Adakah kolagen rumpai laut yang dihasilkan sendiri BERKUALITI?
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Berkongsi tentang artikel yang dipetik dari FOKUS SIHAT, Mingguan Malaysia (21/04/13). Sekadar berkongsi.....moga bermanfaat!
Secara umumnya, pertambahan usia dan gejala penuaan bukan satu jenis penyakit. Keadaan ini harus diterima secara positif. Bagi membantu mengatasi masalah wanita 40-an, pakar kecantikan menyarankan pengambilan kolagen.
Kolagen adalah sejenis protein yang penting dalam tubuh manusia. Lazimnya, kolagen dikaitkan dengan kulit dan anti peuaan. Ini diakui sendiri oleh Pakar Perubatan Dan Kosmetologi, Dr. Zaman Khan yang berpendapat kolagen bertanggungjawab untuk mengekalkan yang ideal kulit lembut yang kuat.
Kolagen semulajadi ialah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh manusia. Suntikan kolagen sering digunakan sebagai fillers kulit, merawat kedutan, melicinkan kulit serta merawat parut jerawat dan lain-lain garisan dermatologi yang tidak diingini. Sumber kolagen diperoleh daripada ekstrak seperti haiwan, hidupan marin dan tumbuhan.
"Kolagen boleh diperoleh daripada ekstrak tumbuhan seperti soya, gandum, biji anggur, beras perang adalah paling selamat dan kurang kesan alahan pada manusia," ujarnya.
Tambah Dr, Zaman, terdapat perbezaan antara kolagen dan botox.
Katanya, botox secara saintifik adalah toksin yang menyekat saraf, yang dibuat untuk melepaskan atau menahan ketengangan otot muka.
Walaupun suntikan botox menghapuskan kemunculan kedut dan tanda-tanda penuaan yang tidak diingini, kaedah ini diketahui mempunyai kesan sampingan sementara, seperti kemunculan lebam di kawasan yang dirawat.
"Kedua-dua kolagen dan botox dianggap sebagai pilihan yang selamat untuk prosuder kosmetik, tetapi penggunaan kolagen boleh juga digunakan sebagai "suplemen" kepada manusia dan terbukti merawat dan membaiki set kulit dari dalam yang diambil secara minuman atau makanan kesihatan,"katanya.
Bilangan Kolagen.
Dr. Zaman memberitahu, biasanya manusia memerlukan 250 hingga 300 miligram kolagen untuk kilo pada badan manusia. Kolagen biasanya diperperlukan oleh sendi dan tulang manakala pengambilan kolagen secara konsisten selama 12 minggu dapat memperbaiki keadaan dan struktur kulit, tulang dan sendi.
Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, keadaan ini bergantung pada umur dan keadaan kulit anda di sekitar muka dan mata.
"Sesetengah individu melihat keputusan yang lebih baik apabila mengambil 10,000 miligram setiap hari dalam dos mengikut keperluan umur anda,"katanya.
Kesan Sampingan
Sekiranya kita menggunakan produk koagen yang diuji dan dipasarkan mengikut piawaian, kita dapati kesan sampingannya sangat kurang atau hampir tiada.
Jika dilihat dari sudut klinikal, penggunaan kolagen untuk setiap manusia adalah berbeza-beza dan kesan sampingannya pula berbeza-beza.
Menurut Dr. Zaman, setiap orang perlu melakukan ujian kesihatan terhadap badan anda untuk memastikan kesan sampingan terhadap mana produk.
"Tetapi untuk mereka yang telah berumur 30 tahun ke atas, pengambilan makanan tambahan perlu untuk menjaga kesihatan dan membekalkan kolagen secukupnya dalam badan,"ujarnya.
Kolagen Dan Plasenta
Terdapat juga kekeliruan antara kolagen dan plasenta yang terkandung dalam produk kecantikan. Dr. Zaman menjelaskan, kedua-duanya ini merupakan bahan yang berbeza.
"Kolagen dihasikan daripada ekstrak protein, plasenta pula dikenali sebagai ari-ari berfungsi sebagai media nutrisi untuk embrio yang ada dalam kandungan. Plasenta pula adalah kawasan tengah yang memegang biji epal dan tempat penahanan benih,"katanya.
Tambah Dr. Zaman, semasa proses pertumbuhan buah epal, kawasan ini adalah tempat saluran makanan dan sumber nutrient kepada buah epal.
Sama seperti plasenta manusia, ia adalah suatu kawasan sumber khasiat tinggi dan saluran utama nutrient kepada bayi.
Sementara itu, plasenta daripada tumbuhan adalah lebih baik daripada plasenta haiwan kerana berunsurkan serat dan sumber yang diekstrak dari proses fotosintesis (lebih mikro) dan mudah diserap kulit.
Jelas Dr. Zaman, penggunaan plasenta yang berasaskan haiwan, perlu diperiksa dengan teliti dan dipastikan halal kerana terdapat juga sesetengah produk ekstrak plasenta daripada babi dan sumber yang tidak dibenarkan dalam islam.
Terdapat kes yang menghasilkan kolagen daripada rumpai laut di rumah sendiri dan bagi doktor Zaman, ekstrak rumpai laut atau lain-lain ekstrak yang dihasilkan secara sendiri tidak dilakukan secara mengikut piawaian. Amalan kesihatan sangat mementingkan ciri-ciri kesihatan supaya tidak meninggalkan kesan yang tidak baik. "Jika kita melakukan sendiri di rumah, ia mungkin mendatangkan kesan yang postif untuk jangka masa pendek tetapi mungkin mendatangkan masalah kepada mereka yang mengekstrak kolagen ini sendiri. Sebagai doktor yang melakukan kajian yang terperinci selama 5 tahun, saya mendapati terdapat unsur kuman dan jangkitan pada kolagen yang tidak disimpan di tempat yang bersih dan ini boleh menyebabkan kualiti kolagen hilang dan kesan yang tidak baik pada badan." katanya.
Oleh itu, anda perlu lihat bagaimana pengamal kesihatan, saintis melakukan kajian dan proses mengekstrak kolagen yang rumit dengan peralatan klinikal yang canggih. Nasihat Dokor Zaman supaya para pengguna menilai ini dengan lebih serious tentang melakukannya sendiri. Sebagai pengasas produk Collagen House, Doktor Zaman hanya menggunakan sumber kolagen yang berkualiti tinggi dan kolagen yagn berasaskan tumbuhan dalam produk kolagennya. Faktor ini penting untuk kesan penyerapan yang lebih cepat berbanding kolagen lain.
"Peratus kolagen yang digunakan pada produk kami adalah tinggi dan anda boleh melihat kesannya pada sapuan kali pertama. Saya berharap pengguna lebih pandai menilai dan melakukan kajian untuk memastikan mereka tidak hanya membeli produk kecantikan atas faktor harga yang murah," ujarnya.
Bagi produk kolagen yang digunakan secara luaran atau sapuan pada kulit tidak mempunyai masalah kepada ibu yang hamil. Bagi golongan ini terdapat kes pengambiulan parasetamol juga boileh menyebabkan masalah pada kandungan. "Nasihat saya untuk yang ingin mengambil produk kolagen pastikan jangan mengambil pada trimester 1 kehamilan. Tetapi untuk produk kolagen yang digunakan secara pengambilan dalaman harus mendapatkan nasihat doktor dan tidak mengambilkan tanpa pengetahuan," katnya.
Kesan
Sama seperti produk-produk kecantikan lain sudah tentu orang ramai inginkan kesan yang cepat. Doktor Zaman menjelaskan, kesan kepda individu bergantung kepada jenis produk yang digunakan. Katanya, terdapat pelbagai jenis produk yang mempunyai peratus kolagen yagn berbeza-beza. Jadi, untuk produk yang mempunyai peratus dan kualiti kolagen yang tinggi, hasilnya dapat dilihat seawal seminggu. "Pengalaman pengguna yang menggunkan produk saya yang mempunyai kandungan kolagen seperti Krim Pemutih badan, Krim Muka dan Set Pemutih muka dapat dilihat seawal seminggu," ujarnya. Ini jelas menunjukkan faktor penting yang perlu di ambil kira ialah kandungan produk yang digunakan. Pastikan anda faham kandungan itu boleh membantu kulit anda lebih sihat. Dalam pada itu, sekiranya pengguna telah menggunakan produk kecantikan kulit seperti B Kompleks, Vitamin C dan lain-lain, mereka masih boleh menggunakan produk kolagen untuk kulit mereka. Produk kolagen kami terutamanya telah menggabungkan ekstrak kolagen bersama ekstrak vitamin dan khasiat daripada ekstrak semulajadi tumbuhan seperti vitamin C, B Kompleks, B12 dan lain-lain nutrian secara semulajadi yang terdapat pada tumbuhan.