Khadijah belum tumbuh gigi lagi!!!
Assalamualaikum....
Tiba-tiba pula terfikir...kenapa Khadijah belum tumbuh gigi lagi...dah 9 bulan dah! Berbanding kakak2nya dalam 5 - 7 bulan dah tumbuh 5-6 btg gigi dah....tapi Khadijah satu pun belum. Pelik! Pas tu surfinglah kat internet, ada macam2 pendapat....namun yg penting semuanya positif. Bukan apa...bila menyentuh tentang anak2 ni hati ibu mana yg tidak risau. Tapi kalau nak risau pun biarlah bertempat kan???
Inilah Siti Khadijah Maisarah...rambut pun tak lebat lagi... |
Pertumbuhan gigi bayi memang berbeza. Proses pembentukan gigi bermula semenjak dari bayi dalam rahim lagi. Sebenarnya di dalam kandungan bayi sudah memiliki 20 gigi susu yang terkubur di dalam gusi. Seiring dengan bertambahnya usia bayi, gigi-gigi ini akan muncul secara bertahap. Proses munculnya gigi setiap bayi berbeza-beza,tapi umumnya ketika bayi berusia 4-6 bulan gigi susu tumbuh.
Pada kebiasaannya gigi ini akan keluar mengikut usia (anggaran):
1.Gigi kacip bawah (2 batang): 6 bulan
2.Gigi kacip atas ( 2 batang) : 8 bulan
3. Set kedua gigi kacip atas (2 batang) : 10 bulan
4. Set kedua gigi kacip bawah (2 batang) : 10 bulan
5. Set gigi molar pertama (4 batang) : 14 bulan
6. Gigi taring (4 batang) : 18 bulan
7. Set gigi molar kedua (4 batang) : 2-3 tahun
Pada kebiasaannya, bayi perempuan mengeluarkan gigi lebih awal dari bayi lelaki. Gigi kekal akan tumbuh ketika anak berusia sekitar 6 tahun. Gigi yang keluar tidak mengoyakkan gusi, tetapi gusi hanya akan menjadi bengkak dan kemudian lembut bagi memudahkan laluan untuk pertumbuhan gigi. Lagi pun fungsi gigi tidaklah mustahak ketika mereka masih bayi.
Tanda-tanda apabila tumbuh gigi
Apabila gigi mula keluar dari gusi sudah semestinya, bayi akan merasa sakit kerana gusi menjadi bengkak. Tahap kesakitan yang dialami berbeza-beza ini bergantung kepada bayi itu sendiri. Ada bayi yang menangis kerana tidak tahan dengan kesakitan dan ada bayi yang selesa seolah-olah tidak merasa sakit.
Kesakitan ini bermula seminggu sebelum gigi keluar dari gusi dan bayi merasa lega apabila giginya sudah keluar.
Tanda biasa yang dapat dilihat pada bayi ialah air liur yang meleleh, mudah menangis tanpa sebab terutama waktu malam, demam yang rendah dan gusi yang bengkak. Selain itu mungkin terdapat ruam di muka bayi akibat air liur yang keluar dengan banyak.
Ada ibubapa yang perasan bayi mereka mula menghisap dan menggigit jari atau mainan mereka bagi mengurangkan rasa sakit.
Kesakitan akibat tumbuh gigi akan hilang dengan sendiri tanpa perlu mendapatkan rawatan, jadi ia tidak perlukan rawatan kecuali ia bertambah teruk.
Ketika pertama kali gigi muncul, maka itu pula anda harus melakukan perawatan gigi bayi. Gunakan kain kasa yang dililitkan di jari untuk membersihkan gigi dan gusinya. Selain itu periksakan gigi anak secara teratur. American Dental Association menganjurkan, perawatan gigi ke doktor dimulai ketika gigi pertama anak mulai tumbuh.
Kebanyakan bayi yang mendapatkan air susu ibu, giginya akan lebih terjaga. Tetapi jika bayi mendapatkan susu botol, perlu ekstra perhatian. Penggunaan botol yang kurang tepat dapat merosakkan kecantikan dan pertumbuhan gigi bayi.
Yang perlu anda lakukan ketika gigi si kecil mulai tumbuh:
- Bersihkan mulut (gigi, gusi, dan lidah) bayi secara teratur terutama sehabis minum susu atau minuman manis lainnya juga sehabis makan.
Berikan benda yang bersih dan selamat pada bayi untuk digigit. Misalnya: carrot, buah-buahan, atau teether (mainan yang dapat digigit terbuat dari plastik tak beracun dan berisi cairan). - Bila bayi tidak boleh tidur kerana nyeri akibat tumbuhnya gigi berikan ubat pereda nyeri yang dianjurkan doktor.(jika perlu)
- Cubalah mengosok atau menggosok perlahan gusi bayi dengan jari yang bersih atau gel khusus pereda nyeri gusi bayi.
Wallahu'Alam bissawab.....