Kekal mesra meskipun MENOPAUSE!
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Lebih kurang 70% wanita menopause memiliki libido atau dorongan seks yang rendah. Hal ini sering bersifat sementara dan biasanya terjadi pada awal menopause. Dalam beberapa kes, ada yang terus menghantui mereka selama sisa hidup mereka, jika tidak ditangani dengan sewajarnya.
Lebih kurang 70% wanita menopause memiliki libido atau dorongan seks yang rendah. Hal ini sering bersifat sementara dan biasanya terjadi pada awal menopause. Dalam beberapa kes, ada yang terus menghantui mereka selama sisa hidup mereka, jika tidak ditangani dengan sewajarnya.
Jadi apakah alasan di sebalik penurunan libido ini? Masalah kawalan pundi kencing, gangguan tidur, kemurungan, kecemasan, dan stres semua menyumbang kepada kehilangan minat seks selama tempoh ini. Kehilangan estrogen dan testosteron menjadikan wanita menopause terdedah kepada perubahan yang ketara terutama gaya hidup dan seksualiti mereka. Menopause adalah fasa peralihan dalam kehidupan seorang wanita. Selepas menopause, wanita tidak akan mengeluarkan ovum lagi dan tidak mungkin akan melahirkan anak lagi. Bila bercerita tentang menopause, wanita seringkali malu untuk membincangkannya terutama tentang masalah seks bersama pasangan. Adakah menopause bererti bahawa seks tidak lagi penting atau diingini dalam kehidupan wanita? Tidak! Pada kenyataannya, kegiatan seks selepas menopause masih diperlukan, malah ianya akan lebih menyenangkan dan kadang-kadang akan lebih lebih lagi menyenangkan berbanding sebelum menopause. Kenapa? Kerana tubuh dan fikiran kita tidak akan banyak berfikir, lebih fokus iaitu wanita tidak lagi menghadapi ancaman daripada kehamilan yang tidak direncanakan, dan dalam banyak kes kebanyakan anak-anak telah membesar, memberikan anda dan pasangan anda lebih waktu bersendirian bersama dengan pasangan. Peace of mind!
Sebenarnya ada beberapa penyebab kepada penurunan libido seks ini antaranya:
- Hilangnya sikap percaya diri. Perempuan yang percaya diri tidak akan mempersoalkan menopause kerana menopause bukan lah hambatan untuk menikmati seks dengan pasangan.
- Secara psikologi, wanita menopause mengalami penurunan semangat hidup dan takut tak dihargai lagi oleh suami hanya kerana di kamar tidur tidak seceria sebelumnya.
- Tradisi. Wanita beranggapan bahawa tidak sopan, dah tua pun masih nak melakukan hubungan seksual.
- Berasa bosan terhadap pasangan dan seks itu sendiri.
Ramai wanita beranggapan bahawa penurunan produksi estrogen semasa menopause adalah penyebab turunnya ghairah seks. Namun, para penyelidik di New England Research Institute dan University of Massachusetts Medical School mendapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi turunnya ghairah seks ini adalah sikap individu wanita itu terhadap seksualiti dan juga faktor kesihatan secara keseluruhan serta masalah perkahwinan, dan bahawa estrogen tidak berkaitan dengan perubahan-perubahan dalam penurunan libido seks wanita menopause.
Sebenarnya libido seks tidak turun, tapi dimatikan dengan sengaja atau tidak sengaja, atau bahan pembakarnya tidak diisi, jadi bagaimana untuk menikmatinya. Maka sebagai seorang wanita, pastikan diri kita sentiasa berfikiran positif. Hadapi hidup dengan lebih bererti. Ya, memang tidak dinafikan apabila semakin berusia, wanita memerlukan masa lebih lama untuk terangsang secara seksual. Tambahan pula apabila wanita itu melalui fasa menopause. Tahap estrogen yang lebih rendah boleh menyebabkan pengurangan dalam bekalan darah ke faraj. Maka, boleh menjejaskan pelinciran faraj, menyebabkan faraj menjadi terlalu kering untuk melakukan hubungan dengan selesa. Namun apa juga penyebab penurunan ghairah seks ini, bukanlah alasan untuk kita tidak melakukan aktiviti seks ini bersama pasangan kita. Wanita menopause mestilah berfikiran positif, bahawa perjalanan hidup tetap mesti diteruskan seperti biasa, tambahan pula kita sebagai wanita memang berkewajipan melayan pasangan kita (suami). Carilah jalan bagi menyelesaikan perkara ini kerana ianya bukanlah satu perkara yang tidak ada jalan penyelesaiannya. Menopause bukan akhir dari keintiman suami-isteri. Perubahan-perubahan fisiologi yang terjadi masih boleh diatasi. Hubungan intim bersama suami, masih boleh berlanjutan dengan indah dan menyenangkan.
Rawatan yang dapat dilakukan kepada masalah ini
Sampai saat ini belum ada ubat yang mampu untuk mengatasi masalah seksual pada wanita. Pengganti estrogen memang bekerja tetapi keberkesanannya masih diragukan berdasarkan beberapa penelitian terakhir. Estrogen dapat mengurangi rasa nyeri saat berhubungan intim dengan cara mengatasi kekeringan pada vagina. Beberapa doktor mulai menggabungkan antara estrogen dengan hormon seksual laki laki (androgen) untuk meningkatkan ghairah seksual pada wanita. Namun cara ini juga tidak begitu banyak manfaatnya.
Meskipun masalah seksual masih sangat tabu untuk dibicarakan, namun pilihan untuk berkonsultasi dengan doktor merupakan cara yang paling efektif. Doktor dapat membantu anda memecahkan masalah seksual yang anda hadapi bagi mencari alternatif penyelesaiannya.
Apa yang dapat dilakukan untuk meningkatkan suasana intim dengan pasangan?
Suasana intim tidak selalu berkaitan dengan hubungan seksual sahaja. Ungkapan rasa cinta dan kasih sayang dapat diwujudkan dengan berbagai cara. Nikmati waktu anda berdua, bercengkarama, berekreasi dan lain lain. Untuk meningkatkan keintiman secara fizikal, anda dapat melakukan beberapa hal berikut :
- Perkuat pengetahuan anda akan anatomi tubuh, respon seksual dan perilaku seksual. Hal-hal ini tersebut akan menurunkan kegelisahan anda akan fungsi seksual.
- Lakukan sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri contohnya mendapatkan pola fikir yang baik bagi melakukan perubahan yang sangat ajaib. Ini berkaitan dengan berolahraga, mendapatkan tidur malam yang baik dan membuat waktu untuk keintiman. Pastikan diri anda tiada dalam stress ketika ingin melakukan hubungan intim.
- Perkuat rangsangan dan merangsang seksual dengan berkomunikasi dengan suami anda.
- Ciptakan suasana yang menyenangkan dengan meningkatkan penerimaan kelima panca indera anda. Misalnya dengan merapikan bilik tidur, tambah aroma wangi-wangian yang anda suka dan putarlah muzik-muzik yang mampu membangkitkan ghairah seksual.
- Perbanyak aktiviti intim non seksual, misalnya saling mengurut atau memeluk. Aktiviti ini tidak hanya mampu meningkatkan keintiman tetapi juga meningkatkan komunikasi dengan pasangan anda.
- Meminimakan rasa sakit semasa berhubungan seks dengan mempraktikkan posisi yang selesa.
- Selalu komunikasikan dengan pasangan anda apa yang membuat anda selesa dan sebaliknya.
- Manfaatkan masa yang ada di bilik tidur dengan kata-kata cinta, seperti suatu masa dahulu.... Berboraklah dengan suami anda!
Perkara berikut haruslah diberi perhatian:-
- Para suami hendaklah memberi sokongan kepada isteri yang sedang menghadapi fasa menopause ini.
- Berkomunikasilah secara baik agar apa jua masalah yang dihadapi bertemu dengan jalan penyelesaiannya.
- Janganlah saling salah menyalahkan antara satu sama lain.
- Jangan tidur berasingan dari pasangan anda.
- Perlu diingatkan bahawa seksual bukan sahaja tentang hubungan intim semata-mata. Sentuhan dan belaian dari pasangan juga boleh menambahkan keintiman.
- Sentiasa berdoa dan berusaha untuk kebahagiaan anda dan pasangan.