5 May 2013 - Rakyat Malaysia MEMILIH!
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Esok 5 May 2013, adalah tarikh penting bagi SAYA (birthday) dan MALAYSIA (PRU13), moga semuanya berjalan lancar. Ketepikan dulu pasal birthday...... PRU13, ianya berlaku lima tahun sekali, jadi rakyat Malaysia yang layak mengundi TUNAIkanlah kewajipan anda sebagai rakyat. Undian kita yang bakal menentukan masa depan negara. Pilihan kita yang bakal mencorakkan negara Malaysia ke arah negara yang aman dan makmur. Jadi buatlah pilihan yang tepat dan pilihlah calon yang betul-betul layak untuk menjadi pemimpin dalam tempoh lima tahun akan datang. Entah kenapa.....PRU13 ni, membuat hati saya berasa amat bimbang....tak tahu kenapa? Cuma apa yang pasti...... PRU13 ini memang sangat2 sengit...... namun pilihlah calon dengan tepat dan pasti, jangan memilih dengan perasaan benci tetapi dengan hati yang lapang kerana pilihan kita akan banyak memberi impak yang begitu besar pada negara kita.
- Undilah demi kesejahteraan dan keselesaan kita dan anak-anak kita di masa depan.
- Jagalah adap@akhlak kita.... bersopan-santun, berbudi-bahasa dan saling membantu biarpun kita berbeza fahaman politik.
- Jangan membeza-bezakan orang berdasarkan apa yg dia pegang dan yakini.
- Jadilah rakyat yg matang dan bijak dalam MEMILIH.
SELAMAT MENGUNDI SEMUA! (Jangan lupa bawa IC yer....)
7 LANGKAH PENGUNDIAN