F

Budget dan Berbelanja???



Assalamualaikum....


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ptg smlm sy pergi bershopping......sy memang suka pergi shopping masa tak ramai orang bkn apa, kalau ramai sangat org contohnya weekend, public holiday, serabut kepala...pening aje yg dpt...thats why sy suka pegi weekdays......sbnrnya sy shopping tak selalu tetapi sekali keluar RM yg keluar boleh tahan jgk...  Kos sara hidup sekarang amboi melambong tinggi...naik dan naik...tak turun turun. Yg turun hanya umur kita aje....semakin naik semakin lah dekat kita ke "alam" yg satu lagi. Sebelum shopping "check list" mmg dh buat, niat hatinya memang nk bershopping utk beli baju ank2....tapi bila dh tiba di Mall, dh nmpk  itu ini beli juga kerana teringat ehhh...kat umah dh abis, itu dh abis, ini dh abis.....so tambah lagi dan lagi....


Memang tak dinafikan "budget",suka atau tidak, kita mesti buat kerana rumahtangga yang terurus sistem kewangannya insyaAllah "nikmat" akan diperolehi oleh seisi keluarga. Untuk berjaya dlm perniagaan pun kita mesti ada sistem kewangan yg baik untuk memacu perjalanan bisnes berjalan dgn jayanya. Seandainya kita belum berjaya mengurus kewangan keluarga, mampukah kita menguruskan kewangan bisnes nnt? Tepuk dada tanya selera!. 

Contohnya saya sendiri bila hendak mula ber"shopping" ini lah......Start enjin kereta, bermakna ada kos tol dan minyak. So mcm ne nk berjimat? Kalau pergi ke pasar basah utk beli keperluan dapur aje, RM 200-300 dah tentu abis, budget untuk beberapa hari je tu. Tu belum pergi ke Mall/hypermarket....lagi laju duit keluar mcm air yg mengalir aje. Kalau pergi dh pasti ank2 ikut sekali, dh pasti ada "benda" yg menarik perhatian mereka. Kalau pergi pagi dah tentu "Lunch" sekali, tu belum membawa ke ptg...dh tentu "dinner" sekali. Kalau ank seorang boleh tahan lg.....ni kalau dh 4 - 5 org...mcm ne? Takkan nak beli nasi sepinggan kongsi berlima??? Memang harga barangan semakin memeningkan. Especially kaum ibu yg kebiasaannya menjadi "menteri kewangan". Kalau dulu beri RM1,000 sebulan cukup....tp skrg sy tak rasa cukup, melainkan banyak benda yg kena catu lah. Jadi kaum bapa, nmpknya memang perlu bekerja keras demi meningkat ekonomi keluarga. Terima kasih suamiku!

Macam sy surirumah sepenuh masa, terima "gaji bulanan", maka bermulalah kira-kira.... byr itu dan ini, dan selebihnya..... itu pun kalau ada lebih...tetapi sy akan pastikan mesti ada "lebih" kerana duit di tangan amat perlu...duit yg ada di dalam bank jgn diusik...kerana bila dh usik nk masuk balik payah...... Sy mcm ne susah pun duit di dalam bank, tidak akan sy usik kerana itu adalah bekalan untuk sy dn juga keluarga...Suami juga selalu pesan...."yang, abg, mgkn tak dpt menyimpan byk....tp yang mesti simpan tiap-tiap bulan walaupun sikit yer... sikit2 lama2 jd bukit"...katanya. Betul itu lah yg sy buat...dh masuk bank tak keluar lagi...hehehehe.

Suka atau tidak, sekarang adalah masa untuk berjimat. Kita tidak pasti apa akan jadi pada keadaan ekonomi seluruh dunia. Berjimat lebih awal membuatkan anda menjamin masa hadapan yang lebih cerah. Lagipun 'membazir adalah amalan syaitan' dan kita harus elakkan pembaziran ini.

1) Orang kata simpan 20% daripada jumlah pendapatan anda ke dalam akaun ataupun investment yang menguntungkan dan duit ini tidak boleh dikeluarkan.

2) Walaupun tidak dapat menyimpan dengan banyak seperti 20% cuba sekurang-kurangnya sedikit sahaja daripada gaji anda walaupun RM 50-100 sebulan.

3) Jangan jangan jangan menggunakan kad kredit. Ianya akan membuatkan anda berbelanja lebih daripada kemampuan dan tambah sesak dengan interest yang dikenakan

4) Jangan juga menggunakan debit kad atau membawa debit kad anda bersama ketika keluar membeli-belah. Ia membuat anda merasa sentiasa ada wang untuk membeli lebih. Bawa tunai yang sedikit sahaja di dalam tas tangan anda dan kalau perlu tinggalkan ATM kad di rumah.

5) Bila dapat gaji, bayar dahulu semua hutang-hutang yang ada seperti kredit kad, duit rumah, duit kereta, baby sitter, transportation, bil elektrik, bil telefon atau bil Astro.

6)  Cara berjimat apabila membeli barangan dapur adalah dengan membuat senarai barangan masakan untuk seminggu terlebih dahulu dan senaraikan barangan keperluan tersebut. Jika tidak seminggu boleh shopping sebulan sekali sahaja dan top-up barangan yang tidak mencukupi di kedai yang lain. Selalunya jika anda membeli barangan secara sedikit sedikit di kedai yang kecil, anda akan terkejut melihat kos sebenar yang anda keluarkan sekiranya anda menyimpan bil-bil tersebut. Contohnya beras yang dibeli secara timbang lebih costly berbanding beras 5 atau 10 kilo. Ini lah "part" yg payah sekali diikuti.

7) Simpan bil-bil yang telah anda belanjakan selama sebulan, dan semak ia pada hujung bulan. Pasti anda terkejut dengan perbelanjaan di luar jangkaan anda seperti anda gemar minum milo dan telah menghabiskan sebanyak RM60 sebulan untuk milo sahaja atau anda sebenarnya telah menghabiskan RM 200 sebulan untuk ice-cream kegemaran anda. Mungkin boleh jadi juga anda telah menghabiskan sebanyak RM400 sebulan untuk pembelian 'top-up' telefon tanpa anda sedari, sedangkan lebih jimat jika anda menggunakan bil berbayar. 

8) Beli barangan murah yang ditawarkan pada bulan tersebut, contohnya beras yang mendapat diskaun 20% namun jangan terpedaya sangat dengan tawaran ini kerana mungkin mereka menjual satu barangan sahaja pada harga murah dan menaikkan harga barangan yang lain. Jadi anda perlu sentiasa alert mengenai harga pasaran sesuatu barangan.

9) Untuk anak-anak jangan selalu ikutkan kehendak mereka dengan membeli apa yang mereka mahu sebaliknya nasihatkan anak sebaik sebelum anda keluar membeli-belah lagi supaya jangan mengamalkan tabiat buruk dengan meminta semua barangan mainan yang terdapat di pasaraya, dan tujuan keluar pada hari tersebut. Didik mereka dengan memotong elaun mereka sekiranya mereka berbelanja lebih daripada sepatutnya pada minggu tersebut. Ajari anak-anak untuk mencari pendapatan sendiri, itu bukan bermaksud suruh mereka bekerja tetapi cukuplah dgn mereka membuat kerja-kerja rumah dn berilah imbuhan yg sepatutnya kpd mereka. Ank2 sy, mereka suka membuat kraftangan, jadi kraftangan mereka akan mereka jual kpd teman-teman. Modal, sy yg akan dahulukan, kemudian mereka sendiri yg akan menambah modal pusingan. Seronok tgk mereka tahu menghargai masa dan wang mereka. Secara tidak langsung mendidik mereka untuk lebih berdikari. 

10) Untuk pakaian anak, tidak mesti beli yang mahal. Anak-anak cepat membesar dan pembaziran berlaku bila anda membiasakan mereka memakai jenama pakaian yang mahal. Namun untuk menyediakan beberapa pasang pakaian anak yang berjenama, itu tidak salah. Biasakan membeli sewaktu jualan murah dan adakalanya idea membeli barangan terpakai juga 'make sense' kerana banyak yang anda dapat jimatkan daripada situ. Recycle baju-baju abang/kakak yang dh tak muat kepada adik-adik mereka.

Berjimat memang perkara paling menyakitkan, tapi jika anda tidak mula menabung sekarang, anda akan susah di kemudian hari. Selamat beramal!
0 Responses

Sahabat2ku.......