F

Jom basahi lidah dengan zikrullah........


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Salam pagi Jumaat,  segala puji bagi Allah SWT kerana  menurunkan hujan melalui gumpulan awan hari ini, semoga hari ini akan menjadi hari yang lebih baik dari semalam ya.... semoga hari ini membawa kebahagiaan dan kebaikan buat kita. 

Allah SWT menjadikan Jumaat hari yang sangat istimewa sehingga digelar penghulu segala hari. Melalui hadis Rasulullah SAW: “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung di sisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah me matikan Adam dan padanya juga ada satu saat apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kiamat.” (Riwayat Ibnu Majah) 

Allah SWT telah menghadiahkan hari Jumaat kepada umat Islam. Pernah satu ketika Bani Israel meminta daripada Nabi Musa satu hari untuk mereka berehat dan menumpukan pada amal ibadah. Lalu Nabi Musa mencadangkan mereka memilih Jumaat tetapi orang Yahudi menolaknya dan memilih Sabtu. Jika diteliti, Ahad dikira sebagai hari pertama sehinggalah Khamis sebagai hari kelima berdasarkan hitungan hari dalam bahasa Arab. Manakala Jumaat tidak disebut sebagai hari keenam kerana Allah memberi keistimewaan yang tinggi pada hari itu dengan panggilan Jumaat.  

Pada Jumaat juga, Allah mewajibkan setiap Muslim berkumpul tanpa mengira kaya, miskin, berpangkat atau tidak untuk menghidupkan syiar Jumaat dengan mendengar khutbah serta solat bersama-sama. Namun janganlah kita hanaya fokus kepada ibadah khusus semata-mata, tapi lakukan apa sahaja amalan yang baik yang membolehkan kita mendapat keredhaan Allah SWT. Allah SWT mengingatkan kita, dalam apa jua situasi sibuk, senang, sakit, suka, duka dan sebagainya, janganlah sesekali melupakan-Nya. Lihatlah betapa Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang menunjukkan sifat kasih sayangNya kepada umat manusia. Sentiasa diperingatkan dalam pelbagai perkara dari yang sekecil-kecilnya hinggalah perkara2 yang besar. Justeru, Allah menjadikan zikrullah sesuatu yang mudah dan senang diamalkan tanpa mengira waktu dan masa. Jadi sama-samalah kita beramal dan Jom basahilah lidah kita dengan zikrullah....
Zikir Hari Jumaat

يَا الله
Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang mengucapkan Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaha Ilallah Wallahu Akbar, Walahaula WaLa Quwwata Illa Billahi Aliyyul Azim sebanyak 30 kali sehari, maka mereka ini tergolong dalam orang yang mengingati-Nya. Dan barang siapa yang bangun pada waktu malam lantas mengejutkan isteri mereka lalu mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka ini juga dimasukkan dalam golongan orang yang mengingati Allah.” (Riwayat Baihaqi) 

Tapi, janganlah mengingati Allah SWT hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja.....kita boleh saja mengingati Allah bila-bila masa, ketika sedang menulis, memandu, makan atau bekerja. Nak baca zikir harian yang biasa pada hari lain pun tak apa, yang penting "nawaitu" kita..... kerana Allah SWT....

Note :  Kalau tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua.
0 Responses

Sahabat2ku.......