Kekenduran Rahim (Prolapse)
Artikel ini penting kepada kaum WANITA.......semoga artikel ini dapat menambahkan pemahaman kita akan ilmu kesihatan badan kita sendiri.....moga kita sama-sama dapat manfaatnya.
Prolapse rahim adalah satu keadaan dimana rahim jatuh ke bawah dan kadangkala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan2 melorot kebawah melalui saluran faraj. Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, diperingkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua dimana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar `tombong').
Kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.
1) Gangguan perkencingan.
Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mulakan kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batok, bersin ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal. Keadaan ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudu'nya.
2) Gangguan hubungan kelamin
Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit. Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami. Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.
3) Ketidakselesaan dan sakit pinggang
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya khususnya ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan seringkali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai diantara mereka yang mengadu sakit pinggang.
4) Gangguan Kesihatan
Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau erosion". Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau keluaran lendir yang banyak. Dalam jangka panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang berpanjangan. Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya.
Apakah punca punca kejadian prolapse?
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan terjadinya `prolapse'. Diantaranya adalah seperti berikut
i) Faktor Baka
Setengah wanita akan mengalami masalah ini jika ada dikalangan saudara mara mereka khususnya ibu, ibu saudara atau nenek mengalami masalah yang sama. Bagaimana penyakit ini diturunkan tidaklah diketahui, mungkin baka menentukan kelemahan atau kekuatan tisu,otot dan ligamen pada peranakan. Kekenduran atau kelemahan otot dan tisyu ini boleh juga dipengaruhi oleh tahap pemakanan dan tahap kesihatan kita yang agak rendah berbanding dengan mereka yang sihat dan makanannya seimbang dan mencukupi dari segi semua zat seperti protin dan vitamin.
ii) Exercise
Proses kehamilan dan kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisyu tisyu dalam badan khususnya tisyu ligamen dan otot yang memegang faraj dan rahim. Ini satu perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi pemulihan boleh dicapai walaupun tidak seratus peratus jika seseorang wanita itu mengamalkan gerak tubuh atau exercise untuk menguatkan otot otot disekeliling faraj dan lantai punggung. Amalan exercise waktu hamil dan selepas kelahiran adalah sangat penting untuk mencegah prolapse. Oleh itu kelalaian atau tidak melakukan exercise ini adalah satu daripada faktor yang boleh menyebabkan kekenduran atau prolapse rahim.
iii) Kehamilan dan Kelahiran
Kehamilan dan kelahiran memanglah satu proses yang menyebabkan berlakunya kekenduran atau kelemahan pada semua tisu disekeliling peranakan khususnya otot lantai ponggong yang biasanya memang faraj dan mendokong rahim. Kelahiran normal atau secara forceps atau vacuum memang dianggap satu kecerderaan yang merosakkan ligamen ligamen dan otot disekeliling faraj. Seringkali mereka yang melahirkan di rumah mengalami kekoyakan tetapi tidak dijahit dan ini salah satu faktor yang menimbulkan kelemahan atau kekenduran otot peranakan. Kelahiran yang memakan masa yang lama atau prolonged labour, kelahiran yang sukar yang memerlukan ibu meneran dengan kuat dan begitu lama, kelahiran yang memerlukan kegunaan alat seperti vacuum atau forceps adalah faktor faktor yang mungkin menyumbangkan kepada berlakunya prolapse di kemudian hari.
iv) Menopause
Keadaan menopause atau kekurangan hormon samada yang berlaku secara natural iaitu ketika umor 50 tahun keatas, ataupun ekoran daripada pembedahan oleh sebab sebab penyakit yang mana ovari di buang boleh menyebabkan keadaan kekurangan hormon dan seterusnya menimbulkan kelemahan pada otot dan ligamen peranakan. Proses atrophy atau kekecutan pada tisyu, ligamen dan otot dalam jangka panjang akan menyebabkan prolapse. Nyata sekali prolapse yang teruk sering berlaku pada wanita wanita yang berumor 60 ketas akibat daripada ketandusan hormon ekoran daripada menopause. Kegunaan hormon sebagai rawatan menopause nyata dapat mengurangkan berlakunya prolapse.
v) Ketumbuhan Dalam Rahim
Pada wanita yang mengalami tumbuhan seperti fibroid yang tidak menimbulkan masalah lain seperti pendarahan atau kesakitan dan jika berlaku dalam umor empat puluhan keatas ataupun selepas putus haid apabila otot dan ligamen rahim telah lemah, mempunyai risiko berlakunya prolapse kerana tumbuhan fibroid yang kecil juga merupakan satu tekanan kepada rahim untuk jatuh ke bawah. Tetapi fibroid ini biasanya yang ukoran besarnya adalah sederhana dan tidak melebihi saiz bola golf.
6) Rawatan dan Pencegahan
Langkah yang terbaik bagi wanita ialah untuk mencegah setelah mengetahui punca atau faktor faktor yang mungkin menyebabkannya.
Diantara langkah langkah tersebut ialah pertama:
i) Jaga kesihatan dan kawal berat badan
Kegemokan adalah salah satu faktor yang bukan sahaja yang menjadi satu gangguan terhadap kecantikan seseorang wanita, malah ia
mempunyai banyak kesan kesan yang burok terhadap wanita. Oleh itu salah daripada masalah ialah prolapse di kemudian hari. Oleh itu eloklah jaga berat badan dengan mengawal makanan dan membuat exercise.
ii) Amalan exercise
Amalan untuk menguatkan otot perut dan lantai ponggong ketika hamil dan selepas bersalin belum menjadi satu amalan harian di kalangan wanita wanita Malaysia. Tetapi tabiat ini sering dilakukan oleh wanita wanita Barat khususnya mereka yang terpelajar. Banyak video-video yang memberi panduan tentang kaedah exercise ini dapat dipasaran. Panduan untuk melakukan exercise atau gerak tubuh khas untuk otot lantai ponggong juga boleh dipelajari pakar physiotherapist atau jurupulih anggota di hospital atau di klinik swasta. Ini sangat penting kerana jika ia dilakukan pada waktu hamil dan selepas bersalin, pemulihan pada bentuk badan status tubuh badan yang asal seperti sebelum hamil akan dapat dicapai dan ia boleh mencegah masalah kegemokan, kekenduran otot perut dan lain lain gangguan yang dikaitkan dengan prolapse rahim. Gerak tubuh ini boleh dilakukan sejurus selepas bersalin, tidak perlu menunggu selepas pantang. Malah dalam pantang adalah waktu yang tepat untuk mencapai pemulihan yang terbaik dengan menentukan makanan yang seimbang, yang berkhasiat, melakukan penyusuan bayi serta melakukan exercise yang tertentu.
iii) Exercise kemut atau "grip"
Exercise untuk menggemut atau grip adalah bertujuan untuk menguatkan otot lantai ponggong, otot sekeliling faraj, otot otot yang mengawal perkencingan. Cara melakukannya ialah kita bayangkan seperti melakukan persetubuhan dan ketika itu kita menggemut atau mencengkam alat zakar suami. Jika ini dilakukan berulang-ulangkali untuk beberapa saat, misalnya dua tiga minit sekali dalam waktu pantang dan seterusnya menjadi satu tabiat dalam kehidupan seharian. Insya Allah otot disekeliling faraj akan menjadi lebih kuat seperti sediakala.
Alat PSX. Terdapat satu alat yang digelar dengan nama PSX, (lihat dalam gambar ini dibawah) yang bertujuan untuk membantu wanita melakukan exercise ini. Pada asasnya alat ini mengandongi bahagian yang berbentuk seperti zakar yang dimasukkan ke dalam faraj ketika sebelum melakukan exercise dan eloknya ia disarungkan dengan kondom ataupun jika tidak berkongsi dengan orang orang lain tidaklah perlu menyarongkan dengan kondom tetapi perlu menggunakan pelincir seperti K.Y. Jelly untuk memasukkan ke dalam saluran faraj. Seterusnya ia juga mempunyai satu alat meter bagi mengukor kekuatan kemutannya. Setelah memasukkan alat tersebut dalam faraj, kemutan dilakukan dan ia boleh melihat kekuatan kemutan tersebut daripada meter. Kemutan dilakukan berulang-ulang dan dari ukuran tekanan pada meter alat tersebut,seseorang wanita akan dapat menilai kekuatan otot faraj.
Jika amalan ini dilakukan selalu, Insyaallah kekuatan otot faraj dan lantai punggung akan pulih seperti sediakala dan seterusnya dapat mengelakkan dari pembedahan.

ooooo br tau
ermmmm...2 lah wanita ni mcm2 penyakit klu x jaga kesihatan betul2 kn...moga kita sihat selalu insyaallah.
SALAM...ada sikit persoalan..wanita yg dah prolapse ni if dia pregnant apa risikonya ye..tq
slm dina, mengenai prolapse ini biasanya berlaku selepas bersalin. Semasa kehamilan, biasanya masalah ini tidak timbul. Kaedah rawatan selalunya adalah dengan cara urutan selepas bersalin oleh mereka yg mahir.Amalan senaman "Kemut" boleh dilakukan bg membantu menguatkan otot-otot peranakan.
nice info..senaman kegel tu sgt penting..