F

Khadijah dah mula nak berjalan

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ermmm... dah lama tak buat posting.... adakalanya rasa macam banyak sangat masa, so boleh buat posting satu ke dua posting, tapi kalau tak ada masa rasanya nak jenguk blog pun payah sangat.... la ni mmg sibuk sangat.... si Khadijah yang sedang lasak.... panjat sana, panjat sini..... dah mula nak berjalan...... habis pinggan mangkuk di dapur di kemasnya....lucu tapi penat dok asyik mengemas....ambik itu, ditariknya ini, ambik ini ditariknya itu.... penat tapi menyeronokkan! Itulah dia perasaan seorang Ibu....Heart Shell 1

Oh ya bila bercakap pasal Khadijah dah mula nak berjalan...... pagi di hari lahirnya yang pertama....dia dah mula berdiri dan bertatih-tatih sendiri...... apa lagi menjeritlah si along dan si angah. Diaorg memang menunggu bila adiknya nak berjalan.... katanya dah berjalan tak payah dukung2 lagi.... hehehehe....

Biasanya Khadijah berjalan sambil ‘meniti’ (berpaut kepada sesuatu seperti meja, kerusi dan lain-lain), tapi bila kini dah mampu melepaskan kedua-dua tangannya!  Sebagai ibu, sudah pasti inilah antara saat-saat yang mengujakan kerana akhirnya anak mampu berjalan. Sebagai ibu ni macam-macam yg perlu diambil perhatian...... yalah dari perkara yang sekecil-kecilnya hingga yang perkara-perkara besar. Contohnya lepas kelahiran, kena pastikan anak boleh melihat ke tidak, anak boleh mendengar ke tidak, anak boleh menggenggam ke tidak dan macam-macam perkara yang perlu diperhatikan. Pendek kata sebagai ibu kita kena peka!. Mulai dari merangkak, duduk, melangkah berjalan sampai berlari. Proses belajar berjalan bayi adalah momen luar biasa. Latih mereka tanpa rasa jemu. Jangan lupa beri pujian atas usahanya untuk berjalan tanpa dibantu.

Tgklah tu....
Ni yang tak tahan....asyik dok memanjat aje!

Amboi.... boy ke girl ni?


Peranan kita sebagai ibu

Sebagai seorang ibu, memang banyak kerja yang kita perlu lakukan untuk memastikan pembesaran anak kita sempurna. Apabila bayi kita telah mula belajar berdiri, maka bantuan ibu amat diperlukan bagi melancarkan proses pembejarannya. Contohnya bila dah mula berdiri, dia akan memerlukan sedikit bantuan untuk belajar cara kembali duduk. Jika dia tersangkut dan memanggil anda, jangan hanya mengangkat dan mendudukkannya sahaja. Sebaliknya, tunjukkan cara bagaimana membengkokkan lututnya supaya dia boleh duduk tanpa terjatuh, dan biarkan dia mencubanya sendiri. Inilah proses-proses berterusan yang kita perlu ajar kepada mereka. 

Sebagi ibu kita boleh membantu anak kecil meningkatkan perkembangan kemahiran berjalan dalam dirinya.
  • Pastikan rumah anda selamat untuk mencegah anak daripada mendapat kecederaan pada sudut, tangga semasa mengajar anak kecil anak berjalan.
  • Walaupun anak kecil anda mula berdiri sendiri tanpa bantuan anda, dia tetap memerlukan bantuan anda untuk kembali duduk. Mungkin dia akan menangis. Jangan hanya memujuknya untuk meredakan tangisannya tetapi ajarlah dia cara yang betul untuk duduk. Berilah dia masa untuk mencuba sendiri.
  • Pastikan ada perabot untuk dia memegang supaya dapat bergerak sendiri dengan mudah.
  • Pegang tangannya kerana dia belajar untuk mengimbangi dirinya. Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan sambil memegang ke dua-dua tangannya. Anda boleh memegang tangannya sama ada anda berdiri atau melutut di hadapannya dan kemudian biakan dia berjalan ke arah anda seterusnya anda boleh melepaskan dia berjalan tanpa bantuan daripada anda lagi.
  • Berada berdekatan dengannya. Dia mungkin akan berjalan satu atau dua langkah sebelum mencari sokongan. Selepas mencuba sahaja, dia akan lebih yakin untuk berjalan banyak lagi untuk langkah demi langkah. Sebelum anak anda tahu berjalan dengan sempurna, anda pastinya akan ‘menangkap’ dia beberapa kali untuk mengelak dia jatuh.
  • Apabila anda mengajar anak kecil anda untuk berjalan, jangan menggunakan walker. Ia boleh mengundang risiko bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan. Oleh kerana walker bayi terlalu mudah digerakkan, ia akan menghalang otot paha anak anda berkembang dengan betul, jadi sesetengah pakar tidak menggalakkan penggunaannya. Saya sendiri tidak pernah menggunakan walker untuk keempat-empat anak saya. Penggunaan walker menjadikan proses pembelajaran berjalan agak terganggu dan juga membahayakan. 
  • Anda juga boleh tangguhkan memakai kasut sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar rumah atau atas permukaan yang kasar dan sejuk; berkaki ayam menolong memperbaiki keseimbangan dan koordinasinya. Pastikan kakinya di basuh segera untuk mengelak sebarang jangkitan kuman. Khadijah sampai sekarang pun belum dipakai kasut atau seliper lagi... dah 1 thn umurnya kini.
  • Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk mengajar anak kecil anda berjalan ialah menggalakkan dia untuk mendapatkan banyak senaman. Bantu dia untuk meningkatkan koordinasi bandannya dengan bermain permainan fizikal dan permainan kanak-kanak yang menggalakkan ketangkasan.
  • Permainan jenis tolak dan tarik sangat baik untuk mengajar bayi anda berjalan. Anda juga boleh bermain dengan menendang dan membaling bola. Aktiviti-aktiviti ini sedikit sebanyak akan menggalakkan koordinasi mata tangan dan keseimbangan badan.
  • Bagaimana pun, jangan memaksa anak kecil anda untuk berjalan terlalu awal jika dia tidak menunjukkan tanda-tanda boleh berjalan lagi. Ini kerana kakinya masih belum bersedia untuk menyokong badannya. Jangan bimbang, dia akan berjalan dalam tempoh masa terdekat.
  • Cuba ajak anak kecil untuk berjalan bersama dengan anda tetapi pastikan anda tidak bergerak terlalu laju supaya dia tidak mudah jatuh. Mulakan dengan berjalan di hadapan rumah anda, atau laman rumah.
  • Jangan sekali-kali tinggalkan anak kecil sendirian. Dia mungkin akan jatuh atau memerlukan bantuan anda.

Sentiasalah ingat bahawa anak kecil belajar bagaimana untuk berjalan sebelum mereka belajar mendengar. Jadi, jangan memaksa anak kecil anda untuk memahami apa yang anda ingin ajarkan kepadanya kerana mereka masih belum mengerti apa-apa lagi. Apa yang anda perlu lakukan ialah bersabar dan pilih beberapa cara untuk mengajar anak untuk berjalan.


Bila harus anda berasa bimbang????
Sesetengah kanak-kanak yang normal tidak berjalan sehingga mereka mencapai usia 16 atau 17 bulan. Perkara yang penting ialah kemajuan kemahirannya; jika bayi anda lambat meniarap dan merangkak, kemungkinan dia juga akan lambat berjalan. Walau bagaimanapun, selagi dia masih belajar kemahiran baru, anda tidak perlu terlalu bimbang.

Perkembangan setiap bayi adalah berbeza, ada yang lebih cepat berbanding yang lain. Tetapi jika bayi anda kelihatan jauh ketinggalan, bincangkanlah dengan doktor anda. Ingatlah bahawa bayi pramatang mungkin akan mencapai tahap ini serta tahap-tahap yang lain lebih lambat berbanding bayi lain.
0 Responses

Sahabat2ku.......