RELAKTASI - Penyusuan semula
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Inilah Keysha Damia Zahirah, anak ke 3 sy....yg x mampu sy susui. Hanya menyusuinya selama 2 bulan shj. Kalau mengenangkannya, hiba hati saya...namun saya hanya ambil hikmah baiknya shj.
Semasa melahirkannya secara pembedahan kerana tali pusat "baby" berada di bawah, dktr tak mahu ambil risiko terus lakukan pembedahan pada 36 minggu. Alhamdulillah saya dan baby sihat-sihat shj.
Selepas 2 bulan bersalin, saya menghidap demam denggi dan dimasukkan ke ICU selama 2 minggu. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, saya sihat semula tetapi malangnya susu saya terus tiada. Saya berasa patah hati untuk terus menyusukan baby saya kerana baby saya tak mahu menyusu badan kerana selama 2 minggu dia dh terbiasa dengan susu botol yg diberikan semasa ketiadaan saya.
Mungkin kerana sikap saya yg cepat berputus asa pada ketika itu, dan ilmu yg agak kurang tentang relaktasi membantutkan proses relaktasi saya. Sebenarnya cabaran relaktasi ini bukanlah semudah ABC...ianya memerlukan banyak pengorbanan. Relaktsi ini memerlukan kita berilmu dan mempraktikkan ilmu. Saling berhubungkait. Saya mungkin dah terlambat kerana KEYSHA DAMIA ZAHIRAH dah pun berumur 2 thn 5 bln skrg..... Kini saya masih menyusukan adiknya, anak saya yang ke-4 yang kini berusia 9 bln. Alhamdulillah susu masih mewah lagi....insyaAllah saya bertekad untuk menyusukan Siti Khadijah Maisarah sehingga usianya 2 thn.
Keberjayaan relaktasi ini bergantung kepada diri kita, dan selain itu sokongan suami juga sangat perlu dalam menjayakan relaktasi ini........ Saranan mudah yg boleh dilakukan:-
* Ibu perlu yakin. Keyakinan yang sangat tinggi sangat diperlukan. Sekali ibu dah buat keputusan untuk relaktasi, jangan menoleh ke belakang, teruskanlah walaupun ianya mengambil masa dan agak mendugakan perasaan kita.
* Berjumpa,berhubung dengan kaunselor mahupun pakar laktasi untuk mendapatkan bantuan . Ia sangat penting agar anda terus bersemangat dan tidak patah semangat.
* Mengamalkan pengambilan suplemen mahupun ubat mestilah dari preskripsi doktor. Ia sangat penting kerana untuk anda tahu apa yang tubuh anda perlukan.
* Rutin memerah susu hendaklah dijaga dengan sedisiplin mungkin. Jika tidak anda akan putus asa. Biarlah dipertama kali tiada setitik pun namun tetap diteruskan juga. Konsistensi mengepam adalah setiap 3-4 jam dan 15-20 minit setiap payudara..Sentiasa tanam pada diri bahawa susu akan hadir, dan ibu tak perlu stress memikirkan berapa banyak yang akan keluar.
* Digalakkan mengambil makanan penambah susu untuk bantu lagi tingkatkan keyakinan anda. Namun anda tidak boleh bergantung 100% kepada makanan penambah susu, kerana jika rutin mengepam tidak dilakukan dengan konsisten, memang tidak akan mendatangkan hasil.
* Dan yg paling BERDOA sebanyak mungkin. Niatkan apa yang kita lakukan adalah untuk anak kita dan kebaikan masa hadapan mereka.
* Positifkan fikiran kita. Jangan fikir persepsi masyarakat yang memperlekeh usaha anda. Teruskan , sabar dan yakin boleh anda boleh melakukannya.
Mama syg Keysha.... |
Di bawah ini saya kongsikn artikel berkenaan relaktasi.... terima kasih kepada sahabat sy yg telah mengirimkan email kpd sy tentang artikel ini.....
Relaktasi ialah proses penyambungan semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama beberapa minggu atau bulan.
Relaktasi biasanya melibatkan 2 inisiatif:
1. Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu.
2. Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu formula)
Kenapa Mahu Relaktasi
Relaktasi tidak mudah.Walaubagaimanapun hampir 75% peratus ibu yang mencuba relaktasi mendapati ianyanya adalah pengalaman yang positif (samada berjaya eksklusif ataupun tidak). Secara keseluruhannya, relaktasi lebih mudah dijayakan sekiranya fokus ibu ialah kepuasan menyusukan anak sendiri dan mengetahui yang anaknya menerima khasiat susu ibu berbanding kemahuan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak.
Umur Bayi
Semakin muda bayi itu, semakin mudah proses relaktasi berlaku. Ini adalah kerana bayi perlu menghisap secara terus daripada payudara ibu sebagai syarat utama untuk penghasilan susu.
• Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung penyusuan
• Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk
• Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk berikutan applikasi penyusuan daripada susu ibu dan botol adalah berbeza
Berapa Lama Ianya Akan Berhasil?
Sebaik baiknya luangkan masa 2 minggu bersama bayi sepanjang proses relaktasi. Sebagai anggaran, jumlah masa yang akan diambil untuk memulakan semula penyusuan secara eksklusif ialah sama dengan masa yang telah diambil semasa penyusuan terhenti. Ramai daripada ibu yang relaktasi mengambil masa kurang daripada sebulan untuk mengembalikan bekalan susu mereka.Dalam kes saya, saya mengambil masa 2 minggu untuk memastikan saya menyediakan susu yang cukup untuk bekal bayi selama saya bekerja(18 oz untuk 10 jam) tanpa perlu ‘backup’ dengan susu formula.
Bagaimana Harus Saya Memulakannya?
• Dapatkan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah untuk sebarang konsultasi samada ibu dan bayi mengalami masalah lain (seperti keliru puting) bagi membantu proses relaktasi yang lancar
• Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan pengepaman serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk mengelakkan kes seperti puting luka.
• Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi
• Tawarkan (offer) payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi bayi selang 2 jam sekali
• Beri bayi menghisap secara terus selama 20 minit atau lebih pada satu payudara
• Tawarkan (offer)payudara sebelah lagi sekiranya bayi masih mahu menyusu
• Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit selepas menyusukan bayi
(Nota: Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu akan makin bertambah sekiranya payudara dikosongkan dengan berkesan)
• Ibu digalakkan mengepam 20 minit pada waktu malam (12 pagi – 6 pagi) selepas menyusukan bayi dimana produksi susu agak tinggi pada waktu itu
• Sekiranya bayi terlalu marah dengan pengeluaran susu yang lambat, berikannya 1 oz susu formula di dalam cawan kecil (untuk alas perut), dan cuba sambung dengan menawarkan payudara semula.
• Elakkan penggunaan puting palsu(pacifier) mahupun botol. Kerana payudara ibu memerlukan stimulasi yang secukupnya daripada bayi.
• Panduan : Sepanjang 2 minggu bersama bayi, susukannya secara terus di samping mengepam dimana susu yang dipam akan dibekukan sebagai stok semasa ibu memulakan bekerja nanti.
• Anggaran susu perahan yang perlu ditinggalkan : 10 jam = 12 oz – 18 oz (kuantiti mungkin berubah mengikut usia bayi dan masa meninggalkan bayi)
Pengamalan Kangaroo Care semasa proses relaktasi
• Bayi hanya dipakaikan lampin untuk memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan ibu di mana ibu juga berkeadaan bare chest
• Ibu mendukung bayi sebanyak mungkin (semasa menonton televisyen, membaca majalah mahupun tidur)
• Bagi membantu, bayi boleh dibawa didalam sehelai kain seperti pouch atau kain batik
• Tiada had waktu maksima untuk kangaroo care
• Selain daripada kebaikan kangaroo care seperti menstabilkan pernafasan, denyutan jantung dan suhu bayi, cara ini juga dapat menserasikan bayi dengan bau ibunya.
• Kangaroo care adalah ‘easy-access’ bayi kepada susu ibu dimana secara tidak langsung akan meningkatkan produksi susu ibu.
Bagaimana Ibu Mengekalkan Produksi Susu Selepas Mula Bekerja?
• Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) semasa di ofis
• Sentiasa bertenang
• Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
• Minum 8 gelas air sehari
Indikasi Cukupkah Susu Ibu?
Susu yang terhasil akan bergantung kepada :
• Keberkesanan penyusuan bayi tersebut seperti lekapan (latch-on) yang betul, masa yang diluangkan untuk setiap sesi, dan adakah bayi menolak mana mana sesi penyusuan
• Kekerapan stimulasi terhadap payudara ibu. Stimulasi dari pam membantu dalam peningkatan penghasilan susu walaubagaimanapun penyusuan terus daripada bayi lebih berkesan.
• Respon fizikal ibu terhadap stimulasi. Setiap ibu mempunyai kadar respon penghasilan susu yang berbeza beza walaubagaimanapun prinsip penghasilan susu tetap sama iaitu ‘supply and demand’
• Simpan rekod susu formula dan susu ibu yang diberikan sepanjang minggu dimana pemberian susu formula dikurangkan sedikit demi sedikit hari demi hari.
• Bayi yang mendapat cukup susu akan mempunyai sekurang kurangnya 6 lampin basah sehari.
• Najis bayi akan semakin cair, berwarna kuning cair dan semakin kurang berbau berkadaran dengan pertambahan jumlah susu ibu yang diminumnya.
• Berat dan panjang bayi stabil pada setiap kali lawatan klinik.
Alternatif lain?
Terdapat beberapa cara yang dipercayai boleh menambahkan produksi susu ibu. Walaubagaimanapun, suplemen suplemen ini hanya berkesan dengan penyusuan secara langsung dan pengepaman yang berkesan.
• Makanan penambah susu seperti pegaga, jantung pisang, lobak putih, oat, minuman horlicks.
• Suplemen herba seperti halba
• Perubatan moden seperti pil Domperidone dan Mortilium dibawah preskripsi doktor
• Penggunaan supplement nursing system (SNS) dimana susu formula dimasukkan dan tiub dilekatkan pada payudara ibu.
salam..
tanks for sharing info yang berguna cmni..tak semua ibu bertuah dapat susukan bayi..so dengan relaktasi peluang itu masih ada cuma perlukan semangat yang kuat, kesabaran dan milk booster agar relaktasi berjaya
http://vitaminpilihansemua.blogspot.com/
Alhamdulillah.... moga bermanfaat untuk semua...