Iman dalam berkasih sayang
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Daripada Umar Al Khatab r.a. Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah terdapat satu golongan yang bukan para nabi dan juga bukan para syuhada’ akan tetapi dicemburui oleh para nabi dan syuhada’ terhadap kedudukan mereka di sisi Allah pada hari kiamat kelak. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka? Jawab baginda: Mereka adalah golongan yang berkasih sayang dengan semangat cintakan Allah dan bukan kerana tali persaudaraan, atau harta benda. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka bercahaya. Dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia lain berasa takut. Mereka juga tidak sedih ketika manusia lain berasa sedih”.
Setiap insan yang jiwanya penuh dengan rasa kasih dan sayang iaitu sayang terhadap tuhannya juga terhadap hambaNYA … makhluk ciptaanNYA… hanya kerana Allah s.w.t… pasti akan diberi IMAN yang kuat.....mereka akan lebih tabah dan sabar dalam menerima ujian Allah seandainya diuji, mereka akan lebih muhasabah diri lagi! Banyak benar tercatat di dalam Al-Quran tentang nilai kasih sayang ini ....... Firman Allah SWT:- "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang" (Surah Maryam ayat 96).
Dalam Islam, prinsip kehidupan adalah berdasarkan kekuatan dari dalam diri setiap insan dan kekuatan itu tidak sepatutnya digunakan untuk menindas orang yang lemah. Yang lemah dibantu, yang kuat membantu. Maka, Islam menjadi satu agama yang paling lengkap dan sempurna, kerana kita sebenarnya hidup, membesar dan seterusnya berkembang atas kasih sayang Allah SWT, atas berkat dan sifat PemurahNya dalam menyediakan peluang rezeki serta membuka pintu hati, cara berfikir dan membentuk tindakan berdasarkan ketetapan-ketetapan tertentu.
Kini kita melihat terlalu banyak nilai-nilai kesombongan diri, kerakusan manusia, kejahilan, sikap yang melampau serta jumud pemikiran. Semua ini tidak akan ada seandainya wujudnya IMAN dan kasih sayang sesama manusia semata-mata kerana Allah SWT.
Justeru itu, jangan kikis fitrah rasa kasih dan sayang yang ada dalam diri kita… akan tetapi semai dan bajailah ia dan serahkan pada yang berhak… InsyaaAllah…
Salam ceria, moga pagi Jumaat ini akan membawa anugerah kehidupan yang terbaik dan moga segala urusan berjalan lancar dan mudah....InsyaAllah. Dan moga KASIH SAYANG bertambah dari hari ke hari bagi memacu dan memantapkan IMAN di dada. Sirami, bajai dan jagai kasih sayang kita bukan sahaja dengan kekasih hati, namun sesama manusia. Di kiri kanan, depan dan belakang kita, adalah manusia2 yg sama dengan kita, lemparkanlah senyuman kita sesama manusia agar silaturahim terjalin mesra. Walaupun kita tak mampu untuk sayang menyayangi sepertimana kita berikan kepada suami, isteri dan anak2 atau ibu bapa kita, cukuplah sekadar memberikan senyuman....kerana ianya adalah cara kasih sayang@sedekah yg paling mudah sekali. Atas dasar kasih sayang yang di tuntut oleh Allah SWT dikalangan kita sesama manusia, asuhlah diri kita agar tahu menjaga nilai-nilai kasih sayang dan yakin dengan Allah dalam menerima ketentuan Tuhan mengikut kehendakNya.
Kasih sayang di perlukan oleh semua insan. Justeru suburkan Roh, Mental dan Fizikal dengan kasih sayang yang tepat mengikut kehendak Allah.
Bagaimana kasih sayang mampu menguatkan iman? Firman Allah SWT; "Orang beriman itu ibarat bangunan yang kukuh (kuat menguatkan satu dengan lain).
Sabda Rasullullah SAW: “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri”. ~~
Apabila kita berkasih sayang dengan penuh keikhlasan pasti ianya menjadi sesuatu yang terindah. Kasih sayang bukan hanya untuk pasangan kekasih sahaja (opsss...tu tak boleh...haram! Nikah dulu yer) tetapi konsep kasih sayang dalam Islam terlalu luas, seperti sabda Rasullullah SAW:-Daripada Umar Al Khatab r.a. Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah terdapat satu golongan yang bukan para nabi dan juga bukan para syuhada’ akan tetapi dicemburui oleh para nabi dan syuhada’ terhadap kedudukan mereka di sisi Allah pada hari kiamat kelak. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka? Jawab baginda: Mereka adalah golongan yang berkasih sayang dengan semangat cintakan Allah dan bukan kerana tali persaudaraan, atau harta benda. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka bercahaya. Dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia lain berasa takut. Mereka juga tidak sedih ketika manusia lain berasa sedih”.