Tertib bersukan untuk wanita
ISLAM tidak menolak sebarang bentuk kegiatan sukan malah sentiasa menggalakkan umatnya bersukan sebagai kegiatan riadah yang menyihatkan kerana Islam mengambil berat hal ehwal umatnya. Bagaimanapun, keseronokan bersukan dan melakukan kegiatan jasmani tidak sepatutnya menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawab terhadap Allah seperti mengerjakan solat atau mengambil mudah soal aurat.
Oleh itu, Islam menggariskan kaedah terbaik untuk menutup pintu kerosakan dengan menyesuaikan kegiatan sukan mengikut syariat seperti mengasingkan tempat serta waktu bersukan bagi lelaki dan perempuan.
Syarat dan peraturan yang perlu diguna pakai sebagai rujukan dalam menjana kegiatan riadah bertujuan agar apa yang dilakukan tidak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.
Pembabitan wanita khususnya dalam kegiatan riadah atau sukan turut dibatasi dengan tata cara dan tertib yang telah digariskan Islam bertujuan menseimbangkan keperluan mereka dan pada masa sama memelihara kedudukan sebagai seorang Muslim.
Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam kegiatan sukan adalah menjaga auratnya. Aurat bagi seorang wanita Islam ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangannya.
Selagi syarat dan peraturan penutupan aurat ini tidak dilanggar, maka tidak menjadi suatu kesalahan atau halangan bagi wanita membabitkan diri dalam kegiatan sukan.
Justeru, perkara yang perlu diberi perhatian oleh wanita yang ingin terbabit dalam kegaitan sukan ialah:
* Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki;
* Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka; dan
* Wanita dilarang bergaul dengan lelaki sehingga melanggar batas pergaulan.
FAKTA
Bentuk rekreasi dan riadah
Memanah
Hadis diriwayatkan al-Bukhari yang bermaksud: “Sabda Rasulullah SAW: Lemparlah kamu (memanah) dan aku bersama kamu semua memanah.”
Memburu dan memancing
Firman Allah yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu buruan laut dan makanannya sebagai kesenangan bagi kamu, dan bagi orang yang dalam perjalanan, dan diharamkan atas kamu buruan darat selama mana kamu dalam berihram....” (Surah al-Maidah, ayat 96)
Firman Allah yang bermaksud: “Dan Dialah (Allah) yang memudahkan laut supaya kamu dapat makan darinya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya....” (Surah an-Nabi, ayat 14)
Kegiatan pertanian
Firman Allah ayat bermaksud: “Dialah (Allah ) yang telah menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya...” (Surah Hud, ayat 61)
Kegiatan ternakan
Firman Allah bermaksud: “Dan di antara binatang-binatang ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan disembelih....” (Surah al-An’am, ayat 142)
Faedah bersenam
# Individu yang kerap bersenam biasanya lebih bertenaga dan banyak stamina. Mereka tidak akan cepat penat apabila bekerja. Individu ini juga umumnya bersikap lebih positif dan optimistik
# Secara tidak sedar, senaman adalah cara terbaik untuk anda merehatkan badan. Jika anda letih bekerja, carilah masa untuk bersenam sebagai cara mudah merehatkan badan dan fikiran.
# Mulakan kegiatan cergas anda dengan senaman yang mudah dan digemari. Jika anda malu bersendirian, lakukannya bersama rakan.
# Lakukan senaman sekurang-kurangnya 20 minit dan tiga kali seminggu. Kajian menunjukkan bagi wanita, senaman yang dilakukan kurang daripada 20 minit tidak akan memecahkan lemak dan ia tidak memberi kesan kepada kesihatan secara menyeluruh.
# Ubah senaman setiap hari. Maksudnya anda tidak perlu terikat dengan satu jenis senaman kerana ia akan membuatkan anda bosan dan berhenti bersenam.
# Berhenti bersenam jika anda tidak sihat. Jangan paksa diri. Bersenam ketika sakit hanya akan memburukkan keadaan. Sambung apabila anda benar-benar sembuh.