F

Pejuang Yang DiLupai


Posted by Picasa
Ketika artkel ini ditulis, saya baru sahaja selesai menonton dokumentari tetapi dalam bentuk drama WARKAH TERAKHIR episod yang ke 5......entah kenapa saya berasa terlalu bersemangat untuk bercerita akan drama bersiri ini. Sebenarnya drama ini adalah adaptasi dari cerita benar seorang pejuang kemerdekaan di negeri SARAWAK yang mgkn tak ada dalam kamus ingatan kita kerana rasanya sepanjang saya belajar dulu namanya tidak dilakarkan dalam mana-mana buku teks...tp x tahu lah pulak klu ada saya yang terlupa almaklumlah sudah lama meninggalkan zaman persekolahan......Ceritanya berkisar tentang perjuangan seorang anak muda yang bernama ROSLI BIN DHOBY...... 


Beliau adalah seorang anak muda yang senangi oleh semua orang...baik ibubapa, guru-guru, teman-teman dan juga masyarakat di kampungnya. Pendek kata beliau memang disenang oleh semua orang pada ketika itu. Pada ketika itu negeri Sarawak telah dijajah oleh BRITISH...so bertitik tolak dari situ lah bermulanya perjuangan ROSLI DHOBY walaupun pada ketika itu beliau hanyalah pelajar sekolah yang berusia 16 tahun.... Masih muda lagikan namun semangat patriotiknya begitu mendalam terhadap SARAWAK..... Beliau pun tidak kurang hebatnya sepertimana Datuk Bahaman, Datuk Maharaja lela dan Mat Kilau.

Kisah tentang perjuangan Rosli Dhoby dan sahabat-sahabatnya di dalam memperjuangkan kemerdekaan negeri Sarawak memang mengharukan saya, beliau adalah seorang anak muda yang berani. Bayangkan di usia semudanya sudah sanggup memperjudikan nyawa demi kemerdekaan negerinya daripada penjajahan British. Cinta pula terpaksa dikorbankan demi negara, bangsa dan agama. Saya yakin orang lama di Sarawak (khususnya di Sibu) yang menonton dokumentari ini pasti akan terimbau kembali detik bersejarah dan berdarah seorang Gabenor British yang angkuh, akhirnya tumbang ditangan Rosli Dhoby.

Perjuangan sahabatnya yang lain juga tidak boleh dinafikan. Mereka adalah pejuang; Bujang Suntong, Awang Rambli dan Morshidi Sidek. Mereka berjuang bukan pembunuh dan bukan jua petualang bangsa. Terbitnya dokumentari ini saya rasa amat wajar sekali disaat orang muda sudah mula melupai sejarah bangsa. Dengan ini kita semua boleh menilaikan sama ada siapakah ROSLI DHOBY dan rakan-rakannya yang lain itu. Adakah mereka PEJUANG atau PEMBUNUH? Bagi saya, Rosli Dhoby tetap seorang wira. Wira yang tak pernah mati dihati rakyat negeri Sarawak. Sama seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau!

Saya mencatatkan isikandungan warkah terakhir yang ditulis oleh beliau. Mudah-mudahan, kita mampu mengerti akan makna tersurat dan tersirat disebalik warkahnya yang terakhir.

"Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta’ lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darahku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saya sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta’genter saya ta’takut mati, saya terima hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.

Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan

Amin ya rabbul alamin berkat doa laillahaitlahi Munamada rasululah. Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasihat yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.

Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑baik, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.

Ditulis pada 1‑3‑1950

Saya yang akan meninggalkan endah ini,

R.D.

- Dipetik dari buku Rosli Dhobi Di Tali Gantung tulisan Rudi Affendi Hj. Khalik, 1997.

Setinggi-tinggi tahniah kepada krew penerbitan dokumentari iaitu saudara Syirfan, Wan Hasliza dan para pelakon yang menjayakan dokumentari (atau boleh diiktiraf sebuah drama). Semoga coretan ini dapat menambahkan ilmu dalam diri kita.
0 Responses

Sahabat2ku.......