F

Kenali Payu dara anda



Assalamualaikum....


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ  

Dah lama sy nak kongsikan entri tentang payu dara ni? Adakah bentuk payu dara kita mempengaruhi kejayaan proses penyusuan kita nanti? Pernah sewaktu di hospital ketika melahirkan Siti Khadijah Maisarah....saya pada ketika itu sedang menunggu waktu untuk bersalin, ada seorang ibu muda, melahirkan anak yg pertama...bertanyakan kepada saya putingnya tenggelam, jadi dia tak dapat menyusukan bayinyer, jadi dia ingin meminta susu formula kalau saya ada bawa...jadi saya memang tidak pernah bawa susu formula semasa melahirkan anak2 saya. Ibu muda tu sedih benar bila lihat anknya asyik menangis aje.....saya suruh dia perah susunya masukkan ke dalam cawan, dan sudukan perlahan2.... itu aje yg dpt saya bantu. Kasihan juga saya melihat ibu muda itu..... moga dia berjaya menyusukan bayi.....


Semua ibu dilahirkan dengan keunikan yang tersendiri. Namun fungsi payudara telah ditentukan untuk penyusuan susu ibu kepada bayi. InsyaAllah apa jua bentuk dan rupa payu dara seseorang ibu itu, ianya memang untuk anaknya.

Keadaan puting leper (flat nipples) dan puting tenggelam (inverted nipples) boleh terjadi di kalangan 3-10% daripada populasi. Namun begitu keunikan yang tersendiri ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang ibu-ibu terus berusaha untuk menyusukan bayi dengan susu ibu.

Bagaimana menentukan keadaan puting adalah normal, leper atau tenggelam?

Caranya: Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan lembut kawasan areola pada jarak diameter 1 inci daripada puting. 

Puting yang normal akan tertonjol apabila dikenakan tekanan pada areola. Tetapi puting leper tidak tertonjol keluar manakala puting tenggelam akan tertarik ke dalam. Lihat Rajah di bawah:

"Pinch Test" untuk menentukan Puting Normal, Leper atau Tenggelam

Bolehkah menyusukan bayi jika puting leper atau tenggelam? 
Boleh.....Ibu-ibu perlu yakin bahawa walau bagaimanapun bentuk dan keadaan puting (sama ada leper atau tenggelam) bayi masih boleh menyusu dengan efektif. Ibu-ibu perlu:

Tetapkan keyakinan bahawa ibu boleh menyusukan bayi dengan efektif.

Fahami bahawa semasa penyusuan, mulut bayi perlu merangkum areola bukannya menghisap puting semata-mata.

Latih bayi melekap dengan betul seawal kali pertama bayi mula menyusu daripada ibu (1 jam pertama selepas kelahiran). Lihat gambarajah di bawah:
Berlatih dengan kerap sepanjang masa rooming-in (ibu bersama bayi di hospital) dan sepanjang masa tanpa jemu dan putus asa.

Letakkan bayi pada posisi yang betul semasa penyusuan. Rujuk Posisi Penyusuan Ibu.
Pelekapan yang baik boleh membantu menonjolkan puting yang leper.

Menyusu bayi sebelum payudara menjadi bengkak. Pembengkakan payudara akan merumitkan keadaan kerana puting akan menjadi lebih leper/tenggelam. (Puting normal pun sukar menyusukan bayi apabila payudara bengkak).

Ibu boleh juga mengepam sebelum menyusu bayi untuk menonjolkan sedikit puting supaya mudah bayi melekap dengan berkesan.

Bayi perlu penyusuan eksklusif (minum susu ibu sahaja tanpa air masak/susu lain) sehingga 6 bln, dan boleh diberi susu ibu sehingga 2 tahun....insyaAllah. Untuk meningkatkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu, hisapan bayi adalah mekanisme paling berkesan. Kerapkan beri bayi direct feeding di samping kerapkan mengepam. Simpan hasil perahan walaupun hanya 1 oz. Semakin lama breast akan adjust semula dgn rutin penghasilan susu. Ingat bahawa susu ibu akan dihasilkan bila breast dikosongkan. Penghasilan mengikut permintaan. Jika tiada “permintaan” (baby tak hisap atau tak dipam), susu baru tak akan dihasilkan. Lama kelamaan susu akan kering. 

Ada sebahagian kecil ibu-ibu yg berpendapat bahawa "nipple" tenggelam membantutkan keberjayaan penyusuan.  Nipple tenggelam adalah kejadian fizikal semulajadi yg agak mustahil utk dipulihkan utk menonjol sebagaimana puting biasa. namun begitu puting tenggelam tidak boleh menjadi penghalang utk menyusukan anak. menggunakan breast pump boleh membantu menonjolkan sedikit puting yg tenggelam. melatih baby menghisap payudara dgn betul akan membantu baby menyusu dgn berkesan. pastikan lekapan yg betul, mulut baby merangkum sebahagian besar areola bukannya menghisap hujung (puting) sahaja sebagaimana baby menyusu dpd botol. 

Ibu-ibu juga boleh mencuba beberapa cara untuk merangsang puting keluar:

“Nipplet” – Pam khas ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi.


Urutan – Selain itu, anda boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama 2 minit. Pada masa yang sama letakkan kain lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi masalah puting tenggelam secara perlahan-lahan dan anda tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet.

Kesimpulannya walau bagaimanapun keadaan puting sama ada normal, leper atau tenggelam, anak-anak masih berhak mendapat susu ibu daripada ibunya. Ingat! Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.
4 Responses
  1. Nadiah Says:

    Info yg sgt bermanfaat....


  2. Unknown Says:

    Salam perkenalan..teringat pengalaman menyusu anak pertama..menghadapi kesukaran sebab nipple leper..hehe nice info, dapat tambah ilmu.

    visit my blog http://vitaminpilihansemua.blogspot.com//


  3. kali pertama saya dengar perkattan nipplet untuk keluarkan puting tu. masa anak pertama mmg saya ibu menyusu yang hadapi masalah tu. Tapi bila tanya farmasi, takde pulak bende alah nipplet tu. Haiyayyayaa.


    IbuCergas


  4. Saver Says:

    Salam perkenalan. Untuk exersice puting agar keluar secara kekal, boleh guna Supple Cups yang dijual di www.nipplesaver.com atau www.babynme.com.my/store


Sahabat2ku.......