Tertipu dek MADU!!!!
Assalamualaikum....
Masa menaip posting ni, niat hati hanyalah untuk memperingatkan sahabat2 yg mungkin akan ke Cameron Highland.......begitu lah detik hati saya....dari hari Khamis lepas saya nak type posting ni tapi masa tak mengizinkan... Di samping tu bolehlah kita menambah sedikit ilmu berkenaan MADU...ops bukan madu ermmm ermmmm ermmmm tu yer....MADU TUALANG.....
Nak dijadikan cerita...saya dan keluarga baru balik dari Cameron Highland, bercutilah katanya.....saya dan suami pegi pasar malam di Brinchang, berdekatan dengan hotel kami KAVY Hotel....so jalan2 cari makan lah gamaknyer...and then terpandang orang jual Madu Tualang Tiga opsss...Madu Tualang, jadi saya dan suami memang peminum setia madu, kat rumah ada lagi sebenarnya tapi dah terlanjur berada kat sana, dan yang bagus sgt tu harganya memang murah. Tanpa berfikir panjang saya dan suami beli aje madu tu, tengok madu memang "power", hitam, pekat, likat dan mcm2lah.....kami pun belilah 3 btl, just imagine 3 btl= RM75/= discount lg, dia bagi RM50/=, so kami pun beli lah....tanpa fikir panjang lagi. Memang ramai yg beli pada ketika itu, mgkn kerana harga murah kot.... jadi kami tak da lah rasa sangsi kerana org2 kat situ kata dia memang selalu jual madu, madu dia memang asli. Then ends the story.
Inilah tiga botol madu tualang yang kami beli......hitam, pekat, likat bak kata AR Tompel....
Dah separuh botol masuk ke dalam perut kami.... |
Di rumah, saya dan keluarga menikmati Madu Tualang yang dibeli....memang ada rasa lain skit, agak manis dari madu biasa yang kami minum, tapi kami buat tak kisah aje..... Selang beberapa hari, masa suami nak pergi keje, entah kenapa suami bgtau tak payahlah minum madu tu lagi kerana dia rasa musykil dlm hati, madu tu rasa agak manis, dan entah kenapa dia merasakan bahawa madu tu murah sgt...Ermmmm...pulak.....si suami baru terfikir kot....
Maka bermulalah pencarian saya tentang madu yang kami beli ni....nak buktikan ianya asli atau tak.......nak tahu macam mana nak bezakan madu yg asli dan palsu Bacalah yer!.
Jadi saya pun, ambil setengah sudu madu tu, panaskan dgn menggunakan lilin. Pas tu saya biarkan sejuk:
Pemerhatian:
- Madu tu mendidih tetapi tidak banyak buihnya
- Buihnya halus2 aje
- Apabila disejuk, masa yang diambil sekejap aje dah sejuk, and then bila saya gunakan pencungkil, saya dapati madu tersebut menjadi benang2 halus yang keras.
- Baunya seperti bau gula merah yang dimasak hangit.
Jadi kesimpulannya memang madu yang dibeli tu PALSU.....huhuhuhu.....
Saya membuat ujian yg sama pada madu yg kami selalu minum....
Pemerhatian:
- Buihnya melimpah keluar
- Teksture buih kasar2
- Mengambil masa yg lama utk sejuk dan terdapat benang halus yg putus2 tetapi tidak keras.
- Baunya memang menyengat
Alhamdulillah selama ni kami minum madu asli......
Jadi kepada sesiapa yg pergi ke Cameron Highland, di pasar malam Brinchang, jgn lah beli madu di situ.Tapi kalau nak beli juga...terserah...saya hanya menceritakan sebahagian dari pengalaman saya.
Madunya siap dgn nama dan hp no. lagi. |
Saya juga sempat menalipon nombor hp yg tertera di pelekat dan bercakap sendiri dengan Encik Fahri Bahtiar Bin Yusuf. Dia mengakui sendiri bahawa dia memang pernah membekalkan madu2nya kepada penjual di Cameron Highland. Tetapi dah lama dia tidak membekalkan kepada penjual2 di CH tu......Dan dia tidak menjual madu dengan harga yg sebegitu murah, katanya. Dia menjual harga sebotol RM60. Memang dah ramai org yg complaint padanya, tapi dia tak boleh buat apa2...cuma nasihatnya jgn beli kalau harganya terlalu murah dan seperkara lagi dia dah lama tidak membekalkan madu2nya kepada penjual2 di Cameron Highland. Jadi beringat sebelum kena....saya sekadar berkongsi apa adanyer....
Memang banyak penjual yg menjual palsu dari yg asli..... semata2 kerana nk untung.....mmg x berkat.....thanks 4 the info....
Dok tengah cari kat mana nak beli madu... terjumpa info nie.. tak tau pulak cara test madu dengan didh atas api...tq info menarik
Sesiap nak cari madu ori sila lawat page kami .... https://www.facebook.com/Maduhoneytualang
http://originalmadutualang.blogspot.com/
Terima kasih Puan kerana sudi berkongsi pengalaman.. Kadang-kadang kita tak perasan pun perbezaan madu asli & tiruan. :-)
-Aiman-