F

Simpton Menopause dan Kaedah Rawatannya

Putus haid atau menopause adalah waktu pertengahan umur seseorang wanita itu di mana dia berhenti mengeluarkan haidnya. Ia terjadi apabila ovari berhenti menghasilkan telur. Selalunya ia terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes dimana ia berlaku secara tiba-tiba dan cepat. Jangka waktu yang diambil untuk mengalami putus haid secara terus dipanggil perimenopause. Ia akan mempengaruhi hormon, tubuh badan dan perasaan. Satu lagi istilah yang diberi kepada jangka waktu yang diambil oleh seorang wanita semasa perubahan dari tahap kesuburan tinggi kepada ketidaksuburan ialah 'climateric'.

Semasa perimenopause, pengeluaran estrogen dari ovari semakin berkurangan dan perlahan. Ini menyebabkan paras hormon tidak stabil. Ketakstabilan paras hormon inilah yang menyebabkan beberapa perubahan tertentu dalam wanita yang putus haid. Masa selepas putus haid pula dipanggil postmenopause. Terdapat juga kes dimana terdapatnya 'artificial menopause' iaitu putus haid yang berlaku secara bukan semulajadi. Misalnya di dalam kes pembedahan pembuangan ovari yang rosak ataupun terpaksa dibuang oleh sebab terdapatnya ketumbuhan. Dalam kes seperti ini, putus haid berlaku dengan cepat dan tiba-tiba tanpa melalui proses perimenopause.

Mengapa Berlakunya Putus Haid?
Organ yang bertanggungjawab dalam menghasilkan hormon ialah hipotalamus, pituitari dan ovari. Hipotalamus dan pituitari terletak di dalam otak manusia manakala ovari terletak di kedua-dua belah uterus. Keseluruhan sistem ini pula dipanggil sistem endokrin. Hipotalamus akan menyambungkan otak kita dengan sistem endokrin dan akan mengawal kitaran haid dengan bertindak ke atas pituitari.

Kitaran haid selalunya mengambil masa purata 28 hari. Semasa 14 hari pertama dalam kitar, yang dikenali sebagai fasa folikel, (jika hari pertama diambil dari hari pertama pendarahan haid berlaku) hipotalamus akan menghantar isyarat kepada pituitari untuk merembeskan hormon perangsang folikel (FSH). FSH ini akan merangsang sel telur atau folikel di ovari untuk membesar. Semasa folikel membesar, ia akan menghasilkan estrogen yang akan menyebabkan lapisan pada dinding uterus menebal dan seterusnya bersedia untuk pelekatan telur.

Semasa setiap kitaran haid, satu folikel akan menjadi lebih dominan dan akan terus membesar dan sel telur yang lain akan mati. Semasa lebih kurang hari ke 14 kitaran, hipotalamus akan menghantar satu lagi isyarat ke pituitari untuk mengaruh pembebasan hormon luteinizing (LH). LH menyebabkan folikel yang dominan tadi dibebaskan dari ovari dan bergerak ke tiub Fallopian di mana ia akan menunggu untuk dipersenyawakan. Proses ini dikenali sebagai ovulasi.

Pada folikel tersebut, sel yang ada akan mengganda dan berhubungan di antara satu sama lain untuk membentuk korpus luteum (jasad kuning). Korpus luteum akan berterusan menghasilkan estrogen pada kuantiti yang sedikit di samping menghasilkan satu lagi jenis hormon dalam kuantiti yang banyak iaitu progesteron. Progesteron merangsang sel di dinding uterin untuk merembeskan nutrien yang akan menggalakkan pertumbuhan telur jika ianya dipersenyawakan. Jika telur tersebut tidak dipersenyawakan, korpus luteum akan menjadi semakin kecil dan berhenti merembeskan progesteron dan estrogen. Tanpa hormon-hormon ini, sel di dinding uterin akan mati dan bersama darah dan sedikit mukus, akan menghasilkan menstruasi.

Sebelum haid bermula, paras rendah estrogen dan progesteron akan memberi isyarat kepada hipotalamus untuk memulakan kitaran semula. Hipotalamus kemudiannya akan menghantar isyarat ke pituitari dan kitaran bermula sekali lagi.

Semasa kelahiran seorang bayi perempuan, ovarinya mempunyai lebih kurang 2 juta telur. Apabila dia mula untuk mempunyai haid, terdapat hanya kira-kira 75 ribu yang tinggal. Selepas akil baligh, 8-10 telur membesar setiap bulan. Selalunya salah satu daripadanya akan matang. Kira-kira 10 tahun sebelum menopause, ovari akan mula ketiadaan telur, kesuburan berkurang, penghasilan estrogen berkurangan dan kitaran haid menjadi tidak normal. Pituitari akan terus merembeskan FSH dan LH dengan harapan untuk mengaruh ovari, jadi paras FSH dan LH meningkat.

Apabila menopause semakin hampir, ovulasi berhenti, begitu juga penghasilan progesteron. Semasa sebelum menopause, estrogen akan dihasilkan seperti biasa dan oleh kerana ketiadaan progesteron, penebalan dinding tidak dapat dikawal. Oleh itu, apabila pendarahan berlaku, ia menjadi lebih banyak dan menyebabkan kesakitan. Apabila menopause berlaku, ovari akan berhenti menghasilkan estrogen.

Walaupun ovulasi telah berhenti, bahagian pusat ovari berterusan menghasilkan dua hormon iaitu androstenedione dan testosterone. Selain dari ovari, kelenjar adrenal yang terletak di atas ginjal, juga akan menghasilkan kedua-dua hormon tersebut termasuklah progesteron dan estrogen dalam kuantiti yang sedikit. Hati, ginjal, adrenal, otak dan sel lemak mengambil androstenedione di dalam peredaran dan menukarkannya kepada estrogen dan testosteron. Jika bekalan estrogen adalah sentiasa stabil, kelenjar adrenal dapat menolong mengurangkan perubahan-perubahan yang dialami semasa menopause.

Diet yang sihat dan senaman yang cukup juga akan membantu. Adalah penting untuk mengekalkan berat badan (15% sehingga 25% lemak) supaya terdapat lemak yang cukup untuk penukaran androstenedione kepada estrogen.

Bila Berlakunya Putus Haid?
Purata umur berlakunya menopause ialah 51.2 tahun. Ini bermakna setengah dari kesemua wanita akan mula berhenti mengeluarkan haid sebelum umur ini dan setengah lagi akan mula berhenti mengeluarkan haidnya selepas umur ini. Kira-kira 8% wanita akan mengalami putus haid sebelum umur 40 dan kebanyakannya akan mengalaminya pada umur 58 tahun.

Penyebab putus haid awal (kurang dari 40 tahun):
* pembedahan pembuangan ovari
* terapi radiasi ke atas ovari
* beguk
* pengurangan kromosom
* malnutrisi teruk
* penyakit autoimun
* merokok

Wanita juga boleh mengalami putus haid lewat, iaitu selepas umur 55 tahun. Jika ini berlaku, pastikan anda membuat ujian Pap Smear, pemeriksaan pelvik, mammogram dan pemeriksaan buah dada yang kerap. Doktor anda haruslah tahu yang anda masih mempunyai haid. Ini adalah kerana kadang-kadang, pendarahan abnormal dari vagina boleh berlaku.

Selain itu, wanita yang merokok menopause 2 tahun lebih awal berbanding wanita yang tidak merokok. Secara amnya, masa untuk wanita mencapai menopause berbeza dari seorang individu ke individu yang lain. Ianya tidak bergantung pada bangsa, kelas, mengandung atau tidak, menyusukan anak atau tidak, corak kesuburan, penggunaan pil perancang, ketinggian, umur semasa kedatangan haid pertama atau umur semasa mengandung kali terakhir.

Adakah Terdapat Sebarang Ujian Untuk Memastikan Putus Haid?
Simptom-simptom yang dialami tidak semestinya menandakan seseorang wanita itu telah mengalami putus haid. Salah satu cara untuk memastikan samada anda putus haid ialah dengan menyukat paras FSH. Ini kerana apabila ovari gagal menghasilkan estrogen, paras FSH meningkat akibat rangsangan pituitari untuk penghasilan estrogen. Jadi, paras FSH yang tinggi adalah suatu bukti yang menunjukkan bahawa anda telah putus haid. Doktor anda akan memberitahu samada anda mengalami perimenopausal atau menopause apabila melihat keputusan ujian ini.

Tanda dan Simptom Putus Haid
Apabila seorang wanita menghampiri putus haid, kitar haid akan menjadi tidak stabil di mana kadang-kadang ianya terjadi terlalu kerap atau terlalu jarang. Selain itu, terdapat simptom-simptom lain yang akan turut berlaku iaitu:
* Kesakitan sendi
* Susah untuk memfokus mengenai sesuatu perkara
* Sakit kepala
* 'Hot flushes'
* Tidak boleh tidur
* Perubahan mood
* Kekeringan bahagian vagina
* Peluh di waktu malam
* Simptom yang dikaitkan dengan simptom sebelum kedatangan haid
* Perpeluhan yang teruk
* Kencing yang kerap

Tidak semestinya semua wanita akan mengalami simptom-simptom ini dan setiap wanita adalah berbeza dari segi pengalaman mengalami putus haid. Tetapi kadang-kadang simptom-simptom ini begitu sukar untuk dijangka dan begitu mengganggu aktiviti harian wanita tersebut. Pengalaman seorang wanita yang mengalami menopause juga boleh dipengaruhi oleh perubahan persekitaran seperti:
* Anak-anak meninggalkan rumah
* Perubahan domestik, sosial dan perhubungan personel
* Perceraian atau kematian suami
* Perubahan identiti dan imej badan
* Persaraan
* Peningkatan kerisauan mengenai penuaan dan kematian
* Kehilangan kawan, orang yang disayangi dan keselamatan kewangan
* Peningkatan tanggungjawab kepada ibubapa yang telah berumur
* Risau mengenai keperluan untuk berdikari, ketidakupayaan atau kesunyian
* Mempunyai cucu yang perlu dijaga

Walau apa pun penyebabnya, pengalaman-pengalaman seorang wanita sebelum dan selepas putus haid akan menjadi satu pengalaman yang pahit dalam hidupnya kerana kadang-kadang simptom-simptom yang hadir adalah agak serius. Tetapi, ada juga wanita yang langsung tidak pernah mengalami apa-apa simptom semasa dia putus haid.

Simptom-simptom yang berlaku untuk kes putus haid yang diakibatkan dari pembedahan adalah lebih cepat dan berlaku secara tiba-tiba. Ini kerana paras estrogen akan menurun dengan tiba-tiba dan cepat semasa putus haid yang diakibatkan dari pembedahan terutamanya simptom 'hot flushes' yang selalunya berlaku selama 30 saat sehingga 5 minit.

'Hot flushes' selalunya bermula dengan sensasi 'tingling' pada jari. Ini diikuti dengan peningkatan suhu yang cepat bermula dari darah ke muka dan jantung berdebar. 'Hot flushes' selalunya termasuk perpeluhan yang teruk sehingga boleh membasahkan katil di waktu malam.

Beberapa tips untuk mengurangkan 'hot flushes':

* Cuba bersenam lebih kerap, mandi menggunakan air sejuk, mengurangkan tekanan dari persekitaran.
* Mengurangkan pengambilan teh, alkohol dan makanan yang pedas.
* Pakai pakaian yang nipis dan senang dibuka.
* Menyimpan diari mengenai kejadian 'hot flushes' dan faktor penyebab.

Wanita yang mempunyai 'hot flushes' selalunya mempunyai berat badan yang lebih rendah daripada wanita yang tidak mengalami 'hot flushes'.

Kesan Jangkamasa Panjang Putus Haid
Selain kesan jangka masa pendek yang ditunjukkan oleh tanda-tanda dan simptom-simptom, terdapat juga kesan jangka masa panjang yang juga disebabkan oleh pengurangan penghasilan estrogen. Antara kesan-kesan yang dapat dijangkakan ialah:
* Penyakit jantung koronari.
* Osteoporosis.
* Masalah genitourinari terutamanya masalah dalam mengawal pembuangan air kecil.
Sebagai tambahan, terdapat banyak kesan minor yang melibatkan menopause iaitu perubahan kulit, buah dada dan rambut.

a) Penyakit Jantung Koronari.

Ini ialah suatu penyakit yang paling serius yang boleh didapati akibat menopause. Ianya adalah penyebab utama kematian wanita yang telah menopause jika dibandingkan dengan peratus penyebab kematiannya ke atas wanita yang belum menopause. Malah, ianya melebihi peratus kematian akibat penyakit kanser di kalangan wanita. Wanita yang berumur 50 tahun mempunyai 1 dalam 2 peluang untuk mengidap penyakit jantung koronari dalam hidupnya. Sekurang-kurangnya 1 dalam 3 wanita akan mati disebabkan oleh penyakit ini.

Penyakit jantung koronari terjadi apabila saluran darah yang membawa darah ke jantung menjadi sempit. Apabila kita tua, akan terdapat pemendapan kolesterol sedikit demi sedikit di dinding salur darah yang dipanggil plak. Plak inilah yang menyempitkan salur darah. Ini akan menyebabkan pengurangan aliran darah ke otot jantung. Jantung tidak dapat mengepam darah secara normal, dengan itu, ia terdedah kepada keadaan aritmia iaitu ketidaknormalan degupan jantung.

Apabila aliran darah ke jantung berkurang dan diikuti dengan tekanan (stress), wanita ini akan mengalami kesakitan di bahagian dada yang dipanggil sebagai angina pektoris. Kesakitan ini ditandai dengan rasa 'crushing' di bahagian dada yang akan merebak ke tangan kiri atau tengkuk. Episod angina pektoris yang berlanjutan akan menyebabkan otot jantung mati dan ini pula akan mengakibatkan terjadinya serangan jantung atau infarksi miokardial.

Apabila otot jantung berterusan menjadi lemah, jantung tidak akan berupaya untuk mengepam darah dengan efisien dan ini menyebabkan darah terkumpul di dalam paru-paru. Apabila ini berlaku, kegagalan jantung terjadi. Selalunya wanita tidak mengalami simptom klasik serangan jantung, oleh itu, mereka tidak menyedari kehadiran penyakit tersebut dalam diri mereka. Simptom yang biasanya ditunjukkan oleh wanita ialah loya, penat, atau rasa tidak sihat.

Apa yang menyebabkan wanita menopause berisiko mengidap penyakit jantung koronari? Estrogen dalam badan wanita mengurangkan peredaran lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol jahat dan meningkatkan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik. HDL berperanan mengeluarkan kolesterol daripada saluran darah, manakala LDL membawa kolesterol ke dalam peredaran darah.

Estrogen juga didapati mengurangkan kejadian pembekuan darah di dalam arteri. Selain itu, estrogen mengembangkan arteri koronari dan ini akan membenarkan banyak aliran darah ke jantung. Apabila wanita menghampiri menopause, berlaku penurunan paras estrogen dan ini bermakna kawalan keatas kejadian penyakit jantung semakin rendah.

Beberapa faktor risiko telah dikenalpasti menyumbang kepada kejadian penyakit jantung koronari dalam wanita iaitu:
* Merokok
* Tekanan darah tinggi
* Kencing manis
* Obesiti
* Oophorectemy (pembuangan ovari)
* Postmenopause dan tidak menggunakan HRT
* Sejarah keluarga mengidap serangan jantung sebelum umur 60 tahun
* Peningkatan kolesterol
* Peningkatan trigliserida
* Lanjut usia (71-80)
* Personaliti Jenis A

Pencegahan Penyakit Jantung
Beberapa langkah pencegahan boleh diambil untuk menurunkan kebarangkalian mendapat penyakit jantung iaitu :
* Berenti merokok
* Merawat tekanan darah tinggi (jika ada)
* Mengawal kencing manis
* Megekalkan berat badan ideal
* Merawat peningkatan paras kolesterol dan trigliserida menerusi diet, senaman dan ubat
* Menggunakan terapi penggantian hormon (HRT)

b) Osteoporosis
Osteoporosis atau tulang poros adalah satu masalah yang serius dalam menopause. Tulang biasanya akan dipecahkan dan diganti, tetapi dalam menopause, tulang yang dipecahkan adalah melebihi tulang yang dibina semula. Oleh itu, tulang mudah patah terutamanya tulang pinggul, pergelangan tangan dan tulang belakang.

Wanita dengan kepadatan tulang yang tinggi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengidap osteoporosis berbanding wanita dengan kepadatan tulang yang rendah. Estrogen mengawal tulang daripada kehilangan kalsium. Seorang wanita boleh kehilangan 2-5 % kepadatan tulang dalam jangka masa 5 tahun semenjak bermulanya menopause. Osteoporosis tidak mempunyai simptom di awal penyakit. Cuma di peringkat akhir penyakit ia menyebabkan kesakitan tulang belakang dan abdomen. Jadi, ujian ketumpatan tulang dicadangkan :
* Selepas menopause atau sewaktu berlakunya ketiadaan haid
* Wanita yang banyak mengambil steroid
* Wanita yang mempunyai kelenjar paratiroid yang terlalu aktif
Kehilangan tulang bermula selepas umur 35. Ini adalah sebab mengapa pentingnya seorang wanita tidak kira umur supaya membina kepadatan tulang dengan melakukan senaman seperti berjalan, berlari, mengangkat benda berat (dengan cara yang betul) dan dengan pengambilan diet yang mengandungi banyak kalori dan vitamin D - sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium
sebelum menopause dan 1500 mg selepas menopause. Rawatan estrogen boleh menolong mengurangkan berlakunya osteoporosis.
Risiko untuk berlaku osteoporosis adalah tinggi pada wanita:
* Asia atau yang berkulit putih.
* Mempunyai berat kurang dari purata ketinggian.
* Menopause awal (sebelum usia 40 tahun).
* Kurang pengambilan kalsium 
5 Responses
  1. Anonymous Says:

    Attractive section of content. I just stumbled upon
    your blog and in accession capital to assert that I get in fact enjoyed account your blog posts.

    Any way I'll be subscribing to your augment and even I achievement you access consistently rapidly.

    Also visit my web page San Diego life insurance


  2. Anonymous Says:

    I'm excited to find this page. I wanted to thank you for ones time for this fantastic read!! I definitely liked every little bit of it and i also have you saved as a favorite to look at new stuff on your website. I hope you don't mind,
    I bookmarked Blogger: Jom Kongsi Pengalaman at Buzzfeed so my coworkers will learn from it as well.
    May I also reveal a word of advice. Getting good video marketing could well be fairly difficult.
    I find it most valuable to talk to a a Estate Planning Lawyer San
    Diego. Our staff of Amazing Estate Planning Attorneys San Diego are here
    to assist with all your legal requirements.

    Here is my blog post ... San Diego Estate Planning Attorneys


  3. Anonymous Says:

    Pretty component to content. I simply stumbled upon your blog and in accession capital
    to claim that I get in fact enjoyed account your blog posts.
    Anyway I'll be subscribing to your feeds or even I success you get admission to persistently rapidly.

    Also visit my website :: Medical School Interview Preparation


  4. Anonymous Says:

    What's Taking place i'm new to this, I stumbled upon this
    I've found It positively helpful and it has helped me out loads. I hope to contribute & help other users like its aided me. Good job.

    Also visit my web site http://treatment-drugs.com/activity/p/2836/ []


  5. Farha Says:

    risiko osteoporosis kalau menopause tu yang seram. sebab ramai wanita yang tak tahu risiko ni


Sahabat2ku.......