F

Rahsia Hari dan Bulan Masyarakat Barat

Artikel ini telah dibuat kajian oleh Ibnuyaacob, 
semoga artikel ni bermanfaat kepada kita semua....insyaallah
helius
Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno yang dipimpin Dajjal laknatullah yang hidup lama itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya orang Islam dibentuk secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala Yahudi dan Nasrani.

Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita sejak berumur 4 tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala.
Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu  “Penjajahan” dan “Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu”.
Apa yang dinyatakan di bawah ini sudah banyak diketahui umum, cuma penulis ingin meletakkan sekali lagi dalam Blog D’ ini sebagai peringatan sekelian mukmin.

Pengertian Bulan-Bulan Masehi
  • 1. Januari - berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.
  • 2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
  • 3. Mac - berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
  • 4. April - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).
  • 5. Mei - berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.
  • 6. Jun - berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.
  • 7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’ yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
  • 8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’ bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
  • 9. September - berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
  • 10. Oktober - berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.
  • 11. November - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
  • 12. Disember - berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.
Nama Asal Hari-Hari Masehi
  • 1. Sunday - berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari.
  • 2. Monday - berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan.
  • 3. Tuesday - berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’.
  • 4. Wednesday - berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom.
  • 5. Thursday berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.
  • 6. Friday - berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’.
  • 7. Saturday - berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi.
Mengapa Bahasa Orang Romawi dijadikan Rujukan Utama.
Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin  yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Pada zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewasakan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintah Julius Caesar dan Hercules manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan cendekiawan terkenal iaitu Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain.
Perlu diingat bahawa dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga antara mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Cabbala secara sembunyi-sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato.
Masyarakat Eropah dan Amerika sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Sebarang ilmu yang mereka peroleh atau yang mereka cipta akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek walaupun kadang-kala ilmu-ilmu yang mereka cipta itu hanya ciplak sahaja dari sarjana Islam.
Misalnya disiplin ilmu ‘Psikologi’ yang sekarang banyak diajar di universiti-universiti seluruh dunia termasuk negara Islam. Semua sarjana Yahudi dan Nasrani menciplak ilmu ini dari sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan.
Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes manakala dalam dunia Islam disiplin ini diperkenalkan pada 950 M oleh Abu Nasr al-Farabi di dalam bukunya yang bertajuk “Opinions of the Citizens of Uthopia“. Kemudian disiplin ini mula dikembangkan oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sebelum Descartes dilahirkan, antara tokoh lain ialah :
  • - Ibnu Sina (meningal pada 1037 M) yang menulis kitab bertajuk “The Moods of Psyche” dan “Hints and Notices”.
  • - Imam al-Ghazali (meninggal pada 1111 M), menulis kitab berkaitan jiwa iaitu ‘Ihya Ulumuddin’. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang dinamakan Sains Rawatan.
Untuk menngkhaburi mata masyarakat dunia, golongan Yahudi dan Nasrani memberikan nama disipilin berkaitan jiwa ini kepada nama ‘Psikologi‘, yang berasal dari perkataan ‘Psychos‘ (Jiwa) dan ‘Logos‘ (kajian), yang bermaksud kajian jiwa. Nama-nama tokoh-tokoh Islam tidak disebut langsung dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah masyarakat barat.
Permasalahan di atas telah pun dibincang dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Mekkah bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah Malaysia (jika penulis tidak silap) telah hadir.
Wallahu’alam.

Amalkan budaya nasihat

Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.
JANGAN menjadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. - Gambar hiasan
DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup. Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.
Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.
Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.
"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."
Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.
Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.
Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.

Father's Day History - attention to all muslims....

Related on my article HARI BAPA?????
I get this article form website http://morning-glow.com/holidays/father/father.html
Merayakan satu hari - atas apa jua alasan 'for good cause' tidak akan menjadikan ia satu amalan baik atau ibadah. Silap hari bulan dikuatiri umat Islam terjerumus dalam aktiviti tasyabuh bil kuffar (menyerupai orang Kafir).....moga2 dijauhi ya...insyaallah. Anyway yang baik datangnya dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari saya sendiri...apa-apa pun moga bermanfaat...

The History behind the father's day celebration....plz be alert...
The idea for creating a day for children to honor their fathers began in Spokane, Washington. A woman by the name of Sonora Smart Dodd thought of the idea for Father's Day while listening to a Mother's Day sermon in 1909.

Having been raised by her father, William Jackson Smart, after her mother died, Sonora wanted her father to know how special he was to her. It was her father that made all the parental sacrifices and was, in the eyes of his daughter, a courageous, selfless, and loving man. Sonora's father was born in June, so she chose to hold the first Father's Day celebration in Spokane, Washington on the 19th of June, 1910.

In 1926, a National Father's Day Committee was formed in New York City. Father's Day was recognized by a Joint Resolution of Congress in 1956. In 1972, President Richard Nixon established a permanent national observance of Father's Day to be held on the third Sunday of June. So Father's Day was born in memory and gratitude by a daughter who thought that her father and all good fathers should be honored with a special day just like we honor our mothers on Mother's Day.

The excert below is from the Silver Anniversary Book on Father's day published in 1935. I would like to thank William Jackson Smart's great granddaughter, Bonnie, for sharing this with me.

"This year, 1935, the Silver Anniversary of Fathers' Day is being observed. Thirty-seven years ago, in the Big Bend hills of Washington, the day had its nativity in a lonely farm dwelling. There Sorrow ministered amid the moaning of the March winds.

A father sat with bowed head in his aloneness. About him clung his weeping children. The winds outside threw great scarfs of powdered snow against the window panes, when suddenly the last born tore himself from the group and rushed out into the storm calling for his mother. Yet even his baby voice could not penetrate the great silence that held this mother.

Hurriedly, the father gathered him back to his protection and for more than two decades, William Jackson Smart, alone, kept paternal vigilance over his motherless children.

This poignant experience in the life of Mrs. John Bruce Dodd of Spokane, Washington, who was then Sonora Louise Smart, was the inspiration for Fathers' Day which materialized through the devotion of this father and the father of her own son, John Bruce Jr., born in 1909. Through the observance of the love and the sacrifice of fathers about her everywhere, her idea of Fathers' Day crystallized in 1910, through a formal Fathers' Day petition asking recognition of fatherhood."

Faktor-Faktor Risiko Kanser Payudara

Penyebab utama kanser payudara masih belum diketahui dan dipercayai bahawa lebih daripada satu faktor yang mengakibatkannya. Pakar pengkaji percaya bahawa faktor penyebab termasuk faktor genetik dan faktor alam sekitar.

Keutamaan telah ditumpukan kapada individu yang mempunyai risiko tinggi. Berapa sebab telah pun dikaji dengan teliti. Apakah implikasi mengenalpasti faktor-faktor risiko kanser payudara?

Faktor-faktor risiko yang sudah diketahui akan membolehkan individu yang berisiko tinggi menerima manafaat daripada kawalan rapi iaitu daripada pemeriksaan rapi klinikal dan pemeriksaan mammografi. Walaubagaimanapun, wanita yang tidak mempunyai faktor-faktor risiko boleh menghidapi kanser. Jadi, faktor-faktor risiko tidak boleh memberi ramalan yang tepat.

Pesanan utama

1. Mengetahui faktor risiko akan memutuskan sama ada anda perlu atau tidak pemeriksaan saringan.

2. Sekiranya anda tidak mempunyai faktor-faktor risiko tidak bermakna anda selamat. Ramai wanita yang mengidapi kanser tidak mempunyai riwayat keluarga atau mempunyai faktor-faktor risiko

3. Kanser payudara tidak boleh dicegah dan strategi utama adalah pengesanan awal dan rawatan sebelum kanser itu merebak


Faktor–faktor yang dikenal pasti

Berikut adalah faktor-faktor yang telah dikenal pasti

Jantina
Kanser payudara adalah khususnya penyakit wanita (95% daripada kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita)

Umur
Semakin usia meningkat semakin tinggi risiko. Wanita yang berumur kurang daripada 25 tahun jarang sekali mengidapi kanser payudara

Perbezaan geografi
Kawasan kediaman memainkan peranan. Kanser payudara lebih didapati di negeri barat jika dibandingkan dengan negara Asia atau Afrika (sila lihat Barah Payudara - Permasaalahan serius)

Riwayat kanser payudara
Sekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda

Riwayat keluarga dan faktor genetik
Sekiranya seorang wanita mempunyai ibu atau adik beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidapi kanser payudara pada usia yang agak muda, risiko ia akan menghidapi kanser payudara akan meningkat 2 kali ganda dan risiko ini akan meningkat 4 kali ganda sekiranya 2 atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payudara.

Untuk lelaki, risiko meningkat sekiranya, bapa, adik beradik lelaki atau anak lelakinya menghidapi kanser payudara. Saudara mara seorang lelaki yang menghidapi kanser payudara mempunyai risiko tinggi. Ada laporan yang mengatakan 60% lelaki pengidap kanser payudara mempunyai saudara wanita yang menghidapi kanser payudara. Usia mereka ketika menghidapi kanser penting diketahui.

Hanya 5-10% wanita yang menghidapi kanser payudara mempunyai faktor-faktor genetik. Pada tahun 1990 gen BRCA1 ditemui dan diikuti berapa tahun kemudian dengan gen BRCA2. Sekiranya salah satu gen tersebut didapati, risiko akan meningkat sebanyak 85%

Gen BRCA1 mempunyai kaitan dengan kanser ovari. Gen ini bukan suatu gen yang berlebihan tetapi merupakan suatu gen yang berubah mengakibat munculnya kanser payudara. Wanita yang ada gen BRCA1 mempunyai riwayat keluarga di mana beberapa generasi menghidapi kanser pada usia yang muda dan kanser didapati pada kedua-dua payudara. Walaubagaimanapun, terdapat wanita yang ada gen BRCA1 di mana saudaranya tidak menghidapi kanser payudara.

Sindrom Li-Frameni adalah sejenis kanser payudara yang jarang berlaku dan dikaitkan dengan gen p53. Kanser pada pesakit-pesakit ini dikaitkan dengan ketumbuhan tisu lembut, tulang, otak dan kelenjar adrenal.

Adanya riwayat penyakit payudara
Ini meliputi semua keadaan di mana terdapat sel-sel abnormal. Wanita di mana sel-sel agak abnormal iaitu hiperplasia atypical mempunyai kadar risiko 4 kali ganda menghidapi kanser payudara. Begitu juga dengan penyakit fibrosistik atau penyakit proliferatif.

Riwayat haid
Sekiranya seorang wanita baligh pada usia sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun, risiko ia menghidapi kanser meningkat 2 atau 3 kali ganda. Ini berkaitan dengan fasa kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormon oestrogen.

Jumlah anak
Seorang wanita yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30 tahun mempunyai risiko tinggi menghidapi kanser payudara. Ini mungkin ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak terganggu.

Pendedahan radiasi
Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku

Pendedahan kepada letupan bom atom boleh meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Risiko radiasi diperolehi daripada data pendedahan tinggi seperti mangsa letupan bom atom, pelombong uranium, mangsa pendedahan gas radon, pesakit tuberculosis yang pernah mengalami floroskopi ulangan (satu cara pemeriksaan yang tidak dilakukan lagi) dan pesakit yand didedahkan radiasi untuk rawatan penyakit mastitis dan penyakit Hodgkins. Dos yang didapati merangkumi 250mGy – 20Gy (25 sehingga 2000rads). Dos seperti ini tidak digunakan semasa pemeriksaan diagnostik

Status socioekonomi
Status socioekonomi tinggi akan meningkatkan risiko kanser payudara. Ini berkaitan dengan usia semasa baligh, usia semasa putus haid, usia ketika hamil anak pertama dan juga pemakanan

Pemakanan
Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara. Walaubagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa kaitan antara kadar kanser payu dara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol telah membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga 2.0 kali ganda.

Saiz tubuh
Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi oestrogen dan pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi

Pil perancang dan terapi hormon gantian (THG)
Pengambilan pil perancang pada jangka masa yang lama dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2 kali. Rawatan hormon gantian (THG) dalam bentuk campuran oestrogen dan progestogen sering diberikan. Dos oestrogen yang diberikan adalah rendah dan risiko kanser akan meningkat 1.8 kali hanya selepas penggunaan selama 5 tahun. Selepas 5 tahun risiko meningkat 2.6 kali.

Keputusan untuk menerima rawatan THG bergantung kepada berapa faktor. Data mengenai manafaat terhadap penyakit kardiovaskular dan penyakit osteoporosis makin menggalakkan.THG juga bermanfaat kepada wanita yang mempunyai gejala gejala putus haid seperti ‘hot flush’ dan perubahan perasaan.

Kanser payudara yang dikaitkan dengan THG didapati mudah dirawati dan kurang merebak. Ini mungkin kerana wanita-wanita ini lebih sering melakukan mamogram dan kanser dikesan lebih awal. Walaubagaimanapun implikasi risiko dan faedah penggunaan THG perlu dikaji dengan teliti.

Penggunaan THG dipertimbangkan apabila faedah mengambilnya adalah melebihi risikonya.

Penyusuan
Kajian telah menunjukkan bahawa tidak ada kaitan antara penyusuan dan kanser payudara. Penyusuan tidak memberikan apa perlindungan. Kajian Carolina Breast Center pada tahun 1999 telah menunjukkan bahawa penyusuan merendahkan sedikit risiko terhadap kanser payudara di kalangan wanita yang boleh hamil (child bearing). Kajian ini juga memperingatkan wanita jangan melakukan penyusuan hanya sebagai perlindungan untuk kanser payudara. Penyusuan harus dilakukan kerana manfaat kepada kedua dua ibu dan bayi.

Mengenali Barah Payudara

Artikel ini dicedok dari Pusat Sumber Kanser Payudara College of Radiology
Moga bermanfaat ya....

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel? Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.

Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.

Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.

Apakah Yang Menyebabkan Barah Payudara?

Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).

Apa yang kita tahu hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung.

Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang wanita seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara.

Kami belum lagi dapat memahami mengapa adanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti riwayat keluarga (pertalian keluarga dengan penghidap penyakit barah) dan terdedah kepada risiko pengambilan bahan serta sumber berasaskan tembakau, bebas daripada serangan penyakit ini.

Manakala, mereka yang daripada kumpulan berisiko rendah pula tidak terlepas daripada menghidap penyakit ini. Pertalian adalah kompleks dan mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak ternyata. Untuk seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi tanda tanya.

Wabak Selsema Babi Telah Menular ke Sekolah pula

Bila terdengar berita tentang wabak selsema babi hari ini, saya terus sahaja terfikirkan anak2 saya yang bersekolah....tiba-tiba sahaja perasaan risau menerpa di dada, yalah seorang ibukan....la ni wabak dah pun menular kat sekolah-sekolah di sekitar Kuala Lumpur....Risau juga kerana kanak-kanak ni bukannya tahu apa2....Semoga para ibubapa akan lebih berhati-hati lagi kerana penyakit kalau nak datang tak payah diundang pun akan datang juga....marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah swt agar wabak ini tidak terus menular di negara ini. Semoga langkah-langkah keselamatan di ambil demi menjaga anak-anak kita, mgkn topeng mulut/hidung kita pakaikan kepada anak-anak kita.... ianya mgkn dapat menghalang wabak ini terkena kepada anak-anak kita.....insyaallah. Pihak sekolah rasanya sudah patut mewajibkan pelajar2 mereka untuk memakai topeng mulut/hidung sebagai langkah-langkah keselamatan, ya ianya hanyalah satu cadangan...mgkn ada cara yg lebih berkesan lagi...

Artikel ini saya dapat di kosmo online hari ini....
Sekolah kedua ditutup seminggu - Lapan lagi kes baru H1N1 dengan tiga adalah jangkitan tempatan



GURU Besar SK Assunta 2, Ho Swee Ping berjalan keluar dari pintu pagar yang tertera notis tutup sekolah seminggu kerana H1N1 di Petaling Jaya semalam.

KUALA LUMPUR - Wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) memasuki fasa yang semakin membimbangkan apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Assunta 2, Petaling Jaya ditutup seminggu mulai semalam, menjadikannya premis kedua menerima arahan dikosongkan.

Keputusan Kementerian Kesihatan itu bermakna kira-kira 800 pelajar dan hampir 50 kakitangan termasuk guru sekolah berkenaan terpaksa dikuarantin di rumah sehingga 27 Jun ini.

Kelmarin, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson di sini pada 19 Jun lalu, kini Sekolah Kebangsaan (SK) Assunta 2 di Petaling Jaya pula mengalami nasib yang sama.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, arahan tersebut dikeluarkan berikutan terdapat dua kes positif jangkitan tempatan H1N1 membabitkan dua pelajar berusia 11 tahun dari kelas yang berbeza.

"Mangsa demam, batuk dan sakit tekak sejak 21 Jun lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan positif wabak,'' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Selain itu, pihaknya juga mengarahkan tiga buah sekolah iaitu Seri Chempaka International School di Batu 9, Cheras, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 di Shah Alam dan SMK Damansara Utama, Petaling Jaya menutup satu daripada kelas bermula semalam sehingga 27 Jun ini.

Kuman gusi serang jantung

Semoga artikel ini bermanfaat....saje nk kongsi bersama sahabat2.... Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN (nor.afzan@kosmo.com.my)
Bakteria di dalam mulut menyumbang kepada penyakit jantung dan kencing manis. KESIHATAN mulut turut memberi kesan besar terhadap diabetes dan penyakit berkaitan pernafasan.

Tahukah anda, penyakit gusi yang menjadi penyebab utama orang dewasa kehilangan gigi sebenarnya berkait rapat dengan penyakit jantung dan kencing manis yang merupakan antara pembunuh utama di dunia.
Menurut Pakar Periodontal dan Bedah Gigi, Dr. Yong Hui Ping, kira-kira 90 peratus rakyat Malaysia berdepan dengan masalah gusi dengan lebih 30 peratus berada di tahap serius.
“Penyakit gusi bermula dengan pengumpulan plak bakteria yang sentiasa terbentuk di dalam mulut.
“Ia akan menyebabkan gusi mengalami radang lalu bertukar merah dan teksturnya lembik. Gusi terasa pedih kerana membengkak dan mudah berdarah semasa menggosok gigi, makan mahupun ketika menelan air liur.
“Jika keadaan ini berterusan tanpa rawatan, bakteria di dalam mulut akan memakan sisa makanan kemudian merembeskan toksik yang akan menyebabkan gusi lekang daripada gigi, seterusnya membentuk lekuk antara gigi dan gusi,” katanya.
Tambah Hui Ping, gingivitis yang dibiarkan untuk satu tempoh yang lama akan mengundang penyakit gusi yang lebih serius iaitu periodontitis.
“Ramai menganggap warga emas atau orang dewasa sahaja yang mendapat penyakit ini. Tanggapan itu salah sama sekali kerana plak dan bakteria yang dibiarkan membiak dalam mulut selama bertahun-tahun mampu menyerang gusi tanpa mengira faktor usia. Ramai juga remaja yang menghidap periodontitis,” katanya.

Bakteria ikut saluran darah
Pada tahap serius, jangkitan kuman di bahagian gusi boleh memusnahkan ligamen dan merosakkan tisu serta tulang penyokong gigi. Malah, gusi boleh bercerai daripada gigi dan paras tulang gigi merosot.
“Periodontitis yang teruk menjadikan gigi kelihatan lebih panjang dan kedudukannya berubah. Ia menimbulkan rasa tidak serasi apabila pesakit menggigit makanan.
“Gusi menjadi lebih sensitif serta sakit ketika mengunyah. Nafas pesakit pula berbau busuk dan sukar dihilangkan.





“Jika pesakit mengalami simptom tersebut tetapi tidak mendapatkan rawatan pakar, nanah mudah terbentuk dan kehilangan tulang gigi semakin kerap terjadi. Akhirnya, gigi kekal mula longgar dan mudah tertanggal,” jelas Hui Ping.
Kurang bersenam, pengambilan makanan tidak seimbang, merokok, tekanan darah tinggi dan kencing manis sering menjadi punca penyakit jantung.
Namun, beberapa kajian mendapati faktor tersebut belum dapat dikaitkan sepenuhnya dengan pembentukan arteroskelorosis iaitu pengumpulan plak lemak ke dalam salur darah yang menyebabkan serangan jantung.
Penemuan ini mendorong ramai penyelidik lebih memberi tumpuan kepada kaitan antara penyakit periodontitis dengan penyakit koronari jantung.
Berdasarkan kajian oleh pasukan penyelidik yang diketuai Dr. Arne Schaefer dari Universiti Kiel, Jerman, didapati wujud persamaan antara kuman yang ditemui pada rongga mulut dengan kuman yang ada di plak-plak koronari jantung.
“Kita temui gen yang menghubungkan dua keadaan itu pada kromosom 9. Hubungan gen tersebut dengan serangan jantung sebelumnya memang telah diketahui. Namun, dalam kajian kali ini, gen tersebut ditemui pada pesakit yang mengalami periodontitis tahap awal.
“Ini bermakna kuman di dalam gusi bermasalah akan memasuki saluran darah. Ditambah dengan faktor lain, plak lemak akan terbentuk dan menyekat saluran tersebut,” kata Schaefer.
Penghidap periodontis lebih berisiko mendapat serangan jantung kerana bakteria daripada mulut boleh menjangkiti kawasan lain dalam badan dan menyebabkan tindak balas keradangan.
“Sistem imun badan akan mengesan kehadiran bakteria ini dan bertindak balas untuk menghapuskannya.
“Tindak balas ini menyebabkan pelbagai kesan keradangan, terutama pada sistem kardiovaskular dengan menebalkan dinding saluran darah.
“Keadaan ini kerap berlaku pada pesakit jantung. Individu yang menghadapi masalah periodontitis mempunyai risiko 24 peratus lebih tinggi mendapat penyakit jantung koronari,” ujar Hui Ping.
Kajian yang dijalankan mendapati bakteria serta kimia yang dihasilkannya boleh memasuki salur darah secara langsung dan akhirnya sampai ke bahagian lain yang jauh ke dalam seperti sel endotelium pada salur darah,” tambah beliau.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui Apa Yang Terbaik.....

Bacalah. .sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat menandingi kekuasaan Allah swt..amin
Kisah si penjual tempe - moga menjadi iktibar.


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa.Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Allah dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai
di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam
hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Allah tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SOLAT 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..

Teka-teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

Terimakasih untuk tidak berbohong.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada sahabat2 ya....artikel ini telah dikirimkan oleh seorang sahabat...ada sesuatu yang dapat kita kongsikan bersama. Renung2kanlah....

Saat ini Kejujuran sulit di dapati, mungkin karena banyak dari kita yang kurang menghargainya, Kita lihat saat ini pemimpin sering tidak jujur dalam penyelenggaraan negara sehingga merugikan kita sebagai rakyatnya, Pedagang berbohong kepada Pembeli sehingga sering mengecewakan pembeli, pendidik sering menggunakan kata-kata yang tidak benar dalam mendidik, sehingga akan timbul generasi yang mengutamakan ketidakbenaran. Menurut Wikipedia Bohong adalah pernyataan yang salah dibuat oleh seseorang dengan tujuan pendengar percaya. Fiksi meskipun salah, tetapi bukan bohong. Orang yang berbicara bohong dan terutama orang yang mempunyai kebiasaan berbohong disebut pembohong.

Kenapa manusia itu suka berbohong? karena berbohong itu mudah, karena dengan berbohong dia bisa menutupi kelemahan atau kekuranganya, Karena dengan berbohong seseorang terhindar dari hukuman atau terhindar kelihatan kekurangan atas dirinya. Tapi apakah kebohongan itu akan kekal dan membawa bahagia, Saya yakin kebohongan tidak akan membawa kebahagian dalam hidup, mungkin dengan berbohong anda selamat hari ini, tapi anda akan terus dihantui rasa bersalah seumur hidup anda dimana anda takut kalau kebohongan yang anda buat terbongkar, apa lagi kalau hal itu menyangkut hal yang besar, mungkin anda takut hal tersebut bisa berakibat Fatal.

Adakah yang namanya bohong baik, banyak orang yang mengatakan bahwadia terpaksa berbohong untuk kebaikan, tapi menurut saya sekali berbohong tetap berbohong, tidak ada namanya bohong yang baik, mungkin akan lebih baik kita mengungkapkan suatu kebenaran walau kebenaran itu memang sulit dan pahit, tetapi anda telah berjiwa besar, untuk melakukanya dan anda tidak harus menutupi kebohongan seumur hidup anda. Namun mengapa orang harus berbohong? Orang berbohong biasanya disebabkan tiga hal, yaitu kebiasaan, kerakusan dan kedengkian. Satu saja sebab ini ada pada diri kita, dapat dipastikan kita pasti gemar berbohong.

Perlu diingat sekali kita berbohong itu tidak akan cukup, kenapa, karena sekali berbohong tentang suatu hal pasti kita akan merambat ke hal-hal yang lain, jadi mau tidak mau pasti kita akan terus berbohong, mau kah kita hidup dalam kebohongan satu e kebohongan yang lain. Kalau saya mengatakan tidak mau, katakan salah itu salah dan benar itu benar, tidak ada daerah abu-abu. kecuali orang yang berfikir tidak baik selalu melihat daerah abu-abu untuk tujuan tidak benar.

Kejujuran adalah bahasa universal, agama apa pun, di tanah mana pun kita berdiri, dan di waktu kapan pun kejujuran tetap berlaku. Namun nampaknya keuniversalan tersebut semakin teralienasi, dimana justru saat ini yang lebih sering dianggap biasa dan lumrah adalah ketidakjujuran. Di kantor, rumah, persahabatan, rumah tangga semakin mudah ditemui warna-warna dusta dengan berbagai ragam dan bentuknya.Dan justru pula disaat yang sama,kejujuran menjadi barang langka dan seringkali dianggap aneh untuk kita semua.

Kebohongan itu menghancurkan, beberapa bukti besar dapat kita lihat bagaimana koruptor yang ditelanjangi di pengadilan selalu menggunakan kebohongan-demi kebohongan untuk menutupi pada akhirnya menghancurkan dirinya sendiri. Pernah ingat nasihat orang tua saat kita kecil, pasti kita pernah mendengar orang tua menasehati supaya harus menjadi orang yang jujur. Dalam mendidik dan memotivasi supaya seorang anak menjadi orang yang jujur, kerap kali dikemukakan bahwa menjadi orang jujur itu sangat baik, akan dipercaya orang, akan disayang orang tua, dan bahkan mungkin sering dikatakan bahwa kalau jujur akan disayang/dikasihi oleh Tuhan, terkadang terlontar pikiran nakal, bagaimana orang tua menasihati anak untuk jujur sedangkan orang tua tidak jujur dalam kehidupan pribadinya.. . kita mengajarkan jujur tetapi kita sendiri berbohong... .

Dalam kehidupan sehari-hari, saya sering melihat (bahkan juga ikut terlibat) dalam berbagai macam bentuk aktivitas interaksi sosial dimasyarakat, yang justru kebanyakannya adalah wujud realisasi dari sikap tidak jujur dalam skala yang sangat bervariasi, seperti:

Sering terjadi, orang tua bereaksi spontan saat melihat anaknya terjatuh dan berkata "Oh, tidak apa-apa! Anak pintar, tak sakit, kan! Jangan nangis, yah!". Menurut saya, dalam hal ini secara tidak langsung si-anak diajarkan dan dilatih kemampuan untuk dapat "berbohong", menutup-nutupi perasaannya (sakit) hanya karena suatu kepentingan (supaya tidak menangis). Mungkin seharusnya orang tua berkata "jangan menangis ya, sakit itu wajar nanti kita obati agar lekas sembuh" agar kita mengjarkan kejujuran kepada anak kita.

Selain itu saya juga sering melihat dan mengalami kejadian seperti: Saat seseorang bertamu kerumah orang lain, ketika ditanya: " Sudah makan, belum?", walaupun saya yakin tawaran sang tuan rumah "serius" biasanya dengan cepat saya akan menjawab "Oh, sudah!! Kita baru saja makan ", padahal sebenarnya saya belum makan. mungkin kita bisa menjawab "Saya tidak lapar, atau oh Nanti saja dirumah" kita cenderung berbohong untuk hal remeh seperti ini bagaimana kita membiasakan jujur untuk hal besar, kalau hal kecil saja kita berbohong. Seorang yang sering berbohong lambat laun orang lain akan menyadari dan mencium aroma dusta di lidah anda. Perlahan tapi pasti, setiap orang akan mendeteksi kebohongan anda. Di saat itu terjadi, anda akan terkejut menyadari betapa sempitnya dunia ini ketika semua orang mengetahui kebohongan anda.

Dalam lingkungan usaha / dagang, kejujuran sering disebut-sebut sebagai modal yang penting untuk mendapatkan kepercayaan. Akan tetapi sangat kontroversial dan lucunya kok dalam setiap transaksi dagang itulah justru banyak sekali kebohongan yang terjadi. Sebuah contoh saja: penjual yang mengatakan bahwa dia menjual barang "tanpa untung" atau "bahkan rugi" hampir bisa diyakini pasti bohong. mungkin pedagang bisa berkata, "maaf pak harganya sekian saya beli, mungkin bapak mau kasih saya berapa, atau mungkin tidak berkata apa-apa lebih baik dari pada harus berbohong.

Pernah membayangkan juga hidup di dunia ini tidak ada bohong Maka dibayangkan pasti ketika tidak ada kebohongan maka akan tidak ada perusahaan yang dirugikan oleh kecurangan pegawainya, negara tidak bangkrut karena ulah para koruptor kelas kakap, tak ada keretakan rumah tangga karena senantiasa terlindung oleh bingkai kejujuran, tidak ada pengkhianatan, tidak ada kemunafikan, tidak ada bencana besar yang timbul akibat satu bentuk ketidakjujuran yang terlalu sering dianggap sepele. Maka juga, bisa dipastikan hari itu adalah hari yang sangat dirindukan oleh kita semua. mungkin tidak ya.. berharap itu semua bisa terjadi.... Dan saya akan mengucapkan Terimakasih untuk tidak berbohong, iaitu kepada orang yang jujur.

Hukum sertai pertandingan memancing

Artikel dari Utusan Online Arkib bertarikh 19/6/09

Soalan:SAYA gemar memancing dan sering menyertai pertandingan memancing. Persoalannya, adakah menyertai pertandingan memancing yang menawarkan hadiah seperti RM5,000 bagi tempat pertama juga termasuk dalam judi?

Jawapan:

Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah dari pengajur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta.

Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil dari sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan dari individu atau agensi?

Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya haram. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian.

Dua keadaan haram yang wujud dalam pertandingan memancing ini. Pertamanya kerana menyertai pertaruhan yang keduanya menerima hadiah dari pertaruhan tersebut.

Contohnya, setiap peserta dikenakan yuran RM100, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu diberikan hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan) menang, maka cara tersebut adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.

Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) dari penganjur atau agensi yang menaja.

Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa: "Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir (perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman". (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 14/154).

Maisir atau perjudian telah diharamkan dengan nas yang qatie. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)

Para mufassir di dalam memberi makna menegaskan bahawa, al-maisir (judi) di dalam ayat di atas merangkumi semua jenis pertaruhan (al-qimar).

Jumhur ulama berpendapat bahawa semua jenis pertaruhan (al-qimar) adalah haram mengikut Islam. Yang dimaksudkan pertaruhan (al-qimar) itu ialah dua pihak atau lebih masing-masing mengeluarkan wang atau harta, kemudian pihak yang bernasib baik akan memperoleh wang itu, sementara yang tidak bernasib baik akan menanggung kerugian (hangus wang pertaruhannya).

Sedangkan Islam menegah unsur-unsur penindasan ke atas orang lain biarpun duit ditaruhkan atas nama yuran penyertaan dan pengurusan.

Dalam pertandingan memancing atau sebagainya, ada unsur pertaruhan atau jika membabitkan hadiah atau pemberian. Walaubagaimanapun tidak semua hadiah akan menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadi hibah (hadiah) yang dihalalkan oleh syarak.

Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah menepati salah satu dua keadaan berikut:

1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta).

2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihak yang bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya: "Ayuh berlumba denganku. Jika kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Adapun jika kamu kalah, tidak perlu kamu memberikan apa-apa hadiah kepadaku."

Maksudnya penganjur pertandingan memancing menawarkan hadiah tanpa mengenakan wang pertaruhan.

Kedua-dua keadaan di atas, hadiah akan menjadi hibah, bukan hasil judi atau pertaruhan. Adapun jika hadiah diambil dari wang yang dikeluarkan oleh peserta-peserta yang bertanding sama ada dalam bentuk yuran penyertaan, bayaran penyertaan atau sebagainya, maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan syarak mengharamkannya.

Secara umum, bagi pertandingan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:

1. Jenis pertandingan adalah harus, tidak haram.

2. Tidak membabitkan pertaruhan yang berupa perjudian.

3. Hadiah bukan datang dari sumber yang haram seperti dari syarikat arak, judi atau sebagainya.

4. Tidak melalaikan dari kewajipan syarak; solat dan sebagainya.

5. Tidak melibatkan larangan-larangan syarak yang lain seperti percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram. (Ahkam al-Musabaqat Fi asy-Syari'ah al-Islamiyyah, Abdus-Somat bin Muhammad Balhaji, Dar an-Nafais, Jordan (2004).

Sediakan Selalu Ruang Untuk Dibenci

Pasti. Setiap diri kita ingin kesesuaian antara kenyataan dan harapan. Kita mendambakan hidup bisa berjalan sesuai dengan apa yang ada di fikiran kita; bahagia, aman, dan disenangi semua orang. Tidak ada permusuhan dengan siapapun. Tidak ingin dibenci. Tetapi sebaliknya, ingin dicintai dan disukai oleh semua orang.

Tetapi kedua sisi yang berlawanan ini; cinta dan benci, ternyata tidak akan pernah bisa berpisah. Ada yang mencintai kita tetapi ada juga yang membenci. Ada yang kita cinta dan ada juga yang kita benci. Benci selalu lahir, karena ada banyak faktor yang tidak bisa kita hindari.

Tidak Ada Manusia yang Sempurna

Manusia memang diciptakan dalam bentuk yang paling sempurna dibandingkan ciptaan Allah swt yang lain. Namun manusia tetap memiliki serangkaian kekurangan dalam statusnya sebagai makhluk. Tidak ada manusia yang sempurna, utuh, tanpa cela dan kekurangan.

Yang sempurna hanya Allah swt, Sang Pencipta. Dialah Pemilik kesempurnaan. Dialah Dzat yang tanpa cela. Tanpa kekurangan. Tanpa kelemahan, dalam sifat, perbuatan, ketentuan, dan hukum-Nya, sehingga Dia tidak layak dibenci oleh siapapun. Sedang manunia, umumnya adalah makhluk yang mempunyai banyak kelemahan dan keterbatasan, dan Allah swt telah menegaskan sifat lemah mereka di dalam Al Qurân, di mana mereka sering mendapatkan dispensasi-dispensi hukum karena sifat lemah itu. Allah swt berfirman, yang bermaksud "Allah hendak memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah."(QS. An Nisa’: 28)

Sifat lemah manusia begitu jelas terlihat ketika mereka terkena musibah, atau tertimpa kesulitan, di mana mereka cenderung suka berkeluh kesah. Karena Allah swt pun memang telah melengkapi kelemahan mereka dengan sifat itu. Dia menegaskan, "Sesungguhnya, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh." (QS. Al Maârij: 19)

Manusia juga cenderung melakukan penyimpangan dan berlaku sombong, seperti disebutkan dalam ayat, “(Orang yang membanggakan diri) yaitu orang-orang yang kikir dan menyuruh orang lain berbuat kikir dan menyembunyikan karunia ALlah yang telah diberikan-Nya kepada mereka…� (QS. An Nisa’: 37)

Ini hanya sedikit ayat yang menjelaskan dan membuktikan bahwa manusia memang memiliki banyak cela dan kekurangan. Jika pun kita mendapati seseorang, yang menurut penilaian dan pandangan kita nyaris tak ada kekurangan, mungkin karena kita belum banyak berinteraksi dengannya.

Jika misalnya, suatu saat kita punya kesempatan untuk hidupbersama dengan orang itu, di sana kita pasti akan mendapati celah dalam dirinya kalau ternyata orang tersebut punya kekurangan. Kekurangan yang tidak tampak jika kita hanya melihatnya sekilas saja.

Begitu juga sebaliknya, jika kita memberikan penilaian pada seseorang dengan predikat penuh kekurangan, banyak kesalahan, barangkali di sisi lain Allah swt telah membekalinya dengan serangkaian kelebihan, yang mungkin saja melampaui kelebihan-kelebihan yang ada dalam diri kita.

Maka, kalau kita menyadari ini, sangatlah pantas jika kita selalu menyediakan ruang dalam hati kita untuk dibenci, karena kita pun bukan manusia sempurna. Banyak kekurangan pada diri kita, yang mungkin saja akan tidak disukai oleh orang lain.

Keberagaman itu Sangat Indah

Di sebuah taman yang indah, akan kita temukan bunga-bunga dari jenis yang beragam, warna-warna yang berbeda, serta bentuk dan aroma yang berlainan. Bunga-bunga itu, meski tumbuh di atas tanah yang sama, disirami dari air hujan yang sama, disinari dari cahaya matahari yang sama, tetapi tak satupun yang sama. Bunga-bunga itu tumbuh beragam, dan ternyata keragaman itulah yang telah menciptakan keindahan di taman itu. Keragaman itulah yang telah menghadirkan keharmonisan. Keragaman itu pula yang selalu memberi daya tarik kepada kita untuk selalu menikmatinya.

Andaikan saja bunga-bunga itu, hanya memancarkan aroma yang sama, buah, daun, dan dahannya dari jenis dan warna yang serupa, tentu keindahannya akan berkurang. Membosankan dan menjemukan. Dan mungkin tak akan kita lihat orang-orang yang selalu menggunjinginya.

Bukan hanya bunga-bunga, tapi juga Allah swt menciptakan manusia dengan keragaman bentuk badan, paras wajah, kepribadian. Semuanya tidak ada yang sama, sekali pun dua anak kembar yang lahir dari satu sel. Subhanallah. ada yang berparas ayu, manis, bahkan sangat cantik. Tetapi ada juga yang berwajah sedang, dan tidak ayu. Ada lelaki yang bertubuh besar, tinggi, kekar, atau gadis yang anggun dan tinggi semampai. Tetapi ada juga yang kurus dan kerdil.

Di kehidupan nyata, kita juga menemukan banyak keberagaman. Ada keragaman berpikir, keragaman pandangan, keragaman kesenangan, tabiat dan prilaku. Semua keragaman itu telah melahirkan keagungan, keindahan, keserasian dan kesempurnaan yang tiada tara. Kita menjadi saling membutuhkan karena keberagaman itu. Tapi juga ada yang membenci karena kita tidak seperti yang dia inginkan.

Keragaman itu adalah bagian dari fitrah penciptaan dan fitrah keindahan. Allah swt berfirman, "Sungguh, usahamu memang beraneka ragam." (QS. Al-Lail: 4)

Keragaman itulah yang melahirkan keindahan. Keserasian. Dan keharmonisan. Maka menghendaki atau memaksakan satu keinginan saja, sama artinya kita menolak keharmonisan, dan hanya menebar kebencia. Kebencian selalu ada, selagi ada yang menghendaki kesamaan. Namun, hanya Allah yang mampu mempersatukan dan menyeragamkan, sebagaimana firman-Nya, "Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." (QS. Al Anfal: 63)

Karena itu, kita harus selalu menyediakan ruang untuk dibenci karena kita memang beragam.

Memahami Latar Belakang Setiap Orang

Kesalahan kita memahami orang lain, atau kesalahan orang lain memahami kita seringkali berawal dari kesalahan memahami latar belakang. Padahal, latar belakang punya peran membentuk pola pikir, cara pandang, karakter, kepribadian dan pendirian seseorang.

Perbedaan latar belakang ini sering membuat orang lain tidak mudah menerima kita. Perbedaan latar belakang kerap menjadikan sebuah maksud baik tidak berbalas. Kadang, perbedaan latar belakang menjadi penyebab lahirnya kebencian.

Lihatlah, betapa dakwah Rasulullah saw ketika berhadapan dengan orang-orang kafir Quraisy seakan menghadapi tembok yang kokoh. Perlawanan, hinaan dan dan penyiksaan setiap saat beliau terima. Bukan karena mereka tidak percaya dengan kebenaran yang dibawa oleh beliau, melainkan karena meraka adalah golongan bangsawan dan pewaris keyakinan nenek moyang yang penyembah berhala. Mereka merasa dikecilkan jika harus mengikuti agama baru yang bernama Islam, yang ajarannya sangat bertentangan dengan kebiasaan mereka di masa lalu.

Di mana-mana Rasulullah saw selalu mendapatkan perlakukan kasar. Di Thaif, misalnya, beliau bahkan dilempari dengan batu hingga tubuhnya penuh luka dan bercucuran darah. Melihat penyiksaan itu, malaikat pun menawarkan diri untuk menimpakan gunung kepada orang-orang kafir. Namun beliau saw menolaknya dengan mengatakan, "Jangan, karena mereka tidak tahu."

Beliau juga pernah diboikot oleh orang-orang Quraisy selama tiga tahun, sehingga beliau dan sahabatnya hanya bisa memakan daun-daunan untuk mempertahankan diri dari kelaparan dan kematian. Tetapi beliau tidak pernah dendam.

Latar belakang mereka ini sangat dimengerti oleh Rasulullah saw, sehingga walaupun dakwah beliau selalu dibalas dengan kebencian beliau tidak pernah balik membenci. Beliau bersabar, meskipun cercaan dan intimidasi tidak pernah berkurang. Bahkan dalam kesabaran itu beliau mendoakan, "Wahai Rabbku, ampunilah kaumku. Sesungguhnya mereka hanyalah kaum yang belum mengetahuinya". Beliau saw telah memberikan contoh cara membalas kebencian yang sangat indah; memaafkan dan mendoakan.

Salah memahami latar belakang seringkali menjadi kendala ketika kita mengembang misi, menyampaikan sebuah kebenaran, ide ataupun gagasan. Selalu ada prasangka yang tidak baik dari banyak orang. Dan ini dipahami Imam Malik ketika ia telah selesai menuliskan kitabnya Al Muwaththaâ", dan banyak orang yang kagum dengan isinya yang sangat baik. Termasuk khalifah yang berkuasa saat itu. Sang khalifah bahkan mengusulkan kepada Imam Malik agar kitab tersebut dijadikan pegangan seluruh umat Islam. Namun Imam Malik menolak dan berkata, "Jangan, sebab banyak orang yang berbeda latar belakang pemahaman agamanya. Mengharuskan mereka mengambil kitab ini sama saja dengan pemaksaan dan menebar fitnah."

Kesalahpahaman di antara kita, yang kemudian melahirkan kecurigaan dan kebencian akan selalu ada karena kita memang saling berbeda latar belakang.

Kepuasan Manusia adalah Pemenuhan yang tak Berujung

Disukai banyak orang tentu sebuah kenikmatan. Karena kita akan merasa nyaman, tenang dan aman bersama mereka. Bebas dari makarnya, jauh dari kebenciannya, dan dekat dari persahabatannya. Sebab itulah kita selalu berusaha menyenangkan hati setiap orang yang kita kenal atau yang tidak kita kenal; menjaga perilaku, ucapan, perasaan, sikap dan sifat yang tidak disukai.

Tetapi, apakah itu bisa? Menyenangkan hati semua orang barangkali merupakan hal yang nyaris mustahil dicapai. Sekuat apapun usaha yang kita lakukan. Senyata apapun kebenaran yang kita sampaikan. Dan sejelas apapun persoalan yang kita utarakan. Sebab setiap manusia memiliki selera yang berbeda, emosi yang tidak sama, dan tingkat pengetahuan yang beragam, serta dua madzhab yang selalu berlawanan; hak dan batil. Jika kita bermadzhab pada yang hak, maka orang yang tidak baik pasti benci kita. Dan jika kita bermadzhab pada yang batil, tentu orang yang baik pasti akan menjauhi kita. Sebab keburukan dan kebaikan, selamanya pasti tidak akan berdamai.

Sepanjang sejarah manusia, para penyeru kebenaran selalu mendapatkan musuh-musuh besar yang membencinya. Pun para dajjal, mereka mendapat perlawanan dari para pahlawan pembela kebenaran. Jadi, di belahan sisi manapun kita berdiri pasti akan menjumpai orang yang tidak suka dengan kita. Karena itu, menyenangkan semua orang tentulah sangat sulit dilakukan. Tetapi kita tentu juga tidak boleh berdiri di atas dua sisi itu hanya karena ingin menghilangkan kebencian. Karena sikap seperti ini hanya akan mengaburkan jati diri, merusak kehormatan, dan merendahkan martabat kita sebagai manusia. Kehormatan itu akan kokoh jika kita tetap berdiri di sisi kebenaran.

Luqman Al Hakim, suatu hari menasehati anaknya untuk tidak menggantungkan hatinya pada kepuasan dan ridha manusia. Sebab, katanya, kepuasan dan keridhaan manusia pasti sulit dicapai. Dan untuk membuktikan hal ini kepada anaknya, Luqman pun mengajaknya ke luar rumah, berjalan-jalan di keramaian manusia, sembari membawa keledai tunggangannya.

Saat keluar di jalan raya, Luqman menunggangin keledai tersebut dan membiarkan anaknya berjalan kaki di belakangnya. Ketika melintasi sekelompok orang, Luqman dan anaknya mendengar mereka berkata, "Lihatlah lelaki tua itu. Betapa keras hatinya dan betapa tidak punya belas kasih kepada anaknya. Bagaimana dia tega menunggangi keledai sementara membiarkan anaknya berjalan kaki di belakang."

Luqman pun turun dan menyuruh anaknya menaiki pelana keledai. Ketika melewati sekelompok orang yang lain, keduanya lagi-lagi mendengar obrolan orang-orang itu tentang diri mereka, "Perhatikan anak dan bapak itu. Si bapak tetnu tidak pernah mendidik anaknya dengan baik sehingga anaknya tidak bisa menghormati dan mengasihi bapaknya."

Anaknya pun turu dari punggung keledai, lalu berjalan bersama bapaknya di belakang keledai, tetapi orang-orang yang mereka lewati masih terus berkomentar, "Aneh sekali dua lelaki ini. Mereka biarkan keledainya berjalan sementara mereka mengikuti dari belakang."

Akhirnya, mereka berdua menaiki keledai tersebut. Namun begitu melewati kerumanan yang lain, komentar miring pun terdengar, "Lihatlah kedua orang itu. Mereka benar-benar tidak punya belas kasihan pada binatang. Mereka menyiksannya dengan menaikinya bersama-sama, padahal badan mereka begitu besar."

Pada riwayat lain tentang kisah ini menyebutkan, Luqman dan anaknya kemudian turun dari keledainya, lalu mengikat dan memikulnya secara bersama-sama, sehingga semua orang yang melihatnya tertawa dan menganggap mereka sudah gila.

Realiti kehidupan kita memang tidak pernah menyediakan ruang bebas cela. Karenanya, sebelum kita mendapati cela itu sediakan selalu ruang di hati kita untuk dicela.

Mengurangi Kesalahan dan Dosa

Ajaran Islam itu ada yang bersifat anjuran dan larangan, ada pula yang bersifat penerimaan. Kita dianjurkan untuk memperbanyak amal dengan melakukan hal-hal yang baik, seperti memberi, tersenyum, menolong dan menyenangkan orang lain. Di sisi yang berbeda, ada larangan-larangan yang harus kita tinggalkan seperti, hasad, iri, menyakiti dan semua perbuatan yang bisa merugikan dan berdampak negative.

Namun di luar itu, Islam mengajarkan kita untuk juga bisa menerima, seperti ketika kita tertimpa musibah, dicaci, dikucilkan, dan dibenci. Penerimaan ini punya tujuan yang sama dengan ajaran yang bersifat anjuran maupun larangan; mendapatkan pahala, ampunan, dan kasih sayang dari Allah swt, serta pengurangan dosa dan kesalahan.

Penerimaan itu maksudnya adalah menjalani sesuatu itu dengan ikhlas, sabar, dan tabah, dengan keyakinan bahwa Allah Maha Tahu tentang diri kita dan kualitas kita, tentang sesuatu yang disangkakan buruk oleh orang lian dari diri kita. Penerimaan itu adalah merelakan orang lain melakukan kebenciannya dengan tidak melakukan hal yang serupa kepada orang tersebut, dengan harapan mudah-mudahan kebencian itu dapat mengurangi kesalahan kita, menghapus sebagaian dosa-dosa kita, dan lebih dekat dengan Allah swt. Sebab, seperti dijelaskan Rasulullah saw bahwa seorang hamba yang terzhalimi tidak ada penghalang antara dirinya dengan Allah swt.

Menerima tidaklah semudah melakukan anjuran atau meniggalkan larangan. Orang yang dibenci tentu selalu punya emosi untuk balik membalas. Orang yang dicaci punya hasrat untuk kembali menyerang. Karena itu, penerimaan lebih kuat pada aspek pengendalian diri, dan karenanya pula Allah murka kepada orang-orang yang tidak sanggup menerima ketika Dia mengharuskan mereka menerima. Dalam sebuah hadis\ts Qudsi, Allah berfirman, "Dan siapa yang tidak sanggup bersabar menerima ujian-Ku, maka hendaklah dia keluar dari kolong langit-Ku, dan hendaklah dia encari tuhan selain diri-Ku."

Kebencian orang lain pada kita membutuhkan penerimaan yang tulus , ikhlas dan sabar. Bukan penerimaan yang direkayasa. Bukan penerimaan yang sengaja diciptakan, dengan membuat kita agar kita mendapatkan kebaikan dari perlakukan buruk mereka. Bukan itu.

Memadamkan apa benci tidaklah mudah. Karena itu, di hati kita harus selalu ada ruang yang tersedia untuk menerimanya. Tetapi yang lebih penting setelah itu, kebencian itu kita hapuskan dengan maaf, karena sikap itulah yang akan mengantarkan kita kepada surga-Nya Allah swt, seperti lelaki yang disebut Rasulullah saw sebagai ahli surga, yang ternyata terbiasa menghapus kebencian dari hatinya kepada siapa saja, sebelum ia tidur malam.

Oleh: Ustadz Sulthan Hadi
Disadur dari Majalah Tarbawi edisi206 Th 10. Jun 09.

Satu Cerita Yang Membawa Kepada Satu Pengajaran

BACALAH… SATU PENGAJARAN YG TERLALU ISTIMEWA….
Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.


Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj.
"Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong..

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa.. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila…" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak? "

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana .
Tengok masa kat Legacy dulu tu…"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka
bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila
bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.

"Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong
sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ." "Adik pun sama. Bila papa marah muka
dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak.. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak..

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang
bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas
betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah.. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alang kah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila…" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti
selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia
mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila… Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

Semoga mendapat manfaat dari cerita ini....

Sifat Berhati-hati dan Tawakallah kepada Allah swt

Bersikap hati-hati dan berusaha yang disertai dengan tawakkal kepada Allah adalah salah satu jalan menuju kebahagiaan. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam sendiri selalu memperlihatkan kewaspadaan dalam perang dengan memakai baju besi, padahal kita tahu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang paling bertawakkal kepada Allah. Salah seorang sahabat bertanya kepadanya: "Apakah saya harus mengikat unta saya, wahai Rasulullah atau bertawakkal sahaja?"

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Ikatkanlah ia terlebih dahulu, barulah bertawakkal"

Berusaha dan bertawakkal kepada Allah adalah prinsip tauhid; meninggalkan usaha dan
hanya bertawakkal kepada Allah adalah sebuah kekeliruan dalam memahami syariat;
sedangkan berusaha saja tanpa tawakkal kepada Allah adalah kekeliruan dalam memahami
tauhid.

Ibnul Jauzi menceritakan bahawa ada seorang lelaki yang memotong kukunya, kemudian ia lalai hingga mengakibatkan kematiannya. Ini adalah disebabkan kerana ia tidak berhati-hati dan berwaspada. Ada pula seorang lelaki pernah masuk kandang keldai sardan. Kerana tidak berhati-hati maka dia disondol oleh keldai itu dan terus meninggal dunia.

Diceritakan bahawa Thaha Husain, seorang penulis terkenal Mesir, selalu berkata kepada pemandunya: "Jangan memandu kereta ini terlalu laju, agar lebih cepat sampai ke tempat tujuan"

Ini merupakan terjemahan secara praktikal dari sebuah peribahasa yang berbunyi: 'Terburu-buru itu justeru sering menciptakan kelambatan'

Seorang penyair mengatakan:
Seorang yang bertindak perlahan
terkadang dapat mencapai tujuannya
Orang yang tergesa-gesa
terkadang mengalami ketergelincir


Berwaspada dan berhati-hati supaya tidak bertentang dengan ketentuan Allah, bahkan termasuk dari
ketentuanNya.

... dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut. .. (Al-Kahdi:19)

... dan Dia telah menjadikan untuk kalian pakaian yang dapat melindungi tubuh kalian dari panas (dan dingin)
dan pakaian (baju besi) yang dapat melindungi tubuh kalian (dari senjata musuh) di Medan perang... (An-Nahl:81)

Petikan dari Buku Jangan bersedih -Don't Be Sad (setelah kesulitan pasti ada kemudahan)
Karangan: Dr 'Aidh bin Abullah Al-Qarni, Perterjemah: Noraine Abu.

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat.. ..
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid.....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia.....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan. . ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

KUBUR: Larangan dari Rasulullah S.A.W

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam:
Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata,

“Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur
(di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,

“Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Hari Bapa????

Assalamualaikum sahabat2....

Moga hari ini akan menjadi hari yang lebih indah dari semalam dan kelmarin ya...dan esok insyaallah yang lebih baik lagi. Oh ya...dalam bln June ini, di mana-mana sahaja saya terdengar laungan selamat hari bapa. Di tv, radio juga jgn ckp lah bila on aje pasti kedengaran ucapan untuk bapa-bapa. Ya......sebenarnya saya sendiri tidak pernah menyambut hari bapa ni kerana pada saya tiada hari-hari yang khusus untuk bapa. Pada saya hari-hari pun hari bapa....namun senario begini biasa saya lihat, sejak dulu lagi, tapi saya tidak pernah meraikannya, namun tidak juga mengucapkan ucapan selamat kepada bapa saya yang saya panggil ABAH...kerana kebiasaan seperti itu mmg tidak diajar di dalam keluarga kami. Ya mgkn zaman dulu agaknya, mak dan abah tidak pernah mengajar semua itu...hehehe....Malah zaman persekolahan saya iaitu sekitar tahun akhir 80an juga tidak ada di antara sahabat2 yang membicarakan pasal celebration ini...... Jadi saya pun tidak teruja sangat dengan celebration hari bapa malah hari ibu pun tidak pernah diraikan..... Di manakah bermulanya Hari Bapa ini?

Secara jujurnya....saya sendiri pun tertanya-tanya di manakah mulanya Hari Bapa ini...siapakah yang menjadi pelopornya. Yalah klu kita meraikan sesuatu mestilah kita tahu di mana mulanya sesuatu celebration itu...namun hari bapa tidak pula saya ketahui.... Mgkn sahabat2 di luar sana tahu dari mana asalnya sambutan Hari Bapa ini....Jomlah kongsi sama2 ya....Bkn apa saja hendak tahu kerana saya tidak mahu ketinggalan juga untuk mengetahui sesuatu yang baik, namun saya juga tidak mahu hanya menurut sahaja apa yang orang lain sambut saya pun nak sambut...nanti lain pulak jadinya....

Berkaitan hari Ibu, saya pernah terbaca satu artikel dahulu Petikan Berita Harian online bertarikh 21 Mei 2009 dan ada juga di kalangan sahabat2 saya yang forwardkan artikel berkenaan hari Ibu ini.... di sini saya catatkan petikan tersebut....

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh

Memilih tarikh Saidatina Khadijah wafat lebih mulia bagi umat Islam. TANGGAL 10 Mei lalu, ramai meraikan Hari Ibu, tetapi mungkin masih ada yang tidak tahu mengapa ia disambut pada hari itu dan bagaimana sambutan bermula.

Sambutan kebesaran yang dikatakan bermula pada zaman Mesir purba untuk memberi penghormatan kepada Dewi Isis, atau Dewi Cybele di Rom, atau Dewi Rhea di Greek. Di Eropah pula sambutan 'Mother Church' diraikan bagi menghargai gereja kerana pembaptisan.

Sehinggalah sambutan Hari Ibu akhirnya diiktiraf seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun sempena memperingati wanita bernama Anna Reeves Jarvis, kematiannya menyebabkan anak perempuannya, Anna M Jarvis memulakan kempennya mewujudkan sambutan Hari Ibu secara rasmi.

Dalam petisyennya kepada gereja di mana ibunya berkhidmat sebagai tenaga pengajar setiap hari Ahad, permintaannya untuk memilih tarikh 10 Mei 1908 sebagai Hari Ibu dimakbulkan dan sambutan dibuat secara rasmi di West Virginia walaupun Hari Ibu sudah diraikan masyarakat beragama Kristian seawal 1840.

Tarikh yang sama jugalah pada setiap tahun kita meraikannya untuk menghargai ibu. Bukan mentakwilkan keperluan meraikan ibu, tetapi menggembirakan mereka tarikh sama Anna M Jarvis memperingati ibunya yang menghambakan diri kepada gereja sehingga akhir hayatnya bagaikan satu sindiran kepada umat Islam yang sepatutnya mengingati, menghargai dan mendoakan ibu setiap hari atau sekurang-kurangnya bukan pada tarikh itu.

Andainya kita boleh memilih tarikh untuk mengingati ibu yang sudah pergi, alangkah indah jika hari terakhir Saidatina Khadijah di dunia ini diingati untuk disedekahkan Al-Fatihah dan doa, supaya seluruh ibu turut diingati.

Begitulah bunyi artikelnya...ianya bkn sahaja tersebar di media masa sahaja, namun di laman-laman blog juga telah menghebahkan cerita di sebalik sambutan Hari Ibu ini. Jadi saya juga ingin tahu berkenaan Hari Bapa ini, mgkn ada sahabat yang tahu berkenaan perkara ini akan dapat menghebahkan kepada saya dan sahabat2 yang lain.......agar kita tidak turut serta dengan agenda orang kafir almaklumlah terlalu banyak musuh Islam yang cuba menjatuhkan Islam dengan pelbagai cara. Sesungguhnya apa yang kita lakukan hari ini akan menjadi ikutan kepada generasi masa akan datang. Saya berdoa agar umat Islam akan lebih bersatu lagi dalam mempertahankan agama Islam kerana orang-orang kafir mempunyai pelbagai cara dalam menyuntik idealisme mereka demi menjatuhkan Islam. Semoga umat Islam akan lebih kuat dan bersatu hati dalam memerangi orang-orang kafir ini. Berilah pemahaman kepada anak-anak kita agar anak-anak kita tidak mudah terpedaya dengan propaganda orang-orang kafir dan akan membesar menjadi insan yang berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara. Insyaallah.

Mutiara Kata Hikmat Tentang Benar

Benar jadi berani. (pepatah China)

Menyebut yang benar tidaklah akan mendekatkan ajal dan tidak akan menjauhkan rezeki.

Orang yang merasai menang sementara kerana menentang kebenaran,tetapi kebenaran itu akan mentertawakannya juga. (Hamka)

Kesusahan adalah jalan menuju kebenaran. (Bijron)

Benar tidak akan melukakan orang yang memberitahunya. (Chamberlain)

Katakan yang benar,sungguhpun ia pahit dan tidak digemari orang. (hadis)

Wahai saudagar! Ambillah yang benar,nescaya kamu selamat.Janganlah kamu menolak keuntungan yang sedikit kerana kamu tidak memperolehi keuntungan yang banyak.(Saidina Ali)

Berani kerana benar, takut kerana salah. (pepatah Melayu).

Benar akan menang.

Tidak ada yang lebih benar selain kebenaran itu sendiri.

Kebenaran tidak dapat dimusnahkan oleh air dan api. (peribahasa Tibet).

Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa yang ditolaknya itu benar. ( Hamka).

Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan. ( Hamka).

Tiga rukun yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan tabiat, dengan pengalaman dan dengan pelajaran.Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu yang menyebabkan marah,dengki (hamka).

Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi. (Hamka)

Katakanlah yang benar dan adil,sebab benar dan adil adalah satu. ( Hamka)

Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan.( Hamka)

Yang benar tidak terikat dengan waktu. (Hamka).

Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yang lemah.(Hamka).

Sahabat2ku.......