Susui si kecil selagi boleh!!
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah..... walaupun hari ni tak berapa nak sihat sikit, saya gagahi juga buat entri ni......hari nak buat entri pasal penyusuan Siti Khadijah Maisarah. 11 bulan dah berlalu, alhamdulillah saya berharap misi saya untuk menyusukan Khadijah selama 2 tahun akan termakbul....insyaAllah. Sehingga saat ini susu masih meriah lagi. Khadijah dah pandai makan makanan pejal walaupun tiada gigi lagi , tapi Khadijah kalau disuap tetap makan tak pernah menolak.
Sewaktu Keysha, saya cetek ilmu dalam proses penyusuan ini dan cepat sangat berputusa asa, sedih sangat!...Ermmm..... kalau diingatkan saya malu dengan diri saya sendiri..... Dari pengalaman saya, proses penyusuan anak2 memang berbeza, dari anak pertama, Nur Nadiah Natasya, ke Intan Balqis Shahira, Keysha Damia Zahirah dan hinggalah Siti Khadijah Maisarah...memang sangat2 ketara perbezaannya. Masa anak sulung, masih belum banyak pengalaman, tapi alhamdulillah penyusuan along berterusan selama 1 tahun, walaupun apabila umur 7 bln dah diberi susu formula. Begitu juga dengan angah sama juga...cuma bila Keysha lahir selepas 8 tahun lebih, saya hanya mampu menyusukan selama 2 bulan sahaja, susu memang kurang dan faktor cepat sangat berputus asa penyebab saya gagal menyusukan Keysha. Namun, alhamdulillah bila Siti Khadijah Maisarah lahir saya bertekad untuk menyusukan hingga 2 tahun....insyaAllah, moga dilancarkan segalanya. Malah berkat dari saya belajar dan mencari ilmu2 yang berkaitan tentang penyusuan ini, saya merasakan bahawa menyusukan Khadijah sangat lancar dan menyenangkan. Ini adalah kerana, pengalaman menjadikan kita matang!
Proses menyusukan anak ini memang lah satu proses yang sangat2 menguji kesabaran dan kebijaksanaan kita. Dari anak sulung hingga yang bongsu, saya rasa terlalu banyak pengalaman yang saya perolehi, especially semasa menyusukan Siti Khadijah Maisarah kerana masa ini, saya pun dah semakin matang dan sedikit berilmu....
Pengalaman saya tidak dapat menyusukan Keysha, membuatkan saya bertekad tidak sekali-kali berputus asa apabila susu merudum. Mana taknya bila saya melihat ipar duai pada masa itu, menyusukan bayinya....hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya pada ketika itu yang tidak dapat menyusukan Keysha. Saya hanya dapat memberikan susu formula. Sedih dan pilu dibuatnya.
Sekarang saya perhatikan ramai ibu di luar sana tidak mahu menyusukan anak mereka dengan susu mereka sendiri atas alasan yang tersendiri. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur. Malah anak buah saya pun lepas aje bersalin, seminggu kemudian terus memberikan susu formula untuk bayinya. Siap ambil ubat untuk mengeringkan susu. Ermmmm.....macam2 kerenah ibu2 zaman sekarang, yang ada susu tak nak menyusukan, yang tiada susu teringin nak menyusukan bayi, entahlah...apa2 pun susu ibu adalah yang terbaik.
Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan langkah pertama si ibu berjaya diteruskan atau tidak. Disebabkan kebanyakan ibu sekarang adalah ibu-ibu yang bekerjaya, masalah utama mereka ialah mampukah mereka meneruskan penyusuan apabila mereka kembali bekerja. Rata-rata ibu memilih penggunaan pam. Sama ada pam manual atau pun pam automatik. Saya sendiri tidak pernah menggunakan pam.....
Memang bayak cabaran bagi menyusukan bayi, memerlukan peruntukan masa dan mental yang betul....kalau tidak proses penyusuan akan menjadi gagal. Bagi menjayakan proses penyusuan ini, kita perlu berilmu, yakin fan gunakan teknik yang betul. InsyaAllah pasti berjaya! Saya juga menghadapi masalah (cabaran) yang sama. Antara nya:-
- Terasa seperti susu sudah tidak ada dan merasakan anak tidak kenyang menyusu. Sebenarnya selepas usia anak 6 bln kita dah boleh bagi anak makanan pejal yang lain, jadi suapkan aje anak dengan makanan yang berkhasiat dulu, kenyangkan perut dia dahulu kerana susu tidak lai menjadi menu utama si anak, jadi selepas itu susuilah anak itu.
- Badan sangat penat dan letih bahkan menyebabkan agak stress, mana taknya anak asyik nak berkepit aje dengan kita. Tetapi semua itu boleh diatasi, bagi anak minum susu setiap 2 jam, tetapkan jadual penyusuan, tambahan anak yg dah boleh makan makanan pejal lagi senang, suap aje mereka makanan, dah kenyang mereka tak merengek pun. Tapi untuk memastikan agar susu berjalan lancar tetap menyusukan bayi setiap 2 jam, jadi proses pengeluaran susu tetap berterusan.
- Jangan berfikir untuk bagi anak susu formula, apa juga cabaran mesti ditangani dengan baik, jangan cepat berputus asa, insyaAllah boleh.
Perkara-perkara yang boleh kita lakukan untuk diri kita bagi menjayakan poses penyusuan ini.
- Pastikan diri kita sentiasa sihat dan bersemangat
- Minum air dan susu lebih banyak.
- Makan banyak (yang berkhasiat).
- Doa dan Tawakkal
- Sabar
- Dan yang paling penting, Yakin dengan Fitrah Ilahi iaitu di dalam firman Allah di dalam surah Al Baqarah ayat 233 yang bermaksud:
“dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan Yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) Yang kamu mahu beri itu Dengan cara Yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua Yang kamu lakukan”.
Jadi para ibu dan bapa, usah risau. Kita cuba sedaya upaya dengan pelbagai ikhtiar dan doa, jika adanya rezeki, Alhamdulillah, tetapi janganlah bersedih kerana kalau tiada keupayaan kerana pasti ada hikmah daripadanya kerana itu adalah yang telah ditakdirkan Allah, menurut firman Allah di atas, saranan Allah itu bukanlah satu kewajipan, maka kerana itu Allah menyebut, “bagi mereka yang inginkan melengkapkan tempoh penyusuan”. Kepada ibu-ibu yang tidak mahu melengkapinya tiada mendatangkan dosa pun. Apa2 pun Selamat Mencuba!!! Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada anda juga!! Selamat meneruskan penyusuan bersama si kecil! Yakin BOLEH! insyaAllah.