F

MENUNGGU.......Menemukan hasrat terhebat dalam hidup

Ungkapan menunggu memang satu perkara yang tidak disukai oleh kebanyakan individu, namun menunggu juga merupakan salah satu aktiviti yang hampur-hampir tidak boleh kita hindari dalam kehidupan kita sehari-hari...umpamanya menunggu bas, menunggu giliran membayar apa-apa saja bil (skrg dh guna online dh) menunggu gaji, menunggu kenaikan pangkat, menunggu jodoh, menunggu Doa kita dikabulkan dan sebagainya

Kegiatan menunggu ini boleh dikatakan kebanyakan orang tidak suka untuk melakukannya atau mengalaminya. Hal ini adalah disebabkan bahawa sebahagian orang menganggap aktiviti menunggu adalah sesuatu hal yang membuang masa dan membosankan. Namun terlalu sedikit yang tahu bahawa dalam aktiviti menunggu, sebenarnya kita boleh menemukan pelbagai karektor dasar manusia yang tidak mahu berhenti, yang tidak merasa puas, yang ingin melampaui diri dan bermacam-macam lagi. Orang menyebutnya transendensi (istilah latin, trans: melalui, melewati, melampaui & sedere: duduk --> melampaui kedudukan atau keupayaan diri kita). Jadi, menunggu mengorientasikan kita, mengarahkan kita pada perjumpaan dengan yang lain.

Dalam menunggu, kita pun boleh menemukan hasrat terindah dalam hidup kita: hasrat akan yang lain, perjumpaan dengan yang lain...Kita menunggu sesuatu seperti menunggu seseorang yang sebentar lagi akan membawa kita ke sebuah kenyataan lain daripada kenyatan yang sedang sekarang kita rasakan. Jika anda pernah jatuh cinta pada pandangan pertama pada seseorang, perasaan itu paling kurang menumbuhkan kerinduan mendasar untuk bertemu atau minimal melihatnya lagi.

Ada yang mengatakan bahwa kita hidup dalam generasi microwave. Di hari dan zaman ini, kita mendapatkan hal-hal sekarang lebih cepat dari yang pernah ada, namun itu masih belum cukup baik, tidak cukup cepat untuk pilihan cepat kita. Popcorn masih memerlukan waktu lama untuk meletus. Makanan- makanan dalam kuali memerlukan waktu lama untuk menjadi panas.Kita menikah dan mengharapkan memiliki hal yang sama yang dipunyai pada orang tua kita setelah dua puluh lima tahun perkahwinan! Kereta baru, rumah yang bagus, tambahan wang belanja. Hal-hal ini semua memerlukan waktu untuk memperolehnya, namun rasa terburu-buru kita, fikiran bingung tidak dapat memegang konsep itu. Kita tidak ingin menjadi sabar. Kita ingin sesuatu sekarang, dan kita tidak mahu menunggu.

Menunggu itu suatu pekerjaan yang mengkagumkan, kerana itulah bentuk usaha tertinggi yang boleh dilakukan oleh manusia. Sedarkah bahwa seluruh dari kita ini tidak lebih adalah kaum penunggu. Kita ini memang sedang menunggu. Kita juga sedang menunggu saat-saat kematian itu datang pada kita. Dan kita tak pernah tahu bila saat itu datang pada kita. Maka di dalam cara kita menunggu itulah terletak martabat hidup kita. Berbuat amal kebaikan itu yang mesti kita lakuakan dalam menuggu. Cuba kita perhatikan peniaga-peniaga di pasar malam umpamanya, pekerjaan mereka setiap hari juga menunggu. Tentunya mereka sedang menunggu para pembeli membeli dagangan mereka.

Tidak ada kegiatan yang paling membosankan selain menunggu. Padahal, hidup adalah kegiatan menunggu. Ibu bapa menunggu anak-anak mereka membesar untuk menjadi insan yang mulia. Rakyat menunggu perubahan demi perubahan yang di bawa oleh kerajaan. Para gadis menunggu jodohnya. Pekerja sektor apa sekali pun, kerajaan atau pun swasta menunggu akhir bulann untuk gajinya.. Semua menunggu. Nikmatilah MENUNGGU itu, Insyaallah, menunggu menjadi sesuatu yang sangat menyenangkan, yang boleh memacu addrenalin anda bekerja lebih cepat, rasakan nikmatnya dalam sebuah penantian, Tapi menunggulah dan berikan batas waktu untuk sesuatu yang anda tunggu. Jangan menunggu untuk bulan jatuh ke riba kerana ianya sesuatu yang mustahil. Menunggu kepada sesuatu yang memang boleh anda tunggu. Akhirnya bertawakal kepada Allah swt, insyaallah pasti MENEMUKAN HASRAT TERHEBAT DALAM HIDUP INI.
0 Responses

Sahabat2ku.......