Pergi..... tak akan kembali lagi!
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Entah kenapa hari ini, hati begitu sedih sgt...teringat akan arwah emak yang telah pergi menemui Allah SWT....hari ini baru ada keberanian untuk mengetik keyboard untuk berkongsi dan berbagi rasa bersama sahabat....saat kematian insan yang amat kita sayangi....insan yang telah melahirkan kita....memang pedih...tetapi kematian adalah sesuatu yang pasti semua insan pasti akan menemuinya.... Tahun 2013, 13 January, jam 10:30am, pagi Ahad itulah detik di mana emak pergi tak kan kembali lagi....Tiada airmata yang keluar pada saat itu, entah tak tahu kenapa tetapi yang pasti jauh di lubuk hati kesedihan yang teramat sangat. Mgkn juga telah banyak airmata keluar sebelum ini, di saat emak sakit......Semua orang di sekeliling meratapi kepergian emak, namun saya seperti tiada perasaan, diam tanpa airmata. Namun alhamdulillah semua urusan dari dalam dan hingga lah jenazah di bawa ke liang lahad memang berjalan lancar selancar-lancarnya. Terima kasih Allah.... Tarikh itu akan tetap menjadi ingatan.... dan ianya merupakan sebahagian dari perjalanan hidup saya..... Semoga arwah emak mendapat tempat di sisi Allah SWT......Al-Fatihah
Semua insan akan menghadapi kematian, tidak kira keluarga yang dekat dengan kita, jiran sekampung mahupun setaman (kawasan perumahan)..... apakah perkara yang mesti kita lakukan+?
Prosedur selepas berlaku sesebuah kematian, kalau kat hospital tu, pihak hospital sendiri akan maklumkan kat waris apa yg perlu dibuat terlebih dahulu... di antaranya termasuklah report polis, tempah van, tempah kubur... so far, takde masalah jika kematian berlaku di hospital...
arwah emak meninggal di rumah jam 10:30 pagi, dan semua urusan selesai lebih kurang jam 5:30 ptg.
Sekadar berkongsi pengalaman.....
Perkara2 yang perlu dilakukan terlebih dahulu......
- of course, jenazah hendaklah ditutupkan (dipejamkan) matanya dan menyebut kebaikan serta mendoakannya supaya mendapat keampunan oleh Allah bagi dosa-dosanya.
- Hendaklah ditutup seluruh badannya dengan kain, sebagai penghormatan terhadapnya, supaya tidak terbuka auratnya.. seperti Sabda Rasulullah saw:-
“Sesungguhnya Rasulullah saw ketika baginda wafat ditutup dengan kain” (diriwayatkan drp: Aisyar ra)
- buat report polis
- I/C arwah di serahkan kepada polis untuk pengesahan kepada JPN
- keluar surat kebenaran/kematian dari polis
(surat kematian dari polis itu yang perlu dibawa ke JPN, dan suami menghantarnya selepas beberapa hari...tiada masalah....dan sampai di JPN sijil pun terus dikeluarkan. cepat aje...
- Lepas tu salah seorang anggota polis dtg rumah untuk melihat keadaan arwah untuk pengesahan.
- Apabila pengesahan telah di buat, pihak polis memberi kebenaran utk menguruskan jenazah.
- Polis mengeluarkan surat permit penguburan, dan surat membawa jenazah untuk di sempurnakan.
- kami bawa jenazah ke kampung menaiki van yg disewa
- Penyediaan jenazah
*siapkan peralatan mandi seperti :
(air mutlak, sabun mandi, air kapur barus)
*process utk mengkafankan jenazah:
(Kain kapan secukupnya, kapas satu bungkus, air mawar, serbuk pewangi (debu kayu gaharu atau lainnya).
*Pengusung mayat (keranda).
*Kayu tudung liang lahad atau lung.
*Kain untuk tudung keranda atau pengusung untuk diusung ke kubur.
- Akhirnya pengkebumian.
(panggil org utk menggali kubur - perlu dimaklumkan terlebih dahulu) - macam sy di kampung pakcik memang seorang penggali kubur)
Tahlilan terserahlah kepada individu, macam saya buat hingga hari yang ke 3 atas permintaan saudara-saudara sebelah arwah emak...mereka hendak buat tahlil di rumah kakak mak yang sulung...jadi kami adik-beradik tiada masalah, ikut sahaja mana yang baik.
Itulah serba sedikit pengalaman yang boleh saya kongsikan.... moga ada manfaatnya...