F

Rumpai laut ada COLLAGEN ke?

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Hingga hari ni dah 4 hari minum rumpai laut....rasanya biasa aje, macam jelly aje, cuma ada bau hanyir skit, tapi bila dh campur dengan sunquick oren atau milo....tak da bau pun. Macam minum cincau aje, tp cincau kenyal, rumpai laut ni lembut skit. Setakat ni tiada apa2 yg terjadi...hehhhehe.... yelah mkdsnya tiada kesan sampingan pun....tiadalah rasa nak muntah pening ke atau apa2 yg tidak diingini. Alhamdulillah mgkn badan dpt terima kot.... cuma apa yg nak saya citerkan dan menjadi tanda tanya...betul ke rumpai laut ni ada collagen? Sbbnya ramai yang menggelarkan sebagai PURE MARINE COLLAGEN...ye ke? Ada collagen ke? Saya terbaca satu blog yg menyatakan TIADA collagen dalam rumpai laut....nice article...baca dan ambik positifnya saje yer....Rumpai Laut - TIADA Collagen?

Rumpai laut terkenal sebagai salah satu “superfood orang timur” kerana sifat alkalinenya yang kuat, juga mengandungi kandungan protein yang tinggi disamping beberapa mikronutrien penting, ciri-ciri yang mana mirip seperti bayam. Secara amnya, rumpai laut ada berbagai jenis  dan species (dipecahkan kepada 3  jenis iaitu algae hijau, algae perang/kekuningan, dan algae merah/purple). Ia tumbuh di kawasan air masin (laut) dan tertumpu pada kawasan yang cetek agar dapat menerima cahaya matahari yang cukup untuk menjalani proses fotosintesis. Memandangkan ia kekurangan sifat seperti tumbuhan yang lengkap (bersifat ringkas), ia memerlukan “sokongan” struktur untuk berpaut dan tumbuh. Itulah sebabnya Rumpai Laut seringkali dilihat tumbuh di kawasan laut yang cetek dan berbatu.

Skrg ni dah menjadi bualan seantero Malaysia....hehehe...betul ke? Bahawa rumpai laut ada COLLAGEN dan ada yg kata tidak.... Namun, berapa ramai pun orang bercakap pasal
rumpai laut sama ada positif atau negatif, dan pelbagai andaian tentangnya, namun tidak mengapa.....asalkan ada perubahan pada kesihatan anda apabila menggunakan/memakannya, teruskanlah. Apa2 pun tak usahlah susah hati sgt pasal nama yg diberikan, yang penting ia adalah tumbuhan yang dijadikan oleh Allah SWT yang sangat berkhasiat, apa yang terkandung di dalamnya yang membuatkan ia berkhasiat hanya Allah sahaja yang tahu. Bersyukurlah kita semua kerana dapat mengetahui rahsia itu kerana sekurang-kurangnya kita tak payah membeli sesuatu yang berkhasiat dgn harga yg mahal demi untuk menjaga kesihatan. Cuma diharap kepada peniaga, jgnlah menyebarkan sesuatu yg tidak benar hanya semata-mata mengaut keuntungan. Trend orang kita akan cepat terpengaruh dengan promo2 yg dibuat oleh peniaga2/pengedar2, kalau sebut aje pasal kolagen berebut org beli.......semua org nak cantik..... sape tak nak cantik kan???

Walau bagaimana pun setiap yang diciptakan Allah memang ada kebaikan utk manusia, dan kita semua sedia maklum bahawa rumpai laut ni memang banyak khasiatnya. Antara khasiat dan fakta menarik berkenaan Rumpai Laut yang perlu anda tahu:
  • Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak).
  • Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
  • Kenapa sifat alkaline dalam Rumpai Laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, Rumpai Laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
  • Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
  • Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
  • Beberapa jenis Rumpai Laut bertindak sebagai agen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.
  • Ekstrak Rumpai Laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
  • Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
  • Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang terlalu banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine. Namun kejadian ini amat jarang berlaku tapi sekiranya ada tanda-tanda sakit perut, batuk, cirit - birit dan demam anda disyorkan minum segelas susu supaya dapat melegakan proses penghadaman dalam badan. Wallahu Alam bissawab......
1 Response
  1. Anonymous Says:

    kalau orang kata "rumpai laut mengandungi kolagen", itu memang sah menipu.

    tapi kalau dia kata "rumpai laut mengandungi vitamin yang meningkatkan penghasilan kolagen", baru betul.

    ada peniaga guna istilah yang kabur seperti "rumpai laut sebagai ibu kolagen", ini pun boleh masuk kategori nak menipu juga.

    yang sebenarnya rumpai laut ni tinggi kandungan vitamin c yang diperlukan untuk pembentukan kolagen. ia sebagai alternatif kepada suntikan vitamin c, sebab lagi murah dan lebih selamat.


Sahabat2ku.......