F

Mengenali Piramid makanan

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Untuk info kesihatan.... kita akan melihat panduan pemakanan terbaik melalui piramid makanan. Ketahui jenis makanan yang perlu dilebihkan dan dikurangkan. Kita selalu terdengar tentang diet yang seimbang perlu untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Tetapi, bagaimanakah yang dikatakan sebagai diet seimbang? Piramid makanan dapat memberi panduan tentang diet seimbang ini.

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari. Ia digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat. Dengan Piramid Makanan ini ianya memberi satu panduan mudah bagi individu mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah sajian yang disarankan.

Beberapa fakta nutrisi yang perlu kita ketahui:- 

  • Protein membina otot-otot. Badan kita tidak boleh menyimpan protein, oleh itu kita perlu mengambil protein didalam diet setiap hari. Sumber-sumber protein adalah produk tenusu, daging, ikan, telur dan kekacang. Karbohidrat memberikan tenaga, iaitu "petrol" kepada badan anda. 
  • Sumber-sumber karbohidrat adalah pasta, nasi, roti, kentang, buah-buahan, sayuran dan bubur nasi. 
  • Lemak adalah sumber tenaga yang penting dan membantuk badan kita menyerap vitamin tertentu. Kanak-kanak perlukan lebih lemak daripada orang dewasa kerana proses tumbesaran mereka dan mereka lebih aktif daripada orang dewasa. Ada lemak yang baik dan juga sebaliknya. Oleh itu, apabila menyediakan makanan untuk anak anda, gunalah minyak zaitun atau minyak biji anggur.
  • Mineral sangat penting untuk saraf dan otot berfungsi dengan baik.Mineral-mineral yang perlu adalah: Zink – terdapat di dalam susu, daging, roti dan produk bijirin. Kalsium – terdapat di dalam produk tenusu dan sayuran hijau. Besi – terdapat di dalam kebanyakan makanan seperti daging, hati dan sayuran hijau. Walaupun ia terdapat dikebanyakan makanan, bukanlah mudah untuk kanak-kanak mendapatkan zat besi yang cukup. Anda boleh memberikan anak anda bijirin yang kaya dengan zat besi untuk menampung keperluan zat ini pada anak anda. Zat besi amat mudah meresap ke dalam badan dengan hadirnya vitamin C, oleh itu tambahkan buah-buahan sitrus ke dalam bijirin anak anda.
  • Vitamin penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan kesihatan umum. Vitamin A – penting untuk kesihatan mata. Terdapat di dalam mentega, marjerin, ikan, hati, telur dan susu. Terdapat juga di dalam buah-buahan sitrus, beri, kentang dan juga sayuran. Vitamin ini juga terdapat di dalam ikan salmon dan juga minyak masakan.
Panduan ini telah dihasilkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan

ARAS 1
Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Setiap hidangan makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, roti, mi, mihun, biskut, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, ubi keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2
Aras 2 Piramid Makanan mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah makanan di aras ini dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

ARAS 3
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya seperti tauhu dan tempe, kacang dhal dan kacang merah.

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4
Lemak, minyak, coklat, gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

0 Responses

Sahabat2ku.......