F

Angah berjaya mewakili negeri ke Peringkat Kebangsaan!


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah.... insyaAllah hari ini angah akan ke UUM, Sintok, Kedah untuk menjadi duta ke negeri ke Peringkat Kebangsaan bagi Pertandingan Syarahan Agama 2013. 

Alhamdulillah, segala penat lelah angah membawanya ke satu tapak  yang lebih maju lagi, banyak pengalaman yg boleh ditimba dan sudah pasti ianya adalah satu-satunya pengalaman yg berharga untuk anak ku itu. 

Sebagai seorang mama, saya cukup berbangga atas pencapaiannya.... dgn usianya 11 thn telah mampu membawa nama negeri ke peringkat Kebangsaan. Bukan apa, sebenarnya pengalaman bertanding ni bukan perkara baru buat angah, cuma apabila menjadi wakil negeri bagi Negeri Sembilan, sudah pasti ianya adalah satu tanggungjawab yg berat untuk anakku itu. Namun saya bangga dengan sikapnya yg begitu "cool" aje.... sedangkan saya sebagai ibu pun dah "jiwa kacau" dibuatnya... heheheheheh (mamanye yg lebih sgt). Apa yg lebih membanggakan adalah sikap angah yg sentiasa inginkan cabaran, dan yg pasti setiap cabaran disambutnya dgn baik. Teruskan anakku!

Angah memang dah biasa dgn macam2 pertandingan bagi mewakili sekolah, mewakili negeri bagi pertandingan Syarahan ini adalah buat julung kalinya...... biasa angah ambil pertandingan bercerita, bermain muzik tradisional chaklempong, program doktor Muda dan beberapa acara bagi sekolahnya. Cuma pertandingan syarahan agama ini, baru sahaja angah ceburi, awal tahun ini, beberapa pertandingan dihadiri, menjadi Johan di Peringkat Negeri dan akhirnya melayakkan angah untuk ke peringkat Kebangsaan..... Alhamdulillah.... Terima Kasih Pada MU, Ya ALLAH.... semuanya atas izinMU.

Syarahan angah yang dipertandingkan adalah "SOLAT SEBAGAI BENTENG MAKSIAT", idea dari mamanya.... ermmmm Smile. Biasanya teks disediakan oleh pihak sekolah dan kemudian sebagai mama saya akan mengeditnya sana sini, tapi bagi peringkat Negeri hari itu, saya sendiri yang membuat teksnya. Entah kenapa, hati saya tergerak untuk membuatnya, walaupun teks telah disiapkan oleh gurunya dengan tajuk yg lain...... namun sebelum itu saya dah menyuruh angah utk mendapat persetujuan gurunya terlebih dahulu.... maka akhirnya ke peringkat Kebangsaan ini, angah akan menyampaikan syarahan dalam teks yg saya buatkan itu. Alangkan bangganya saya, namun berdebar juga di sanubari. Debarannya lebih hebat lagi hendak dibandingkan semasa mewakili peringkat negeri hari tu.... ermmmm nampaknya memang mamanya yg lebih sgt ni moodswings. Namun angah memang best banyak idea! Syabas anak mama!


Dalam pada itu, Hari Kecemerlangan di sekolah angah pun berlangsung pada hari yg sama.... ermmmm.... agak terkilan juga kerana angah juga adalah pelajar yg terpilih untuk mengambil hadiah bagi pencapaian terbaik kelas dan darjah ( no 1 di dlm kelas dn darjah), nmpknya tak dapat menghadirkan diri demi sebuah perjuangan yg lebih getir lagi, di Kedah. Begitu juga dgn along, terpaksa berkorban demi angah kerana along juga terpilih untuk mengambil hadiah bagi pencapaian akademik yg sama. Ermmmm.... semuanya berlangsung pada hari yg sama. Angah dan along agak sedikit sedih, namun mamanya ini menenangkan keduanya agar redho dan pastinya ada hikmah yg menanti. Hari Kecemerlangan sudah pasti milik mereka, tapi pertandingan ini adalah satu perjuangan yg belum selesai, ada tanggungjawab yg belum terlerai! Mereka angguk, tanda mereka faham.... ermmmm aku tersenyum puas! 

Terima kasih Ya Allah, kerana memberikan kami sekeluarga dengan rezeki yg berlipat ganda!

Hari ini, 7 November 2013,jam 5 ptg, angah akan bergerak ke Kedah bersama rombongannya, insyaAllah kami sekeluarga juga akan menyusul kemudian, kerana acaranya akan diadakan pada hari Sabtu, 9 November 2013. InsyaAllah!

Diharap sahabat sekalian dapat mendoakan agar segala urusan kami dipermudahkan dan semuanya berjalan lancar. InsyaAllah.

Bebarapa Tip untuk dikongsikan....
Peranan ibubapa untuk menggalakkan anak menceburi aktiviti sihat.

  • Jika anak minat sesuatu aktiviti yang sihat di sekolah mahupun di komuniti kejiranan, maka berikan galakan dan kata-kata semangat kepada mereka.
  • Sebagai Ibu bapa pastikan anak-anak memperuntukkan masa mereka dengan baik antara aktiviti dan akademik. 
  • Ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar, menyaksikan dan turut ambil tahu dalam apa jua aktiviti sihat yang diceburi olah anak-anak.  Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan atau pun acara yg diceburinya. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.
  • Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka dengan alat atau maklumat seperti buku-buku yang berkaitan dengan minat mereka. Secara tidak langsung anak-anak akan terkesan di dalam hati dan akan mengambil semua hal dengan serius. 
  • Tetap terus memberi kata-kata semangat dan terus memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak dengan cara yang baik dan berhemah. Agar anak-anak berasa bahawa oh... ibu bapa ku sangat mengambil berat akan diriku! Mereka sangat sayang padaku!
7 Responses
  1. Anonymous Says:

    Haaaaha,,,akhirnya budak ni kalah dgn anak aku juga.....jgn bangga sangat lain kali...tahun depan jumpa lagi....kalah juga.....padan muka..jangan marah ampun ya...


  2. Anonymous Says:

    anak dia kalah tak tulis pula dalam blog ni.....jangan bangga sangat...Allah tahu hati ibu yang busuk......


  3. Anonymous Says:

    aku sokong.....anak dia mmg kalah.


  4. Alhamdulillah...... kalah menang adat bertanding.... saya sendiri belum sempat nk update dlm blog.... apa2 pun terima kasih yer atas comment2 yg berharga dari puan/tuan.... Tak tahulah saya kenapa puan/tuan yg memberi komen ni terlalu beremosi sangat... Apa2 pun yg menang anak puan/tuan, tetapi saya yakin anak saya terima semua itu sebagai satu pengalaman yg berharga. Insya Allah.... Selagi diberi izin Allah, insya ALlah kalau ada rezeki anak saya pasti akan berjuang lagi. Terima kasih yer puan/tuan.... hanya Allah SWT yg tahu hati saya baik ke tidak..... Terima kasih sekali lagi.....


  5. Nadiah Says:

    Masya Allah.... kenapalah beremosi sgt bila memberi komen.... apa2 pun tuan rumah tak payah layan sgt org macam ni.... kalau anak dia yg menang kenapa pula emosi... hai mcm something aje si pengomen ni.... ermmm


  6. Anonymous Says:

    Assalam.... Beradaplah kalau nak beri komen pun, hai "keterlaluan" sgt si pemberi komen ni. Yg pasti org yg sama tu.... Allah swt tahu perbuatan anda tau!


  7. Anonymous Says:

    Pemberi komen ni emo betul lah.... 1 jari menunding pada org 4 jari lagi tertunding pd diri sendiri... so tepuk dada tanya selera, diri anda tu baik sangat ke? Tuan rumah.... tahniah! Anak2 yg hebat


Sahabat2ku.......