F

Jujurkah diri????



Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Tadi pas antar anak2 g sklh...singgah kat gerai jual buah-buahan. Keysha dan Khadijah mmg suka mkn pisang...jadi singgah lah kedai tu...mmg selalu pun singgah gerai buah tu. Nak jadikan cerita.....tadi beli pisang dan mangga lemak manis semuanya RM14. So, jadi bglah RM50 kat penjual tu, sbb dh biasa dgn penjual tu, jd saya tak kiralah duit kembaliannya....terus masuk bag. Sampai rumah, dh duduk rileks dan makan2 pisang ....semua dah selesai. Bila nak ambik handphone, nmpk duit kat dlm bag tadi ..........tgk duit mcm ada lebih aje....padahal dah beli pisang dan buah magga tadi....cuba ingat2 balik rasanya, penjual gerai buah tu dah bagi extra duit kembalian dari sepatutnya. So nmpknya ptg nnt kena pulangkan lah duit tu semula...rasa tak tergamaklah pulak...walaupun bknlah salah sendiri, tapi rasa jujur tu lebih mengatasi dari segalanya...mesti pulangkan balik....rasa mcm tak berkat aje makanan tu.... Nasib baik gerai tu dekat, bayangkanlah kalau jauh...amboi fikir dua kali jgk nak hantar semula. Apa pun kita buat apa yg termampu...... Dalam hidup ni kita bukan sahaja mesti jujur sesama manusia tetapi mesti jujur juga kepada diri sendiri. 



Jujurkah diri kalau makan sesuatu yg bkn hak kita?
Jujurkah diri kalau ambil sesuatu yang bukan hak kita? 
Jujurkan diri kalau berdiam diri melihat kemungkaran depan mata? 
Jujurkan diri kalau kita tahu perbuatan kita itu salah tapi tidak mahu memperbetulkannya?









Dalam hal berjual beli pun, nilai kejujuran amat2 penting. Namun, bukan peniaga sahaja yang perlu jujur, kita sebagai pembeli pun mesti jujur jgk...yelah bila berlaku mcm hal yg saya alami tadi, jujur itulah yang mesti ada dalam jiwa kita. Jujur sesama manusia, mendekatkan kita kepada Allah SWT. Bila kita mampu jujur, maka kita mampu menggendalikan diri kita. Bila diri kita tak mampu terkendali, maka syaitan dan nafsu bermaharajalela, maka mampukah jujur itu wujud dalam diri kita? Rasanya tidak...... Smiley

Rasulullah s.a.w. juga sering menggalakkan umatnya untuk bersikap jujur dan menjelaskan bahawasanya kejujuran itu pintu kepada kebaikan. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya, kejujuran itu membawa kepada kebaikan. Sesungguhnya, kebaikan itu membawa kepada syurga. Seseorang tidaklah sentiasa jujur melainkan akhirnya Allah s.w.t. menulisnya (menggelarnya) sebagai orang yang siddiq…" (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kejujuran atau jujur bermaksud benar, sesuatu perkara, pernyataan, kata-kata atau perbuatan yang benar, kebenaran, tiada penipuan atau dalam erti kata lain yang lebih mudah adalah tidak menipu, tiada penipuan berlaku samada di dalam perbuatan, tingkah laku , pernyataan atau tutur kata...
0 Responses

Sahabat2ku.......