Prosedur Ujian Pap Smear
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ujian Pap Smear
Ujian PAP, juga dikenali sebagai PAP Smear (ujian papanicolaou) yang dicipta oleh Dr. Georgios Papanikolaou (1883-1962), merupakan satu cara untuk memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan dan perubahan pra-malignan dalam serviks. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh. Di samping itu juga, semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.
Setiap minit, seorang wanita disahkan menghidap kanser serviks di dalam dunia. Kanser serviks atau kanser pangkal rahim boleh menyebabkan keseluruhan rahim dibuang dan menyebabkan wanita itu tidak boleh mengandung lagi. Malah pengesanan yang lambat juga boleh meragut nyawa akibat keseriusan kanser tersebut yang merupakan pembunuh kedua tertinggi wanita di Malaysia selepas kanser payudara! Kanser serviks boleh berlaku kepada mana-mana wanita yang pernah melakukan seks walaupun sekali sahaja tidak kira usia dan gaya hidup kerana ia terjadi akibat jangkitan Human Papillomavirus (HPV) ketika hubungan intim. Ironinya, kanser serviks boleh dicegah dengan pengesanan awal melalui pap smear tetapi wanita memberi seribu satu alasan mengelak daripada melakukan ujian yang mampu menyelamatkan nyawa ini. Malu antara alasan utama mereka. Bagi mereka, terkangkang dan menunjukkan alat sulit di hadapan doktor dalam keadaan sedar adalah sesuatu yang amat memalukan. Namun, demi kesihatan, buat pemeriksaan ujian Pap Smear ini! Ianya mudah dan tidak menyakitkan.....
Berikut adalah proses dan prosedur sebelum, semasa dan selepas ujian itu dilakukan.
Sebelum Prosedur
i. Jangan lakukan hubungan intim dengan pasangan sekurang-kurangnya dalam tempoh 24jam sebelum ujian.
ii.Elakkan daripada sebarang penggunaan ubat dalam faraj dalam tempoh 24 jam / sehari sebelum ujian. Sebagai contoh ubat anti fungal, pessary, ubat maajun, krim vagina dan sebagainya.
iii. Elakkan daripada menggunakan tampon
iv. Paling sesuai dilakukan pada hari ke-7 hingga ke-10 selepas hari pertama haid.
Pap smear kit |
Prosedur pap smear ini begitu cepat, kurang lima minit masa diambil untuk menjalani ujian tersebut dan ia tidaklah menyakitkan seperti yang sering digambarkan cuma ada sedikit rasa tidak selesa. Tak sakit pun!
Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
- Tanggalkan seluar dalam.
- Berbaring di atas katil.
- Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
- Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
- Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat. Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
- Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
- Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
- Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Bilakah saya mendapat keputusannya?
Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan. Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
Di semua klinik dan hospital kerajaan
Di klinik/hospital swasta
Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
Apakah makna keputusan tersebut?
Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
Apa yang patut dilakukan seterusnya :
Rawatan susulan
Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
Jalani pemeriksaan kolposkopi
Apakah itu kolposkopi?
Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
Kurang menyakitkan.
Sesetengah orang merasa tidak selesa.
Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
Pap smear perlu dilakukan secara berkala kerana ia boleh berlaku lagi dalam tempoh tersebut asalkan ada melakukan hubungan seks. Dianggarkan empat daripada lima wanita yang aktif seks dijangkiti dengan HPV sepanjang hidup mereka walaupun mereka hanya mempunyai seorang atau dua orang saja pasangan. Lebih menakutkan apabila selalunya tiada simptom atau tanda berlakunya kanser serviks pada tahap awal yang juga tempoh yang mampu merawatnya. Sebagai wanita, perlulah mengambil inisiatif melakukan ujian pap smear sebagai langkah berjaga-jaga. Jangan bimbang kerana ujian ini mudah dan ia dilakukan oleh doktor yang terlatih!
Tq atas perkongsian 😊
:) terima kasih
tkasih..perkongsian yang baik
Terima kasih kongsi ilmu.. First time nk buat pap smear hrini. Sedang mnunngu giliran..huhu
Terima kasih
Berkongsi ilmu