Ceriakan hari anda..... Setiap hari tanpa mengira hari!
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Entri pagi Isnin, biasanya hari yg bz sesangat....biasalah ibu suri rumahtangga....bz dari orang yg bekerja....namun apa pun, kerja secara officially or non-officially especially suri rumahtangga tanggungjawab tetap harus diteruskan, ianya sebahagian kerja....yang mana semua kerja dirangkumi bersama, jaga suami, rumah, anak dan juga seisi rumah..., apa pun selamat bekerja bagi yang telah memulakan "Kerja". Moga hari ini akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari semalam. Dan yang paling penting sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT, moga segala apa yang kita usahakan dimudah dan dilancarkan.
Untuk lebih mendapatkan keberkatan di pagi hari ini dan setiap hari, marilah kita sama2 lakukan solat Dhuha, agar segala kerja dan usaha kita dalam berbuat kebaikan dan juga dalam mencari rezeki lebih lancar dan lebih mudah serta lebih diberkati. InsyaAllah.
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh".
Dalam riwayat Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Moral of the story : Mulakan hari anda dengan sesuatu yang baik, insyaAllah semuanya akan baik sehingga ke akhir hari anda.....