberikan sesuatu tugasan rumah untuk dilakukan sesuai dengan moral cerita yang terdapat di dalam suatu kisah teladan tertentu.
Paling tidak, ada dua hikmah dari pelajaran yang diambil dari kisah-kisah tersebut. Pertama, agar ikut mencontoh keteladanan berupa akhlakul karimah yang membawa manfaat dan pahala dari Allah SWT. Kedua, menjauhi hal-hal buruk berupa perbuatan dosa dan kesalahan yang dilarang Allah SWT. Pada akhirnya, akan menciptakan seorang anak dengan keperibadian yang lebih mudah membawa atau pun membentuk mereka ke jalan takwa. Bekalan teladan baik yang diperolehi ketika mereka masih kanak-kanak sangat penting untuk menjadikan mereka seorang mukmin yang baik. InsyaAllah.
2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain.
3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.
4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau.
6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.
7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
Wallahu'Alam bissawab.
Cara -cara menjadikan anak soleh dan solehah
1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain.
3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.
4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
- Selalu membaca Al-Quran di rumah
- Membiasakan solat-solat sunat di rumah
- Hidupkan budaya memberi salam
- Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.