F

Langkah 10,000 sehari

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Amalkan Langkah 10,000 Sehari!

Berjalan kaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. la merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukanpada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah dan lain-lain lagi.

Sasarkan 10,000 langkah sehari untuk hidup yang lebih aktif

Bilangan Langkah
Tahap aktiviti fizikal
Kurang dari 5,000
Sedentari
5,000 – 7,499
Kurang aktif
7,500 – 9,999
Sederhana
Lebih dari 10,000
Aktif
12,000
Sangat Aktif

Berjalan 10,000 langkah adalah bersamaan:-
ȫ Berenang selama 90 minit
ȫ Berbasikal selama 70 minit
ȫ Berjalan sejauh 6 - 7 kilometer
ȫ Bermain bolasepak selama 90 minit

Faedah berjalan kaki
  1. Mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
  2. Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
  3. Meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah. Mengurangkan risiko diabetes. 
  4. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
  5. Merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat. Mengurangkan stres. 
  6. Mengekalkan kekuatan otot.
  7. Mengurangkan risiko osteoporosis
  8. Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
  9. Mampu meningkatkan keyakinan diri.
Bagaimana untuk bermula?
** Tetapkan matlamat. 
Sekiranya tidak pernah melakukan sebarang jenis senaman dalam jangka masa yang lama, mulakan dengan perlahan-lahan dengan jarak yang pendek.

** Cari tempat yang sesuai untuk berjalan. 
Seeloknya-eloknya permukaan haruslah rata dan tidak membahayakan.

** Tetapkan tempoh masa. 
Pastikan tempoh masa yang ditetapkan mengikut keupayaan tubuh.

** Tambah kelajuan dan tahap kesukaran. 
Sekiranya telah berjaya mencapai matlamat di atas, fikirkan untuk menambah kelajuan berjalan dan cuba untuk berjalan di kawasan-kawasan seperti di taman rekreasi. 

** Berjalan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. 
Sekiranya berasa tidak yakin dan kurang keseronokan berjalan seorang diri, ajaklah ahli keluarga atau rakan-rakan untuk berjalan bersama. Berjalan bersama teman yang mengiringi anda akan menjadikan aktiviti yang dilakukan lebih menyeronokkan dan tidak  mudah berasa bosan.


7 Teknik berjalan dengan betul

  1. Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Mulakan dengan langkah yang pendek.
  2. Hayunkan tangan semasa bongkok untuk impak yang lebih. Ini membantu membakar lebih kalori dan menguatkan otot bahagian atas badan.
  3. Luruskan bahagian belakang badan dan pandang ke hadapan.
  4. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur. Sekiranya semakin tercungap-cungap, kurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu berhenti serta-merta.
  5. Untuk lebih variasi semasa berjalan tetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu dengan meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.
  6. Jika mampu, gunakan pedometer. Ia diletakkan di bahagian pinggang untuk mengira bilangan langkah yang telah dijalani setiap hari. 
  7. Cuba untuk berjalan 10,000 langkah sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu.
5 Langkah Mudah untuk Menggalakkan Berjalan 
  1. Jika tinggal di kondominium atau pangsapuri, kurangkan penggunaan lif. Lebihkan penggunaan tangga. Jika tidak berupaya, naik lif separuh jalan dan seterusnya menggunakan tangga untuk sampai ke destinasi.
  2. Letakkan kereta jauh dari tempat yang ingin dituju. Jika membeli belah atau ke pejabat, letakkan kereta jauh dari pintu masuk. Ini bergantung kepada keadaan sekiranya tidak sesak dan tidak mendatangkan kesulitan.
  3. Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Kita boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat kerja. 
  4. Bagi yang berkeluarga, bawalah mereka untuk bersiar-siar di taman rekreasi. Ketika di rumah, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda. Ini juga merupakan salah satu cara untuk membakar kalori dan merangsang otot untuk bergerak.
  5. Maksimumkan berjalan kaki untuk ke masjid, ke kedai runcit, ke rumah jiran dan sebagainya.

Bagaimana untuk mengira langkah?

Gunakan pedometer untuk mendapatkan bilangan langkah asas anda. Pedometer boleh mengira nilai kalori yang dibakar, jarak perjalanan yang telah dilalui, nilai gram lemak yang telah dibakar dan juga mempunyai jam. Pedometer boleh didapati di kedai-kedai yang menjual peralatan sukan yang terpilih.

Cara Terbaik Mengekalkan Kemesraan dengan pasangan anda





Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

TERDAPAT PELBAGAI CARA UNTUK MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA PASANGAN :
  • Jagalah penampilan diri kerana semua orang suka dengan kekemasan dan kecantikan. Penampilan harus dikekalkan sebagaimana sebelum kita bernikah.
  • Ikhlas dalam apa juga yang kita lakukan. Baik dalam memulakan percakapan atau perbuatan, jangan malu untuk jadi diri sendiri. Bukannya berlakon dan berlagak seperti orang lain yang akhirnya akan menjerat diri sendiri.
  • Ketika berinteraksi dengan pasangan, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika pasangan anda sedang bercakap.
  • Sentiasa berfikiran positif bila bersama pasangan dengan penilaian yang kosong dan tidak curiga, dengan berfikiran positif anda lebih mudah menerima pasangan anda seadanya.
  • Elakkan mengguna perkataan berunsur negatif seperti (Saya Tidak Suka). Lebih baik bercerita tentang kesukaan masing – masing. Gunakan ayat positif seperti (Saya Suka).
  • Bila memulakan percakapan atau dialog, jangan fokuskan perbualan tentang masalah, kesibukan kerja dan sebagainya. Pasangan anda tidak perlu mendengar masalah sahaja. Mulakan dengan suasana dan dialog yang gembira terlebih dahulu.
  • Jangan kedekut dengan kata pujian, Berikan pujian seikhlas hati anda Tapi jangan sampai berlebih-Lebih. anda boleh memuji warna bajunya,rambut, kasut, masakan dan sebagainya.
  • Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara – Perkara Kecil Seperti memotong sayur ketika pasangan anda sedang memasak atau sama-sama membasuh kereta bersama. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.
  • Jangan bersikap sombong, sebaliknya jangan abaikan unsur humor. Ini memberi tanda bahawa anda boleh didekati dan bersikap terbuka.
  • Jika pasangan anda melakukan kesalahan, Beri dia peluang untuk memberi keterangan. Mungkin dia ada alasan KUKUH atas perbuatannya, Jangan sampai anda yang malu sendiri.
  • Apabila anda melakukan kesalahan, Jangan malu untuk mengakuinya. Ringan mulut untuk mengucapkan perkataan maaf. Tunjukkan keikhlasan dan jangan sekali-sekali mengulanginya.
  • Cari waktu yang sesuai untuk membincangkan masalah. Persekitaran atau iklim komunikasi yang baik, dapat mempengaruhi perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah.
  • Ketika membincangkan sesuatu masalah, jangan gunakan bahasa tersurat. Lebih baik berterus-Terang supaya pasangan anda faham akan perkara yang hendak di sampaikan.
  • Jangan terlalu menunjukkan yang anda adalah sangat baik dan sempurna. Dengar dahulu penjelasan pasangan anda, walaupun dia bersalah dan lebih baik bersikap merendah diri.
  • Ketika membincangkan sesuatu masalah, tumpukan kepada masalah, persoalan dan jalan penyelesaian, bukannya dengan menyalahkan atau menunding jari kepada sesiapa.
  • Jangan sekali-kali membandingkan pasangan anda dengan orang lain. Terutamanya, bekas kekasih, bekas isteri mahupun kawan-kawan baik anda, seolah-olah anda lebih mementingkan mereka.
  • Semua orang mempunyai ego. Hormati ego pasangan anda dan jangan merendahkan ego pasangan anda di hadapan orang ramai. Jika dia sedang marah, lebih baik berdiam diri.
  • Gunakan daya pujukan yang tinggi semasa menangani pasangan yang sedang merajuk. Gunakan kata-kata dan janji-janji manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.
  • Setiap masalah harus diselesaikan, bukannya ditinggalkan dengan alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari nanti, masalah itu akan berbangkit dan membawa masalah baru yang lain.
  • Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.
  • Gunakan ganti nama yang mesra anda dan diri sendiri. Panggil pasangan dengan Nama yang lain daripada yang orang lain  gunakan. Ini memberi keistimewaan kepadanya.
  • Pasangan anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.
  • Ajaklah pasangan anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain bowling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda. Jika dah ada anak bawa anak-anak sekali, dan ini akan mengeratkan hubungan anda lagi.
  • Dekati hobi pasangan anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.

Kaedah alternatif utk meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung.

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Saya baru mendapat info dari rakan FB tentang kaedah semulajadi ni.... bukan bermakna nak ketepikan peranan doktor...atau tak perlu khidmat nasihat doktor...bukan begitu...selain ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor...kita kenalah usaha cara lain...mungkin dengan itu mempercepatkan lagi proses pemulihan... tambahan pula kita semua tahu akan khasiat halia, lemon, cuka dan bawang putih... Rasanya tak salah mencuba seandainya mendatangkan kebaikan.... Lagi pun bahan2 tu semua memang kita selalu gunakan dalam masakan dan keperluan sehari-hari kita, kan?

Saya ingin berkongsi satu cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.

Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.

Bahan diperlukan:

1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal

Cara menyediakannya:
Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.

Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. Insya Allah rawatan ini akan berhasil.

Kebaikan Menderma Darah

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Derma darah - menyebutnya saja boleh menyebabkan mereka yang melakukan usaha murni itu tersenyum bangga, manakala yang lainnya mencebik kerana takut jarum `besar' digunakan. Malah fobia jarum itu merencatkan keinginan berkongsi darah bagi membantu menyelamatkan nyawa insan memerlukan.

Sudah terlalu banyak kempen dan peringatan disalurkan mengenai kepentingan menderma darah, namun tidak ramai yang menyedari kepentingannya sehinggalah diri sendiri mahupun ahli keluarga memerlukan bantuan darah berkenaan.


Darah yang diambil ini pula adalah jenis darah utuh (whole blood) yang daripadanya diperoleh pula sel darah merah, plasma, platelet, cryoprecipitate dan cryosupernatant. Darah jenis AB+, AB-, A+, A-, B+, B-, O + dan O pula diperlukan saban hari bagi menyelamatkan nyawa, sama ada untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau untuk merawat pesakit leukemia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemophilia. Malah, seorang penderma boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa. 

Salah faham tentang menderma darah
Anda tidak akan merasa lelah atau letih jika anda terus minum cecair dan makan makanan yang baik.

Anda boleh meneruskan aktiviti biasa anda selepas menderma darah, walaupun anda akan diminta untuk menahan diri dari latihan atau mengangkat beban berat selama dua belas jam selepas menderma.

Menderma darah tidak akan meninggalkan anda pada rendah darah, malah anda akan tetap memiliki darah surplus selepas menderma.

Jika anda memilih untuk mengambil alkohol, anda boleh, pada hari berikutnya.


Anda tidak akan berasa sakit semasa menderma darah.

Anda tidak akan pengsan atau berasa tidak selesa selepas menderma darah.

Anda tidak akan mendapat AIDS jika anda menderma darah.

Pesakit hanya seperti penderma- sebahagian besar daripada mereka memiliki jenis darah yang sama. Kerana golongan darah anda adalah umum, permintaan untuk jenis umum adalah lebih besar daripada jenis lain. Walaubagaimanapun, golongan darah umum masih  mempunyai keperluan.

Penderma menderma darah dan tidak menjualnya.

Tips menderma darah
Sebelum Menderma:
Sila makan minimal 3 jam sebelum menderma darah.


Sila elakkan diri daripada merokok pada hari sebelum menderma.


 Anda tidak akan memenuhi syarat untuk menderma darah jika anda mengambil alkohol 48 jam sebelum menderma.
Antara manfaat utama adalah melindungi jantung dengan mengurangkan tekanan oksidatif. Kajian Persatuan Perubatan Amerika Syarikat menunjukkan, derma darah dapat mengurangkan lebihan atau sisa zat besi dalam darah yang menyebabkan kerosakan sel dan tisu. Malah, peningkatan oksidatif itu amat membahayakan sistem kardiovaskular. Pengurangan ancaman sakit jantung akibat kerap menderma darah, boleh dilihat terutama bagi penderma yang tidak merokok.

Bagi wanita menopaus, paras zat besi meningkat kerana tiada haid dan bagi menyingkirkannya serta risiko sakit jantung boleh dielak dengan menderma darah.

Apa yang menarik, kajian itu turut mendedahkan, rutin menderma darah setiap enam bulan boleh mengurangkan serangan jantung dan strok kepada peserta kajian itu yang berusia antara 43 hingga 61 tahun.

Kajian kedua membabitkan 2,682 responden di Finland seperti dilaporkan dalam American Journal of Epidemiologi, mendapati, penderma lelaki yang melakukannya sekurang-kurangnya sekali setahun, mempunyai risiko 88 peratus lebih rendah serangan jantung berbanding bukan penderma. Kumpulan penyelidik sama dalam kajian susulan dilakukan, mendapati penderma lelaki juga tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit kardiovaskular. Ini menjadikan risiko serangan jantung kalangan penderma dapat dikurangkan sehingga satu pertiga.

Fakta Yang Perlu Anda Ketahui


Menderma darah adalah selamat dan ringkas. Ia tidak meletakkan anda pada risiko penyakit kerana semua steril, hanya digunakan sekali dan kemudian dibuang.


Secara puratanya, seseorang mempunyai lima liter atau 10.5 pint darah. Pengumpulan darah biasa - "seunit" - adalah sekitar setengah liter, atau satu pint.Tubuh anda akan menggantikan semua darah yang diderma.

Proses menderma darah mengambil masa lebih kurang 10-15 minit. 

Setiap orang dewasa yang sihat antara 18 tahun dan 60 tahun boleh menderma darah. 

Kenapakah Perlu Menderma Darah
1.  Anda boleh menyelamatkan nyawa
Setiap kali menderma darah, anda dapat menyelematkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Selain itu, ia juga membantu melancarkan pergerakan darah penderma sekaligus memberi faedah kepada kedua - dua penderma dan penerima. 

2. Lebih mengetahui darah anda
Selain dapat mengetahui kumpulan darah, darah penderma juga akan diuji di makmal sebelum diberikan kepada pesakit. Ini membolehkan anda dapat mengetahui sekiranya terdapat jangkitan atau masalah lain pada peringkat awal.

3. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Kajian mendapati kandungan besi dalam darah pada tahap optimum dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Pendermaan darah dapat mengurangkan sedikit besi dalam darah kita. Selain itu, pendermaan darah juga membantu badan mengawal tahap kolesterol.

4. Penyakit kronik
Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik. Masalah ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah pesakit. Satu - satunya cara mengatasi masalah ini adalah memindahkan darah kedalam badan pesakit secara konsinten. Selain itu, pesakit kanser darah juga memerlukan darah dalam tempoh tertentu. Bayangkanlah jika tiada sesiapa yang ingin menderma darah, apa akan terjadi kepada mereka?

5. Darah tidak disimpan selamanya dalam badan
Setiap darah yang diderma hanya boleh disimpan dalam tempoh empat bulan sahaja. Oleh itu, pendermaan darah secara konsisten dapat memastikan bank darah hospital akan sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi.

6. Mudah dan selamat
Tidak ada yang perlu ditakuti. Semua tugas pendermaan dilakukan secara profesional. Anda tidak akan merasa sedikit pun kesakitan. Setiap jarum dan perkakasan lain yang digunakan hanya digunakan sekali sahaja.

7. Meneruskan kehidupan normal
Kandungan besi dalam darah membawa oksigen dan hormon - hormon lain ke seluruh badan. Ini sangat - sangat membatu pesakit agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

8. Mengurangkan risiko strok otak
Berdasarkan kajian sekumpulan pakar perubatan, menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit strok otak dari 35 - 85%!

9. Membakar kalori
Individu boleh melakukan `diet' atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.

10. Warga emas rasa lebih bertenaga
Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan berasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.

11. Kepuasan
Menderma darah adalah seperti melakukan kerja khidmat komuniti yang lain. Perasaan gembira hadir secara tidak langsung selepas kita menolong orang lain.

12. Menjadi lebih produktif dan berkesan
Selepas menderma, darah anda akan diganti dalam masa 48 - 72 jam. Walaupun sel darah merah hanya dapat diganti sepenuhnya dalam masa 6-8 minggu, namun kesemua proses itu menjadikan badan lebih sihat, kuat, efektik dan segar. Oleh itu, menderma darah bukan sahaja menyelamatkan darah seseorang, tetapi juga memberi faedah kepada penderma dari aspek kesihatan.




Mi Segera@instant noodles

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Mi segera merupakan salah satu makanan yang paling mudah ditemui, praktikal, dan disukai ramai orang kerana rasanya yang enak. Daya simpannya yang lama juga membuat mi segera kerap menjadi pilihan untuk mereka yang tinggal sendiri, namun tak punya masa untuk memasak.

Meskipun begitu, terlalu banyak mengambil mi segera akan menimbulkan banyak kesan negatif kepada tubuh oleh kerana kandungan bahan pengawet atau penyedap rasanya. Selain kandungan karbohidrat, mi segera tak cukup mempunyai kandungan vitamin, mineral, atau serat, yang bermanfaat bagi tubuh. Pada dasarnya mi segera, tidak cukup mempunyai nutrisi bagi keseimbangan gizi tubuh manusia. Namun yang paling berbahaya adalah adanya kandungan bahan pengawet, MSG (monosodium glutamat), dan bahan pewarna makanan yang ada di dalam mi segera. 

Kandungan bahan berbahaya dalam mi segera ini didapati daripada proses pengolahan sampai proses pengawetan yang dilakukan dengan cara menggoreng mi sampai kering. Proses penggorengan biasanya menggunakan minyak goreng, yang membuat air rebusan menjadi keruh dan sedikit berminyak ketika direbus. Ramai orang yang mengatakan bahawa air rebusan pertama ini harus dibuang agar pengawetnya hilang. Namun sebenarnya zat pengawet ini tidak akan hilang.

Air rebusan mi segera yang pertama akan mengeluarkan minyak dan bahan kimia lain yang mungkin digunakan untuk membuatnya. Namun, bahan pengawet dan kandungan lain yang berbahaya bagi kesihatan ketika diolah lebih lanjut ini tidak akan hilang 100 peratus. Ia hanya akan berkurang sedikit ketika air rebusan pertama dibuang.

Kandungan minyak, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna masih akan tetap melekat pada mi segera meski kadarnya sudah berkurang beberapa peratus. Perlu anda ketahui, penggunaan bahan pengawet tak selamanya membahayakan, kerana pengeluar mi segera tentunya harus mengikuti standard yang selamat dikawalselia oleh Codex Alimentarius Commission (CAC). Namun kandungan bahan kimia ini masih berpotensi untuk menyebabkan berbagai gangguan kesihatan apabila diambil secara rutin. Kesan yang dirasakan memang adalah kesan jangka panjang, contohnya gangguan pencernaan, konstipasi, kanser pencernaan, dan lain-lain. Dalam jangka panjang, bahan kimia tersebut juga akan sangat berbahaya bagi kecantikan wajah dan kulit. Kulit menjadi lebih kering, yang kelak akan menimbulkan pelbagai gejala penuaan awal. Selain itu, mi segera juga akan merosakkan program diet anda, kerana kadar kalorinya tinggi. Sekali lagi, boleh-boleh saja menikmati mi segera, tetapi sebaiknya tidak diambil terlalu kerap. Jangan menjadikan mi segera sebagai makanan utama, melainkan sebagai jajanan selingan saja. Tetaplah mengambil makanan dengan gizi seimbang untuk sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam.


Saya sangat geram jika ada ibubapa bertanya pada saya, bolehkah anaknya yang berusia 5 tahun dan sedang demam memakan mi segera. Saya faham niat ibubapa yang cuba memberikan sesuatu pada anak yang menghadapi kelesuan  dan tidak selera makan akibat demam. Namun itu bukanlah langkah yang bijak.

Masih ingat tentang khabar angin mengenai kerajaan Taiwan telah mengharamkan mi segera yang dikeluarkan oleh satu syarikat dari Indonesia? Walaupun ia setakat khabar angin, ada iktibar yang dapat kita pelajari oleh mayarakat kita. Adakah mi segera kita selamat?

Pengharaman itu disebabkan kadar bahan pengawet yang terdapat pada mi segera itu melebihi daripada kadar yang dibenarkan. Walaupun bahan pengawet itu (methyl p-hydroxybenzoate dan benzoic acid) dikatakan selamat, namun jika digunakan pada kadar  yang terlalu tinggi dikhuatiri akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan.

Sebenarnya produk mi segera dikawal ketat oleh satu badan dunia Codex Alimentarius Commission (CAC) yang menetapkan syarat penggunaan semua bahan awet. CAC mengawal penggunaan pengawet dalam industri makanan di mana hampir 90% produk makanan  menggunakan bahan itu.

Bahan ini penting untuk menjadikan produk makanan menjadi tahan lama. Ia juga mencegah makanan itu dari dicemari bakteria dan fungus yang boleh menyebabkan penyakit keracunan makanan.

Oleh itu, bahan pengawet adalah selamat jika digunakan dalam kadar tertentu. Tetapi kadar yang dibenarkan ini berbeza antara satu negara dengan satu negara yang lain. Sebagai contoh pengawet methyl p-hydroxybenzoate yang dibenarkan oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Singapura adalah 1.000 mg per kg, sementara di Hongkong pula 550 mg per kg.

Ini disebabkan cara pemakanan di setiap negara adalah berlainan. Sebagai contoh di Amerika, rakyatnya hanya makan mi segera seminggu atau dua kali seminggu. Di Hong Kong pula rakyatnya memakan mi segera setiap hari. Sudah tentu mereka akan terdedah kepada kesan buruk bahan pengawet itu lebih daripada rakyat Amerika.

Pengumpulan bahan pengawet ini dengan begitu banyak dalam masa yang pendek akan memberikan kesan yang tidak baik dalam jangka masa panjang terutamanya kepada sistem fisiologi seseorang.

Oleh kerana sistem ini agak sempurna, kebanyakan bahan pengawet ini dapat dikeluarkan dari tubuh kita melalui rembesan air peluh, air kencing dan najis. Sebagai contoh pengawet makanan, Methylparaben bersifat mudah larut air. Ketika proses pencernaan, ia mudah diuraikan. Ia mudah diserap dan dikeluarkan melalui kulit atau najis.

Namun kuantiti bukanlah faktor tunggal yang mempengaruhi badan. Ada beberapa faktor lain yang turut menyumbang kemudharatan seperti jenis pengawet yang diambil dan keadaan si pengambil (orang yang memakannya).

US Food and Drug Administration (FDA), sebuah badan yang mengawal pemakanan dan ubat-ubatan di Amerika Syarikat telah mengkategorikan pengawet methyl p-hydroxybenzoate dan benzoic acid sebagai kategori Generally Recognized as Safe (GRAS), iaitu pengawet ini selamat digunakan pada kadar yang dibenarkan dalam produk makanan.

Sungguh pun setakat ini belum ada lagi kajian ilmiah dan saintifik yang menunjukkan kesan buruk pengawet jika diambil pada kadar yang minima, namun kita harus berjaga-jaga terhadap kesan-kesan yang tersembunyi.

Ada beberapa perkhabaran (yang belum dibuktikan) mengatakan pengawet-pengawet ini boleh menyebabkan kerosakan sistem penghadaman terutamanya usus kecil dan besar. Ia menyebabkan pendarahan dalam usus malah ada yang mengatakan ada kemungkinan boleh mendatangkan kanser colon.



Tiada bukti sainstifik (buat masa sekarang) tidak bermakna ianya selamat untuk dimakan tanpa diawasi. Oleh itu pemakanan mi segera haruslah diminimakan. Jumlah yang berlebihan pasti akan mengganggu fisiologi tubuh manusia.

Bayangkan jika mi segera dimakan setiap hari oleh kanak-kanak atau orang tua yang mempunyai sistem pencernaan yang tidak baik. Apabila sistem fisiologinya tidak berjalan sempurna, perkumuhan bahan pengawet ini tidak dapat dibuang dari tubuh dan akan tersimpan dalam tubuh lalu mengganggu fungsi organ yang lain.

Pendedahan-pendedahan yang dilakukan seharusnya memberikan peringatan kepada masyarakat supaya berhati-hati terhadap pemakanan kita.

Bukan setakat mi segera, mi kuning dan kway tiow yang dijual di pasar-pasar juga harus diawasi. Penggunaan bahan pengawet yang digunakan harus mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kita tidak mahu generasi akan datang bakal mengalami pelbagai perubahan genetik dan memberikan pelbagai kecacatan sejak lahir (congenital defect) akibat kesan pemakanan yang tidak sihat ini.

Wallahu a’lam

sumber


Fakta buah yg perlu anda ingat!

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Something good to share....



Contohi Pola Pemakanan Rasulullah SAW

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Pola pemakanan Rasulullah SAW adalah yang terbaik untuk kita contohi. Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Barang siapa yang mengamalkan sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan iaitu Pahala yang berlipat ganda dan Keberkatan. 

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:


1. Membaca Bismillah ketika hendak makan dan mengakhiri dengan membaca Alhamdulillah serta membaca doa sebelum dan selepas makan.




Ya Allah, berkatilah apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhi kami dari azab api neraka.




Segala puji bagi Allah, yang telah memberi makan dan minum kepada kami dan telah menjadikan kami termasuk orang-orang Muslim.

Hikmah membaca Bismillah dan Alhamdulillah adalah seorang muslim selalu mengingat bahwa makanan yang dimakan tidak lain adalah nikmat dan anugerah dari Allah yang Maha Lembut dan Maha Tahu. Dia akan terhindar dari sikap berlebih-lebihan dan membazir. Seorang Muslim juga akan selalu sedar bahawa makanan bukan tujuan akhir, tapi sarana menambah kekuatan untuk menuju ketaatan kepada Allah, memakmurkan bumi dan menaburinya dengan kebaikan.

2. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.




Nabi bersabda: "Barangsiapa tertidur sedang di kedua tangannya terdapat sisa makanan, lalu ketika bangun pagi dia menderita suatu penyakit, maka hendaklah dia tidak mencela melainkan dirinya sendiri".

3. Menjauhi sikap berlebihan dan rakus ketika makan.




Makan adalah kewajiban. Dengan makan seorang muslim memperoleh kekuatan untuk beribadah.
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abdullah ibn Umar:
"Sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak yang harus kamu penuhi".

Namun demikian kita harus ingat batasan ketika makan iaitu menjauhi sikap berlebihan dan rakus.
Banyak sekali dalil yang menekankan hal ini.

"Makan dan minumlah, tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan".[al_A'raf :31]

"Makanlah diantara rezeki yang baik yang telah Kami berikan pada kalian, dan janganlah melampaui batas padanya" [ Thoha : 81]

Sementara Rasulullah saw sendiri telah memerintahkan untuk mengatur waktu makan dan berpegang teguh pada etika, sebagaimana sabda Beliau:
"Kami (orang Muslimin) adalah orang-orang yang tidak makan kecuali setelah lapar, dan bila makan kami tidak sampai kenyang".

Beliau juga bersabda:
"Tidaklah anak cucu Adam mengisi wadah yang lebih buruk dari perutnya. Sebenarnya beberapa suap saja sudah cukup untuk menegakkan tulang rusuknya. Kalau dia harus mengisinya, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga lagi untuk bernafas". (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Muslim)

Maksudnya sebenarnya makanan dalam porsi minimal pun sudah cukup baginya untuk memenuhi keperluan asas.

4. Makan dengan tiga jari.


Dengan tiga jari bererti kita telah bersikap seimbang. Sebagaimana dikatakan bahwa makan dengan lima jari menunjukkan kerakusan, sedangkan makan dengan satu atau dua jari menunjukkan kesombongan dan keangkuhan.

Dari Ka’ab bin Malik RA, “Aku melihat Rasulullah SAW makan menggunakan tiga jari. (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)” [HR Muslim]


5. Minum dengan tiga kali tegukan, dilakukan sambil duduk dan tidak bernafas dalam gelas.


Nabi mengajarkan minum dengan menyisip (minum air dengan menempelkan bibir ke air), bernafas di luar gelas serta tidak minum dengan cara menegak. Maksudnya adalah mencegah masuknya udara ke dalam perut.

Ubay bin Ka'ab berkata:
"Nabi saw tidak pernah meniup makanan dan minuman, tidak bernafas di dalam wadah. Bahkan beliau melarang meniup makanan dan minuman".

Nabi saw biasa minum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di antara tiga kali tegukan di luar gelas dan bukan di dalamnya.

Diriwayatkan dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bernafas tiga kali saat minum.
Beliau bersabda:
"Sungguh, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan, dan menyegarkan". [HR Bukhari dan Muslim]

6. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.


Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.


7. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.


Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protein susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.







8. Elakkan meminum susu bersama buah-buahan.


Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.



9. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.


Rasulullah saw melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi,  ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.




10. Rasulullah SAW mengutamakan memakan buah-buahan terlebih dahulu.


Rasulullah akan makan buah2an dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti..Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak.


11. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.


Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:

“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.
Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.

Al-Hakam Bin Uyainah berkata:
“Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”

12. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.


Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.

Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.

Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan,
“Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.

Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,
” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut  dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.

13. Buah tamar.


Sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.

Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan   lagi hidangan tersebut.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,
“Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.

14. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai


Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.


15. Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).


Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.

16. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu.


Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia menghindar daripada segala penyakit.

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan”– [An-Nahl: 68-69]

17. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air.


Dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan  dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan.

Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air.      
     
Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.

18. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.


Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:

نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع
“Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.“
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).

19. Nabi Muhammad SAW juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan.


Ini untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.






20. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick.


Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” [HR Muslim]

Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).

“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” [Kitab Silsilah hadith sahih].

Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.”
Ia berkata: "Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalamshahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat." [Fathul Bari 9/5780.

21. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.



Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.




22. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.


 Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersabda;
“Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

23. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.

Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.
Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.

24. Elakkan kekenyangan sebelum tidur



Diriwayatkan dari Aisyah bahwa Nabi saw bersabda:
"Cairkan makanan kalian dengan berdzikir kepada Allah yang Maha Tinggi dan solat, serta janganlah kalian tidur setelah makan, kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras" [HR. Abu Naim]

Ini kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan.  Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.

Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.

25. Rasulullah SAW melarang meniup makanan/minuman panas atau memakannya ketika masih panas.


Dalam Hadits Ibnu Abbas menuturkan
“Bahwasanya Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam melarang bernafas pada bejana minuman atau meniupnya”. [HR. At Tarmidzi ]

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya makanan yang sudah tidak panas itu lebih besar berkahnya”. [HR Hakim ]

Dari beberapa hadith di atas jelas menyatakan bahwa meniup makanan panas dan memakan makanan panas tidak dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Ketika kita meniup makanan, tentunya yang kita keluarkan adalah gas CO2.Sementara itu makanan panas tadi masih mengeluarkan wap air (H2O). Menurut reaksi kimia, apabila wap air bereaksi dengan karbon dioksida akan membentuk carbonic acid yang bersifat asam.

Bila kita meniup makanan, karbon dioksida dari mulut kita akan bergabung  dengan wap air dari makanan dan menghasilkan carboric asid yang akan mempengaruhi tingkat keasaman dalam darah kita sehingga akan menyebabkan suatu keadaan dimana darah kita akan menjadi lebih asam dari seharusnya sehingga pH dalam darah menurun, keadaan ini lebih dikenal dengan istilah asidosis.Ini bermakna buah pinggang terpaksa bekerja lebih kuat lagi untuk mengeluarkan carboric asid dari dalam badan kita.

26. Baginda SAW juga melarang kita mengutip makanan yang telah terjatuh ke tanah.


Makanan yang telah terjatuh dikira bukan rezeki kita lagi. Syaitan akan memakan makanan tersebut. Mahu kah kita berkongsi makanan dengan syaitan?






27. Rasulullah SAW tidak makan makanan yang telah diawet atau  makanan mentah.


Dalam kehidupan kita yang agak sibuk ini, kita lebih suka makan makanan yang telah siap diawet, makanan  yang ditinkan dan juga makanan segera. Makanan ini tidak baik untuk kesihatan kerana mengandungi bahan kimia yang membahayakan jika dimakan berlebihan dan mempunyai kandungan garam yang tinggi yang sememangnya membahayakan kesihatan.

28. Rasullullah melarang makan sambil bersandar atau berbaring.


Ketika makan hendaklah duduk tegak lurus. Rasulullah melarang seseorang makan sambil bersandar kerana membahayakan kesihatan dan mengganggu pencernaan usus.Makan cara ini tidak digalakkan kerana ini mencontohi cara makan masyarakat di zaman kerajaan Roman. Disamping itu, makan sambil bersandar atau berbaring membuatkan makanan lambat dihadamkan dan mengganggu proses pencernaan.

29. Rasulullah SAW juga melarang minum sambil berdiri

Anas RA juga berkata:
"Rasulullah saw telah melarang minum sambil berdiri". [HR Muslim]









30. Berjalan selepas makan.

Adalah amat digalakkan supaya kita berjalan selepas makan sekurang-kurangnya sebanyak 40 langkah bagi proses pencernaan berjalan lancar. Kita juga boleh melakukan solat sunat selepas makan agar makanan dapat dicernakan dengan baik. Kita juga akan merasa lebih sihat dan bertenaga.




31. Berpuasa
Kita diwajibkan berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.

Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.

32. Tidak makan makanan larangan
Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.

Mari kita ikuti Sunah Rasul SAW agar selamat dunia akhirat.

Sahabat2ku.......