F

Anak dan Tudung Gaya Artis

Assalamualaikum....


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah.......saya ingin menyambung entri yg terdahulu Anak dan Tudung ...... saya berasa bangga kerana skrg anak2 kecil rata2nya bertudung....... di sekolah2 rasanya hampir semua murid2 yg beragama Islam memakai tudung....comel2 sekali.....cuma yg menjadi kekhuatiran saya sebagai ibu adalah apabila melihat isu "bertudung" bukanlah kerana semata2 perintah Allah SWT tetapi lebih kepada kerana peraturan, fesyen, cantik dan seumpamanya. Lambakan fesyen tudung pelbagai warna dan gaya ada di mana2 sahaja.... Ada yg beropol2 sana sini, bertingkat2 sana sini, warna2 ceria, menawan dan macam2 rekaan lagi...... Pelbagai fesyen digayakan, berbelit, berpusing dan bersanggul tinggi....dan satu persoalan adakah itu cara pemakaian tudung  yang diperintahkan oleh Allah SWT??? 


Saban waktu, kita lihat di dada2 akhbar ke majalah ke atau di kaca tv.....gaya2 bertudung artis2  Malaysia? Pelbagai gaya yg tak pernah rasanya saya lihat dahulu....kini macam2.... cantik-cantik!, tambahan pula dipakai oleh artis2 yg memang jelita, maka terserlahlah lagi kecantikannya, namun adakah itu cara yang diperintahkan Alah SWT? Anak saya, si angah pun kena juga tempiasnya....berdandan tudung ala-ala najwa Latif, Yuna lah...... Walaupun usianya masih kecil, itu bukan alasan saya sebagai seorang ibu untuk membenarkan perkara tidak sihat berlaku depan mata. Ini hanyalah sebahagian kecil yang dapat kita lihat, bagaimana apabila mereka dewasa kelak. Perkara2 kecil seperti inilah yang harus dipantau. Bak kata orang tua, melentur buluh biar dari rebungnya.....

Sekarang ini, dapat dilihat ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan memakai tudung. Kita dapat melihat bagaimana seorang muslimah yang sebelumnya tidak bertudung, kemudian mula memakai tudung. Alhamdulillah...... Walau bagaimanapun, tapi kebanyakan dari mereka masih belum memakai tudung yang benar-benar sesuai dengan kehendak syariat. Mereka lebih mementingkan keanggunan, kecantikan tanpa mempedulikan apakah benar tudung mereka betul atau tidak. Kebanyakan dari mereka memakai tudung mengikut trend atau hanya ingin dilihat lebih islamik. Perkara asas di dalam pemakaian tudung ini perlulah difahami.......agar apa jua yang kita lakukan sentiasa mendapat barakah dan rahmat dari Allah SWT.

Senario artis yang begitu ramai memakai tudung tetapi tidak menutup aurat seperti yang disyariatkan amat membimbangkan saya sebagai seorang ibu. Anak2 remaja menjadikan artis2 ini sebagai idola mereka, apa jua yang dilakukan oleh artis pujaan mereka semuanya akan menjadi ikutan. Ya, memang tidak dinafikan bahawa ianya sesuatu yang sihat apabila ramai artis di Malaysia sedar akan wajibnya memakai tudung (menutup aurat), tetapi di satu sudut yang lain, mereka memakai tidak seperti yang disyariatkan. 

Sebagai muslimah fahamilah konsep bertudung dengan sebenar-benarnya.....wanita yang bertudung masa kini beruntung kerana punya banyak pilihan untuk berfesyen. Fesyen tudung sendiri pun telah mengalami banyak perubahan, ianya cantik, menarik, warna2 ceria, beropol2, ada yang kainnya nipis dan pelbagai lagi, tapi walau bagaimanapun biarlah tarikan untuk pakai tudung selari dengan tuntutan agama, iaitu menutup aurat dengan sempurna bukan terikut-ikut dengan fesyen semata-mata. Apa yang penting, jangan jadikan tuntutan untuk bertudung itu sebagai trend dan fesyen semata-mata kerana perlu diketahui bahawa bertudung itu wajib ke atas semua wanita yang beragama Islam. Ði samping itu juga, pengeluar tudung perlu memikul tanggungjawab fardu kifayah untuk menghasilkan tudung yang mengikut tuntutan syariat. Janganlah fikir akan keuntungan semata-mata.

Setiap muslimah wajib menutup aurat, Islam tidak menetapkan sesuatu fesyen, tapi mestilah seperti yang disyariatkan di dalam Islam, melepasi paras dada, tidak menampakkan leher dan dada. Tetapi malangnya, fesyen tudung sekarang tidak menitikberatkan hal ini. Kebanyakan muslimah sekarang memakai tudung tanpa memahami konsep menutup aurat yang sebenar, maka wujudlah pelbagai fesyen yang sudah terpesong dengan kehendak agama.

Dengan melihat perkembangan fesyen tudung sekarang, terutama golongan artis yang sering menjadi duta tudung itu sendiri, sedikit sebanyak mampu menarik muslimah untuk bertudung. Hal ini kerana tarikan tudung itu sendiri akhirnya memberi hidayah untuk muslimah lain menutup aurat. Tetapi fikirkanlah wahai muslimah, kenapa kita bertudung? Tanya sama hati kita? Jangan tanya sama pokok yerLaughing 1.

Kadang2 saya berasa sangat takut melihat senario pemakaian tudung ini, fesyen tudung  yang berwarna warni dipadankan dengan fesyen baju ketat dan sendat, berlengan pendek dan berseluar ketat. Adussss....... saya pula yang rasa malu. Imej wanita bertudung telah tercemar dgn wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara di khalayak ramai, malu untuk ke tempat hiburan, berpegang tangan & sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan utk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat. 

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dgn suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yg masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan utk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Lagi teruk lagi ada yang memakai tudung kerana apabila mereka bertudung terserlah keayuan mereka.

Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yg berniat untuk menutup aurat dgn tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yg dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yg berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa. 

Inilah yang dinamakan kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat & peredaran zaman. Sementara yg mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya.  Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu  mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yg utama sebagai penyuluh ibadah. 

Di samping ada ilmu, amalan yg dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yg lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita & mempunyai kefahaman yg mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan. 

Renung-renungkanlah wahai wanita yg berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata.

Semoga kita termasuk di dalam orang-orang yang mendapatkan keredhaan dariNya sehingga kita termasuk dalam penghuni syurga yang penuh kenikmatan…

“Perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka.” (Muhammad: 15)

Wahai wanita muslimah, sedarlah akan keutamaan yang besar dari Allah bagi wanita menjaga  dirinya, dan janganlah menganggap bahwa bertudung@menutup aurat itu satu bebanan, bahkan sesungguhnya dalam syariat yang Allah turunkan semuanya mendatangkan maslahat. Allah berfirman:
“Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun.” (Al Kahfi: 49)
“Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, melainkan dengan benar.” (Al Hijr: 85)
“Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?” (Al Mu’minuun: 115)

Di sini saya C&P, satu artikel yang amat menarik yang boleh kita kongsi bersama... Berikut adalah beberapa perkara yang perlu seorang wanita FAHAM akan kepentingan bertudung:- 

1. Sesungguhnya hijab/berjilbab/bertudung itu adalah sebagai tanda ketaatan seorang muslimat kepada Allah dan rasulnya:
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah Dia telah sesat, sesat yang nyata.” (Al Ahzab: 36)
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya.” (An Nuur: 31)
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah.” (Al Ahzab: 33)
“Hai Nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Ahzab: 59)
2. Hijab/berjilbab/bertudung itu untuk membezakan antara mukminin dengan mukminah, dan mukminah dengan perempuan jahiliyah.
Sesungguhnya dalam penciptaan laki-laki dan perempuan itu adalah berbeza dari segi kudratnya, bentuk tubuhnya, dan akalnya.
“Dan laki-laki itu tidaklah sama dengan perempuan.” (Ali Imran: 36)

Oleh kerana perbezaan ini Allah SWT telah menetapkan beberapa hukum bagi lelaki dan juga perempuan. Yang mana hukum dan kelebihan kepada lelaki adalah dengan melantik mereka menjadi pemimpin kepada kaum perempuan, nabi dan rasul juga dari kalangan lelaki, menerima lebih di dalam pembahagian harta pusaka, dan banyak lagi. Manakala, perempuan telah Allah SWT perintahkan untuk tetap di rumah dengan menjaga kehormatan diri, menjaga suami, harta yg dititipkan oleh suami, anak2 dan urusan keluarga.
Mujahid meriwayatkan bahawa Ummu Salamah Radhiyallahu ‘anha berkata: “Wahai Rasulullah, mengapa kaum laki-laki boleh pergi ke medan perang sedang kami tidak, dan kami pun hanya mendapatkan warisan setengah bahagian laki-laki?” Maka turunlah ayat yang ertinya, “Dan janganlah kamu iri terhadap apa yang dikurniakan Allah…” (An-Nisaa’: 32)” (Diriwayatkan oleh Ath-Thabari, Imam Ahmad, Al-Hakim, dan lain sebagainya).
Maka hendaklah kita mengimani apa yang telah Allah takdirkan dan tetapkan untuk kita, bahawa mukminin dan mukminah itu berbeza. Maka yakinlah disebalik perbezaan itu ada hikmah yang besar. Begitu juga soal hukum bertudung, itu telah ditetapkan Allah dan disepakati para ulama’ akan kewajipannya, maka yakinlah setiap itu ada hikmahnya.
Sesungguhnya para ulama’ itu adalah pewaris para nabi.
3. Untuk menjaga kehormatan diri
Sesungguhnya berhijab/berjilbab/bertudung itu adalah kewajipan bagi setiap mukminah kerana ia adalah satu bentuk pemuliaan terhadap kaum muslimat.
“dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya.” (An-Nuur: 31)
Dalam perkara ini, berhijab/berjilbab/bertudung itu adalah amalan yang dilakukan oleh para mukminah dari kalangan para sahabiah dan generasi selepasnya. Maka adalah menjadi keharusan untuk mengikuti mereka kerana sesungguhnya mereka telah dididik sendiri oleh Rasulullah S.A.W.
Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha, ia berkata:
“Semoga Allah merahmati para wanita generasi pertama yang berhijrah, ketika turun ayat:
“dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung kedadanya,” (An-Nuur: 31)
“Maka mereka segera merobek kain panjang/baju labuh (jaket) mereka untuk kemudian menggunakannya sebagai khimar penutup tubuh bahagian atas mereka.”
4. Kelebihan dan keutamaan berhijab/berjilbab/bertudung:

  • Menjaga kehormatan.
  • Membersihkan hati.
  • Melahirkan akhlak yang mulia.
  • Tanda kesucian.
  • Menjaga rasa malu.
  • Mencegah dari keinginan dan hasrat syaitaniah pihak lelaki.
  • Menjaga ghirah (cemburu) suami.
5. Ianya adalah pelindung
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab: 59)
6. Lambang keimanan dan ketaqwaan
Allah hanya berfirman tentang hijab bagi mukminah yang beriman sahaja, dan hanya yang betul-betul beriman sahaja yang mampu melaksanakan perintah Allah selaras dalam firman Allah:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman.” (An-Nuur: 31)
“Dan isteri-isteri orang beriman.” (Al-Ahzab: 59)
Dalam ayat-ayat di atas Allah mengimbau kepada wanita beriman untuk memakai hijab yang menutupi tubuhnya. Ketika seorang wanita yang benar imannya mendengar ayat ini maka tentu ia akan melaksanakan perintah Tuhannya dengan senang hati. Maka bagaimanakah iman seorang wanita yang mengetahui ada perintah dari Rabbnya kemudian ia tidak melaksanakannya, bahkan ia melanggarnya dengan terang-terangan di hadapan umum!!!
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa Itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Al-A’raf: 26)
7. Hijab/jilbab/tudung adalah tanda malu
“Sesungguhnya yang didapatkan manusia pada ucapan nubuwwah yang pertama kali: Jika kalian tidak malu maka lakukanlah perbuatan sesuka kalian.” (HR. Bukhari)
Wanita yang mendedah auratnya tidak disangsikan lagi bahawa tidak ada rasa malu darinya, ia mendedah auratnya di mana-mana tanpa ada perasaan malu darinya, ia menampilkan perhiasan yang tidak selayaknya dibuka, ia mempamerkan barang berharganya hanya layak untuk ia berikan kepada suaminya, ia membuka sesuatu yang Allah perintahkan untuk menutupnya!
8. Hijab/jilbab/tudung menutup rasa ghirah (cemburu)
Berapa ramai muslimat yang rosak kerana mereka mendedahkan aurat mereka. Berapa ramai suami-suami yang sempurna perasaannya tidak senang dengan pandangan-pandangan yang tertuju pada tubuh badan, leher, rambut isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka. Maka dengan berhijab/berjilbab/bertudung itu dapat menutup pintu-pintu cemburu para suami.
0 Responses

Sahabat2ku.......