F

Fahami Waktu Subur Anda



Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Masa subur pada wanita adalah sebuah kitaran menstruasi atau yang biasa juga disebut dengan istilah haid, dimana pada masa subur tersebut akan terdapat sel matang pada wanita yang siap untuk dibenihi, sehingga apabila seorang wanita melakukan hubungan intim, maka kemungkinan akan terjadi kehamilan.

Bagi seorang wanita yang tengah merancang kehamilan, maka mengetahui masa subur ini tentulah sangat penting. Dengan diketahuinya bila masa subur bagi seorang wanita yang hendak mendapatkan keturunan, maka tentunya dia juga sudah dapat merancang bila waktu tepat melakukan hubungan intim dengan suami. 

Pertama, apa yang kita mesti faham adalah mengenai kitaran haid. Mari kita belajar tentang cara menentukan waktu-waktu subur wanita, bagi memudahkan proses kehamilan berlaku. Berikut hanyalah  gambaran bagaimana cara mengetahui ciri-ciri wanita subur, ada beberapa cara untuk mengetahuinya, namun tidak semua wanita mengalami hal di bawah ini. Apapun, sebagai hambaNya harus berusaha, berikhtiar selagi mampu.


Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita? 
Ada 2 sebab utama :
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Fahami Kitar Haid Anda
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri – ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

Waktu Terbaik

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
Contohnya,  kitaran haid anda adalah:-

28 hari ~ maka 28-14 = hari ke 14 adalah hari subur

30 hari ~ maka 30-14 = hari ke 16 adalah hari subur

35 hari ~ maka 35-14 = hari ke 21 adalah hari subur

Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.

Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Cara Lain Mengetahui Waktu Subur


  • Terjadinya Peningkatan Suhu Tubuh. Masa subur wanita dengan siklus haid normal adalah hari ke-12 hingga hari ke-16 sejak haid pertama. Selain dengan menghitung secara kiraan, masa subur wanita dapat diketahui dengan adanya peningkatan suhu tubuh. Peningkatan ini terjadi bukan karena wanita sedang sakit, tapi dalam keadaan badan sihat seperti biasa. Peningkatan suhu tubuh yang terjadi adalah sekitar 0,2 darjah Celcius setiap hari selama 10 hari berturut-turut. Anda dapat meletakkan thermometer biasa di bawah ketiak setiap pagi untuk mengetahui peningkatan ini.
  • Cairan Serviks Mengalami Perubahan. Wanita pada masa subur memiliki cairan serviks yang mirip dengan putih telur, ciri-cirinya yakni cairan serviks cair, kenyal dan lebih jernih dari biasanya. Pada kondisi yang sedang tidak subur keadaan cairan serviks terlihat lebih kental. Kadang bahkan tidak keluar sama sekali.
  • Berghairah Tinggi. Ketika melakukan hubungan intim di masa subur, wanita akan terlihat lebih bergairah dari biasanya. Hal ini akan terjadi pada wanita yang selalu ingin melakukan hubungan di masa suburnya. Wajarlah, gairah meningkat bererti keinginan untuk melakukan hubungan badan juga meningkat.
  • Adanya Perubahan Posisi Serviks. Ketika sedang ovulasi (masa wanita subur), posisi serviks dapat dijangkau dengan jari. Sedangkan pada saat tidak berovulasi, posisi serviks ini jauh lebih ke atas, sehingga tidak dapat tersentuh. Untuk menguji hal ini, Anda dapat memasukkan jari Anda secara lurus ke dalam Miss V. Jika memang sedang dalam masa subur, maka Anda akan dapat menyentuh bagian ujung serviks, rasanya seperti bagian ujung hidung.
  • Payudara lembut dari biasa. Situasi masa subur ini hampir sama dengan situasi kehamilan, sehingga banyak sekali hormon yang berkumpul pada masa ini. Dengan begitu, payudara akan terasa lebih lembut dari hari biasanya.
  • Terjadinya Flek. Ketika masa subur biasanya wanita mengalami bercak-bercak darah yang tertinggal di celana dalam. Hal ini sering terjadi pada masa subur.
  • Perut Terasa Kembung. Di masa subur, anda mungkin merasa bahawa seluar dalam anda terasa sempit, meskipun tidak kekenyangan atau berat badan naik. Hal ini biasa terjadi kerana pada masa ovulasi ini tubuh sedang meyimpan air dalam jumlah yang banyak.
  • Menggunakan Test Kit Ovulasi. Ianya hampir sama seperti  test pack dalam pengujian kehamilan. Dengan menggunakan alat ini maka kesahihan bahawa anda sedang subur memang tak perlu diragukan.

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari!), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang dinyatakan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri. Wallahu'Alam bissawab.
35 Responses
  1. Anonymous Says:

    assalamualaikum...mcm mn nak tau bila period seterusnya kalau period x menentu...contoh la, sy punya kitaran period mcm ni

    30.12.2013
    27.1.2014
    23.2.2014

    so, untuk bulan mac 2014, bila saya akan period? dan bila waktu subur saya pada bulan mac 2014? saya sgt bingung dgn penerangan ini...sekiranya waktu subur adalah hari ke 14 dari hari pertama period, so, period yang seterusnya pn subur pada hari ke 14...kenapa nak kena tolak dari jumlah keseluruhan period...contoh 28 hari, tolak lagi ngan 14....so, klu 30 hari tolak lg 14...sedangkan saya x tau period yg seterusnya tu bila..amcm nak tolak...yg penting skg yg sy fhm, hari subur adalah pada hari ke 14 dr hari pertama period..x kisahla bp hari kitaran dlm sbln, 26 ke, 28 ke, 30 ke...yg penting kira dari hari pertama..betul tak?


  2. Anonymous Says:

    senang nak paham...28 hari bahagi 2 ... 30 hari bahagi 2... itu kiraan selalu nye untuk period yang teratur...kalo period tak teratur tu ada masalah sikit nak kira...harap maaf kalo saya bagi pendapat or jawapan...tu hanya apa yang saya paham je


  3. Anonymous Says:

    salam..sy nak tanye...sy nye period pd 28.03.14..jd bl waktu subuh sy???lgpn kitaran untuk period saya 25 hari...


  4. Anonymous Says:

    Maknanya kalau kitaran period saya 28,waktu subur hari ke 14. Jika saya bersama dgn suami pada hari ke 5-8 habis period, adakah saya ada kemungkinan akan hamil?


  5. Anonymous Says:

    sy juga ade persoalan...harap dpt membantu...sy period pd 01.02.2014 , period seterusnya pd 21.03.2014 .pd 21.03.2014 period sy selama 2 minggu iaitu 15hari...bila waktu subur sy?


  6. Anonymous Says:

    maaf de kesilapan soalan sy d atas...

    sy juga ade persoalan...harap dpt membantu...sy period pd 01.03.2014 , period seterusnya pd 21.03.2014 .pd 21.03.2014 period sy selama 2 minggu iaitu 15hari...bila waktu subur sy?


  7. Unknown Says:

    Salam...sy dah berkahwin..anak satu..nak tanya..biase period sy normal kluar 7hari...tp bulan ni kluar 4 hari je...darah pon x byk..ckit2 je...pas tu cm coklat2...ni sy mngalami kencing kotor plak...knapa ye?


  8. Anonymous Says:

    salam.sy nk tnye.mcm ne nk tau yg 25,28,30 ari 2?blh tlg sy?


  9. Anonymous Says:

    Salam..sy nk tny kitaran haid sy mmg xsma stiap bln..kdg 35,38..cnth priod sy 16.3.14 lps tu 20.4.14..mcm mn sy nk kira waktu sbur sy..hrp dpt mmbntu..tq..


  10. Anonymous Says:

    Salam. Saya rasa anonymous pertama silap faham. Dari artikel ni, waktu subur dikira 14 hari dari hari pertama period BERIKUTNYA, bukan period yg sekarang.

    Contoh untuk kitaran 28 hari:
    Mula period: 1/1/2014
    Habis period: 7/1/2014
    Period berikutnya: 28/1/2014
    Waktu subur dikira 14 hari ke belakang dari 28/1 tu iaitu 27, 26, 25, 24, 23, 22, 21, 20, 19, 18, 17, 16, 15, 14. So waktu subur utk kes ni ialah 14/1/2014.


  11. Anonymous Says:

    Saya rasa kitaran haid untuk anonymous pertama tu teratur, kalau ikut tarikh2 yang diberikan. Kitaran haid anda ialah lebih kurang 28 hari. So period anda untuk bulan mac dianggarkan akan bermula sekitar 22.3.2014 (boleh juga jadi 21.3 atau 23.3). Jadi waktu subur anda untuk kitaran tersebut dikira 14 hari kebelakang dari 22.3.2014 iaitu 21, 20, 19, 18, 17, 16, 15, 14, 13, 12, 11, 10, 9, 8. So waktu subur anda bermula 8.3.2014 untuk kitaran tersebut.

    Apa2 pun tarikhnya dah lepas. Entah2 si anon pertama dah pregnant pun skrg. Tapi kalau anda masih sedang berusaha mendapatkan anak, saya doakan segalanya lancar. All the best! :)


  12. Assalamualaikum semua...sy dan suami inginkan anak tapi belum ada rezeki..sy nk bertnya sikit...ini tarikh period sy...

    15.3.2014
    11.4.2014
    2.5.2014 (browish tp hampir seminggu) ingtkan dah preggy...☺

    7.5.2014 (heavy period)
    4.6.2014

    Macam mna ye nk kira waktu subur? Hope semua dpt membantu...


  13. Cik Azrina Says:

    As salam,

    Saya baru berkahwin pada 1 mei yg lalu. Haid saya jadi tidak teratur selepas berkahwin.

    ni tarikh period saya..

    8.5.2014 hingga 14.05.2014
    24.6.2014 hingga 29.6.2014 (period lewat seminggu lebih ingat dah pregnant last2 datang period :( sedih.. )

    sekarang ni xtahu bila waktu subur saya. mohon share ilmu bilakah waktu ovulasi?


  14. Anonymous Says:

    assalam sya nak minta pendapat...period saya mmg tak teratur sejak saya lahirkan anak pertama 3 tahun lepas...dan sya ingin cahaya mata lagi...terbaru sya period setelah beberapa lama iaitu 1/6/2014...dah sekarang ada lendir seakan putih telur jga...adakah sya subur? dan bole ka mengandung tanpa haid seterusnya?


  15. Anonymous Says:

    Salam , sya nk tanya , sya start period 4.12.2013 then hbis period dlm 13.12.2013 .. Sya bersetubuh dgn suami pd 22.12.2013 , boleh bgitahu bila 14 hri subur sya?? Kalau bdasarkan sya fham , maybe hri subur sya dikira dri trikh 14.12 .. Mohon jelaskan betul atau tidak.. Terima kasih


  16. Anonymous Says:

    Kalau x silap sya, 14 hari waktu subur dikira dari hari terakhir last period.. Contoh nye, klau awk period 1.1.14 then habis 7.1.2014 , selepas trikh last period dh boleh kira 14 hri subur..


  17. Anonymous Says:

    assalamualaikum.jika melakukan hubungan pada hari 5 adakah waktu itu saya boleh mengandung??harap dapat membantu...


  18. Unknown Says:

    jikaa saya period tanggal 29.07.2014 dan haid sterusnya adalah tanggal 29.08.2014 itu bisa mempengatuhi kehamilan?soalnya siklus haid sangat panjang dari kebiasaan.


  19. Anonymous Says:

    Assalamualaikum..sy nak tnya jika sy mri uzur slma 2 mggu..contoh uzur 1.9.2014 hingga14.9.2014..bila kah wktu subur saya..


  20. terima kasih atas perkongsian. saya baru juga belajar tentang waktu subur ni dan ia memang bermanfaat pada ramai wanita kan:)


  21. Anonymous Says:

    Salam ..saya da brkhwn .bln 6 tdy ..tp smpai skarang blm ad anak lagi ..nak tanye la ,,period saya stiap bulan 0kay ..8.10.2014 -15.10.2014
    Tapi perut rase laen mcm je ,,ngatkan preggy tapi tbe2 harini period ..hurm sedeh je ..nak tahu la bila tarikh saya subur ?plez share ..


  22. Unknown Says:

    Salam..sy nak tanya,kalau suami ingin bersama selepas sehari habis period boleh ke?


  23. This comment has been removed by the author.

  24. Anonymous Says:

    asssalm ..
    mf sy nk btye sikit,dan agak keliru sgt2 dgn kiraan waktu subur neh..

    sy baru berkhawin tetapi sy nk tahu kiraan waktu subur yg paling tepat,admin tlg bantu sy untuk sy lebih memahami dgn lebih tepat.
    waktu pertama period : 20/01/15
    watu tamat period : 24/01/15
    seterusnye waktu peroid : 21/01/15
    tamat period : kemungkinan 25/1/15 ,sb sy dtg bln hye 5hri shje..
    jdi mcmne sy plu kire waktu subur yg paling tept dan waktu kiraan haid sy yg tepat,untuk sy mendpt zuriat..
    adakah waktu kiraan haid sy 27hari @ 32 :
    nk kira waktu kiraan haid dri hari petama dtg haid @ lepas tamat haid ..
    hrp admin dpt membantu..trima kasih..


  25. UMMU HASNI Says:

    Terima kasih atas perkongsian ye. Jelas sangat info sis ni, mudah untuk difahami


  26. hawa Says:

    Salam sisi dgn izin Allah boleh..Anak saya ketiga sy mengandung slps tidak haid 2 bulan..kami nk merancang so ingat x la subur..bulan keempat tak period d sahkn mengandung sebulan


  27. Anonymous Says:

    Yeke tpi kat atas tulis dri first period tpi kat dlm komen plak pngiraan dri second period secara mgundur.


  28. Unknown Says:

    ssh btol nk pham cara kira wak2 sbur nie.. rimas kpla otak.. yg psti smpai skg blom da rzki.. bca info dlm internet xpham apa lgsg.. sat ckap mcm nie sat ckap mcm nie.. mna stu yg btol.. aggp jala, akn ada rzki dri Allah.. insya Allah.. *teringin sgt nk ada baby tpi info dlm nie xbyk mmbantu~cdey*


  29. Unknown Says:

    ssh btol nk pham cara kira wak2 sbur nie.. rimas kpla otak.. yg psti smpai skg blom da rzki.. bca info dlm internet xpham apa lgsg.. sat ckap mcm nie sat ckap mcm nie.. mna stu yg btol.. aggp jala, akn ada rzki dri Allah.. insya Allah.. *teringin sgt nk ada baby tpi info dlm nie xbyk mmbantu~cdey*


  30. fatimah Says:

    Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. cara kira subur isteri


  31. alagi Says:

    Haid saya mula 15 dan habis pada 18 jadi
    Bilakah Hari yang Sestak untuk adakan hubungan untuk dapat Zuriat?


  32. Anonymous Says:

    logik ke utk mengandung masa kitaran 5-13 tu???


  33. Unknown Says:

    sis, tqsm for the info.. skrg ni ada apps untuk collect data and calculate for us.. bila waktu subur..bila next period.. tp kene make sure kene key in date each time kita start and end period every month.. selain tu pemakanan pun nak kene jaga.. jom ke blog sy..ada dikongsi tips untuk kekal sihat dengan cara yang selamat dn mudah.. insyallah bermanfaat.. >>>Amalan untuk sihat secara semulajadi! <<<


  34. Unknown Says:

    Assalamualaikum sis..sy nk.tnya mcm mna nk thu wktu sbur?
    last peroid:
    7 nov 2015
    8 dis 2015
    8.jan 2016

    n soalan ke 2..
    nk kira ktran haid mcm mna?adkah start hari pertama haid smpai haid strusnya..
    mf ye..sy x fhm kt atas tu..


  35. Zurani Says:

    Assalamualaikum,biasa kitaran haid sy memang teratur setiap5 setiap bln tp bln 8 ni dua kali sy period,5 dgn 29,ada kah sy msh dlm keadaan subur


Sahabat2ku.......