Syabas Anak2ku..... Pengalaman yg amat berharga!
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah.... baru sempat nak update blog... tentang Pertandingan Syarahan yg angah hadiri tempoh hari di UUM, Sintok. Tiba di rumah hari Isnin pagi, angah tak ke sekolah.... Jenguk aje blog, amboi tak tahu ribut dan angin dari mana terdapat beberapa komen dari "pengomen yg baik hati", beremosi sangat, tak tahu kenapa "komen"nya beremosi sgt.... Alhamdulillah atas komen anda itu! ermmm.... entah apa yg tidak puas hati! Apa pun just rujuk ENTRI saya sebelum ini.
Alhamdulillah.... perjalanan pergi ke sana.... semuanya berjalan lancar. Angah dan rombongannya terus ke Sintok, manakala kami ke Penang, cuti2 Malaysia dulu.... Dapatlah pergi ke Batu Feringgi kejap, Pdg Kota kejap. Itu pun cuaca tak begitu mengizinkan, hujan di mana2 tak dapat nak santai sangat.... Kami menginap di Hotel T, Changlun. Lebih kurang 15 minit ke UUM Sintok.
Alhamdulillah.... angah dapat mempersembahkan syarahan dengan baik, tiada apa2 yg cacat celanya.... semuanya berjalan lancar, esoknya, Ahad (10/11/2013) baru diumumkan pemenangnya. Tunggu punya tunggu, berdebar juga.... akhirnya Peserta dari SARAWAK mendapat Johan, Kedua Negeri KEDAH dan Ketiga dari Negeri SELANGOR.
Keputusan memang agak mengejutkan juga kerana semua pemenang yg memenangi pertandingan Syarahan itu mempersembahkan konsep SYARAHAN BERCERITA.... .... dan itulah yg menjadi dialog panjang antara kontinjen2 negeri yg bertanding. Angah agak sedikit kecewa kerana dia merasakan bahawa pertandingan ni macam tidak adil, namun saya tetap menenangkannya agar menerima takdir yg Allah SWT berikan dengan hati yg terbuka. Angah tersenyum kembali! Saya memberitahu angah bahawa pengalaman yg dia dapat adalah sesuatu yg sangat berharga yg mana orang lain tak dapat... jadi jangan bersedih. Insya Allah kalau diberi izin Allah SWT, tahun depan cuba lagi! Saya bangga kerana angah faham dan menerima semua itu dengan ikhlas.
Cuma yg menjadi tanda tanya saya dan juga kontinjen dari N9 pada ketika itu, .... Pertandingan Syarahan Peringkat Kebangsaan sepatutnya diadili oleh juri2 yg professional, tetapi malangnya pada hari pertandingan salah seorang juri membawa anak dan kemudian anaknya menangis beberapa kali sehingga mengganggu peserta2 lain. Dan yg peliknya Pertandingan Syarahan menjadi pertandingan Syarahan Bercerita.... Ianya memang lari dari konsep Syarahan yg diajarkan oleh JPN. Malah semasa bertanding diperingkat Daerah dan Negeri pun, konsep Syarahan bukanlah konsep syarahan bercerita..... ermmm...entahlah... apa2 pun saya berharap seandainya di lain kali, agar perkara seperti ini tidak berulang kerana nampak sangat sikap tidak matang dan professional dalam menggendalikan pertandingan seperti ini, di peringkat Kebangsaan pula tu.... walaupun yg bertanding hanyalah anak2 tahap 2 (darjah 4 - 6) tapi mereka mempunyai semangat, tambahan sebelum masuk ke peringkat Kebangsaan mereka semua telah melalui proses2 dari Daerah ke Negeri dan barulah bertanding ke Peringkat Kebangsaan. Kalau begini penjurian diberikan, sangat2 tidak adil kepada mereka yg telah berusaha bersungguh2. Apa2 pun ini hanyalah pendapat saya. Yang baik dari Allah SWT, yg tidak baik adalah dari kelemahan saya jua.
Apa2 pun pihak kontinjen N9 sangat2 baik hati, saya sebagai mama yg turut hadir memberi sokongan dilayan dengan baik, dan mereka sangat menjaga peserta-peserta yg turut bertanding.
Hadiah yg diperolehi:
Di UUM, Sintok
Tak menang tp dapat juga hadiah kenangan |
dan wang tunai RM100... alhamdulillah |
Syabas kepada kedua-dua duta kecil yg mewakili N9 bagi acara Syarahan. Jangan putus asa yer...cuba lagi!
Di Hari Kecemerlangan 2013
HADIAH GALAKAN KOKU |
Kedudukan Terbaik Dalam Kelas |
Terbaik dalam ALIRAN |
Hadiah untuk KELAS AGAMA PETANG - hari ni baru dapat... belum sempat upload gambar lagi.... nnt update yer...
SYABAS ANGAH.... begitu juga pada ALONG - dapat Terbaik dalam Kelas (nnt upload pingat nyer yer...)
Apa2 pun syabas untuk anak2 mama..... ini semua adalah penguat semangat untuk menempuh ke peringkat yg lain tahun hadapan... Insya Allah.
Alhamdulillah....syabas yer adik! Teruskan usaha.... kemenangan bukan segalanya.... yg penting pengalaman yg kita dapat semasa melalui semua proses itu!...Keep up the good works!