Tingkatkan Jati Diri anak-anak!
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Doktor Muda....InsyaAllah |
Entri hari ni citer santai aje....pg tadi jam 6:30 hantar angah ke sekolah......hari ni ada pertandingan bercerita Doktor Muda....moga angah dapat melakukan yg terbaik dan majlis berjalan dengan lancar. Bulan ni mmg banyak acara pertandingan yang angah masuk....ank sorang ni mmg minat dgn xtvt macam ni, di sekolah dia antara yg terpilih kalau bab2 public speaking ni....yg bagusnya si angah tak pernah menolak, bayangkan bulan ni aje ada 4 teks bercerita yg hendak dihafal dan difahaminya. Dia cool aje, tapi mama nya ni lah yg menjadi penonton dan pengkritik setia si angah ni, minatnya mmg sedari kecil lagi...dari tadika mmg tak pernah rasa takut bila berhadapan dgn orang ramai. Sebagai mama, just bagi support aje...
Pupuk semangat jati diri! Bakal Doktor Muda |
Tapi berbeza dgn along....agak pemalu sikit, la ni dh banyak juga berubah si along tu, dah berani menonjolkan diri dalam kelas...kalau tidak duduk diam aje, acara public speaking mmg tak pernah nak masuk......... ada satu hari tu along diminta oleh guru kelasnya membuat presentation sejarah tentang penubuhan negeri Melaka....balik2 sekolah aje (dalam kereta lagi) dia dah cemas2 memberitahu dia dan groupnya ada presentation 2 hari lagi....macam2 katanya...dia takut lah tak yakin lah, macam tak beranilah....macam2 ayat negatif yang keluar dari mulutnya....jadi saya memang tak boleh menekan si along ni sbb dia ni kalau saya bagi pressure kat dia, mmg satu benda pun tak boleh masuk. Jadi saya pun ceritakanlah pengalaman saya padanya waktu saya sekolah, mcm2 perkara saya ceritakan padanya.....sehingga akhirnya dia macam dah dapat sedikit keyakinan diri...namun belum 100% lah tu, (kalau masih berkerut2 dahi tu ), saya membantu along membuat kertas kerja, tlg surfing info dlm internet dll.....pendek kata duduk semeja ler menyiapkan kertas kerja nya tu....akhirnya siaplah , saya ajarkan bagaimana nak present paper tu nnt.... siap dgn lakonan lagi.....bila keluar kat depan jgn panik, tarik nafas....senyum.... dan bentangkanlah apa yg ada kat kepala mengikut kertas kerja tu....along angguk2kan kepala. Bila tiba hari pembentangan, pergi sekolah dengan semangat, tapi muka kelat2 takut gitu.....hehehhe.... Pesanan saya...just buat terbaik and then tawakal. Along senyum.
Petang tu....sebaik masuk kereta dgn bangganya along berkata "ma, cikgu kata group along yg terbaik...Cikgu jadikan group kami sebagai contoh dan along dilantik menjadi ketua group along...". Saya tersenyum mendengarnya. Pertanyaan saya padanya....
Mama : Along, bagaimana perasaan along bila dapat melakukan pembentangan tu?
Along : Ma....seronok sangat...mula2 along takut juga tapi lepas tu semuanya ok...... cikgu kata bagus, sebagai ketua along dah lakukan yg terbaik utk group along.
Mama : Jadi moral of the story never say NO pada sesuatu yg belum kita buat!
Along : Ya ma.....
Begitulah ragam anak2.....4 orang ank semuanya berbeza antara satu sama lain. Namun keperbezaan ini lah yg menjadikan dunia keibuaan saya menjadi menarik dan dipenuhi dengan warna warni. Cuma satu tentang along dan angah (Keysha dan Khadijah belum tahu lg macam mana) mereka amat mempunyai minat yang sama iaitu meminati muzik tradisional Caklempong. Saya sendiri memang menyokong 100% tentang minat mereka ini. Pada saya muzik dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka dan juga membina keyakinan diri. Malah hati saya rasa cemburu + bangga sebab mereka dpt memainkan lagu2 kegemaran mereka dgn gunakan keyboard...... (tu yg mamanya ni belajar dari angah dan along) so dptlah main beberapa lagu. Apabila anak2 boleh@mampu baca nota muzik, insyaallah instrument yg lain pun boleh jgk....Sebagai ibu kita mesti memberi dorongan dan semangat kepada anak2 ni. Kalau boleh kita turut serta dengan apa aktvt yg mereka suka, jadi mereka akan lebih terbuka dengan kita, tambahan anak2 saya semuanya perempuan.... Apa2 pun sebagai ibu kita hanya lakukan yg terbaik untuk membantu dan membimbing anak2 kita agar mempunyai jati diri mereka sendiri. Semua ini mesti dimulai semasa mereka kecil lagi. Perkara utama adalah membimbing emosi mereka dgn membantu pembangunan emosi anak2 kita dengan cara memahami emosi mereka sendiri dan ibu bapa bertindak balas terhadap emosi ini. Beberapa perkara boleh dipraktikkan:
Berbual dengan anak anda
Tanya anak anda bagaimana perasaannya dan berikan perhatian sepenuhnya bila dia bercakap. Dengar dengan berempati. Beri galakan bila dia cuba mengenal pasti dan memberitahu anda perasaannya. Bantunya jika perlu.
Fahami perasaannya
Ketahui bagaimana perasaan anak anda dengan memerhatikan bahasa isyarat badannya, ekspresi wajahnya dan mendengar nada suaranya. Dengan kepekaan kepada komunikasi tidak verbal ini, anda dapat memberi sokongan dan simpati bila dia sedih, marah atau kecewa, dan bergembira bersama bila dia riang atau gembira.
Jawab pertanyaannya
Anak anda dalam usia prasekolah gemar bertanya. Cuba sedaya upaya untuk menjawabnya. Jangan bersikap acuh tak acuh atau menyuruhnya jangan mengganggu anda dengan soalannya. Anda membuatnya takut untuk bertanya dan hilang semangat untuk belajar. Jika anda tidak tahu jawapannya, luangkan masa untuk mencari jawapan bersama-samanya. Begitu juga bagi anak2 yg remaja, jiwa mereka lebih sensitif, jadi setiap persoalan yang keluar dari mulut mereka, pastikan kita menjawapnya dgn realiti, tak perlu berselindung....lebih terbuka, dan beri mereka pengertian.
Bila anak anda membuat kesilapan
Pujuknya dengan memahami perasaannya selepas dia membuat kesilapan. Terangkan bahawa perasaan bersalah itu adalah normal. Bantu anak anda membetulkan kesilapannya. Dengan cara ini, anda memberikan penyelesaian kepada situasinya. Jangan memarahinya kerana ini hanya akan menjadikannya takut. Dia tidak akan belajar cara menyelesaikan masalah, mengulangi kesilapan sama dan menyebabkannya dimarahi lagi lalu menyangka dia tidak akan dapat melakukannya dengan betul.
Tetapkan batas
Meskipun semua perasaan – baik dan buruk – boleh diterima, bukan semua perangai boleh diterima. Sebagai contoh, dia marah dengan kawannya kerana menconteng bukunya tetapi itu tidak bermakna dia boleh memukul rakannya itu. Pastikan anak anda tahu apa yang diterima dan apa yang tidak patut dilakukan, dan bantunya mencari penyelesaian kepada masalahnya. Jangan saran@suruh mereka membalas perbuatan negatif kawan pada mereka. Daripada membalas secara negatif, suruh mereka fikirkan apa yang boleh dibuat bagi menyedarkan kawannya.
Beri merit/pujian
Anak2 suka dipuji....jadi pujilah mereka atas usaha yg mereka lakukan....tetapi jgn terlebih puji....berpada-pada sahaja dah memadai.