F

Telingaku masuk air??? Tolong


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Ya Allah....hari ni entah mcm mana, masa mandi sebelum solat Subuh tadi, air boleh masuk ke telinga. Pertama kali dalam sejarah hidup saya....seingat sayalah....Berdegung aje telinga.....macam2 cara saya buat...ermmm dah tak larat nak ketuk kepala...hehehehe....akhirnya saya biarkan aje, saya buat kerja macam biasa...walaupun berdengung-dengung sana sini......pendek kata memang tak selesa lah. Angah menegur....
Angah : Kenapa ma?
Mama  : Air masuk telinga tadi....
Angah tersenyum....
Mama  :  Hai....knpe senyum2 tu? (bila telinga mcm tu, ada aje x kena)
Angah : Ma, dah masukkan air dlm telinga ke? (x menjwp soalan sy)
Mama : Dah mcm2 mama buat, tak okay jugak....
Angah : Ma, mcm tu lah yg angah rasa hari tu....Allah aje yg tahu....(tersenyum lagi)

Saya teringat akan peristiwa di mana, telinga angah dimasukki air semasa berenang di Pedas Wet World. Masa tu saya ingat lagi, mcm2 yg papanya suruh buat tapi tak terkesan juga. Hingga saya berkata, " Ermmmm.....tak payah nak fikir sgt, nanti elok sendiri tu....". Angah beredar terus ke kolam renang bermain bersama along, dn adik2nya. Selang beberapa minit kemudian, 
Angah  : Ma, dah elok dah telinga angah....
Mama  : Haaa....kan dah elok sendiri kan?
Angah  : Tak lah.....angah menyelam, pas tu terus rasa panas dan alhamdulillah okay...
Saya tersenyum.....

Berbalik kepada situasi saya pagi tadi, seberapa kuat pun nak mengalih perhatian ke telinga, semakin kuat tangan ketuk2 kepala. Nasib baik kepala tak bersepai...hehhehe..... Akhirnya selang beberapa jam, saya menemui cara mengeluarkan air yang termasuk ke dalam telinga. Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang perlu dilakukan apabila situasi begini terjadi pada kita, sebagai pedoman/pengetahuan:- Moga bermanfaat!
  • Air masuk ke telinga sering terjadi tanpa disangka2, masa mandi di rumah, kolam, berenang dan sebagainya. Senario itu adalah normal saje, cuma pendengaran kita kurang jelas, berdengung dan memang rasa agak tidak selesa...memang tidak selesa!
  • Air yang masuk ke telinga dan tidak dibersihkan dengan segera boleh menyebabkan masalah. Jika saluran telinga basah, maka perlindungan pada saluran telinga akan hilang dan berisiko mengalami infeksi jangkitan telinga bernanah dan sebagainya.
  • Sebaiknya ketika air ada didalam rongga telinga kita, jangan panik dan bertenang. Berhati-hati jangan dikorek-korek dengan cotton pengorek telinga atau benda-benda yang lainnya.
Berikut ada berbagai Petua/cadangan/cara...anda boleh mencubanya. Ini sebagai ikhtiar kita sahaja, kalau tak berhasil jawapannya pergi lah ke klinik.....ini adalah dari pengalaman saya yg telah melakukan cara ini.....alhamdulillah....berhasil!
  1. Pusingkan kepala ke arah yang bertentangan. Kalau telinga kiri masuk air, kepala kena teleng ke arah kanan. Yang penting adalah supaya telinga yg bermasalah tadi menghadap ke langit.
  2. Titiskan air ke dalam telinga tersebut. Mungkin cara ini agak pelik, Air dah lah  masuk telinga, pas tu nak ditambah lagi.. (boleh percaya ke???)
  3. Dengan masih berkeadaan telinga tadi menghadap ke langit, ketuk kepala perlahan-lahan (sebab kalau kuat nanti sakit pulak). Biarkan air tadi masuk selama 10 – 12 saat.
  4. Dengan pantasnya, pusing kepala dengan cepat supaya telinga yg bermasalah tadi menghadap ke bumi. Ketuk kepala perlahan-lahan sehingga ke semua air keluar (air yg "termasuk" + air yg dititiskn tadi). Anda akan merasakn air yg panas keluar dari telinga itu.
  5. Uji samada kesemua air telah keluar atau masih ada yang terperangkap. Jika ada, ulang kaedah di atas sehingga kesemua air tersebut hilang. Selamat mencuba!!
Nampak macam tak masuk akal aje kaedah ini kan? Mari kita belajar sains jap! Dari segi sainsnya, kaedah ini berjaya kerana wujudnya daya lekatan antara molekul2 air (walaupun dari sumber yg berbeza..tapi tetap air). Terdapat dua jenis daya yg ada pada air tersebut iaitu  daya lekatan, dan daya lekitan. Daya lekatan adalah daya tarikan antara molekul2 sejenis..dalam konteks ni antara sesama molekul air (Gay force!). Manakala daya lekitan pula adalah daya tarikan antara molekul yg berlainan jenis..dalam konteks ni antara molekul air dan dinding telinga.
Jadi apabila air baru dititiskan ke dalam telinga, molekul air ini akan bergabung dengan molekul air yg terperangkap tadi (Gay reaction) untuk menjadi satu gumpalan air yg lebih besar kerana daya lekatan adalah lebih kuat berbanding daya lekitan antara air dan dinding telinga (sebab tu kena biarkan 10-12 saat tadi supaya tindakbalas sejenis ini dapat berlaku). Apabila kepala dipusingkn dengan cepat, gumpalan air tersebut akan ditarik oleh graviti untuk meluru keluar dari telinga anda. Begitulah adanya......wallahu alam bissawab.
27 Responses
  1. Anonymous Says:

    ia mmg berkesan. msukkn air ke dlm tlnga, kmdn kluar kn smula. trima ksih


  2. Anonymous Says:

    berkesan...TQ....sangat tak selesa bila telinga masuk air....


  3. Anonymous Says:

    thank you, serious cara ni berkesan sngt :)


  4. Anonymous Says:

    terima kasih sngt2.....berkesan....selesa da rasa...


  5. Anonymous Says:

    Duk cari petua..dh bengang telinga nih..bc,buat,dh ok dh
    Yahooo...tenkiuuuu.


  6. Anonymous Says:

    Memang berkesan sgt2.td,takut sbb teleng ke atas.
    Boh air tapis sikit dlm tinge,rsa brgabung air baru
    Dgn yg lme,pastu teleng cpt kebawah,trsa air kluar.dh dgr dh
    T.ksih.Dua hari tinge msuk air,ikut petua ni,dh ok. :-)


  7. Anonymous Says:

    Thank you!! It's really helped :D


  8. dekan fizik Says:

    It works! Terima kasih!! Penat duk ketuk ketuk kepala tak mau keluar.


  9. Anonymous Says:

    alhmadulillah....menjadi wei....tq sgt2.


  10. Anonymous Says:

    Bkesan!! Mula2 takut nk buat..tp tawakal je..alhamdulillah..dah selesa da..


  11. Anonymous Says:

    Tq.......mula2 buat lg x dengr,lg teruk berdengung,tp jap jer...tiba2 air pns keluar...da ok..weeeeee


  12. Anonymous Says:

    Da buat, air panas mmg kuar tp telinga still rasa cm ada air lagi.. ehmmmm


  13. Anonymous Says:

    Tq..lega air kluar..hihi.


  14. Unknown Says:

    Sudah hampir 12 jam ayaq masuk telinga dan tak blh keluaq. Dah berulang kali cuba tapi gagal. Apa cara lagi yaa?


  15. buat lgi skli..kompom boleh sy sllu mamdi sungai msuk air tlga wg cmni la


  16. Unknown Says:

    Alhamdulillahhh...mmg berhasil..lega sgt2...thanks !


  17. shah amer Says:

    Yahooo dh boleh dengar balik... Alhamdulillah..


  18. Ya Allah berkesan! Mula2 cuba makin teruk dengungnya, tapi lepas dua tiga kali ulang proses tu air panas keluar. Terima kasih berkongsi tips


  19. Ya Allah berkesan! Mula2 cuba makin teruk dengungnya, tapi lepas dua tiga kali ulang proses tu air panas keluar. Terima kasih berkongsi tips


  20. Fadzely Kimi Says:

    Dah beratus kali guna cara ni...x berkesan jugak camne ni


  21. Keep trying... Sy buat skali aje menjadi. Alhamdulillah legaaa


  22. Anonymous Says:

    Serious cara ni berkesan. Dah berkali kali air masuk telinga, mmg pkai cara ni je. Terima kasih!


  23. athirah d' Says:
    This comment has been removed by the author.

  24. Anonymous Says:

    Alhamdulillah. Air dalam telinga saya dah 2 hari tak keluar. Saya guna cara ni baru air keluar. Hehhe. Terima kasih!!


  25. Tq. Alhamdulillah menjadi. Dh g klinik, cuci telinga tp xsettle… alhamdulillah dgn kuase Allah, menjadu semua ni


  26. t-reemau... Says:

    Terima kasih.. naseb baek terpikir nk google solution, jmpe dlm blog ni.. kuat dh hentak2 kaki dan geleng2 kepala x gak kuar2 air tuh sblom ni.


  27. Nice tips 😊 it works.. Tq for sharing


Sahabat2ku.......