F

Didik anak dengan betul

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Sesuatu yang boleh saya kongsikan bersama....dalam mendidik anak2, ibu bapa memang mesti banyak bersabar. Orang kata mendidik anak2 skrg tak sama dengan mendidik anak masa dulu....tapi pada saya cara org dulu mendidik anak2 mereka amat2 saya kagumi dan akui memang berkesan. Contohnya saya sendiri mak abah saya memang garang, kadang2 nak tanya itu ini pun takut, tapi kami adik beradik amat menghormati mereka, malah kami tak berani nak membantah kata2 abah terutamanya, kalau hitam hitam lah kalau putih katanya putih lah. Tapi saya sendiri merasakan bahawa apa yang saya dapat dari abah dan mak banyak memberikan kebaikan kepada saya dalam menghadapi situasi sekarang ini. Saya menjadi lebih mandiri dan jati diri saya amat kuat, tak cengeng lah kata orang bila menghadapi masalah atau menerima ujian dari Allah SWT. Kerana itulah saya amat berterima kasih pada abah dan mak kerana mereka saya jadi seperti diri saya sekarang! Terima kasih abah dan mak!

Apa pun pada saya mendidik anak memang memerlukan banyak kesabaran dan ILMU....setiap hari kita mesti menimba ilmu dalam apa jua, tambahan pula pendidikan anak2 masa kini memang banyak cabaran....dengan pelbagai kemudahan IT yang serba canggih, telekomunikasi yang bergaya dan berjaya, apa pun kita mesti lebih bijak dari anak2 kita. Jangan hanya mendengar apa yang diceritakan oleh anak2 kepada kita, tetapi kita juga kena lebih advance menyampai cerita pada mereka, biar anak2 mengkagumi kita sebagai ibu bapa mereka. Ini tidak anak2 lebih menjadikan artis2 tempatan dan barat sebagai idola mereka....sebut aje nama2 artis semua tahu....ermmmmm...kalau saya dengar anak2 saya cerita pasal Justin Bieber ler, Selena Gomez ler...dan macam2 artis lagi...saya akan menarik mereka ke satu cerita yang lebih baik lagi...saya akan menyampuk sambil menegur mereka (sambil2 tu nasihat2kanlah mereka Smiley), daripada cerita tentang artis2 lagi baik kenali ilmuan2 Islam seperti Abu Abdullah Muhammad bin Battutah(Ibnu Batuta),  Syeikh Mohd Idris al-Marbawi, Abu Ali Al Husseyn Bin Abdullah Bin Hassan Ali Bin Sina (Ibnu Sina) dan banyak lagi tokoh2 ilmuan Islam. Biasanya anak2 saya akan terus terkedu dan senyap... itu adalah salah satu cara saya...dan macam2 lagi yang kita boleh lakukan kepada anak2 kita, kita yang mencorakkan mereka jangan sampai mereka yang mencorakkan kita sudah! Pada saya kalau nak dimarah dipukul atau apa saja, lakukan dari kecil lagi....jangan dah besar baru nak diajar, dimarah dipukul....bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebung, dah jadi buluh tak boleh buat apa dah...... masak lemang aje lah jawapnya....tak pandai jaga api rentung lah lemang...Smiley

Untuk renungan bersama......

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas.

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
0 Responses

Sahabat2ku.......