F

Perlu tahu : Imunisasi untuk anak

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Khadijah dah pun disuntik untuk 1 tahun. Alhamdulillah anak2 tidak demam selepas mendapat suntikan. Khadijah kena suntik pun senyum ajePretty pink flower

Selain memberi perhatian kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan, imunisasi adalah satu cara utama untuk mencegah penyakit.

Kepentingan Imunisasi
Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapatmengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang seriusyang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian.

Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dankekal.Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Imunisasi juga dapatmengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahlikeluarga.Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik danwabak penyakit berjangkit.Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakitseperti polio, neonatal tetanus dan difteria. Imunisasi merupakan satu-satunya intervensi kesihatan yang kos-efektif.

Penyakit berjangkit adalah penyebab utama berlakunya kecacatan dan kematian dikalangan kanak-kanak. Imunisasi adalah cara yang efektif dalam mencegah danmengurangkan penyakit ini. Semua kanak-kanak berhak mendapat imunisasi yanglengkap. Dengan itu adalah penting untuk anggota kesihatan melengkapkan diri dengan pengetahuan terbaru mengenai perkembangan tentang imunisasi. Imunisasi adalah satu cara yang paling berkesan dalam mengawal penyakit-penyakit berjangkit seperti difteria, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), polio, tibi,hepatitis B, measles, mumps, rubella dan jangkitan meningitis Haemophilus influenzaetype b. Imunisasi merupakan satu proses pembentukan imuniti atau perlindungan kepada individu melalui penggunaan vaksin.

Saya share Jadual Imunisasi Bayi Yang Disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah
Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi merupakan penyakit berjangkityang boleh mengakibatkan morbiditi yang tinggi, mortaliti dan risiko samada penyakit itudapat dirawat atau tidak. Kebanyakan daripada penyakit-penyakit ini dapat dicegahmelalui imunisasi seperti penyakit tibi, measles (campak), mumps (beguk), rubella,pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), chicken pox (cacar), Japanese encephalitisdan lain-lain.Penyakit-penyakit berjangkit ini kerap menyerang kanak-kanak dan mempunyaikomplikasi yang serius berbanding penyakit-penyakit lain. Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan program ini bagi mencegah penyakit-penyakit tersebut.

Tibi (Tuberculosis) – Vaksin BCG

Tibi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria yang menjangkiti saluranpernafasan. Penyakit ini tersebar melalui titisan (melalui udara) semasa batuk atau bersinoleh orang yang dijangkiti penyakit tibi. Justeru itu, jangkitan ini boleh menjangkiti ahli-ahli keluarga lain yang tinggal serumah. Biasanya berlaku di kalangan penduduk miskindan mereka yang tinggal di kawasan sesak.Kebelakangan ini penyakit tibi telah meningkat disebabkan kemasukan pendatang asingdan juga meningkatnya kejadian jangkitan HIV. Komplikasi penyakit ini termasuk jangkitan kelenjar limfa (lymph node), radang selaput otak, radang paru-paru danserangan tibi pada organ-organ lain seperti usus, tulang dan sendi, paru-paru dan buahpinggang.

Hepatitis B – vaksin Hep B

Hepatitis B merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Hepatitis B.Penyakit ini dijangkiti dari seorang ke seorang yang lain melalui darah yang tercemarsecara pemindahan darah atau perkongsian jarum suntikan. Di antara tanda-tandanyaialah demam dan jaundis. Kesan penyakit ini adalah serius di mana ia bolehmengakibatkan jangkitan hati yang kronik, cirrhosis dan kanser hati. Program imunisasiHepatitis B bermula pada tahun 1989.

Difteria – vaksin DT, vaksin DTP
(kombinasi difteria, tetanus, pertussis)

Difteria adalah radang pada selaput hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh toksin(racun) yang dihasilkan oleh bakteria Difteria. Kesannya adalah bengkak pada saluranpernafasan yang mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat dan mungkinmenyebabkan kematian. Penyakit difteria boleh dirawat dengan antibiotik.

Adalah penting untuk diberikan antitoksin dengan segera bagi mengelakkan kerosakan berkekalan pada jantung dan sistem saraf atau kematian. Hanya dengan pemberianimunisasi sahaja dapat melindungi anak anda daripada penyakit difteria.

Pertussis (Batuk Kokol) – vaksin DTP
(kombinasi difteria, tetanus, pertussis)
Batuk kokol adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria pertussis yangmenjangkiti kerongkong dan saluran pernafasan. Akibatnya adalah batuk yang teruk dankerap muntah dan keadaan ini mungkin berlarutan sehingga 3 bulan walaupun mendapatrawatan yang sempurna. Kematian akibat daripada penyakit ini kerap berlaku di kalanganbayi berumur di bawah 6 bulan. Komplikasi pertussis yang teruk adalah sawan tarik,pendarahan dalam mata, kerosakan atau radang paru-paru dan kerosakan atau radangselaput otak (meningitis).

Tetanus (Kancing Gigi) – vaksin DTP
(kombinasi difteria, tetanus, pertussis),
vaksin T
Spora tetanus didapati di dalam tanah. Penyakit tetanus boleh berlaku apabila terdapatluka yang tercemar dengan spora tetanus. Tetanus juga tersebar melalui penggunaangunting dan peralatan lain yang tercemar dengan spora tetanus. Hanya imunisasi bolehmencegah penyakit ini.

Polio (Poliomyelitis)- vaksin OPV
(melalui mulut)
Polio disebabkan oleh virus Polio yang menyerang sistem saraf. Penyakit ini menularmelalui tangan, makanan dan air yang tercemar dengan najis dari orang yang dijangkitipenyakit polio. Jangkitan polio biasanya menyerang sistem saraf ke otot dan ini bolehmenyebabkan lumpuh. Kadangkala polio menyerang otot pernafasan yang menyebabkankesukaran bernafas dan ini boleh membawa kematian.

Penyakit Hib – vaksin Hib
Penyakit Hib disebabkan oleh bakteria Haemophilus influenzae type b. Di Malaysia 30% -50% kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang menghidap radang selaput otak(meningitis) adalah disebabkan penyakit Hib.

Penyakit ini juga boleh mengakibat kanak-kanak menderita keracunan darah (septisemia),radang paru-paru (pneumonia), radang sendi (septic arthritis), radang epiglotis, bengkakpada saluran pernafasan yang mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat dan bolehmenyebabkan kematian. Komplikasi lain seperti ketidakupayaan, pekak atau kerosakanotak yang kekal. Hampir 10% daripada kanak-kanak ini mati dan 30% lagi mengalamikecacatan otak yang kekal, buta, pekak, Cerebral Palsy dan masalah pembelajaran atautingkahlaku.Penyakit Hib dan Hepatitis B BUKANLAH satu penyakit yang sama. Vaksin pencegahHepatitis B adalah disebut vaksin Hepatitis B manakala vaksin penyakit Hib adalah disebutvaksin Hib.Penyakit Hib kerap berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Risiko jangkitan adalah paling tinggi di kalangan kanak-kanak berumur di bawah 1 tahun.Penyakit ini jarang berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas.Pergaulan rapat dengan kanak-kanak yang dijangkiti Hib meningkatkan risiko mendapatpenyakit Hib. Bakteria Hib disebarkan melalui titisan ketika bersin atau batuk oleh merekayang dijangkiti penyakit Hib. Penyakit ini juga boleh merebak melalui perkongsian barangpermainan yang dimasukkan ke dalam mulut.Walaupun bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya akan mendapat perlindungan daripadapenyakit Hib, imunisasi masih diperlukan untuk mendapatkan perlindungan yang maksima.

Measles (Campak) – vaksin Measles, vaksin MMR
(kombinasi measles,mumps, rubella)
Measles adalah penyakit yang disebabkan oleh virus Measles. Penyakit ini bolehmenjangkiti sesiapa sahaja. Pada amnya orang ramai melihat penyakit ini sebagai penyakityang tidak serius tetapi pada hakikatnya penyakit ini boleh mengakibatkan komplikasiyang teruk seperti radang paru-paru, jangkitan otak (encephalitis), sawan, jangkitantelinga yang boleh menyebabkan pekak, jangkitan pada mata dan jika tidak dirawat bolehmenyebabkan buta serta kematian. Kematian kerap berlaku di kalangan kanak-kanak

Beguk (Mumps) – vaksin MMR
(kombinasi measles, mumps, rubella)
Mumps disebabkan oleh virus Mumps. Tanda-tandanya adalah bengkak pada kelenjar airliur (parotid). Mumps adalah salah satu penyebab radang selaput otak. Pada kanak-kanaklelaki, mumps boleh menyebabkan radang buah zakar yang mana boleh mengakibatkankemandulan. Selain itu, mumps juga boleh mengakibatkan jangkitan otak dan pankreasserta pekak.

Rubella – vaksin MMR
(kombinasi measles, mumps, rubella)
Rubella adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Rubella. Penyakit inidianggap ringan tetapi kesannya pada ibu mengandung yang tidak pernah menerimaimunisasi rubella akan menjadi serius terutama sekali pada kandungan trimester pertamayang boleh mengakibatkan kecacatan bayi yang dikenali sebagai Congenital RubellaSyndrome. Ini termasuk katarak, buta, pekak, jantung berlubang, terencat tumbesarandan terencat akal.

Fakta Dan Salah Faham Mengenai Imunisasi : 
Salah faham mengenai imunisasi bukanlah perkara baru. Justeru itu, adalah penting bagikakitangan kesihatan berpengetahuan dan arif agar dapat mengatasi keraguan dan salahfaham yang timbul.

Imunisasi tidak berkesan :
Jika imunisasi tidak berkesan, maka negara kita akan menghadapi wabak pelbagai jenispenyakit berjangkit. Tidak semua individu mempunyai sistem daya tahan melawanpenyakit dan tidak ada cara terbaik untuk kita mengenalpasti individu tersebut. Makaadalah penting setiap individu diberi imunisasi lengkap supaya semua individu mendapatperlindungan sepenuhnya.

Anak saya tidak memerlukan imunisasi kerana penyakit berjangkit tidak selalu berlaku:
Tidak benar - Imunisasi adalah penting untuk mempastikan anak anda sihat. Masih lagiterdapat penyakit berjangkit di Malaysia.

Anak saya boleh dilindungi dari penyakit berjangkit dengan menjauhi diri mereka daripada kanak-kanak yang lain:
Adalah tidak wajar dan tidak digalakkan untuk mengasingkan anak anda. Sebenarnya bakteria/virus ini bukan hanya dibawa atau disebar oleh kanak-kanak bahkan juga orang dewasa. Contohnya, bakteria tetanus yang terdapat di dalam tanah juga dapat menjangkitikanak-kanak melalui luka ringan yang sekaligus menyebabkan risiko mendapat penyakittetanus.

Imunisasi adalah tidak selamat – risikonya lebih tinggi berbanding penyakit itu sendiri.
Tidak benar – Imunisasi adalah selamat. Kesemua vaksin telah diuji keberkesanan dankeselamatannya. Tahap kesan tindakbalas sampingan terhadap imunisasi telah diuji danpemantauan berterusan dijalankan walaupun vaksin itu telah diluluskan oleh pihak yangbertanggungjawab dan juga Kementerian Kesihatan. Telah sedia maklum kebanyakan imunisasi menimbulkan kesan sampingan yang ringan kepada kanak-kanak tetapi iniadalah jauh lebih baik daripada mendapat penyakit itu sendiri.

Soalan Yang Kerap Ditanya?

Apa Itu Imunisasi
Imunisasi adalah satu cara melindungi kanak-kanak daripada beberapa penyakit tertentusecara mudah, selamat dan berkesan. Ini dilakukan melalui pemberian vaksin bagipembentukan antibodi untuk membina daya ketahanan badan. Vaksin adalahvirus/bakteria yang mati atau dilemahkan dan diberikan secara suntikan atau melaluimulut.

Imuniti (daya tahan) boleh diperolehi melalui 2 cara:Aktif – Antibodi diperolehi hasil daripada jangkitan penyakit berkenaan.Pasif – Antibodi diperolehi melalui imunisasi

Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah Melalui Imunisasi

Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi adalah:

Tibi
Hepatitis B
Polio
Difteria
Pertussis (Batuk kokol)
TetanusMeasles (Campak)
Mumps (Beguk atau bengkak di belakang telinga hingga ke dagu)
Rubella
Penyakit Hib (Haemophilus influenza type b)
Komplikasi Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dicegah

Tibi (Tuberculosis): Tibi mengakibatkan radang paru-paru, radang selaput otak, jangkitanpada organ lain seperti usus, tulang, sendi serta buah pinggang dan boleh membawamaut.
Hepatitis B: Hepatitis B boleh menyebabkan penyakit hati kronik (chronicliver disease) dan kanser hati
Difteria: Difteria boleh mengakibatkan sukar bernafas, masalah jantung dan saraf.

Pertussis (batuk kokol): Pertussis menyebabkan radang paru-paru, epilepsidan boleh membawa maut.

Tetanus: Tetanus boleh mengakibatkan kekejangan otot yang membawakesakitan yang kuat, kesukaran bernafas dan boleh membawa maut.

Polio: Polio boleh menyebabkan lumpuh dan mengakibatkan ketidakupayaanfizikal atau kematian.

Penyakit Hib: Penyakit Hib boleh menyebabkan radang paru-paru, radangselaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglottis yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.
Measles (campak): Measles boleh mengakibatkan komplikasi seperti radangparu-paru, radang selaput otak (meningitis), radang otak (encephalitis),pekak, buta, cirit-birit dan kematian.
Mumps (beguk) mengakibatkan: radang otak (encephalitis), radang buahzakar (orchitis) yang boleh membawa kemandulan.

Rubella biasanya penyakit yang ringan bagi kanak-kanak dan dewasa tetapi Rubella pada ibu yang mengandung boleh mengakibatkan bayi dilahirkan cacat seperti katarak (buta), pekak, jantung berlubang, terencat tumbesarandan terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai Congenital RubellaSyndrome.
Mengapakah Anak Saya Perlu Diberi Imunisasi

Anak anda perlu diberi imunisasi untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi. Penyakit-penyakit ini boleh mengakibatkankomplikasi teruk dan membawa maut.

Bilakah Saya Perlu Membawa Anak Saya Untuk Imunisasi?
Bawalah anak anda untuk mendapatkan imunisasi mengikut Jadual Imunisasi BaruKementerian Kesihatan Malaysia. Adalah penting untuk melengkapkan imunisasi anak andamengikut jadual imunisasi baru

Adakah Terdapat Kesan Sampingan Imunisasi?

Imunisasi adalah SELAMAT. Kesan sampingan yang berlaku biasanya ringan dan tidak berbahaya berbanding jika dijangkiti atau mendapat komplikasinya

Kesan sampingan yang teruk seperti demam (lebih daripada 38ºC), ruam diseluruh badan dan sawan tarik jarang berlaku

Sekiranya terdapat tanda kesan sampingan bawalah anak anda ke klinik/hospital dengan segera.

Bolehkah Lebih Daripada Satu Imunisasi Diberi Dalam Satu Masa?
Ya, boleh. Lebih daripada satu imunisasi boleh diberi dengan selamat dalam masa yangsama. Imunisasi perlu diberi di tempat berlainan seperti kedua-dua paha atau bahu.

Bolehkah Imunisasi Diberikan Semasa Anak Saya Sakit
Imunisasi boleh diberikan kepada anak anda yang mengalami sakit ringan seperti demam, jangkitan telinga, batuk dan selsema.

Bolehkah Imunisasi Diberikan Jika Anak Saya Dilahirkan Pramatang?
Ya, anak anda boleh diberikan imunisasi mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan walaupun dilahirkan pramatang. (Credit info: KKM)

Di Malaysia, anak-anak gadis kita yang berumur 13 tahun  ke atas disarankan untuk mengambil imunisasi HPV. Jadual pemberian imunisasi HPV bergantung kepada jenis vaksin yang akan digunakan. Jika vaksin HPV bivalen digunakan maka sejumlah tiga dos akan diberikan kepada pesakit. Dos kedua diberikan sebulan selepas dos pertama, sementara dos ketiga diberikan lima bulan kemudian. Vaksin HPV tetravalen juga diberikan sebanyak tiga dos.  Dos kedua diberikan dua bulan selepas dos pertama dan dos ketiga pula diberikan empat bulan kemudian.

Sebelum vaksin diberikan, doktor haruslah terlebih dahulu memberikan penjelasan tentang bahaya penyakit, manfaat imunisasi serta kesan yang mungkin timbul setelah suntikan vaksin diberikan.

Perlu diingat, ibu bapa harus memaklumkan kepada doktor mengenai hal yang berkaitan kontraindikasi (penggunaan ubat tertentu yang memudaratkan pesakit) yang mungkin pernah berlaku sebelum imunisasi diberikan termasuklah sejarah penyakit anak, alahan terhadap neomisin, sejarah imunisasi sebelumnya dan rawatan yang sedang dilakukan. Perkara ini berguna bagi menjangka reaksi tubuh kanak-kanak selepas diberikan imunisasi.

Merangsang metabolisma badan


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jerebu masih lagi tinggi di area kediaman saya....  Bacaan IPU..... tapi dah sedikit menurun, dan area kediaman saya antara yang masih tinggi IPUnya.... Anak2 dah saya suruh ke sklh, dgn menggunakan topeng penutup mulut....insyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.  Entri ni dah lama simpan dalam draft..... la  ni baru sempat nak post....just utk  koleksi@peringatan sendiri dan tatapan pembaca....moga ada manfaat.


Apa yang kita makan setiap hari bukan saja menjadi membentuk badan secara fizikal malah menentukan masa depan kesihatan tulang jantung dan juga risiko mendapat diabetes ketika mencecah usia akhir 40-an. Bina piramid pemakanan anda terdiri daripada 40 peratus karbohidrat kompleks, 30 peratus protein dan 30 peratus lemak sihat. Disini disenaraikan beberapa cara untuk meningkatkan metabolisme badan.

1 - Jangan diet
Diet kesihatan lelaki bukan tentang makan kurang, tetapi tentang makan lebih - makanan gizi-padat lebih - untuk penuhkan kalori kosong dan membuat anda penuh sepanjang hari. Itu penting, kerana makanan menyekat akan membunuh metabolisme anda. Hal ini membuat tubuh anda berfikir, "Aku kelaparan di sini!" Dan tubuh anda merespon dengan melambatkan kadar metabolisme anda untuk berpegang pada menyimpan tenaga yang ada.

Yang lebih parah lagi, jika kekurangan makanan (crash diet bererti anda) terus, anda akan mula membakar jaringan otot, yang hanya memberi musuh anda iaitu lemak visceral, keuntungan lebih besar. Metabolisme anda akan turun lebih banyak, dan lemak terus untuk menuntut lebih ruang.

2 - Tidur lebih awal
Satu kajian di Finland melihat pasang kembar seiras dan mendapati bahawa setiap set saudara kandung, kembar yang tidur kurang dan berada di bawah tekanan lebih memiliki lemak visceral. Apa itu lemak visceral? 

Lemak visceral berbeza dari lemak tubuh lainnya (lemak subkutan-lemak di bawah kulit). Lemak Visceral , juga disebut lemak intra-abdomen, adalah lembaran lemak yang mengelilingi organ internal tubuh manusia yang ditunjukkan dalam ukuran ketebalannya. Sedangkan lemak subkutan berada di sisi lain, adalah lemak tubuh yang berada dekat dengan permukaan kulit dan dianggap kurang berbahaya, dan lebih sangat mudah dihilangkan daripada lemak visceral.

Visceral body fat adalah yang paling membahayakan kerana ia ‘sukar dilihat dengan mata kasar’. Pakar perubatan mengesyorkan tiada cara lain yang dapat menyingkirkan “visceral body fat“, melainkan melalui senaman secara berterusan sepanjang hayat. Siapa sangka, senaman seperti berjalan kaki di taman sebanyak 3 kali seminggu mampu mengatasi peningkatan jumlah “visceral body fat“.TAPI bila ckp mengenai senaman, ramai yg anggap ianya menyusahkan..so bagaimana? Tepuk dada tanya selera yer!!!

3 - Makan lebih protein
Pentingkan makanan kaya protein setiap kali mengambil makanan untuk mengekalkan rasa kenyang dan juga melawan perubahan mood yang boleh menimbulkan rasa lapar. Para penyelidik sekarang mengesyorkan jumlah antara 0.8 dan 1 gram per paun berat badan. Amalkan susu soya, tauhu dan kacang soya dalam pemakanan harian. Ia mengandungi oestrogen yang membantu menyeimbangkan perubahan hormon yang boleh menyebabkan kelaparan.

4 - Amalkan makan kekacang 
Makan antara makan tengah hari dan minum petang. Badam boleh merangsang kalsium yang diperlukan untuk pembentukan tulang dan vitamin E bagi mendapatkan kulit yang berkualiti dan cantik selain membantu mengawal berat badan.

5 - Mengamalkan pemakanan organik setakat yang mampu

6 - Bangunlah, berdiri
Dalam satu kajian mendapati bahawa tidak aktif (selama 4 jam atau lebih) menyebabkan 'shutdown' dalam enzim yang mengawal metabolisme lemak dan kolesterol. Untuk menjaga enzim ini aktif dan meningkatkan pembakaran lemak anda, pecahkan waktu lama 'downtime' dengan berdiri, contohnya ketika berbicara di telefon.

7 - Minum air sejuk
Penyelidik di Jerman mendapati bahawa minum 6 cawan air sejuk sehari (48 aun) dapat meningkatkan metabolisme istirehat sekitar 50 kalori setiap hari - cukup untuk membuang 5 paun dalam setahun.

8 - Makan pedas
Menambah cili atau mustard dalam makanan akan membantu membakar sehingga 12 peratus kalori. Ternyata bahawa capsicum, sebatian yang memberikan cili mulut-membakar, juga boleh meningkatkan metabolisme. Makan sekitar 1 sudu makan cabai merah atau hijau cincang meningkatkan pengeluaran panas tubuh anda dan aktiviti sistem saraf simpatik anda (bertanggung jawab untuk respon 'melawan-atau-mengalah' kita), menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutritional Science and Vitaminology.

9 - Isi perut waktu pagi
Makan sarapan pagi akan melompat-mula metabolisme dan menjaga tenaga yang tinggi sepanjang hari. Bukan kebetulan bahawa mereka yang melewatkan makan ini adalah 4 1/2 kali lebih cenderung menjadi gemuk. Dan makan pertama anda yang bersungguh adalah lebih baik. Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Epidemiology, sukarelawan yang mendapat 22-55 peratus dari jumlah keseluruhan kalori ketika sarapan pagi hanya menambah 1.7 paun purata selama 4 tahun. Mereka yang makan sifar hingga 11 peratus kalori mereka di pagi hari menambah hampir 3 paun.

10 - Minum kopi atau teh
Kafein adalah stimulasi sistem saraf pusat, dan  boleh meningkatkan metabolisme anda 5 hingga 8 peratus - sekitar 98-174 kalori per hari. Secangkir teh dapat meningkatkan metabolisme anda dengan 12 peratus, menurut satu kajian di Jepun. Para penyelidik percaya bahawa antioksidan catechin dalam teh menyediakan 'perangsang'. Lima cawan teh hijau sehari juga dipercayai merangsang metabolisme dan membakar 100 kalori sehari

11 - Perangi lemak dengan serat (fiber)
Serat boleh meningkatkan pembakaran lemak anda sebanyak 30 peratus. Kajian mendapati bahawa mereka yang makan paling banyak serat ialah yang paling sedikit berat dari masa ke masa. Sasarkan sekitar 25 gram sehari - dalam jumlah tiga hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran.

12 - Makanlah makanan yang kaya dengan zat besi
Zat besi sangat penting untuk membawa oksigen yang diperlukan oleh otot anda untuk membakar lemak.
Kerang, daging tanpa lemak, kacang-kacangan, bijirin, dan bayam merupakan sumber yang sangat baik. (Tapi adalah tidak hanya perlu bergantung dengan pengambilan supplement zat besi semata-mata kerana terlalu banyak yang telah dikaitkan dengan risiko lebih besar kepada penyakit jantung pada lelaki. Dapatkan mineral penting ini dalam dos yang lebih natural dari makanan yang sebenarnya.)

13 - Dapatkan lebih banyak Vitamin D
Vitamin D sangat penting untuk mengekalkan rangkaian otot metabolisme-meningkat. Dapatkan 90 peratus daripada nilai yang disarankan harian (400 IU) dalam menyediakan 3.5 aun salmon. Sumber lain yang bagus ialah tuna, susu dan bijirin yang dikuatkan, dan telur.

14 - Minum susu
Ada beberapa bukti bahawa kekurangan kalsium boleh melambatkan metabolisme. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kalsium dalam makanan tenusu seperti susu bebas lemak dan yogurt rendah lemak juga boleh mengurangkan penyerapan lemak dari makanan lain. Cuba minum susu dan makan telur semasa bersarapan; tuna, salmon, kekacang dan ayam untuk makan tengah hari; daging merah tipis atau produk berasaskan soya bagi makan malam.

15 - Makan tembikai 
Asid amino arginine, yang banyak dalam tembikai, boleh membantu mengurangkan berat badan, menurut satu kajian baru dalam Journal of Nutrition.

16 - Tetapkan terhidrasi
Semua reaksi kimia tubuh, termasuk metabolisme anda, bergantung pada air. Jika anda mengalami dehidrasi, anda mungkin akan membakar kalori sampai 2 peratus lebih sedikit, menurut para penyelidik di University of Utah yang memantau tahap metabolisme dari 10 orang dewasa ketika mereka minum jumlah yang berbeza-beza air dalam sehari. Dalam kajian tersebut, mereka yang minum sama ada lapan atau dua belas 8 aun gelas air sehari memiliki tingkat metabolisme yang lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai empat.

17 - Beri perhatian kepada makanan yang kaya dengn nutrisi dan jangan ‘bazirkan’ kalori anda untuk makanan yang tidak mampu merangsang nutrisi penting untuk badan.

18 - Tukar diet bebas lemak dan karbohidrat kepada diet sihat yang seimbang dengan mengawal peratusan makanan yang diambil.

19 - Bina otot
Gunakan Pemberat untuk membina otot kerana otot boleh meningkatkan metabolisme berbanding dengan lemak terutamanya ketika berehat. Senaman pemberat adalah contoh senaman yang boleh membina otot.

20 - Bersenam
Lapangkan masa untuk bersenam atau berjogging.

Jerebu : Panduan Kesihatan menghadapinya!

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jerebu semakin serious.... di tempat saya, Nilai (IPU) 177* (unhealthy) (LAPORAN BACAAN IPU SEHINGGA JAM 7.00 PAGI: 25/6/2013)
Just nak share panduan ini: moga bermanfaat

Saya lihat masih ramai lagi anak2 yang masih bermain di luar rumah dalam cuaca jerebu yang sebegini. Saya sendiri, arahkan anak2 saya tak ke sekolah....bukan apa cuaca tak mengizinkan, sekolah hanya akan ditutup jika indeks bacaaan IPU mencecah 250, jadi saya sendirilah kena bagi arahan kepada anak-anak. Lagipun 100 ipu pun dah tak sihat, ini kan pula dah cecah 177*...., jadi saya aje yang buat pengistiharan cuti utk anak2 sayaBouquet  yang penting kesihatan.  Ibubapa pastikanlah anak2 anda berada di dalam rumah, kurangkanlah aktiviti luar rumah yang boleh memudarat kesihatan anak dan diri kita sendiri. Diharap cuaca akan bertambah baik....insyaAllah.

Jerebu : Panduan Kesihatan Untuk Anda

Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu: Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
                          NILAI IPU STATUS
PETUNJUK:
API
Status
0-50
Baik / Good
51-100
Sederhana / Moderate
101-200
Tidak Sihat / Unhealthy
201-300
Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy
>301
Berbahaya / Hazardous

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit - asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung, alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
  • Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.
CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka. 
24-06-2013  (Credit info : Jerebu)

Air batu ada ke khasiatnya????

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Just wanna share this article....interesting, saya sendiri pun baru tahu....selama ni saya memang tak minum air batu....abah saya memang tak ajar dari kecil tapi bila baca artikel ni macam logik aje..... moga bermanfaat... Terima kasih kepada sahabat cyber (Garfield Jassmine) yang menghantar artikel ini ke dalam inbox email saya.... 

Fakta Khasiat Air Batu atau Air Sejuk

1. Membiasakan diri mengunyah air batu akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

2. Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

3. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

4. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

5. Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

6. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

7. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

8. Benarkan anak anda mengunyah air batu kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

9. Air batu amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

10. Air sejuk atau air batu kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.

11. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

12. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

13. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

14. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

15. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

16. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

17. Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

18. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

19. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan.

20. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

21. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

22. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

23. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

24. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

25. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

26. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

27. Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

28. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut.

Hari Lahir Suami tercinta!!!! Allah selamatkan Kamu, wahai suamiku....

Assalamualaikum....


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Hari ni jerebu di area Nilai, N9, agak serious. Anak2 saya suruh mereka cuti aje.... walaupun sekolah mereka tidak diminta untuk bercuti lagi.... yelah demi sebuah kesihatan, cuti aje lah....sebab di sklh anak2 saya memang ramai benar pelajar2nya yang batuk2, sesak nafas, muntah2 dan ada juga beberapa pelajar yang pengsan. Jadi saya tidak mahu ambil sebarang risiko, jadi along dan angah saya sendiri yang arahkan mereka bercutiEmbarrassed

Oh ya, la ni saya nak kongsi cerita sambutan besday untuk suami tercinta!!! Bulan June ni mmg bulan makan kek aje...Khadijah dan papanya berkongsi besday dalam bulan yang sama.... preparation seperti biasa anak dara dua orang tu yang buat....sayang along dan angah! Birthday Babies

Buat suami tercinta " Moga sentiasa dalam perlindungan Allah SWT..... diberikan kesihatan yang sihat, dan moga hari mu sentiasa ceria disamping isteri dan anak2 mu ini...... InsyaAllah!
Alhamdulillah....... Inilah yang anak-anak dara berdua tu siapkan utk papanya
Mee Kari....tgk tu siap periuk atas meja...hehehhe....
kek Red velvet.....
P/S: Terima kasih along dan angah.....mama sayang along dan angah.....

Birthday Khadijah yang pertama!


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah...hari ni memang ada masa sgt nak update blog.....Khadijah dah tido, Keysha dok asyik main handphone papanya....haaaa.....boleh layannnnn jap blog ni yg tak seberapa ni.....
Sebenarnya banyak title yang dibuat dlm draft, yg nak dikongsikan....tapi masa macam tak berapa nak mengizinkan utk saya menaip..... namun hari ni mudah sikit lah, just buat skit editing dlm draft aje......

Saya nak kongsikan sambutan ulangtahun kelahiran Siti Khadijah Maisarah yg PERTAMA!!!!
Bukanlah beriya sangat, just for fun.... along dan angah yg excited sangat.... 

Aktiviti semasa membeli kek....
Sambutannya sebelah malam..... very simple aje...... persiapan semuanya anak dara dua orang tu yang buat, mama dan papanya tgk aje....
Just 4 fun..... agar ank2 happy...mama papa pun happy! Yang penting kita Njoy!!!

Khadijah dah mula nak berjalan

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ermmm... dah lama tak buat posting.... adakalanya rasa macam banyak sangat masa, so boleh buat posting satu ke dua posting, tapi kalau tak ada masa rasanya nak jenguk blog pun payah sangat.... la ni mmg sibuk sangat.... si Khadijah yang sedang lasak.... panjat sana, panjat sini..... dah mula nak berjalan...... habis pinggan mangkuk di dapur di kemasnya....lucu tapi penat dok asyik mengemas....ambik itu, ditariknya ini, ambik ini ditariknya itu.... penat tapi menyeronokkan! Itulah dia perasaan seorang Ibu....Heart Shell 1

Oh ya bila bercakap pasal Khadijah dah mula nak berjalan...... pagi di hari lahirnya yang pertama....dia dah mula berdiri dan bertatih-tatih sendiri...... apa lagi menjeritlah si along dan si angah. Diaorg memang menunggu bila adiknya nak berjalan.... katanya dah berjalan tak payah dukung2 lagi.... hehehehe....

Biasanya Khadijah berjalan sambil ‘meniti’ (berpaut kepada sesuatu seperti meja, kerusi dan lain-lain), tapi bila kini dah mampu melepaskan kedua-dua tangannya!  Sebagai ibu, sudah pasti inilah antara saat-saat yang mengujakan kerana akhirnya anak mampu berjalan. Sebagai ibu ni macam-macam yg perlu diambil perhatian...... yalah dari perkara yang sekecil-kecilnya hingga yang perkara-perkara besar. Contohnya lepas kelahiran, kena pastikan anak boleh melihat ke tidak, anak boleh mendengar ke tidak, anak boleh menggenggam ke tidak dan macam-macam perkara yang perlu diperhatikan. Pendek kata sebagai ibu kita kena peka!. Mulai dari merangkak, duduk, melangkah berjalan sampai berlari. Proses belajar berjalan bayi adalah momen luar biasa. Latih mereka tanpa rasa jemu. Jangan lupa beri pujian atas usahanya untuk berjalan tanpa dibantu.

Tgklah tu....
Ni yang tak tahan....asyik dok memanjat aje!

Amboi.... boy ke girl ni?


Peranan kita sebagai ibu

Sebagai seorang ibu, memang banyak kerja yang kita perlu lakukan untuk memastikan pembesaran anak kita sempurna. Apabila bayi kita telah mula belajar berdiri, maka bantuan ibu amat diperlukan bagi melancarkan proses pembejarannya. Contohnya bila dah mula berdiri, dia akan memerlukan sedikit bantuan untuk belajar cara kembali duduk. Jika dia tersangkut dan memanggil anda, jangan hanya mengangkat dan mendudukkannya sahaja. Sebaliknya, tunjukkan cara bagaimana membengkokkan lututnya supaya dia boleh duduk tanpa terjatuh, dan biarkan dia mencubanya sendiri. Inilah proses-proses berterusan yang kita perlu ajar kepada mereka. 

Sebagi ibu kita boleh membantu anak kecil meningkatkan perkembangan kemahiran berjalan dalam dirinya.
  • Pastikan rumah anda selamat untuk mencegah anak daripada mendapat kecederaan pada sudut, tangga semasa mengajar anak kecil anak berjalan.
  • Walaupun anak kecil anda mula berdiri sendiri tanpa bantuan anda, dia tetap memerlukan bantuan anda untuk kembali duduk. Mungkin dia akan menangis. Jangan hanya memujuknya untuk meredakan tangisannya tetapi ajarlah dia cara yang betul untuk duduk. Berilah dia masa untuk mencuba sendiri.
  • Pastikan ada perabot untuk dia memegang supaya dapat bergerak sendiri dengan mudah.
  • Pegang tangannya kerana dia belajar untuk mengimbangi dirinya. Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan sambil memegang ke dua-dua tangannya. Anda boleh memegang tangannya sama ada anda berdiri atau melutut di hadapannya dan kemudian biakan dia berjalan ke arah anda seterusnya anda boleh melepaskan dia berjalan tanpa bantuan daripada anda lagi.
  • Berada berdekatan dengannya. Dia mungkin akan berjalan satu atau dua langkah sebelum mencari sokongan. Selepas mencuba sahaja, dia akan lebih yakin untuk berjalan banyak lagi untuk langkah demi langkah. Sebelum anak anda tahu berjalan dengan sempurna, anda pastinya akan ‘menangkap’ dia beberapa kali untuk mengelak dia jatuh.
  • Apabila anda mengajar anak kecil anda untuk berjalan, jangan menggunakan walker. Ia boleh mengundang risiko bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan. Oleh kerana walker bayi terlalu mudah digerakkan, ia akan menghalang otot paha anak anda berkembang dengan betul, jadi sesetengah pakar tidak menggalakkan penggunaannya. Saya sendiri tidak pernah menggunakan walker untuk keempat-empat anak saya. Penggunaan walker menjadikan proses pembelajaran berjalan agak terganggu dan juga membahayakan. 
  • Anda juga boleh tangguhkan memakai kasut sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar rumah atau atas permukaan yang kasar dan sejuk; berkaki ayam menolong memperbaiki keseimbangan dan koordinasinya. Pastikan kakinya di basuh segera untuk mengelak sebarang jangkitan kuman. Khadijah sampai sekarang pun belum dipakai kasut atau seliper lagi... dah 1 thn umurnya kini.
  • Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk mengajar anak kecil anda berjalan ialah menggalakkan dia untuk mendapatkan banyak senaman. Bantu dia untuk meningkatkan koordinasi bandannya dengan bermain permainan fizikal dan permainan kanak-kanak yang menggalakkan ketangkasan.
  • Permainan jenis tolak dan tarik sangat baik untuk mengajar bayi anda berjalan. Anda juga boleh bermain dengan menendang dan membaling bola. Aktiviti-aktiviti ini sedikit sebanyak akan menggalakkan koordinasi mata tangan dan keseimbangan badan.
  • Bagaimana pun, jangan memaksa anak kecil anda untuk berjalan terlalu awal jika dia tidak menunjukkan tanda-tanda boleh berjalan lagi. Ini kerana kakinya masih belum bersedia untuk menyokong badannya. Jangan bimbang, dia akan berjalan dalam tempoh masa terdekat.
  • Cuba ajak anak kecil untuk berjalan bersama dengan anda tetapi pastikan anda tidak bergerak terlalu laju supaya dia tidak mudah jatuh. Mulakan dengan berjalan di hadapan rumah anda, atau laman rumah.
  • Jangan sekali-kali tinggalkan anak kecil sendirian. Dia mungkin akan jatuh atau memerlukan bantuan anda.

Sentiasalah ingat bahawa anak kecil belajar bagaimana untuk berjalan sebelum mereka belajar mendengar. Jadi, jangan memaksa anak kecil anda untuk memahami apa yang anda ingin ajarkan kepadanya kerana mereka masih belum mengerti apa-apa lagi. Apa yang anda perlu lakukan ialah bersabar dan pilih beberapa cara untuk mengajar anak untuk berjalan.


Bila harus anda berasa bimbang????
Sesetengah kanak-kanak yang normal tidak berjalan sehingga mereka mencapai usia 16 atau 17 bulan. Perkara yang penting ialah kemajuan kemahirannya; jika bayi anda lambat meniarap dan merangkak, kemungkinan dia juga akan lambat berjalan. Walau bagaimanapun, selagi dia masih belajar kemahiran baru, anda tidak perlu terlalu bimbang.

Perkembangan setiap bayi adalah berbeza, ada yang lebih cepat berbanding yang lain. Tetapi jika bayi anda kelihatan jauh ketinggalan, bincangkanlah dengan doktor anda. Ingatlah bahawa bayi pramatang mungkin akan mencapai tahap ini serta tahap-tahap yang lain lebih lambat berbanding bayi lain.

Yeayyyy...Khadijah dah tumbuh gigi!!!


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah....akhirnya Siti Khadijah Maisarah tumbuh gigi....2 btg di depan. Lagi beberapa hari usianya akan menginjak 1 tahun..... amboi lamanya anak dara ku sorang ini tumbuh gigiMorph
Ermmm....bila dah tumbuh gigi ni, risau pulak....(macam2 perasaan plak).....mana taknya, Khadijah masih menyusu badan, sedangkan tak ada gigi pun habis dia gigitnya "puting" tu....ni kan dah ada gigi...Tapi tak pe, itulah cabaran seorang ibu.... hanya perkara kecil dan ianya bukanlah halangan untuk mencapai 2 tahun menyusukan si kecil ku sayang Sign I Love You. Moga diberi kekuatan....insyaAllah.

Bagi ibu-ibu yang ingin menyusukan anak anda sehingga 2 tahun, ini adalah cabarannya. Jangan berhenti menyusukan anak anda apabila mereka telah tumbuh gigi. Teruskan penyusuan anda dan lalui hari-hari anda dengan berlapang dada walaupun anak anda pasti akan menggigit puting anda. Memang sakit, tapi itulah pengalamannnya. Ianya tak akan berulang lagi, sehingga lahir lagi anak yang berikutnya, namun ianya tidak akan sama, lain anak lain ragamnya.....Wink

Kebanyakannya bayi tidak pernah menggigit ibu mereka. Malah, jika bayi anda melekap dengan betul, dia tidak dapat menggigit kerana lidahnya menutup gusi bawah semasa menyusu. Untuk menggigit, dia perlu menarik lidah ke belakang untuk mendedahkan giginya. Ini mustahil semasa dia sedang melekap.  Bayi anda juga tidak akan menggigit menggunakan gigi atasnya. Seperti orang lain, bayi juga menggigit ke atas, bukan ke bawah. Rahang bawahnya bergerak tetapi rahang atas tidak.  Untuk membolehkan bayi anda melekap dengan betul, pastikan mulut bayi terbuka luas, atau ternganga, dan bersedia untuk memasukkan buah dada anda. Kepalanya sepatutnya terdongak ke belakang dengan dagunya ke hadapan. Jika kepalanya terdongak ke hadapan, gigi atasnya mungkin menekan payudara anda. 

Ada beberapa faktor kenapa bayi anda menggigit puting anda.  Selain daripada tidak melekap dengan betul, ada beberapa sebab lain mengapa bayi menggigit: 

  • Bayi yang lebih besar mudah terganggu perhatiannya. Jika mereka menoleh untuk melihat sesuatu, mereka boleh lupa bahawa payudara ibu masih berada dalam mulut mereka, dan kemudian mereka menutup rahang.
  • Sesetengah bayi menggigit pada akhir penyusuan. Sebaik sahaja anda rasa bayi mula menarik lidahnya, pastikan dia lepaskan payudara anda sepenuhnya.
  • Bayi anda mungkin menggigit jika dia tertidur semasa menyusu. Tunggu sehingga pergerakan rahangnya menjadi perlahan dan lemah, kemudian keluarkan payudara anda daripada mulutnya sebelum dia tertidur.
  • Bayi anda mungkin menghidap selsema atau jangkitan telinga yang membuatkannya sukar untuk menelan. Cuba pegang bayi dalam kedudukan lebih menegak semasa menyusu untuk memudahkan dia menelan dan mengurangkan kesakitan anda.
  • Bayi juga bersifat ingin tahu! Sesetengah bayi menggigit untuk melihat apa yang berlaku.

Jika anda perasan rahang bayi anda mengetat sebelum dia menggigit, masukkan jari kelingking anda ke dalam tepi mulutnya, di antara gusinya. Dengan cara ini, dia akan menggigit jari anda, bukannya payudara. Jangan tarik payudara anda keluar semasa dia sedang menggigit. Ini hanya akan membuatkan anda bertambah sakit. Cubalah bertenang dan diam, tetapi hentikan penyusuan seketika. Pandang tepat ke matanya dan katakan “jangan” dengan tegas. 

Ada beberapa tips yang boleh anda lakukan sekiranya bayi anda mengigit, tetapi ianya bergantung kepada usia bayi itu dan tahap pemahaman bayi anda.
  • Jika bayi anda menggigit, letakkan dia di atas lantai untuk seketika sejurus selepas dia menggigit.
  • Jangan marah-marah anak, ini membawa kepada kemungkinan bayi tidak mahu menyusu langsung kelak
  • Beritahu anak bahawa kita sakit kerana digigit dengan baik. Beritahu juga supaya dia jangan menggigit ketika menyusu.
  • Cuba ngangakan mulutnya dengan jari setiap kali dia menggigit.
  • Cuba jauhkan dia dari kita dengan cara meletakkannya atau memberi kepada orang lain setiap kali dia menggigit. Lama-kelamaan dia akan belajar jika dia menggigit dia tidak akan dapat susu.
  • Bagi anak yang lebih besar yang gemar menggigit, tunjukkan reaksi positif apabila dia tidak menggigit. Berikan banyak pelukan, ciuman dan pujian.
  • Jika anda rasa anak anda inginkan perhatian, pandanglah ke matanya dengan kerap dan bercakap dengannya semasa dia menyusu.
  • Belajar mengenal tanda-tanda dia sudah selesai menyusu.
  • Jangan susukan dia kecuali apabila sudah terlalu lapar.
  • Keluarkan payudara anda daripada mulutnya apabila dia terlena.
  • Berikan dia gegelang gigit sebelum atau selepas penyusuan. Pastikan gegelang gigit sentiasa bersih ya!

Sahabat2ku.......