F

Cara Terbaik Mengekalkan Kemesraan dengan pasangan anda





Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

TERDAPAT PELBAGAI CARA UNTUK MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA PASANGAN :
  • Jagalah penampilan diri kerana semua orang suka dengan kekemasan dan kecantikan. Penampilan harus dikekalkan sebagaimana sebelum kita bernikah.
  • Ikhlas dalam apa juga yang kita lakukan. Baik dalam memulakan percakapan atau perbuatan, jangan malu untuk jadi diri sendiri. Bukannya berlakon dan berlagak seperti orang lain yang akhirnya akan menjerat diri sendiri.
  • Ketika berinteraksi dengan pasangan, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika pasangan anda sedang bercakap.
  • Sentiasa berfikiran positif bila bersama pasangan dengan penilaian yang kosong dan tidak curiga, dengan berfikiran positif anda lebih mudah menerima pasangan anda seadanya.
  • Elakkan mengguna perkataan berunsur negatif seperti (Saya Tidak Suka). Lebih baik bercerita tentang kesukaan masing – masing. Gunakan ayat positif seperti (Saya Suka).
  • Bila memulakan percakapan atau dialog, jangan fokuskan perbualan tentang masalah, kesibukan kerja dan sebagainya. Pasangan anda tidak perlu mendengar masalah sahaja. Mulakan dengan suasana dan dialog yang gembira terlebih dahulu.
  • Jangan kedekut dengan kata pujian, Berikan pujian seikhlas hati anda Tapi jangan sampai berlebih-Lebih. anda boleh memuji warna bajunya,rambut, kasut, masakan dan sebagainya.
  • Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara – Perkara Kecil Seperti memotong sayur ketika pasangan anda sedang memasak atau sama-sama membasuh kereta bersama. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.
  • Jangan bersikap sombong, sebaliknya jangan abaikan unsur humor. Ini memberi tanda bahawa anda boleh didekati dan bersikap terbuka.
  • Jika pasangan anda melakukan kesalahan, Beri dia peluang untuk memberi keterangan. Mungkin dia ada alasan KUKUH atas perbuatannya, Jangan sampai anda yang malu sendiri.
  • Apabila anda melakukan kesalahan, Jangan malu untuk mengakuinya. Ringan mulut untuk mengucapkan perkataan maaf. Tunjukkan keikhlasan dan jangan sekali-sekali mengulanginya.
  • Cari waktu yang sesuai untuk membincangkan masalah. Persekitaran atau iklim komunikasi yang baik, dapat mempengaruhi perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah.
  • Ketika membincangkan sesuatu masalah, jangan gunakan bahasa tersurat. Lebih baik berterus-Terang supaya pasangan anda faham akan perkara yang hendak di sampaikan.
  • Jangan terlalu menunjukkan yang anda adalah sangat baik dan sempurna. Dengar dahulu penjelasan pasangan anda, walaupun dia bersalah dan lebih baik bersikap merendah diri.
  • Ketika membincangkan sesuatu masalah, tumpukan kepada masalah, persoalan dan jalan penyelesaian, bukannya dengan menyalahkan atau menunding jari kepada sesiapa.
  • Jangan sekali-kali membandingkan pasangan anda dengan orang lain. Terutamanya, bekas kekasih, bekas isteri mahupun kawan-kawan baik anda, seolah-olah anda lebih mementingkan mereka.
  • Semua orang mempunyai ego. Hormati ego pasangan anda dan jangan merendahkan ego pasangan anda di hadapan orang ramai. Jika dia sedang marah, lebih baik berdiam diri.
  • Gunakan daya pujukan yang tinggi semasa menangani pasangan yang sedang merajuk. Gunakan kata-kata dan janji-janji manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.
  • Setiap masalah harus diselesaikan, bukannya ditinggalkan dengan alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari nanti, masalah itu akan berbangkit dan membawa masalah baru yang lain.
  • Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.
  • Gunakan ganti nama yang mesra anda dan diri sendiri. Panggil pasangan dengan Nama yang lain daripada yang orang lain  gunakan. Ini memberi keistimewaan kepadanya.
  • Pasangan anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.
  • Ajaklah pasangan anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain bowling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda. Jika dah ada anak bawa anak-anak sekali, dan ini akan mengeratkan hubungan anda lagi.
  • Dekati hobi pasangan anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.
0 Responses

Sahabat2ku.......