Yeayyyy...Khadijah dah tumbuh gigi!!!
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah....akhirnya Siti Khadijah Maisarah tumbuh gigi....2 btg di depan. Lagi beberapa hari usianya akan menginjak 1 tahun..... amboi lamanya anak dara ku sorang ini tumbuh gigi
Ermmm....bila dah tumbuh gigi ni, risau pulak....(macam2 perasaan plak).....mana taknya, Khadijah masih menyusu badan, sedangkan tak ada gigi pun habis dia gigitnya "puting" tu....ni kan dah ada gigi...Tapi tak pe, itulah cabaran seorang ibu.... hanya perkara kecil dan ianya bukanlah halangan untuk mencapai 2 tahun menyusukan si kecil ku sayang. Moga diberi kekuatan....insyaAllah.
Bagi ibu-ibu yang ingin menyusukan anak anda sehingga 2 tahun, ini adalah cabarannya. Jangan berhenti menyusukan anak anda apabila mereka telah tumbuh gigi. Teruskan penyusuan anda dan lalui hari-hari anda dengan berlapang dada walaupun anak anda pasti akan menggigit puting anda. Memang sakit, tapi itulah pengalamannnya. Ianya tak akan berulang lagi, sehingga lahir lagi anak yang berikutnya, namun ianya tidak akan sama, lain anak lain ragamnya.....
Kebanyakannya bayi tidak pernah menggigit ibu mereka. Malah, jika bayi anda melekap dengan betul, dia tidak dapat menggigit kerana lidahnya menutup gusi bawah semasa menyusu. Untuk menggigit, dia perlu menarik lidah ke belakang untuk mendedahkan giginya. Ini mustahil semasa dia sedang melekap. Bayi anda juga tidak akan menggigit menggunakan gigi atasnya. Seperti orang lain, bayi juga menggigit ke atas, bukan ke bawah. Rahang bawahnya bergerak tetapi rahang atas tidak. Untuk membolehkan bayi anda melekap dengan betul, pastikan mulut bayi terbuka luas, atau ternganga, dan bersedia untuk memasukkan buah dada anda. Kepalanya sepatutnya terdongak ke belakang dengan dagunya ke hadapan. Jika kepalanya terdongak ke hadapan, gigi atasnya mungkin menekan payudara anda.
Ada beberapa faktor kenapa bayi anda menggigit puting anda. Selain daripada tidak melekap dengan betul, ada beberapa sebab lain mengapa bayi menggigit:
- Bayi yang lebih besar mudah terganggu perhatiannya. Jika mereka menoleh untuk melihat sesuatu, mereka boleh lupa bahawa payudara ibu masih berada dalam mulut mereka, dan kemudian mereka menutup rahang.
- Sesetengah bayi menggigit pada akhir penyusuan. Sebaik sahaja anda rasa bayi mula menarik lidahnya, pastikan dia lepaskan payudara anda sepenuhnya.
- Bayi anda mungkin menggigit jika dia tertidur semasa menyusu. Tunggu sehingga pergerakan rahangnya menjadi perlahan dan lemah, kemudian keluarkan payudara anda daripada mulutnya sebelum dia tertidur.
- Bayi anda mungkin menghidap selsema atau jangkitan telinga yang membuatkannya sukar untuk menelan. Cuba pegang bayi dalam kedudukan lebih menegak semasa menyusu untuk memudahkan dia menelan dan mengurangkan kesakitan anda.
- Bayi juga bersifat ingin tahu! Sesetengah bayi menggigit untuk melihat apa yang berlaku.
Jika anda perasan rahang bayi anda mengetat sebelum dia menggigit, masukkan jari kelingking anda ke dalam tepi mulutnya, di antara gusinya. Dengan cara ini, dia akan menggigit jari anda, bukannya payudara. Jangan tarik payudara anda keluar semasa dia sedang menggigit. Ini hanya akan membuatkan anda bertambah sakit. Cubalah bertenang dan diam, tetapi hentikan penyusuan seketika. Pandang tepat ke matanya dan katakan “jangan” dengan tegas.
Ada beberapa tips yang boleh anda lakukan sekiranya bayi anda mengigit, tetapi ianya bergantung kepada usia bayi itu dan tahap pemahaman bayi anda.
- Jika bayi anda menggigit, letakkan dia di atas lantai untuk seketika sejurus selepas dia menggigit.
- Jangan marah-marah anak, ini membawa kepada kemungkinan bayi tidak mahu menyusu langsung kelak
- Beritahu anak bahawa kita sakit kerana digigit dengan baik. Beritahu juga supaya dia jangan menggigit ketika menyusu.
- Cuba ngangakan mulutnya dengan jari setiap kali dia menggigit.
- Cuba jauhkan dia dari kita dengan cara meletakkannya atau memberi kepada orang lain setiap kali dia menggigit. Lama-kelamaan dia akan belajar jika dia menggigit dia tidak akan dapat susu.
- Bagi anak yang lebih besar yang gemar menggigit, tunjukkan reaksi positif apabila dia tidak menggigit. Berikan banyak pelukan, ciuman dan pujian.
- Jika anda rasa anak anda inginkan perhatian, pandanglah ke matanya dengan kerap dan bercakap dengannya semasa dia menyusu.
- Belajar mengenal tanda-tanda dia sudah selesai menyusu.
- Jangan susukan dia kecuali apabila sudah terlalu lapar.
- Keluarkan payudara anda daripada mulutnya apabila dia terlena.
- Berikan dia gegelang gigit sebelum atau selepas penyusuan. Pastikan gegelang gigit sentiasa bersih ya!
AKHIR HEPATITIS TELAH AKHIRNYA DATANG: Sister saya yang disahkan menghidap hepatitis dua tahun lalu mendapat sembuh dan disahkan negatif bulan lalu selepas mengambil rawatan herba doktor Iyabiye untuk 3 minggu. Menghubunginya untuk mendapatkan bantuan jika anda seorang pesakit hepatitis melalui iyabiyehealinghome@gmail.com atau Tel: +2348072229413
Great blog I enjoyed readiing