F

Manakah Perginya sifat MALU?

As salam sahabat semua...saya ingin berkongsi pengalaman.....
Malam tadi selepas menghadiri kenduri di rumah adik ipar saya di Bangi, kami sekeluarga pulang ke rumah agak lewat juga dlm pukul 1:45 pagi....anak-anak dah tidur...biasalah bila masuk kereta saje terus tidur almaklum dah pagi dah pun. Sepanjang perjalanan, kereta pun kurang di lebuhraya utara-selatan, yalah dh pagi tambahan pula hari sabtu kebanyakan orang cuti. Selepas mengambil tiket tol, mata saya tertancap pada pandangan yang tidak indah yang mana ramai budak2 motor berkumpul di bahu jalan, setiap seorang membawa pasangan masing-masing, perempuan...apa layak ke di panggil "perempuan", tp itu bukanlah persoalannya... Yang sering menjadi persoalan kenapa senario begini semakin menjadi2 sekarang ini. Anak2 gadis senang benar diusung ke sana ke sini...Entahlah....pemandangan begitu mmg dah selalu saya lihat...setiap kali saya melihat suasana sebegitu pasti saya akan bertanya kepada suami...namun kami sendiri pun tiada jawapan pada persoalan itu. Kenapa anak-anak gadis suka diri mereka diperalatkan dan mereka seperti sudah hilang perasaan malu. Mana perginya perasaan MALU itu? Apakah yg menjadi mereka seperti itu.... Dan persoalan pokoknya pula kenapa banyak anak-anak MELAYU kita yang terlibat dengan perkara sebegitu?

Saya sendiri mengajar anak-anak saya akan hukum-hakam agama seawal usia mereka iaitu 3 thn lagi...walaupun mereka tidak mgkn dpt memahami secara keseluruhan tetapi saya tetap mendidik dan terus mendidik sehingga skrg mereka telah pun berusia 7 thn dan 9 thn....Mampu untuk memahami persoalan agama yg lebih serious lagi. Saya mendidik anak2 saya untuk menegur seandainya ada teman-teman mereka melakukan kesalahan, dan alhamdullillah anak-anak saya mempraktikkannya...bila mereka melihat teman-teman mereka berbuat perkara yg salah mereka pasti akan menasihati. Cuma saya sendiri apabila berhadapan dengan perbuatan yang tidak betul, contohnya senario semalam tidak pula saya berani untuk menegur anak-anak muda itu. Saya sendiri pun tidak boleh mempraktikkannya, malah saya pun tiada keberanian seperti anak-anak saya yang masih setahun jagung itu....

Saya bukan apa...terasa sedih juga di hati ini apabila melihat anak-anak melayu dan seagama saya hanyut seperti itu....tp saya tidak dapat berbuat apa2 hanya mampu melihat saja senario itu. Terasa malu juga pada anak-anak saya.

Kalau melihat gelagat anak-anak muda sekarang, membuat saya seram kecut kerana bagaimanalah agaknya generasi yang akan datang...apakah masih ada anak-anak gadis yang mempunyai sifat malu lagi? Melihat sahaja pemakaian mereka sahaja membuat kita sendiri menggeleng kepala. Pakaian ketat sana sini, rambut diwarna-warni di sana-sini dan perangai pula tak boleh nak cakap apa....Cuba lihat anak-anak remaja sekarang tanpa segan silu berpelukan di depan kita, berpegangan tangan sudah jadi perkara biasa...tp apa yang kita lakukan? Menegur atau melihat? Saya rasa melihat dan menggeleng kepala lebih banyak dari menegur (termasuklah diri saya sendiri). Di manakah agaknya kesilapan kita sebagai masyarakat ya? Apakah peranan yang boleh kita buat? Adakah kita layak untuk menegur mereka? Apakah implikasi kepada kita apabila mengur mereka? Banyak benar persoalan kan? Buatnya tidak juga....

Saya harap saya akan punya keberanian seperti anak-anak saya itu.....Dan semoga sahabat2 di luar sana juga mempunyai keberanian untuk memperbetulkan perkara yg silap di depan mata kita. Semoga langkah kita yang sedikit akan mampu menggerakkan ribuan langkah yang seterusnya ke arah kebaikan. Insyaallah.
0 Responses

Sahabat2ku.......