F

Rumpai Laut

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Hari ni buat pertama kalinya saya makan rumpai laut yang sedang hangat di pasaran dan menjadi bualan di mana-mana sahaja, tambahan pula yang sangat2 mementingkan kecantikan kulit wajah. Saya dapat ni pun kebetulan kawan dtg rumah smlm, jadi dia promote lah rumpai laut ni..... saya memang tahu pasal rumpai laut ni yg org sebut sebagai PURE MARINE COLLAGEN, ada yg sebut IBU KOLAGEN ASLI dan macam2 panggilan.....saya dah baca artikel pasal rumpai laut ni awal tahun lepas lagi, kat tv pun ada disiarkan... tapi tak da pulak hati nak beli dan mencubanya. Cuma disebabkan kawan dah dtg promote, saya rasa tak pelah makan aje....sekadar rumpai laut....lagi pun harganya tak lah mahal mampu milik...100g/RM17.00 warna purple. Kalau warna kuning tu murah sikit....RM15.00. Tambahan pulak kawan yg memang saya kenal menjualnya...jadi okay aje.

Jadi selepas tu saya masaklah jadikan macam agar2 yg biasa kita masak tu, pas tu masukkan dlm peti ais, so pas tu just minum dengan jus buah2an atau sunquick oren pun okay. Pada saya okay aje, boleh minum. Walaupun ada segelintir orang kata hanyir...memang masa masak tu memang bau hanyir sikit pas tu...bila minum tak da apa2 pun tambahan pula bila dh campur dgn sunquick oren. Ank2 dan suami pun minum...mereka okay aje.

KEBAIKAN KOLAGEN ASLI DARI RUMPAI LAUT KERING
-Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON
-Peningkatan PAYUDARA
-Anti Bakteria
-Membuang TOKSIN
-Menghilangkan SEMBELIT
-Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
-MENCANTIKKAN KULIT
-MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)
-Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
-Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
-Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT
-Mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT dan JERAWAT juga RESDUNG
-Membantu meningkatkan METABOLISME
-Meningkatkan fungsi stomach 
-Membantu menghapuskan nefritis (radang buah pinggang), Arthritis (sendi tulang), basal
-Menguatkan saluran darah, mengurangkan penyakit sendi
-Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
-Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR
-SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
-Mencegah ANEMIA
-Mampu meningkatkan penghasilan SUSU IBU
-Memperbaiki masalah penglihatan dan batuk
-Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan gamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya.
-Sesuai untuk ibu mengandung 6 bulan ke atas (2 sudu sahaja)

1. 100gm rumpai laut dibasuh 5-6 kali untuk hilangkan bau hanyir.. Rendam selama 5-6 jam sebelum direbus.
2. Setelah kembang, basuh sekali lagi dan rebus dengan 2.5 liter air (rumpai laut putih kuning) 2 liter untuk (rumpai laut purple)
3. Dengan api sederhana rebus selama 15 minit.  Bila sudah likat dan hancur boleh lah tutup api.
4. Sejukkan dahulu kemudian masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.


                                      
PERATURAN:
Waktu Pagi:
1. Semasa perut kosong selepas bangun tidur
2. Ambil 2-3 sudu besar jelly, masukkan ke dalam cawan.
3. Letak sedikit air suam, makan.
4. Kalau tak boleh makan begitu saja, bancuhkan dengan sedikit air milo, horlick, ribena, oren jus, letak sedikit air dan minum.
5. Selepas 1/2 jam barulah ambil sarapan pagi.
6. Elok diambil bersama vitamin C 1000mg selepas sarapan pagi.
Waktu Malam:
1. Sebelum tidur ambil 2-3 sudu besar jelly. 




ELAKKAN: 
Elakkan kaffein (teh, kopi, nescafe & minuman bergas)

PERHATIAN: 
Kanak-kanak bawah 2 tahun tidak boleh mengambil jelly ini. Wanita selepas bersalin dan Ceasar.

PERATURAN:
Kanak-kanak 3 tahun ke atas: 1 sudu kecil (pagi/malam) (1x sehari)
Remaja: 1 sudu besar (pagi dan malam) (2x sehari)
Dewasa dan warga emas: 2-3 sudu besar (pagi dan malam) (2x sehari)
0 Responses

Sahabat2ku.......