Gangguan Mental selepas bersalin
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Semalam rakan saya dari Johor called...dia bagi tahu dia kat Hospital tengah buat terapi. So saya tanya lah pasal apa..... rupa-rupanya every 6 months dia akan berjumpa psychiatrist utk treatment. Saya pernah dengar dia kata dia kena meroyan... tetapi saya tidak sangka situasinya begitu teruk hinggakan dah anak 3 pun dia masih mendapat rawatan lagi...dan adakalanya "meroyan" datang memang dia tak dapat kawal diri. Katanya selepas melahirkan anak pertama dia mendapat gangguan emosi tetapi dia sendiri pun tak tahu apa puncanya.... dia tak sukakan anaknya, hingga suaminya terpaksa menjauhkan anak daripadanya. Dia tidak mahu menyusukan anaknya dan dia merasakan anak tu menyusahkan hidupnya. Padahal rakan saya tu punyalah susah nak dapat anak selepas 7 tahun lebih baru dia dapat anak pertama...tetapi macam tu pula takdirnya. Namun selepas mendapat rawatan, keadaannya semakin stabil cuma bergantung kepada ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital... sehingga skrg anaknya dah 3 orang....alhamdulillah....tetapi kadang2 keadaannya akan berulang lagi..... dia memang tak boleh tertekan, kadang2 hanya tekanan yang pada wanita normal biasa aje tetapi pada dia ianya sesuatu yang membebankan, maka situasinya akan berulang lagi, dia akan menjerit2 dan membaling-baling barang, jadi anak2nyalah yang akan menjadi mangsa...... Menurutnya kalau dulu setiap bulan dia akan berjumpa pakar tetapi sekarang hanya 6 bln sekali berbekalkan macam2 ubat.....skrg dah 8 tahun dia berulang-alik ke hospital utk rawatan....katanya. Begitulah takdirnya....namun apa jua keadaan kita mesti redha dah berusahalah mencari penyelesaiannya...dalam hal ini suamilah yang perlu memberi sokong yang padu, terutama kena menjaga emosi isteri agar tidak terganggu.
Berikut adalah artikel yang saya kumpulkan melalui pembacaan saya di laman-laman web...... moga bermanfaat.
Terdapat beberapa gangguan emosi yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental selepas melahirkan anak. Meroyan atau gila meroyan merupakan istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin. Walaupun ia lebih sinonim diperkatakan oleh masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namun ia juga sebenarnya turut menimpa wanita profesional.
Gila meroyan
Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.
Pendapat terkini mengatakan penyakit gila meroyan postpartum pyschosis juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita selepas bersalin.
Sebenarnya tiada kaitan yang kukuh antara cara berpantang mengikut orang tua dan risiko untuk mendapat meroyan. Daripada beberapa kajian yang pernah dibuat, ada sedikit sebanyak kesan positif bagi ibu-ibu yang mengamalkan urutan selepas bersalin dan bertungku semasa dalam pantang kerana ia dapat mengurangkan risiko kemurungan. Kajian tersebut turut mendapati ibu berpeluang berbual-bual sambil meluahkan perasaan semasa menjalani prosedur tersebut yang pada kebiasaannya berlangsung selama dua jam sehari dalam jangka masa dua minggu pertama selepas bersalin. Perbualan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan stres yang dialami oleh ibu tersebut.
Gangguan perasaan
Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85 peratus sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakannya hanya mengalami pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan. Bagaimanapun, dalam segelintir 10 peratus wanita, gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan.
Pengenalan
Proses kehamilan dan kelahiran adalah salah satu fasa perubahan dalam kehidupan seorang wanita yang mana ia boleh mendatangkan ketidakseimbangan dalam diri wanita tersebut. Ia boleh dianggap sebagai satu proses kematangan diri, walaupun sesetengah wanita, mungkin menghadapi masalah. Penyakit mental selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
Gangguan emosi postpartum
Kemurungan postpartum atau meroyan
Psikosis postpartum, juga disebut meroyan
(Postpartum=waktu selepas bersalin)
Ganguan emosi postpartum
Ia berlaku ke atas 25 - 85% wanita yang baru bersalin. Tanda-tanda penyakit ini timbul beberapa hari selepas bersalin dan ia memuncak pada hari kelima. Namun begitu, gangguan emosi ringan ini biasanya pulih dalam masa dua minggu.
Kemurungan postpartum
Ianya berlaku di kalangan 10 - 20% wanita selepas bersalin. Gejala-gejala timbul dalam masa sebulan selepas bersalin. Pada kebiasaannya, penyakit ini sembuh dengan tersendiri dalam jangka masa tiga hingga enam bulan, tetapi bagi kes-kes yang berat ia mungkin berterusan sehingga dua tahun.
Psikosis postpartum
Keadaan ini jarang dijumpai tetapi serius dan berlaku dalam setiap 500 - 1000 jumlah kelahiran. Gejala penyakit ini timbul dengan pantas dan biasanya timbul beberapa hari sehingga dua atau tiga minggu selepas bersalin. Walaupun begitu,risiko tetap tinggi selepas beberapa bulan kemudian.
Tanda-tanda dan gejala
Gangguan emosi postpartum
Kemurungan yang ringan dan emosi yang berubah-ubah
Mudah menangis
Mudah melenting
Gelisah
Kurang penumpuan
Kurang selera makan dan gangguan tidur
Kemurungan postpartum
Perasaan murung
Letih lesu dan tidak bermaya
Suka memencilkan diri
Kerap mengadu akan kurang sokongan sosial
Salah faham akan kehendak bayi
Kurang penumpuan dan daya ingatan
Psikosis postpartum
Gangguan tidur dan perubahan selera makan
Mudah resah
Berfikir untuk membunuh diri dan melakukan pembunuhan
Perasaan dan kelakuan yang pelik
Gejala psikosis. Contoh seperti mendengar suara walaupun pada zahirnya tiada orang di sekeliling (halusinasi) atau kepercayaan yang tidak rasional (delusi)
Komplikasi
Bayi-bayi kepada ibu yang menghidapi penyakit mental selepas bersalin kelak berkemungkinan mempunyai masalah dalam emosi, tingkah laku dan pembelajaran. Di samping itu di kalangan kes-kes yang melampau, ibu yang mempunyai penyakit mental selepas bersalin ini boleh mencederakan bayi mereka.
Rawatan
Gangguan emosi ringan postpartum
Pendidikan mengenai gangguan emosi ini amatlah penting. Ibu yang diganggu dengan masalah emosi ini memerlukan sokongan daripada ahli keluarga dan juga bantuan dalam mengurangkan punca tekanan psikologi. Ahli keluarga hendaklah membawa ibu untuk berjumpa dengan doktor sekiranya tanda-tanda penyakit didapati semakin teruk.
Kemurungan postpartum
Pendidikan, memberi ketenangan dan sokongan terutamanya daripada ahli keluarga adalah amat digalakkan untuk membantu dalam proses pemulihan. Psikoterapi sokongan dan terapi kognitif didapati berkesan, di samping ubat-ubatan yang diberikan dalam kes-kes tertentu. Bagi kes-kes yang teruk, pesakit mungkin akan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut dan dalam kes begini, perjumpaan antara ibu dan anak digalakkan.
Psikosis postpartum
Kemasukan ke wad mungkin diperlukan. Ubat-ubatan diberikan untuk mengawal gejala-gejala. Dalam setengah kes-kes yang teruk terapi "elektrokonvulsif" mungkin diperlukan. Ahli keluarga pula perlu diberi penerangan mengenai penyakit ini.
Pencegahan
Pengesanan awal ke atas ibu yang berisiko untuk mendapat penyakit mental postpartum amatlah penting agar rawatan dapat dimulakan dengan secepat mungkin. Wanita yang dikategorikan sebagai mempunyai risiko yang tinggi termasuk mereka pernah mengalami penyakit mental postpartum, sejarah keluarga yang mempunyai penyakit mental, kehamilan yang tidak dirancang dan kepincangan rumah tangga. Sokongan emosi, rohani, fizikal dan sosial amatlah penting bagi ibu-ibu selepas bersalin sebagai satu aspek pencegahan penyakit mental selepas berkahwin.
Tips
Bagi mengurangkan masalah tersebut, pelajarilah tanggungjawab sebagai ibubapa daripada kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan sebelum mengandung.
Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami, ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika merasa tertekan. Dapatkan pembantu rumah atau ahli keluarga yang lain untuk menguruskan kerja-kerja seharian dan membantu penjagaan bayi dan anak anda yang lain semasa tempoh berpantang kerana anda masih lemah.
Rehat yang cukup juga adalah penting. Ambil udara segar di luar dan jangan hanya berada di rumah walaupun anda berpantang. Beri masa untuk diri anda sendiri. Pengambilan diet dan pemakanan yang berkhasiat juga penting dititikberatkan untuk kembali cergas.
Rehabilitation
Kemurungan postpartum
Psikosis postpartum
Kumpulan sokongan
www.postpartum.net
Rujukan:-
Postpartum Depression Fact Sheet: National Women's Health Information Centre.(www.4woman.gov)
American Association of Family Physicians (www.aafp.org)
Rasanya peranan suami dapat membantu mengatasi masalah begini,, Lagipun, seronok betul jaga isteri berpantang ni.. Memang satu pengalaman baru yang sangat berharga.. Ni nukilan personal experience saya sendiri menjaga isteri berpantang.. :)
http://miaqaisarah.com/2015/08/10/pengalaman-jaga-isteri-berpantang/
Situasi Ini yang saya alami ketika ini perasaan sedih tiba2 rasa nk menangis ,sensitif yg terlampau cepat marah ,kurang selera makan ,susah nak tido jauh kan diri dari org lain
Situasi Ini yang saya alami ketika ini perasaan sedih tiba2 rasa nk menangis ,sensitif yg terlampau cepat marah ,kurang selera makan ,susah nak tido jauh kan diri dari org lain