Keunggulan Peranan Masjid di sepanjang zaman
Saja ingin berkongsi artikel ini. Berkenaan peranan masjid yang kini hanya dilihat sebagai tempat ibadat shaja. Namun sebenarnya persepsi seperti itu perlu diperluaskan lagi seperti mempelbagai aktiviti lain termasuk sukan bagi mengajak masyarakat dan golongan remaja mendekati institusi tersebut. Dan masjid juga perlu mengadakan jaringan yang lebih baik dengan pelbagai jabatan dan bukan hanya tertumpu dengan Jabatan Agama Islam sahaja. Semoga institusi masjid akan sentiasa diimarahkan dan dijadikan tempat yang selesa serta minat dikunjungi semua anggota masyarakat, termasuk generasi muda. Saya juga berharap agar generasi muda akan lebih suka pergi ke masjid-masjid dari melepak, dan membuang masa.
Saya berkongsi artikel ini dari;
Saya berkongsi artikel ini dari;
Prof. Dato Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abd. Majid Pendahuluan: Istilah "Masjid" berasal daripada perkataan arab "masjid" atau "masjad". Dari segi bahasa ia bererti tempat sujud. Berasaskan pengertian bahasa inilah perkataan tersebut digunakan sebagai nama bagi tempat kita melakukan solat. Kerana antara gerakan utama yang terdapat dalam solat itu ialah sujud. Sujud bererti patuh dalam kategori nya yang tinggi sampai kepada tahap pengabdian. Kerana itulah "solat" disebut sebagai ibadat, iaitu suatu cara yang tertentu bagi melambangkan kepatuhan dan pengabdian seseorang muslim kepada Allah. Maka nya masjid itu memberi erti tempat umat Islam melakukan aktiviti bagi melambangkan kepatuhan dan pengabdiannya kepada Allah. Dalam pengertian lain, masjid adalah lambing kepada kepatuhan dan pengabdian umat Islam kepada Allah s.w. Satu nama lain bagi masjid ialah "Baitullah". Dari segi bahasa ia bererti rumah Allah. Bagaimana pun penggunaan istilah ini tidak secara hakiki. Kerana Allah tidak memerlukan, malah tidak boleh dikaitkan dengan rumah. Dalam Islam, ungkapan "Allah" dalam konteks seperti ini biasa dimaksudkan dengan "Masyarakat". Jadi nya yang dimaksudkan dengan "Rumah Allah" atau "Baitullah" itu ialah "Rumah masyarakat", atau dalam istilah yang lebih semasa "Pusat komuniti" Latar Belakang: Bagi mengenali fungsi atau peranan masjid dalam Islam elok sekali ditinjau sedikit sebanyak tentang latar belakang pembinaan masjid itu sendiri dalam sejarah nya yang lama. Sehubungan dengan ini tiga masjid paling utama dalam Islam perlu diperkenalkan. Ketiga-tiga masjid tersebut ialah Masjid al-Haram di Mekah, Masjid al-Aqsa di Baitul-Maqdis, dan Masjid Nabawi di Madinah. Masjid al-Haram di Mekah juga masyhur dengan nama Baitullah al-Haram. Ia merupakan masjid yang paling awal sekali dalam sejarah manusia. Tujuan ia dibina ialah untuk menjadi pusat tumpuan manusia diseluruh dunia. Bagi memenuhi tujuan atau objektif tersebut ibadat haji disyariatkan. Bagi menjamin kejayaan ibadat haji Masjid al-Haram dan sekitarnya diisytiharkan sebagai kewasan kawalan (al-Haram). Konsep nya jangan ada sebarang kekacauan di situ supaya orang yang datang untuk mengerjakan haji tidak terganggu. Malah, kalau terjadi juga gangguan, para pengunjung yang terganggu itu tidak seharus nya melahirkan reaksi yang berlebihan. Di bawah Syariat Nabi Muhammad s.a.w., ka'bah yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Haram ini dijadikan kiblat. Secara mudah, kiblat bererti lambang kesatuan ummah. Ini bererti, Masjid al-Haram dengan ka'bah nya merupaka lambang kesatuan umat Islam dan pusat tumpuan mereka dalam merialisasikan penghayatan kepada lambing berkenaan. Masjid al-Aqsa yang terbina di Baitul Maqdis disifatkan oleh al-Quran sebagai dikelilingi oleh daerah-daerah yang diberkati oleh Allah. Daerah-daerah berkenaan merupakan pusat pertumbuhan tamadun, kerana di situ merupakan tempat kelahiran para nabi. Masjid ini merupakan masjid yang kedua terbina, iaitu selepas Baiutlah al-Haram. Ia merupakan distinasi isra` dan tempat bermulanya perjalanan mi'raj Rasulullah s.a.w. ke langit. Masjid ini juga merupakan kiblat pertama umat Islam sebnelum ia nya dipindahkan ke ka'bah, iaitu selama enam belas bulan. Masjid Nabawi di Madinah pula merupakan masjid yang ketiga terbina, iaitu selepas masjid al-Haram dan masjid al-aqsa. Pembinaanya berlaku sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. berpindah ke Madinah. Masjid ini merupakan lambang perjuangan menegakkan masyarakat dan Negara Islam. Berasaskan kepada tradisi masjid-masjid inilah maka kemudiannya terbina masjid-masjid yang begitu banyak sekali bilangannya dalam sejarah Islam. Tujuannya ialah untuk menjadi pusat ibadat dan pusat perkembangan masyarakat. Kerana itu adalah menjadi amalan biasa dalam sejarah tamadun Islam, apabila sesuatu kawasan itu mahu dijadikan sebagai kawasan berpendudukan bangunan yang paling awal sekali dibina ialah masjid. Peranan Masjid: Berasaskan kepada huraian di atas, jelas sekali bahawa "masjid" berperanan sebagai pusat komuniti di mana masyarakat berkumpul bagi tujuan ibadat, iaitu pengabdian kepada Allah s.w. Bagi tujuan tersebut, berbagai-bagai program sentiasa diadakan . Dalam satu istilah, program-program ini biasa disebut sebagai "ta'mir" yang bermaksud "pengisian", iaitu mengisi wadah berkenaan dengan berbagai aktiviti yang boleh menjayakan fungsi nya yang telah ditetapkan. Istilah "ta'mir" ini mempunyai konsep yang luas, seluas konsep ibadat itu sendiri. Ada yang bersifat tetap dalam keadaan mana sekalipun dan ada yang berubaha-ubah mengikut keperluan semasa. Antara program tetap ialah bersolat secara berkumpulan. Program seperti ini ada yang bersifat harian, iaitu solat jamaah lima waktu sehari, ada yang bersifat mingguan, iaitu solat jumaat sekali seminggu, dan ada pula yang bersifat tahunan, iaitu solat "jamiah" seperti solat hari raya secara beramai-ramai sebanyak dua kali setahun. Dalam program harian kumpulan berkenaan bersaiz lebih kecil, iaitu merangkumi mereka yang tinggal bersekitaran. Kerana itu istilah yang digunakan ialah jamaah, yang bermaksud kumpulan kecil. Paling minimum dua orang dan boleh berlaku secara kumpulan demi kumpulan. Bagi menampung keperluan aktiviti seperti ini rangkaian sokongan ditubuhkan dalam bentuk surau, madrasah, musollah dan sebagainya, iaitu unit-unit sokongan masjid yang paling kecil. Malah di mana-mana sahaja perkumpulan seperti ini boleh berlaku; dirumah, diperjalanan, ditempat kerja dan sebagainya. Dalam program mingguan, saiz nya menjadi lebih besar, sebab itu diistilahkan sebagai jum'at,iaitu kumpulan yang lebih besar dan komprehensif. Ia merangkumi para penduduk atau komuniti penempatan (mukim) yang lebih besar. Bilangan paling maksimum ialah 40 orang (mazhab al-Syafie) yang memenuhi syarat tertentu, dan hanya boleh berlaku dalam satu kumpulan sahaja dalam mukim berkenaan. Dalam perhimpunan yang melibatkan keseluruhan penduduk mukim ini Khutbah menjadi satu syarat. Konsep nya ialah penggarapan isu atau arahan mingguan oleh para pemimpin yang diberi gelaran sebagai Imam. Dalam program tahunan saiz nya menjadi lebih besar lagi, sebab itu diistilahkan sebagai jami'ah, iaitu kumpulan yang benar-benar komprehensif, atau juga boleh disebut secara mudah sebagai Perhimpunan agong. Dalam kumpulan yang paling besar ini tiada pra syarat yang dikenakan. Bagaimana pun khutbah juga menjadi keperluan. Konsep nya ialah penggarapan isu atau arahan tahunan oleh para pemimpin yang diberi gelaran sebagai Imam. Sementara program-program yang berubah-ubah pula ialah apa saja program yang ditentukan dari masa ke semasa oleh para penguasa masjid berkenaan. Secara umum nya ia merupakan usaha untuk menjadikan masjid berkenaan berfungsi dengan baik mengikut peranan sebagaim,ana yang tersebut di atas. Masjid Sebagai Pusat Ibadat Nyatalah bahawa masjid itu berperanan sebagai pusat ibadat. Bagaimana pun, ibadat itu konsep nya luas sekali, sama luasnya dengan ruang hidup manusia itu sendiri. Kerana itulah Allah s.w. menegaskan dalam al-Quran bahawa objektif penciptaan manusia ialah ibadah dan manusia tidak disuruh kecuali melakukan ibadah dengan secara ikhlas dan penuh pengabdian. Ini bererti bahawa masjid boleh menerima apa saja program yang bertujuan baik bagi faedah umat manusia, asalkan saja bertujuan untuk merialisasikan kepatuhan kepada Allah s.w. Sebagai pusat ibadat, masjid perlu bersih daripada sebarang kekotoran, baik yang bersifat fizikal (hissi) mau pun yang bersifat moral (ma'nawi). Kerana kebersihan merupakan salah satu keperluan dalam melakukan ibadat. Mengambil contoh solat, misal nya, kebersihan secara fizikal ialah orang yang mahu melakukan solat itu tidak boleh menanggong sebarang kekotoran, seperti najis dan sebagai nya. Sementara kebersihan secara moral pula ialah dia perlu bersih daripada hadas kecil dan hadas besar. Kebersihan secara fizikal bagi sesebuah masjid itu lebih senang difahami dan direalisasikan. Begitu pun ia sentiasa tertakluk kepada pentafsiran yang berbeza-baza mengikut piawaian atau standard yang digunakan oleh orang yang berbeza. Berbeza dengan kebersihan moral atau spiritual yang tergolong dalam istilah ma'nawi sepertimana yang tersebut di atas. Sifat nya lebih abstrak dan lebih sukar samada untuk difahami atau direalisasikan. Antara contoh kebersihan secara ma'nawi ini ialah masjid perlu bersih daripada sebarang idea kotor yang bertentangan dengan semangat kesucian agama Islam sendiri, missalnya permusuhan terhadap sesiapa, rebutan kuasa di kalangan ahli masjid itu sendiri, penggunaan masjid untuk mencari faedah selain daripada keredhaan Allah s.w. dan sebagai nya. Antara keperluan lain ialah suasana yang tenang, iaitu yang diistilahkan sebagai waqar. Sepertimana kebersihan, ketenangan juga boleh dilihat dari dua perspektif, iaitu fizikal dan moral. Secara fizikal nya tentu sekali perlu ada perbezaan di antara suasana sebuah masjid dan sebuah pasar raya atau pasar malam. Sementara secara moral nya pula perlu ada semangat atau spirit yang tinggi di kalangan para petugas untuk melayan para jemaah sebagai tetamu Allah. Masjid Sebagai Pusat Perkembangan Masyarakat Yang palin utama sekali dari perspektif ini ialah masjid perlu melambangkan perpaduan ummah bagi semua peringkat. Peranan ini telah dimainkan dengan jayanya oleh masjid al-haram apabila ka'bah menjadi kiblat sembahyang bagi semua orang Islam dan ia sendiri mendai pusat tumpuan dalam ibadat haji. Untuk itu masjid perlu terbuka kepada semua umat Islam, tak kira bangsa atau kaum. Berasaskan kepada dasar ini tidak berbangkit soal masjid Melayu, masjid India atau masjid Cina yang cuba ditimbulkan oleh sesetengah pihak sekarang. Hakikatnya, masjid itu untuk semua oramng Islam tak kira siapa. Satu keperluan lain di bawah dasar ini ialah masjid perlu bebas daripada apa saja sifat dan aktiviti yang memecahkan perpaduan ummah. Antara contoh nya ialah perlu tidak ada unsur monopoli dalam pentadbiran atau usaha mengimarahkannya . Satu contoh lain ialah ia perlu bebas daripada politik kepartian. Begitu juuga ia perlu mempunyai pristasi keagamaan yang tinggi supaya dihotmati oleh semua orang Islam tak kira siapa. Satu keperluan lain bagi mendokong peranan ini ialah masjid perlu mengambil daya usaha dalam proses pembinaan social kearah mencapai keredaan Allah. Berasaskan kepada keperluan ini lahir istilah memasyarakatkan masjid. Malah ada orang menyebut memasjidkan masyarakat. Apa pun juga istilah yang digunakan, tujuannya ialah supaya masjid berjaya memainkan peranan nya sebagai ejen Pembina masyarakat di samping ejen-ejen lain, seperti keluarga, sekolah, media massa dan sebagai nya. Peranan khutbah boleh dijadikan sebagai contoh bagaimana masjid perlu meletakkan diri nya pada kedudukan yang berjaya dalam proses sosialasi berkenaan. Sepertimana disebut di atas tadi, peranan sebenar khutbah ialah menjadi media bagi kegunaan para pemimpin (Imam) menyampaikan arahan atau permasalahan semasa kepada komuniti masjid berkenaan. Sehubungan dengan ini pujian perlu diberi kepada beberapa contoh baru para pemimpin kerajaan dan masyarakat serta juga para professional yang berusaha melayakkan diri sebagai khatib jemputan dalam tajuk-tajuk yang benar-benar berkaitan dengan kepakaran mereka. Satu contoh lain bagi pelaksanaan peranan masjid dalam proses sosialisasi masyarakat ini ialah usaha menyediakan kemudahan pelajaran, sukan , rekriasi dan sebagai nya kepada generasi muda sebagai satu program serampang dua mata; bagi faedah anak-anak muda itu sendiri supaya lebih maju dan bagi faedah masjid juga supaya lebih menjadi pusat aktiviti. Malah dalam keadaan yang tertentu masjid perlu berperanan menjadi pusat perlindungan bagi sesetengah kalangan yang sangat memerlukan. Bagi tujuan ini masjid perlu mempunyai asas kewangan yang kukuh. Penutup Sebagai penutup elok disarankan beberapa saranan berikut: 1. Pentadbiran masjid perlu dikuasai oleh gabongan mantap berbagai pihak dalam komuniti berkenaan. 2. Perlu diperkembangkan pengurusan secara professional bagi semua masjid, peringkat demi peringkat 3. Perlu mencari jalan yang paling baik dan berkesan bagi menegaskan kedudukan masjid sebagai zon bebas politik kepartian. Wabillah al-Taufiq |
may I copy this article ?
Boleh...silakan.....