F

Menziarahi Sahabat Lama....

Assalamualaikum....


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah....petang-petang macam ni dpt mengetik keyboard....Keysha dan Khadijah tidur kepenatan sangat.... sehari suntuk berada di luar rumah...pagi td bawa Khadijah pegi checkup 8 bln pas tu tergerak pula hati ni hendak mengunjungi sahabat lama....dah lama juga kami x berjumpa, semenjak bersalin Khadijah.

Entah kenapa hari ni hati begitu kuat untuk berkunjung ke rumah sahabat lama tu, sampai di sana rupanya beliau sakit, katanya kena "sihir". Kasihan sahabat, badannya kurus, tangan menggigil-gigil..... katanya bila kena seluruh badannya amat sakit dan menggigil2 kepanasan, sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Yang lebih kasihannya sahabat tu sedang hamil 6 bln.....Sahabat masih dalam rawatan lagi. Patutlah sangat Allah SWT menggerakkan hati untuk ke sana.... Moga sahabatku cepat sembuh...insyaAllah....

Moralnya: Rajin-rajinlah ziarah-menziarahi sahabat2 lama....kalau tak pun bertanya khabar melalui talipon ke, skrg ni mcm2 alatan komunikasi yang begitu canggih.

Terlanjur bercerita tentang SIHIR di bawah ni sy kongsikan artikel mengenainya.
والله أعلمُ بالـصـواب



DEFINISI SIHIR

Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang tidak dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.
Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.

Jenis-jenis sihir adalah :--Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan.

Tanda-tanda Terkena Sihir
  1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
  2. Badan terasa berat dan malas.
  3. Sukar mendapat jodoh.
  4. Badan terasa bisa-bisa.
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  6. Sukar tidur malam.
  7. Sakit pinggang tanpa sebab.
  8. Sakit dada bila waktu asar keatas.
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  11. Bermimpi di tempat tinggi.
  12. Bermimpi di tempat yang kotor.
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  15. Bayi kerap menangis.
  16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  18. Malas beribadat.
  19. Nyanyuk ketika usia lanjut.
  20. Panas baran.
  21. Sikap berubah secara mendadak.
  22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  23. Suka melakukan tabiat buruk.
  24. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  25. Kerap keguguran.
  26. Gagal melakukan hubungan kelamin.
  27. Mengantuk bila dengar al-quran.
  28. Bermimpi seram yang menakutkan.
  29. Darah haid turun lebih 15 hari.
  30. Batuk yang berpanjangan.
  31. Selalu ditindih ketika tidur.
  32. Kuat berangan.
  33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  34. Nafsu seksual yang melampau.
  35. Selalu melihat kelibat dirumah.
  36. Terasa diri selalu diperhatikan.
  37. Mandul.
  38. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  39. Melihat jin secara terus.Sakit mental atau gila.

SAKA
Definisi:Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.
Saka ialah satu amalan mewariskan jin secara turun temurun kepada salasilah keluarga dimana turunnya saka tersebut boleh secara upacara rasmi daripada usul ataupun secara automatik.Tanda-tanda orang itu bersaka ialah sakit ketika menziarahi orang meninggal,nyanyuk bila tua,terasa panas ditengkuk bila dibacakan ayat-ayat al quran,banyak penyakit genetik pada badan,boleh mengurut dan mengubat tanpa belajar,menerima amalan dari mimpi,menyimpan senjata-senjata lama seperti keris dan juga umur yang panjang serta liat menghadapi sakratul maut.

SANTAU
Tanda-tanda Terkena Santau:
Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
  1. Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
  2. Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
  3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
  4. Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.
  5. Lenguh seluruh anggota badan.
  6. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
  7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  8. Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
  9. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
  10. Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.
  11. Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
  12. Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
  13. Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.

Kesan-kesan Santau:
Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:
  1. Boleh membawa maut dengan izin Allah S.W.T.
  2. Hilang daya ingatan.
  3. Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
  4. Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
  5. Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
  6. Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.
  7. Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
  8. Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
  9. Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran. Berubatlah jika terdapat tanda-tanda di atas.

PERHATIAN:
Simptom terkena santau ialah perut terasa pedih,tekak terasa panas dan berpasir,sering bermimpi jatuh tempat tinggi,badan terasa miang gatal-gatal,batuk berpanjangan dan muntah darah dengan kerap.

GEJALA GANGGUAN JIN DAN KESANNYA KEPADA MANUSIA
Tanda-Tanda  Pada Waktu Tidur
  1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
  2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
  5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
  9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  13. Bermimpi melihat hantu.

Tanda-Tanda Pada Waktu Sedar Atau Jaga
  1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

Macam-Macam Gangguan Jin
  1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
  3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
  4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
  1. Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
  2. Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
  3. Surah Al-Baqarah 2 : 284-286


(Dipetik dari Anugerah Agung Spiritual Development Centre)





0 Responses

Sahabat2ku.......