Dengan izin Allah swt, buat pertama kalinya dapat saya membina blog yang tidak seberapa ini, walaupun pada mulanya macam-macam pertanyaan yang ada di benak kepala ini. Tahu ke saya membina blog ni? Macam mana? Bagaimana? Pertanyaan demi pertanyaan almaklumlah saya bukanlah pakar dalam IT, namun insyaallah saya belajar sedikit demi sedikit...Inilah pengalaman....proses pembikinan sebuah blog juga saya dapat rasakan memerlukan kesabaran, pemahaman dan juga jati diri yang kuat....Alhamdullillah....akhirnya terbina jua blog ini.
Saya berharap agar blog ini dapat dikongsikan demi kebaikan bersama. Saya sendiri hanya insan biasa yang sentiasa belajar dari hari ke hari......Pengalamanlah yang banyak mengajar diri saya untuk menjadi lebih matang lagi demi membentuk keperibadian dan juga kehidupan saya.
Semoga kita semua dapat menjadikan pengalaman kita sebagai satu pembakar semangat dalam kehidupan kita sehari-hari......dan pengalaman tidak semestinya yang manis-manis sahaja, pengalaman pahit juga adalah sebuah pengalaman yang terindah kerana dari situlah akan bermula sebuah permulaan langkah baru.
Jadikanlah hidup ini penuh dengan pengalaman yang indah-indah. Saya berharap agar sahabat-sahabat semua dapat memberi komen di dalam blog ini dan sekiranya ada pengalaman yang baik mahupun sebaliknya bolehlah dimuatkan didalam blog ini yang boleh dijadikan panduan dan ikhtibar untuk kita semua. Insyaallah.