F

Usia PUBERTI.... dan kanser???

Assalamualaikum....


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ  

Baru sekejapa tadi kawan saya menalipon bertanya khabar seperti biasa.....
Kawan    :  Tie, aku nak tanya ni....kalau anak dtg "period" awal, ok ke? Tak ada risiko apa2 ke?
Saya   :   Brape umur anak kau tu? 
Kawan :   8 thn....cepat sgt...okay ke? Risau aku...
Saya :  Laaaa....terima aje, Allah dah beri macam tu...tapi insyaAllah tak ada apa2...
Kawan  :   Aku sendiri pun dtg masa darjah 6.... pelik betul aku....
Saya:  Haiiii....dulu lain skrg lain, mcm2 faktor, pemakanan misalnya....
Kawan  :   Entahlah....aku risau dibuatnya....
Saya   :   Kalau kau risau pergi jumpa doktor dptkan nasihat pakar.....
(Saya menyarankan.....)

USIA PUBERTI..... Secara normal dan menjadi kebiasaan dalam tabii alam, seseorang gadis itu akan mencapai akil baligh pada purata usia 9 – 12 tahun. Inilah yang dijadikan sebagai umur rujukan dan standard di seluruh dunia berdasarkan purata umur gadis-gadis mencapai akil baligh. Umur purata 9 tahun ini hanyalah umur purata dan ianya tidak menafikan wujudnya gadis yang mencapai akil baligh pada usia 6 tahun. Ianya juga tidak menafikan terdapatnya gadis  yang mencapai usia akil baligh pada usia 12 tahun. Tidak dapat dinafikan juga terdapat banyaknya kes-kes gadis yang mencapai akil baligh pada usia yang lebih awal dari ukuran purata tersebut. Namun, skrg ini telah wujudnya satu fenomena dunia yang semakin ketara yg mana menyaksikan kecenderungan gadis-gadis remaja dari masa ke semasa mencapai akil baligh pada usia yang semakin lebih muda. Pendapat saya kita tidak perlulah terlalu risau, terima sahaja pemberian Allah SWT dgn redha...dan yang penting kita mesti memberi pencerahan kepada anak-anak perempuan kita agar mereka lebih memahami tentang diri mereka. Cari seberapa banyak ilmu pengetahuan dalam hal ini, agar semua kerisauan kita akan berakhir. Sebagai ibu kita perlu sentiasa dekat dgn ank-ank ini, jadilah pendengar dan penasihat yg baik kepada mereka.

Saya pernah terbaca bahawa.....Fenomena ini dinamakan sebagai Precocious Puberty oleh para penyelidiknya. Precocious puberty ini berlaku apabila kanak-kanak lelaki dan perempuan memasuki fasa akil baligh lebih awal dari purata kebanyakan rakan-rakan sebaya mereka. Menurut satu laporan yang dinamakan sebagai Population Reports yang diterbitkan oleh Population Information Program, Center for Communication Programs, The Johns Hopkins School of Public Health, keadaan dunia pada ketika ini semakin membimbangkan dengan pemerhatian yang dibuat menunjukkan kadar umur di mana kanak-kanak perempuan dan lelaki mencapai akil baligh semakin menunjukkan trend penurunan.

Ada kajian2 yg menyatakan bahawa kanak-kanak yang mengalami precocious puberty akan mengalami proses kematangan seksual yang lebih awal dari rakan sebaya mereka. Susuk fizikal mereka ini, menunjukkan mereka ini tidak jauh beza dari seorang dewasa. Malah terdapat ibubapa yang mempunyai anak-anak yang mengalami precocious puberty ini, berasa risau akan keselamatan anak-anak mereka kerana susuk fizikal dewasa yang dimiliki mereka sedangkan mereka pada usia tersebut masih lagi dalam usia sangat muda (6-9 tahun). Terdapat banyak rungutan dari para ibubapa yang mempunyai anak-anak perempuan yang mengalami precocious puberty ini menyatakan bahawa anak-anak mereka sering dirapati oleh golongan lelaki-lelaki dewasa yang berusia disebabkan penampilan fizikal mereka yang tidak menampakkan diri mereka sebagai kanak-kanak atau remaja perempuan yang seusia dengan mereka. 

Utusan Pengguna, terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga ada menyentuh isu precocious puberty dalam terbitan terbarunya bagi April 2008. Semua ini jelas menunjukkan kini berlaku satu fenomena di mana semakin ramai gadis-gadis mencapai akil baligh pada usia yang semakin lebih awal. Ada yang mencatatkan pencapaian akil baligh seawal usia 5 tahun, malah terdapat juga kes-kes terpencil dimana kanak-kanak dalam usia 2 – 3 tahun mengalami menarche.
***************
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat berhubung perkara ini kerana penemuan lebih baru menunjukkan banyak faktor buatan manusia lain seperti pengeluaran racun makhluk perosak, bahan kimia dan hormon di dalam makanan, produk beracun, pencemaran alam sekitar dan faktor-faktor gaya hidup seperti pertambahan berat badan, kegemukan, kurang bersenam dan terlalu banyak menonton televisyen boleh mengubah masa mencapai akil baligh. Dalam perkataan lain, kadar kematangan seksual yang dipercepatkan dalam kalangan kanak-kanak hari ini mungkin merupakan maklum balas kepada alam sekitar yang luar biasa. 

Para penyelidik menggelar fenomena ini sebagai 'baligh begitu muda' (precocious puberty), satu keadaan baligh yang bermula pada usia muda yang luar biasa, yang sesetengah kajian menyatakan ia sedang meningkat. 


Kematangan seksual awal menimbulkan risiko kesihatan serius, terutama kanser payudara, terhadap kanak-kanak perempuan di kemudian hari. Hubungan di antara baligh awal dan kanser payu dara adalah estrogen - hormon seks utama dalam kalangan wanita dan perlu bagi pusingan haid. 

Estrogen adalah faktor risiko terbukti bagi kanser payu dara ? ia bertindak ke atas payu dara untuk menjadikannya mudah mengalami pembentukan tumor. 

Kanak-kanak perempuan yang mengalami haid awal terdedah kepada lebih banyak estrogen berbanding kanak-kanak perempuan yang matang secara normal. Oleh itu mereka mengalami pendedahan kepada estrogen sepanjang hayat, yang telah ditunjukkan dalam kajian meningkatkan risiko kanser payu dara. 

Kegemukan, tidak aktif, tekanan keluarga, imejan media, pendedahan kepada bahan kimia di rumah dan pendedahan kanak-kanak perempuan kepada bahan kimia secara tidak sengaja yang boleh mengubah masa kematangan seksual telah dihipotesiskan sebagai pencetus bagi baligh awal di kalangan kanak-kanak. 

Menurut kajian, antara faktor yang mempercepat proses baligh termasuklah yang berikut: 

* Paras lemak tubuh lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak. 

* Hormon dalam makanan. 

* Racun makhluk perosak dalam pengeluaran. 

* Ftalat dalam plastik dan kosmetik. 

* Tekanan meningkat dalam keluarga akibat perceraian dan ibu bapa tunggal. 

* Terlalu banyak menonton televisyen. 

Baligh awal dalam kalangan lelaki juga boleh meningkatkan kejadian kanser testis, mengurangkan kesuburan dan melemahkan pertumbuhan, yang menyebabkan ketinggian lebih rendah. 

Seorang penyelidik baligh begitu awal, Dr Marcia Herman-Giddens, Profesor Kesihatan Ibu dan Anak di Universiti Carolina Utara berkata: "Ia mungkin tidak sihat memandangkan kajian lebih awal telah menunjukkan lebih cepat seorang budak lelaki mula baligh, lebih tinggi risiko menghidap kanser testis, begitu juga kanak-kanak perempuan yang matang awal mengalami risiko lebih tinggi menghidap kanser payu dara." 

Sehubungan penemuan kajian ini, CAP menggesa Kementerian Kesihatan serta semua pihak yang berkenaan supaya mengambil langkah yang sewajarnya bagi menangani masalah ini. 

Penulis adalah Presiden CAP. 

0 Responses

Sahabat2ku.......