F

Disiplin dalam berdiet bagi penderita diebetes

Assalamualaikum....
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Penderita diebetes memang perlu berdisiplin dalam diet mereka. Mereka juga mesti bersedia untuk mengubah gaya hidup termasuk  rutin senaman mereka. Gaya hidup cergas dan disiplin dalam pengambilan makanan amat efektif dalam mencegah atau melengahkan penularan diabetes. Ada orang yang mengatakan bahawa pesakit diabetes mesti  menjalani diet ketat, makanan manis menjadi pantangan. Sehingga sering kali menu untuk penderita diabetes harus berbeza. Namun kini, itu semua tidak perlu dibimbangkan selagi pesakit diebetes itu sendiri tahu, faham akan diet yang patut untuk diri mereka sendiri. Bagi penderita diabetes secara prinsip dapat hidup normal asalkan berdisiplin dalam menjalani empat kaedah utama iaitu memahami  dan tahu mengatasi diebetes, mengatur pola makan, melakukan senaman secara teratur dan terapi ubat-ubatan.

Berikutan diabetes disifatkan berkaitan gaya hidup, sasaran utama dalam kawalan diet adalah untuk mencapai tahap glukos dalam darah yang normal. Individu yang mengalami diabetis jenis satu dan jenis dua yang mengambil insulin atau ubat makan perlu memadankan pengambilan kalori dengan pengambilan ubat atau insulin selain melakukan senaman bagi mengawal tahap glukos dalam darah. Apabila diet dan senaman dilakukan secara rutin, teratur dan disiplin maka gula darah penderita diabetes akan menurun dalam 2 minggu. Kunci utamanya adalah disiplin dan istiqomah.

Diabetes terjadi karena ketidakseimbangan jumlah dan respon insulin terhadap masuknya gula kedalam tubuh. Insulin berfungsi sebagai hormon pengawalan gula darah, dihasilkan di pankreas. Insulin dalam tubuh tidak cukup untuk menurunkan gula darah dari luar atau yang dihasilkan oleh hati. 

Pesakit diebetes perlu berbincang dengan pakar pemakanan bagi merancang diet secara individu mengikut garis panduan umum dengan mengambil kira keperluan kesihatan mereka.  Kesalahan utama penderita diabetes adalah tidak mahu makan supaya gulanya turun, dan ini adalah kesalahan yang tidak patut dilakukan. Penurunan gula darah secara drastuk dapat menyebabkan pengsan dan kematian (hipoglikemi). Prinsip yang harus dipegang adalah menjaga kadar gula darah dalam batas normal (bukan rendah). Secara ideal, pesakit perlu mensasarkan bacaan tahap glukos sebelum sajian pada 90 hingga 130 mg/dL dan tahap ketika tidur 110 hingga 150 mg/dL. 
  • Disiplin diet pesakit diabetes juga termasuk menimbang dan menyukat makanan bagi mendapatkan jumlah kalori yang betul. Bagi mereka yang baru menyesuaikan diri, guna cawan dan sudu penyukat serta penimbang gram.
  • Makanan juga perlu ditimbang dan disukat selepas masak. Selepas menyukat semua makanan selama seminggu atau lebih, kita sudah boleh mengagak sukatan makanan hanya dengan melihat.
  • Secara amnya, mereka perlu makan tiga hidangan mengikut aturan yang ditetapkan. Snek juga sangat penting pada waktu yang amat diperlukan.
  • Pesakit juga perlu memeriksa tahap gula setiap jam. Mereka perlu tahu akan tanda-tanda penyakit mereka seperti pening, hilang fokus, rasa tersangat lapar, menggigil, berpeluh dan seram sejuk,  agar tindakan ubatan@rawatan dapat diberikan.
Secara umum, diet pada penderita diabetes harus memenuhi 3 komponen yang mencukupi iaitu karbohidrat, lemak dan protein.

  • Karbohidrat pada diet penderita diabetes harus mencapai 70% dari total kalori dan berupa karbohidrat yang kompleks seperti nasi (nasi merah lebih baik dari nasi putih, dan kedua nasi ini sama-sama karbohidrat kompleks). Ubi Kentang adalah pilihan karbohidrat yang tidak baik karena lebih cepat membuat gula darah naik.
  • Lemak juga harus ada dalam diet diabetes karena lemak diperlukan untuk memperbaiki sel yang rosak.
  • Protein wajib disertakan dalam diet. Whey Protein adalah pilihan terbaik.
Berikut adalah beberapa tips diet bagi pesakit diebetes mencapai kejayaan:-

  • Jaga nafsu makan.
  • Makanan dalam porsi yang tetap agar kandungan gula dalam darah tidak selalu berubah-ubah.
  • Bagilah porsi makanan menjadi 3 porsi besar dan 3 porsi kecil.
  • Makan sebelum lapar dan berhentilah makan sebelum kenyang.
  • Teratur dalam jumlah, jenis dan jadual.
  • Perbanyak menu buah-buahan dan sayuran.
  • Gerak badan atau senaman secara teratur minima selama 30 minit atau 4 kali seminggu.
  • Pilih senaman yang sesuai. Jalan kaki atau berenang relatif lebih baik.
Ketahuilah had kemampuan diri, cubalah untuk mendisiplinkan diri, jangan menyimpang dari rutin diet dan ubat-ubatan yang ditetapkan serta jangan lupa untuk kerap bersenam. Dengan pemantauan yang dilakukan sendiri, pesakit tidak perlu buang masa ke klinik. 
0 Responses

Sahabat2ku.......