F

Cara SALAH menggosok gigi???

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Article yang sangat bermanfaat....... credit to Cythia Eubanks, who lead the dental assistant program at Everest College, North Aurora.
How NOT to Brush Your Teeth Infographic

Anak dan Tudung Gaya Artis

Assalamualaikum....


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah.......saya ingin menyambung entri yg terdahulu Anak dan Tudung ...... saya berasa bangga kerana skrg anak2 kecil rata2nya bertudung....... di sekolah2 rasanya hampir semua murid2 yg beragama Islam memakai tudung....comel2 sekali.....cuma yg menjadi kekhuatiran saya sebagai ibu adalah apabila melihat isu "bertudung" bukanlah kerana semata2 perintah Allah SWT tetapi lebih kepada kerana peraturan, fesyen, cantik dan seumpamanya. Lambakan fesyen tudung pelbagai warna dan gaya ada di mana2 sahaja.... Ada yg beropol2 sana sini, bertingkat2 sana sini, warna2 ceria, menawan dan macam2 rekaan lagi...... Pelbagai fesyen digayakan, berbelit, berpusing dan bersanggul tinggi....dan satu persoalan adakah itu cara pemakaian tudung  yang diperintahkan oleh Allah SWT??? 


Saban waktu, kita lihat di dada2 akhbar ke majalah ke atau di kaca tv.....gaya2 bertudung artis2  Malaysia? Pelbagai gaya yg tak pernah rasanya saya lihat dahulu....kini macam2.... cantik-cantik!, tambahan pula dipakai oleh artis2 yg memang jelita, maka terserlahlah lagi kecantikannya, namun adakah itu cara yang diperintahkan Alah SWT? Anak saya, si angah pun kena juga tempiasnya....berdandan tudung ala-ala najwa Latif, Yuna lah...... Walaupun usianya masih kecil, itu bukan alasan saya sebagai seorang ibu untuk membenarkan perkara tidak sihat berlaku depan mata. Ini hanyalah sebahagian kecil yang dapat kita lihat, bagaimana apabila mereka dewasa kelak. Perkara2 kecil seperti inilah yang harus dipantau. Bak kata orang tua, melentur buluh biar dari rebungnya.....

Sekarang ini, dapat dilihat ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan memakai tudung. Kita dapat melihat bagaimana seorang muslimah yang sebelumnya tidak bertudung, kemudian mula memakai tudung. Alhamdulillah...... Walau bagaimanapun, tapi kebanyakan dari mereka masih belum memakai tudung yang benar-benar sesuai dengan kehendak syariat. Mereka lebih mementingkan keanggunan, kecantikan tanpa mempedulikan apakah benar tudung mereka betul atau tidak. Kebanyakan dari mereka memakai tudung mengikut trend atau hanya ingin dilihat lebih islamik. Perkara asas di dalam pemakaian tudung ini perlulah difahami.......agar apa jua yang kita lakukan sentiasa mendapat barakah dan rahmat dari Allah SWT.

Senario artis yang begitu ramai memakai tudung tetapi tidak menutup aurat seperti yang disyariatkan amat membimbangkan saya sebagai seorang ibu. Anak2 remaja menjadikan artis2 ini sebagai idola mereka, apa jua yang dilakukan oleh artis pujaan mereka semuanya akan menjadi ikutan. Ya, memang tidak dinafikan bahawa ianya sesuatu yang sihat apabila ramai artis di Malaysia sedar akan wajibnya memakai tudung (menutup aurat), tetapi di satu sudut yang lain, mereka memakai tidak seperti yang disyariatkan. 

Sebagai muslimah fahamilah konsep bertudung dengan sebenar-benarnya.....wanita yang bertudung masa kini beruntung kerana punya banyak pilihan untuk berfesyen. Fesyen tudung sendiri pun telah mengalami banyak perubahan, ianya cantik, menarik, warna2 ceria, beropol2, ada yang kainnya nipis dan pelbagai lagi, tapi walau bagaimanapun biarlah tarikan untuk pakai tudung selari dengan tuntutan agama, iaitu menutup aurat dengan sempurna bukan terikut-ikut dengan fesyen semata-mata. Apa yang penting, jangan jadikan tuntutan untuk bertudung itu sebagai trend dan fesyen semata-mata kerana perlu diketahui bahawa bertudung itu wajib ke atas semua wanita yang beragama Islam. Ði samping itu juga, pengeluar tudung perlu memikul tanggungjawab fardu kifayah untuk menghasilkan tudung yang mengikut tuntutan syariat. Janganlah fikir akan keuntungan semata-mata.

Setiap muslimah wajib menutup aurat, Islam tidak menetapkan sesuatu fesyen, tapi mestilah seperti yang disyariatkan di dalam Islam, melepasi paras dada, tidak menampakkan leher dan dada. Tetapi malangnya, fesyen tudung sekarang tidak menitikberatkan hal ini. Kebanyakan muslimah sekarang memakai tudung tanpa memahami konsep menutup aurat yang sebenar, maka wujudlah pelbagai fesyen yang sudah terpesong dengan kehendak agama.

Dengan melihat perkembangan fesyen tudung sekarang, terutama golongan artis yang sering menjadi duta tudung itu sendiri, sedikit sebanyak mampu menarik muslimah untuk bertudung. Hal ini kerana tarikan tudung itu sendiri akhirnya memberi hidayah untuk muslimah lain menutup aurat. Tetapi fikirkanlah wahai muslimah, kenapa kita bertudung? Tanya sama hati kita? Jangan tanya sama pokok yerLaughing 1.

Kadang2 saya berasa sangat takut melihat senario pemakaian tudung ini, fesyen tudung  yang berwarna warni dipadankan dengan fesyen baju ketat dan sendat, berlengan pendek dan berseluar ketat. Adussss....... saya pula yang rasa malu. Imej wanita bertudung telah tercemar dgn wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara di khalayak ramai, malu untuk ke tempat hiburan, berpegang tangan & sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan utk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat. 

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dgn suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yg masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan utk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Lagi teruk lagi ada yang memakai tudung kerana apabila mereka bertudung terserlah keayuan mereka.

Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yg berniat untuk menutup aurat dgn tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yg dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yg berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa. 

Inilah yang dinamakan kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat & peredaran zaman. Sementara yg mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya.  Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu  mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yg utama sebagai penyuluh ibadah. 

Di samping ada ilmu, amalan yg dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yg lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita & mempunyai kefahaman yg mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan. 

Renung-renungkanlah wahai wanita yg berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata.

Semoga kita termasuk di dalam orang-orang yang mendapatkan keredhaan dariNya sehingga kita termasuk dalam penghuni syurga yang penuh kenikmatan…

“Perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka.” (Muhammad: 15)

Wahai wanita muslimah, sedarlah akan keutamaan yang besar dari Allah bagi wanita menjaga  dirinya, dan janganlah menganggap bahwa bertudung@menutup aurat itu satu bebanan, bahkan sesungguhnya dalam syariat yang Allah turunkan semuanya mendatangkan maslahat. Allah berfirman:
“Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun.” (Al Kahfi: 49)
“Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, melainkan dengan benar.” (Al Hijr: 85)
“Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?” (Al Mu’minuun: 115)

Di sini saya C&P, satu artikel yang amat menarik yang boleh kita kongsi bersama... Berikut adalah beberapa perkara yang perlu seorang wanita FAHAM akan kepentingan bertudung:- 

1. Sesungguhnya hijab/berjilbab/bertudung itu adalah sebagai tanda ketaatan seorang muslimat kepada Allah dan rasulnya:
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah Dia telah sesat, sesat yang nyata.” (Al Ahzab: 36)
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya.” (An Nuur: 31)
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah.” (Al Ahzab: 33)
“Hai Nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Ahzab: 59)
2. Hijab/berjilbab/bertudung itu untuk membezakan antara mukminin dengan mukminah, dan mukminah dengan perempuan jahiliyah.
Sesungguhnya dalam penciptaan laki-laki dan perempuan itu adalah berbeza dari segi kudratnya, bentuk tubuhnya, dan akalnya.
“Dan laki-laki itu tidaklah sama dengan perempuan.” (Ali Imran: 36)

Oleh kerana perbezaan ini Allah SWT telah menetapkan beberapa hukum bagi lelaki dan juga perempuan. Yang mana hukum dan kelebihan kepada lelaki adalah dengan melantik mereka menjadi pemimpin kepada kaum perempuan, nabi dan rasul juga dari kalangan lelaki, menerima lebih di dalam pembahagian harta pusaka, dan banyak lagi. Manakala, perempuan telah Allah SWT perintahkan untuk tetap di rumah dengan menjaga kehormatan diri, menjaga suami, harta yg dititipkan oleh suami, anak2 dan urusan keluarga.
Mujahid meriwayatkan bahawa Ummu Salamah Radhiyallahu ‘anha berkata: “Wahai Rasulullah, mengapa kaum laki-laki boleh pergi ke medan perang sedang kami tidak, dan kami pun hanya mendapatkan warisan setengah bahagian laki-laki?” Maka turunlah ayat yang ertinya, “Dan janganlah kamu iri terhadap apa yang dikurniakan Allah…” (An-Nisaa’: 32)” (Diriwayatkan oleh Ath-Thabari, Imam Ahmad, Al-Hakim, dan lain sebagainya).
Maka hendaklah kita mengimani apa yang telah Allah takdirkan dan tetapkan untuk kita, bahawa mukminin dan mukminah itu berbeza. Maka yakinlah disebalik perbezaan itu ada hikmah yang besar. Begitu juga soal hukum bertudung, itu telah ditetapkan Allah dan disepakati para ulama’ akan kewajipannya, maka yakinlah setiap itu ada hikmahnya.
Sesungguhnya para ulama’ itu adalah pewaris para nabi.
3. Untuk menjaga kehormatan diri
Sesungguhnya berhijab/berjilbab/bertudung itu adalah kewajipan bagi setiap mukminah kerana ia adalah satu bentuk pemuliaan terhadap kaum muslimat.
“dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya.” (An-Nuur: 31)
Dalam perkara ini, berhijab/berjilbab/bertudung itu adalah amalan yang dilakukan oleh para mukminah dari kalangan para sahabiah dan generasi selepasnya. Maka adalah menjadi keharusan untuk mengikuti mereka kerana sesungguhnya mereka telah dididik sendiri oleh Rasulullah S.A.W.
Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha, ia berkata:
“Semoga Allah merahmati para wanita generasi pertama yang berhijrah, ketika turun ayat:
“dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung kedadanya,” (An-Nuur: 31)
“Maka mereka segera merobek kain panjang/baju labuh (jaket) mereka untuk kemudian menggunakannya sebagai khimar penutup tubuh bahagian atas mereka.”
4. Kelebihan dan keutamaan berhijab/berjilbab/bertudung:

  • Menjaga kehormatan.
  • Membersihkan hati.
  • Melahirkan akhlak yang mulia.
  • Tanda kesucian.
  • Menjaga rasa malu.
  • Mencegah dari keinginan dan hasrat syaitaniah pihak lelaki.
  • Menjaga ghirah (cemburu) suami.
5. Ianya adalah pelindung
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab: 59)
6. Lambang keimanan dan ketaqwaan
Allah hanya berfirman tentang hijab bagi mukminah yang beriman sahaja, dan hanya yang betul-betul beriman sahaja yang mampu melaksanakan perintah Allah selaras dalam firman Allah:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman.” (An-Nuur: 31)
“Dan isteri-isteri orang beriman.” (Al-Ahzab: 59)
Dalam ayat-ayat di atas Allah mengimbau kepada wanita beriman untuk memakai hijab yang menutupi tubuhnya. Ketika seorang wanita yang benar imannya mendengar ayat ini maka tentu ia akan melaksanakan perintah Tuhannya dengan senang hati. Maka bagaimanakah iman seorang wanita yang mengetahui ada perintah dari Rabbnya kemudian ia tidak melaksanakannya, bahkan ia melanggarnya dengan terang-terangan di hadapan umum!!!
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa Itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Al-A’raf: 26)
7. Hijab/jilbab/tudung adalah tanda malu
“Sesungguhnya yang didapatkan manusia pada ucapan nubuwwah yang pertama kali: Jika kalian tidak malu maka lakukanlah perbuatan sesuka kalian.” (HR. Bukhari)
Wanita yang mendedah auratnya tidak disangsikan lagi bahawa tidak ada rasa malu darinya, ia mendedah auratnya di mana-mana tanpa ada perasaan malu darinya, ia menampilkan perhiasan yang tidak selayaknya dibuka, ia mempamerkan barang berharganya hanya layak untuk ia berikan kepada suaminya, ia membuka sesuatu yang Allah perintahkan untuk menutupnya!
8. Hijab/jilbab/tudung menutup rasa ghirah (cemburu)
Berapa ramai muslimat yang rosak kerana mereka mendedahkan aurat mereka. Berapa ramai suami-suami yang sempurna perasaannya tidak senang dengan pandangan-pandangan yang tertuju pada tubuh badan, leher, rambut isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka. Maka dengan berhijab/berjilbab/bertudung itu dapat menutup pintu-pintu cemburu para suami.

Disiplin dalam berdiet bagi penderita diebetes

Assalamualaikum....
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Penderita diebetes memang perlu berdisiplin dalam diet mereka. Mereka juga mesti bersedia untuk mengubah gaya hidup termasuk  rutin senaman mereka. Gaya hidup cergas dan disiplin dalam pengambilan makanan amat efektif dalam mencegah atau melengahkan penularan diabetes. Ada orang yang mengatakan bahawa pesakit diabetes mesti  menjalani diet ketat, makanan manis menjadi pantangan. Sehingga sering kali menu untuk penderita diabetes harus berbeza. Namun kini, itu semua tidak perlu dibimbangkan selagi pesakit diebetes itu sendiri tahu, faham akan diet yang patut untuk diri mereka sendiri. Bagi penderita diabetes secara prinsip dapat hidup normal asalkan berdisiplin dalam menjalani empat kaedah utama iaitu memahami  dan tahu mengatasi diebetes, mengatur pola makan, melakukan senaman secara teratur dan terapi ubat-ubatan.

Berikutan diabetes disifatkan berkaitan gaya hidup, sasaran utama dalam kawalan diet adalah untuk mencapai tahap glukos dalam darah yang normal. Individu yang mengalami diabetis jenis satu dan jenis dua yang mengambil insulin atau ubat makan perlu memadankan pengambilan kalori dengan pengambilan ubat atau insulin selain melakukan senaman bagi mengawal tahap glukos dalam darah. Apabila diet dan senaman dilakukan secara rutin, teratur dan disiplin maka gula darah penderita diabetes akan menurun dalam 2 minggu. Kunci utamanya adalah disiplin dan istiqomah.

Diabetes terjadi karena ketidakseimbangan jumlah dan respon insulin terhadap masuknya gula kedalam tubuh. Insulin berfungsi sebagai hormon pengawalan gula darah, dihasilkan di pankreas. Insulin dalam tubuh tidak cukup untuk menurunkan gula darah dari luar atau yang dihasilkan oleh hati. 

Pesakit diebetes perlu berbincang dengan pakar pemakanan bagi merancang diet secara individu mengikut garis panduan umum dengan mengambil kira keperluan kesihatan mereka.  Kesalahan utama penderita diabetes adalah tidak mahu makan supaya gulanya turun, dan ini adalah kesalahan yang tidak patut dilakukan. Penurunan gula darah secara drastuk dapat menyebabkan pengsan dan kematian (hipoglikemi). Prinsip yang harus dipegang adalah menjaga kadar gula darah dalam batas normal (bukan rendah). Secara ideal, pesakit perlu mensasarkan bacaan tahap glukos sebelum sajian pada 90 hingga 130 mg/dL dan tahap ketika tidur 110 hingga 150 mg/dL. 
  • Disiplin diet pesakit diabetes juga termasuk menimbang dan menyukat makanan bagi mendapatkan jumlah kalori yang betul. Bagi mereka yang baru menyesuaikan diri, guna cawan dan sudu penyukat serta penimbang gram.
  • Makanan juga perlu ditimbang dan disukat selepas masak. Selepas menyukat semua makanan selama seminggu atau lebih, kita sudah boleh mengagak sukatan makanan hanya dengan melihat.
  • Secara amnya, mereka perlu makan tiga hidangan mengikut aturan yang ditetapkan. Snek juga sangat penting pada waktu yang amat diperlukan.
  • Pesakit juga perlu memeriksa tahap gula setiap jam. Mereka perlu tahu akan tanda-tanda penyakit mereka seperti pening, hilang fokus, rasa tersangat lapar, menggigil, berpeluh dan seram sejuk,  agar tindakan ubatan@rawatan dapat diberikan.
Secara umum, diet pada penderita diabetes harus memenuhi 3 komponen yang mencukupi iaitu karbohidrat, lemak dan protein.

  • Karbohidrat pada diet penderita diabetes harus mencapai 70% dari total kalori dan berupa karbohidrat yang kompleks seperti nasi (nasi merah lebih baik dari nasi putih, dan kedua nasi ini sama-sama karbohidrat kompleks). Ubi Kentang adalah pilihan karbohidrat yang tidak baik karena lebih cepat membuat gula darah naik.
  • Lemak juga harus ada dalam diet diabetes karena lemak diperlukan untuk memperbaiki sel yang rosak.
  • Protein wajib disertakan dalam diet. Whey Protein adalah pilihan terbaik.
Berikut adalah beberapa tips diet bagi pesakit diebetes mencapai kejayaan:-

  • Jaga nafsu makan.
  • Makanan dalam porsi yang tetap agar kandungan gula dalam darah tidak selalu berubah-ubah.
  • Bagilah porsi makanan menjadi 3 porsi besar dan 3 porsi kecil.
  • Makan sebelum lapar dan berhentilah makan sebelum kenyang.
  • Teratur dalam jumlah, jenis dan jadual.
  • Perbanyak menu buah-buahan dan sayuran.
  • Gerak badan atau senaman secara teratur minima selama 30 minit atau 4 kali seminggu.
  • Pilih senaman yang sesuai. Jalan kaki atau berenang relatif lebih baik.
Ketahuilah had kemampuan diri, cubalah untuk mendisiplinkan diri, jangan menyimpang dari rutin diet dan ubat-ubatan yang ditetapkan serta jangan lupa untuk kerap bersenam. Dengan pemantauan yang dilakukan sendiri, pesakit tidak perlu buang masa ke klinik. 

Susui si kecil selagi boleh!!


Assalamualaikum....


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah..... walaupun hari ni tak berapa nak sihat sikit, saya gagahi juga buat entri ni......hari nak buat entri pasal penyusuan Siti Khadijah Maisarah. 11 bulan dah berlalu, alhamdulillah saya berharap misi saya untuk menyusukan Khadijah selama 2 tahun akan termakbul....insyaAllah. Sehingga saat ini susu masih meriah lagi. Khadijah dah pandai makan makanan pejal walaupun tiada gigi lagi Big Smile, tapi Khadijah kalau disuap tetap makan tak pernah menolak.

Sewaktu Keysha, saya cetek ilmu dalam proses penyusuan ini dan cepat sangat berputusa asa, sedih sangat!...Ermmm..... kalau diingatkan saya malu  dengan diri saya sendiri..... Dari pengalaman saya, proses penyusuan anak2 memang berbeza, dari anak pertama, Nur Nadiah Natasya, ke Intan Balqis Shahira, Keysha Damia Zahirah dan hinggalah Siti Khadijah Maisarah...memang sangat2 ketara perbezaannya. Masa anak sulung, masih belum banyak pengalaman, tapi alhamdulillah penyusuan along berterusan selama 1 tahun, walaupun apabila umur 7 bln dah diberi susu formula. Begitu juga dengan angah sama juga...cuma bila Keysha lahir selepas  8 tahun lebih, saya hanya mampu menyusukan selama 2 bulan sahaja, susu memang kurang dan faktor cepat sangat berputus asa penyebab saya gagal menyusukan KeyshaSmiley.  Namun, alhamdulillah bila Siti Khadijah Maisarah lahir saya bertekad untuk menyusukan hingga 2 tahun....insyaAllah, moga dilancarkan segalanya. Malah berkat dari saya belajar dan mencari ilmu2 yang berkaitan tentang penyusuan ini, saya merasakan bahawa menyusukan Khadijah sangat lancar dan menyenangkan. Ini adalah kerana, pengalaman menjadikan kita matang!

Proses menyusukan anak ini memang lah satu proses yang sangat2 menguji kesabaran dan kebijaksanaan kita. Dari anak sulung hingga yang bongsu, saya rasa terlalu banyak pengalaman yang saya perolehi, especially semasa menyusukan Siti Khadijah Maisarah kerana masa ini, saya pun dah semakin matang dan sedikit berilmu....Wink

Pengalaman saya tidak dapat menyusukan Keysha, membuatkan saya bertekad tidak sekali-kali berputus asa apabila susu merudum. Mana taknya bila saya melihat ipar duai pada masa itu, menyusukan bayinya....hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya pada ketika itu yang tidak dapat menyusukan Keysha. Saya hanya dapat memberikan susu formula. Sedih dan pilu dibuatnya.

Sekarang saya perhatikan ramai ibu di luar sana tidak mahu menyusukan anak mereka dengan susu mereka sendiri atas alasan yang tersendiri. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur. Malah anak buah saya pun lepas aje bersalin, seminggu kemudian terus memberikan susu formula untuk bayinya. Siap ambil ubat untuk mengeringkan susu. Ermmmm.....macam2 kerenah ibu2 zaman sekarang, yang ada susu tak nak menyusukan, yang tiada susu teringin nak menyusukan bayi, entahlah...apa2 pun susu ibu adalah yang terbaik.

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan langkah pertama si ibu berjaya diteruskan atau tidak. Disebabkan kebanyakan ibu sekarang adalah ibu-ibu yang bekerjaya, masalah utama mereka ialah mampukah mereka meneruskan penyusuan apabila mereka  kembali bekerja. Rata-rata ibu memilih penggunaan pam. Sama ada pam manual atau pun pam automatik. Saya sendiri tidak pernah menggunakan pam.....Rolling Eyes

Memang bayak  cabaran bagi menyusukan bayi, memerlukan peruntukan masa dan mental yang betul....kalau tidak proses penyusuan akan menjadi gagal. Bagi menjayakan proses penyusuan ini, kita perlu berilmu, yakin fan gunakan teknik yang betul. InsyaAllah pasti berjaya! Saya juga menghadapi masalah (cabaran) yang sama. Antara nya:-

  • Terasa seperti susu sudah tidak ada dan merasakan anak tidak kenyang menyusu. Sebenarnya selepas usia anak 6 bln kita dah boleh bagi anak makanan pejal yang lain, jadi suapkan aje anak dengan makanan yang berkhasiat dulu, kenyangkan perut dia dahulu kerana susu tidak lai menjadi menu utama si anak, jadi selepas itu susuilah anak itu. 
  • Badan sangat penat dan letih bahkan menyebabkan agak stress, mana taknya anak asyik nak berkepit aje dengan kita. Tetapi semua itu boleh diatasi, bagi anak minum susu setiap 2 jam, tetapkan jadual penyusuan, tambahan anak yg dah boleh makan makanan pejal lagi senang, suap aje mereka makanan, dah kenyang mereka tak merengek pun. Tapi untuk memastikan agar susu berjalan lancar tetap menyusukan bayi setiap 2 jam, jadi proses pengeluaran susu tetap berterusan.
  • Jangan berfikir untuk bagi anak susu formula, apa juga cabaran mesti ditangani dengan baik, jangan cepat berputus asa, insyaAllah boleh.
Perkara-perkara yang boleh kita lakukan untuk diri kita bagi menjayakan poses penyusuan ini. 
  • Pastikan diri kita sentiasa sihat dan bersemangat
  • Minum air dan susu lebih banyak.
  • Makan banyak (yang berkhasiat).
  • Doa dan Tawakkal
  • Sabar
  • Dan yang paling penting, Yakin dengan Fitrah Ilahi iaitu di dalam firman Allah di dalam surah Al Baqarah ayat 233 yang bermaksud:
“dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan Yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) Yang kamu mahu beri itu Dengan cara Yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua Yang kamu lakukan”.

Jadi para ibu dan bapa, usah risau. Kita cuba sedaya upaya dengan pelbagai ikhtiar dan doa, jika adanya rezeki, Alhamdulillah, tetapi janganlah bersedih kerana kalau tiada keupayaan kerana pasti ada hikmah daripadanya kerana itu adalah yang telah ditakdirkan Allah,  menurut firman Allah di atas, saranan Allah itu bukanlah satu kewajipan, maka kerana itu Allah menyebut, “bagi mereka yang inginkan melengkapkan tempoh penyusuan”. Kepada ibu-ibu yang tidak mahu melengkapinya tiada mendatangkan dosa pun. Apa2 pun Selamat Mencuba!!! Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada anda juga!! Selamat meneruskan penyusuan bersama si kecil! Yakin BOLEH! insyaAllah.

Mengenali Piramid makanan

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Untuk info kesihatan.... kita akan melihat panduan pemakanan terbaik melalui piramid makanan. Ketahui jenis makanan yang perlu dilebihkan dan dikurangkan. Kita selalu terdengar tentang diet yang seimbang perlu untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Tetapi, bagaimanakah yang dikatakan sebagai diet seimbang? Piramid makanan dapat memberi panduan tentang diet seimbang ini.

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari. Ia digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat. Dengan Piramid Makanan ini ianya memberi satu panduan mudah bagi individu mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah sajian yang disarankan.

Beberapa fakta nutrisi yang perlu kita ketahui:- 

  • Protein membina otot-otot. Badan kita tidak boleh menyimpan protein, oleh itu kita perlu mengambil protein didalam diet setiap hari. Sumber-sumber protein adalah produk tenusu, daging, ikan, telur dan kekacang. Karbohidrat memberikan tenaga, iaitu "petrol" kepada badan anda. 
  • Sumber-sumber karbohidrat adalah pasta, nasi, roti, kentang, buah-buahan, sayuran dan bubur nasi. 
  • Lemak adalah sumber tenaga yang penting dan membantuk badan kita menyerap vitamin tertentu. Kanak-kanak perlukan lebih lemak daripada orang dewasa kerana proses tumbesaran mereka dan mereka lebih aktif daripada orang dewasa. Ada lemak yang baik dan juga sebaliknya. Oleh itu, apabila menyediakan makanan untuk anak anda, gunalah minyak zaitun atau minyak biji anggur.
  • Mineral sangat penting untuk saraf dan otot berfungsi dengan baik.Mineral-mineral yang perlu adalah: Zink – terdapat di dalam susu, daging, roti dan produk bijirin. Kalsium – terdapat di dalam produk tenusu dan sayuran hijau. Besi – terdapat di dalam kebanyakan makanan seperti daging, hati dan sayuran hijau. Walaupun ia terdapat dikebanyakan makanan, bukanlah mudah untuk kanak-kanak mendapatkan zat besi yang cukup. Anda boleh memberikan anak anda bijirin yang kaya dengan zat besi untuk menampung keperluan zat ini pada anak anda. Zat besi amat mudah meresap ke dalam badan dengan hadirnya vitamin C, oleh itu tambahkan buah-buahan sitrus ke dalam bijirin anak anda.
  • Vitamin penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan kesihatan umum. Vitamin A – penting untuk kesihatan mata. Terdapat di dalam mentega, marjerin, ikan, hati, telur dan susu. Terdapat juga di dalam buah-buahan sitrus, beri, kentang dan juga sayuran. Vitamin ini juga terdapat di dalam ikan salmon dan juga minyak masakan.
Panduan ini telah dihasilkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan

ARAS 1
Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Setiap hidangan makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, roti, mi, mihun, biskut, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, ubi keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2
Aras 2 Piramid Makanan mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah makanan di aras ini dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

ARAS 3
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya seperti tauhu dan tempe, kacang dhal dan kacang merah.

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4
Lemak, minyak, coklat, gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

Sweet moments!

Assalamualaikum....


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Sekadar berkongsi..... hari ni saje2 nk share gambar Siti Khadijah dengan memek2 mukanya..........so sweet....Valentine hand heart

Kalau nak diumpamakan riak wajah mengikut hari-hari, mungkin ini antara memek muka yang dapat menjadi sinopsis yang terbaik.......

ISNIN
Jiwa kacau......sedih nak bangun dari tidur!

SELASA
Dah boleh mengukir senyuman sikit....

RABU
Ehhhh... dah boleh senyum tawar....

KHAMIS
Dah boleh ketawa besar...manis wajahnya.....
eh mana gigi?
JUMAAT
Kegembiraan yang sepenuhnya...
hari paling bahagia dan indah!
Comeiiinyer...


SABTU DAN AHAD
Santai! Indah dan tenang...bersama......4ever!

Diet berkesan!



Assalamualaikum....


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Sekadar berkongsi..... moga bermanfaat.
21 Tips Diet Yang Berkesan

Tip 1 – Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.


Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.



Tips 2 – Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak. 

Alasanya? - Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah  dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu  lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.

Tips 3 – Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.


Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang  sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.



Tips 4 – Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh. 



Alasannya? - Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.





Tips 5 – Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.





Tips 6 – Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.

Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.

Tips 7 – Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.


Tips 8 – Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.
Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja. Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga perut.
Jadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini. Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Bagi saya cara itu senang sahaja.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti:
  • Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam. 
  • Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.  
  • Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan sahaja dapat menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu senaman yang boleh menguruskan badan anda. 
  • Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.
Tips 9 – Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaikki tangga selepas selesai makan. 

Alasannya? - Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.     

Tips 10 – Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.



Tips 11 – Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan  secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.


Tips 12 – Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda  mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.



Tips 13 – Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.








Tips 14 – Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet anda.


Tips 15 – Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.


Tips 16 – Gunakan piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung. Dengan memilih pinggan yang rata, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil makanan secara berlebihan. 





Tips 17 – Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.

Tips 18 – Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh  tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian. 

Tips 19 – Jangan timbang berat badan setiap hari. 

Alasannya? - Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Cadangan saya, timbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.




Tips 20 – Diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, saya sarankan anda memiliki sebuah diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan. 

Alasannya? - Dengan berbuat demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat makan anda. Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah anda merangka plan diet yang lebih berkesan.


Tips 21 – Positifkan fikiran dengan beljar teori-teori ini dan sekarang jom mulakan langkah anda dengan mengamalkan teknik diet yang betul. Semoga dengan teknik  diet yang betul berserta senaman anda mampu mengurangkan berat badan anda. Jangan ambil jalan pantas untuk berdiet...nanti merosak diri.





Kredit untuk : Teknik diet pantas oleh Hafiz Wasa

Kekal mesra meskipun MENOPAUSE!


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Lebih kurang 70% wanita menopause memiliki libido atau dorongan seks yang rendah. Hal ini sering bersifat sementara dan biasanya terjadi pada awal menopause. Dalam beberapa kes, ada yang terus menghantui mereka selama sisa hidup mereka, jika tidak ditangani dengan sewajarnya.

Jadi apakah alasan di sebalik  penurunan libido ini? Masalah kawalan pundi kencing, gangguan tidur, kemurungan, kecemasan, dan stres semua menyumbang kepada kehilangan minat seks selama tempoh ini. Kehilangan estrogen dan testosteron menjadikan wanita menopause  terdedah kepada perubahan yang ketara terutama gaya hidup dan seksualiti mereka.  Menopause adalah fasa peralihan dalam kehidupan seorang wanita. Selepas menopause, wanita tidak akan mengeluarkan ovum lagi dan tidak mungkin akan melahirkan anak lagi. Bila bercerita tentang menopause, wanita seringkali malu untuk membincangkannya terutama tentang masalah seks bersama pasangan. Adakah menopause bererti bahawa seks tidak lagi penting atau diingini dalam kehidupan wanita? Tidak! Pada kenyataannya, kegiatan seks selepas menopause masih diperlukan, malah ianya akan lebih menyenangkan dan kadang-kadang akan lebih lebih lagi menyenangkan berbanding sebelum menopauseEmbarrassed. Kenapa? Kerana tubuh dan fikiran kita tidak akan banyak berfikir, lebih fokus iaitu wanita tidak lagi menghadapi ancaman daripada kehamilan yang tidak direncanakan, dan dalam banyak kes kebanyakan anak-anak telah membesar, memberikan anda dan pasangan anda lebih waktu bersendirian bersama dengan pasangan. Peace of mind! Valentine kiss


Sebenarnya ada beberapa penyebab kepada penurunan libido seks ini  antaranya:
  • Hilangnya sikap percaya diri. Perempuan yang percaya diri tidak akan mempersoalkan menopause kerana menopause bukan lah hambatan untuk menikmati seks dengan pasangan.
  • Secara psikologi, wanita menopause mengalami penurunan semangat hidup dan takut tak dihargai lagi oleh suami hanya kerana di kamar tidur tidak seceria sebelumnya.
  • Tradisi. Wanita beranggapan bahawa tidak sopan, dah tua pun masih nak melakukan hubungan seksual.
  • Berasa bosan terhadap pasangan dan seks itu sendiri.
Ramai wanita beranggapan bahawa penurunan produksi estrogen semasa menopause adalah penyebab turunnya ghairah seks. Namun, para penyelidik di New England Research Institute dan University of Massachusetts Medical School mendapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi turunnya ghairah seks ini adalah  sikap individu wanita itu terhadap seksualiti dan juga faktor  kesihatan secara keseluruhan serta masalah perkahwinan, dan bahawa estrogen tidak berkaitan dengan perubahan-perubahan dalam penurunan libido seks wanita menopause.

Sebenarnya libido seks tidak turun, tapi dimatikan dengan sengaja atau tidak sengaja, atau bahan pembakarnya tidak diisi, jadi bagaimana untuk menikmatinya. Maka sebagai seorang wanita, pastikan diri kita sentiasa berfikiran positif. Hadapi hidup dengan lebih bererti. Ya, memang tidak dinafikan apabila semakin berusia, wanita memerlukan masa lebih lama untuk terangsang secara seksual.  Tambahan pula apabila wanita itu melalui fasa menopause. Tahap estrogen yang lebih rendah boleh menyebabkan pengurangan dalam bekalan darah ke faraj. Maka,  boleh menjejaskan pelinciran faraj, menyebabkan faraj menjadi terlalu kering untuk melakukan hubungan dengan selesa. Namun apa juga penyebab penurunan ghairah seks ini, bukanlah alasan untuk kita tidak melakukan aktiviti seks ini bersama pasangan kita. Wanita menopause mestilah berfikiran positif, bahawa perjalanan hidup tetap mesti diteruskan seperti biasa, tambahan pula kita sebagai wanita memang berkewajipan melayan pasangan kita (suami). Carilah jalan bagi menyelesaikan perkara ini kerana ianya bukanlah satu perkara yang tidak ada jalan penyelesaiannya.  Menopause bukan akhir dari keintiman suami-isteri. Perubahan-perubahan fisiologi yang terjadi masih boleh diatasi. Hubungan intim bersama suami, masih boleh berlanjutan dengan indah dan menyenangkan.

Rawatan yang dapat dilakukan kepada masalah ini
Sampai saat ini belum ada ubat yang mampu untuk mengatasi masalah seksual pada wanita. Pengganti estrogen memang bekerja tetapi keberkesanannya masih diragukan berdasarkan beberapa penelitian terakhir. Estrogen dapat mengurangi rasa nyeri saat berhubungan intim dengan cara mengatasi kekeringan pada vagina. Beberapa doktor mulai menggabungkan antara estrogen dengan hormon seksual laki laki (androgen) untuk meningkatkan ghairah seksual pada wanita. Namun cara ini juga tidak begitu banyak manfaatnya.

Meskipun masalah seksual masih sangat tabu untuk dibicarakan, namun pilihan untuk berkonsultasi dengan doktor merupakan cara yang paling efektif. Doktor dapat membantu anda memecahkan masalah seksual yang anda hadapi bagi mencari alternatif penyelesaiannya.

Apa yang dapat dilakukan untuk meningkatkan suasana intim dengan pasangan?
Suasana intim tidak selalu berkaitan dengan hubungan seksual sahaja. Ungkapan rasa cinta dan kasih sayang dapat diwujudkan dengan berbagai cara. Nikmati waktu anda berdua, bercengkarama, berekreasi dan lain lain. Untuk meningkatkan keintiman secara fizikal, anda dapat melakukan beberapa hal berikut :
  • Perkuat pengetahuan anda akan anatomi tubuh, respon seksual dan perilaku seksual. Hal-hal ini tersebut akan menurunkan kegelisahan anda akan fungsi seksual.
  • Lakukan sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri contohnya mendapatkan pola fikir yang baik bagi melakukan perubahan yang sangat ajaib. Ini berkaitan dengan berolahraga, mendapatkan tidur malam yang baik dan membuat waktu untuk keintiman. Pastikan diri anda tiada dalam stress ketika ingin melakukan hubungan intim.
  • Perkuat rangsangan dan merangsang seksual dengan berkomunikasi dengan suami anda.
  • Ciptakan suasana yang menyenangkan dengan meningkatkan penerimaan kelima panca indera anda. Misalnya dengan merapikan bilik tidur, tambah aroma wangi-wangian yang anda suka dan putarlah muzik-muzik yang mampu membangkitkan ghairah seksual.
  • Perbanyak aktiviti intim non seksual, misalnya saling mengurut atau memeluk. Aktiviti ini tidak hanya mampu meningkatkan keintiman tetapi juga meningkatkan komunikasi dengan pasangan anda.
  • Meminimakan rasa sakit semasa berhubungan seks dengan mempraktikkan posisi yang selesa. 
  • Selalu komunikasikan dengan pasangan anda apa yang membuat anda selesa dan sebaliknya.
  • Manfaatkan masa yang ada di bilik tidur dengan kata-kata cinta, seperti suatu masa dahulu.... Berboraklah dengan suami anda!
Perkara berikut haruslah diberi perhatian:-
  • Para suami hendaklah memberi sokongan kepada isteri yang sedang menghadapi fasa menopause ini. 
  • Berkomunikasilah secara baik agar apa jua masalah yang dihadapi bertemu dengan jalan penyelesaiannya. 
  • Janganlah saling salah menyalahkan antara satu sama lain.
  • Jangan tidur berasingan dari pasangan anda.
  • Perlu diingatkan bahawa seksual bukan sahaja tentang hubungan intim semata-mata. Sentuhan dan belaian dari pasangan juga boleh menambahkan keintiman.
  • Sentiasa berdoa dan berusaha untuk kebahagiaan anda dan pasangan.

Sahabat2ku.......