Kelainan dalam PRU13 - Dakwat Kekal!
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Buat pertama kalinya saya berasa berdebar2 juga dgn PRU13 ni (mengalahkan calon yg bertanding plak), pilihanraya sebelum ini okay aje, entah kenapa saya plak yg terasa bahangnya. Bukan apa, hanya sebagai rakyat Malaysia, saya risau juga kerana undian ini penentu masa depan negara. Saya rasa bertanggungjawap juga.... Dan buat pertama kalinya juga, PRU13 akan menyaksikan satu kelainan iaitu penggunaan dakwat kekal...ini pengalaman pertama ni..... entah macam manalah caranya kan.... apa2 pun kita semua perlu tahu....kan undi kita tu amat berharga waktu tu, kan??? Jadi apa2 pun pada saya, kalau ianya demi kebaikan, kita sokong saje demi negara Malaysia. Lagi pun dakwat kekal tu tidak menghalang air ketika kita berwuduk dan akan hilang dalam tempoh masa tertentu.
Lagi pun ianya bertujuan memastikan perjalanan pilihanraya yang telus dan bersih....... InsyaAllah.
Kenapa gunakan Dakwat kekal ini?
Selaras dengan keputusan Dewan Rakyat meluluskan syor-syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada 19 April 2012 yang lalu, SPR telah mendapatkan sampel dakwat kekal yang pernah diguna pakai oleh negara lain untuk diuji oleh Jabatan Kimia.
Tujuan diperkenalkan penggunaan dakwat kekal adalah bagi menangani persepsi bahawa terdapat pengundi yang mengundi dua kali menggunakan kad pengenalan yang berlainan. Dengan tanda yang kekal pada jari, ia menandakan beliau telahpun diberikan kertas undi dan hanya boleh mengundi sekali sahaja. Dakwat tersebut juga disediakan dalam dua warna yang berbeza bagi membezakan pengundi yang mengundi awal dan yang mengundi pada hari pengundian biasa. sumbernya di sini!
- Laporan Jabatan Kimia Malaysia menyatakan ujian dakwat kekal adalah telap air dan kekal pada kulit jari dan kuku.
- Dewan Rakyat telah meluluskan penggunaan dakwat kekal iaitu salah satu syor dalam Laporan Jawatankuasa Penambah Baikan Proses Pilihan Raya.
- Kementerian Kesihatan Malaysia telah merumuskan bahawa bahan yang digunakan dalam dakwat kekal tidak memudaratkan kesihatan.
- Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa penggunaan dakwat kekal adalah harus dari aspek syarak.
Kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada pengundi sekiranya :
- Pengundi enggan menunjukkan tangannya untuk diperiksa oleh kerani pengundian pertama
- Pengundi enggan jarinya dicalit dengan dakwat kekal
- Jari pengundi telah dicalit dengan dakwat kekal atau
- Nama pengundi telah ditandakan dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya. Walaupun jarinya tiada tanda dakwat kekal.
APA YANG PERLU KITA TAHU tentang DAKWAT KEKAL :
- Dakwat kekal dibenarkan Syarak dan telah diluluskan oleh Majlis Fatwa, Tidak menghalang air ke kulit ketika wuduk, Hukum Harus .
- Laporan dari Jabatan Kimia Malaysia bahawa dakwat ini adalah kekal pada kulit jari dan kuku serta tidak kalis air/ telap air.
- Kementerian telah merumuskan bahawa bahan yang digunakan dalam dakwat kekal ini tidak memudaratkan, tidak mengakibatkan alahan serta jangkitan kulit.
- Tempoh luntur dan warna berbeza untuk pengundi pos/awal dan pengundi biasa.
- Warna dirahsiakan oleh SPR untuk mengelakkan penipuan.
- KERING KIRA-KIRA SEMINIT SELEPAS DICALIT.