F

Nilai Tudung Wanita

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
http://www.darulnuman.com/mhikmah/tudung.html

Kesan Hadith Palsu dan Dhaif Terhadap Kehidupan Muslim

Cuba kita bayangkan mereka yang bertemu dengan hadith-hadith seperti di atas dalam keadaan tidak tahu dan mereka menyangka hadith-hadith tersebut sahih. Bagaimana agaknya pemikiran dan amalan mereka serta pandangan mereka terhadap Rasulullah, hadith-hadithnya dan ajaran yang dibawa oleh Baginda? Di sinilah terletaknya kepentingan mengetahui kesahihan sesuatu hadith dan membezakan di antara hadith-hadith sahih daripada hadith-hadith palsu dan dhaif.

Hadith dhaif adalah hadith yang tidak mencukupi syarat-syarat hadith sahih sebagaimana diterangkan melalui kajian para ulama hadith. Ini menjadikan hadith dhaif adalah hadith yang tidak dapat dipastikan adakah ia benar-benar bersumber daripada Rasulullah SAW. Para ulama hadith menegaskan bahawa hadith dhaif tidak digunakan dalam soal hukum-hakam dan aqidah. Manakala hadith palsu pula ialah hadith yang sememangnya rekaan dan disalah anggap sebagai hadith Rasulullah SAW.

Apabila ulama hadith mengemukakan pendapat tentang sesuatu hadith sebagai dhaif, mereka akan mengemukakan bersama hujah atau bukti bahawa hadith itu adalah dhaif. Begitu juga apabila mereka menyatakan tentang kepalsuan sesuatu hadith, mereka akan memberikan bukti kukuh kenapa hadith itu diberikan gelaran ‘palsu’. Sikap ini perlu kita contohi. Ini membuktikan mereka adalah pengkaji, bukannya menggunakan hati, ilham, mimpi atau apa sahaja cara yang tidak dinilai sebagai kajian.

Sekadar pembacaan yang saya lakukan, sememangnya ada hadith dhaif dan palsu yang tidak bercanggah dengan Al Quran dan hadith sahih, wallahu a’lam. Dalam hal ini, kita boleh menyebut lafaz dan maksud hadith tersebut dengan syarat kita tidak menyatakannya sebagai ‘sabda Nabi’ atau ‘hadith Nabi’. Contohnya seperti:

1. ‘tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad’,

2. ‘sabar itu separuh daripada iman’,

3. ‘hikmah/ilmu itu adalah hak milik orang beriman yang hilang, maka di mana saja dia menemuinya,dialah yang berhak menggunakannya’,

4. ‘dunia itu ladang akhirat’,

5. ‘dunia itu sesaat (satu tempoh masa yang singkat) maka isilah ia dengan taat’, dan lain-lain lagi.

Namun begitu, terdapat hadith dhaif dan palsu yang membawa maksud bercanggah dengan apa yang telah ada di dalam Al Quran serta hadith sahih. Ada juga hadith dhaif dan palsu yang menyusahkan dan membebankan. Ada juga yang membawa maksud yang pelik dan bertentangan dengan fakta juga logik akal. Apalah yang hendak disusahkan, gunalah hadith-hadith sahih maka selesailah segala kekusutan dan masalah, insya Allah.

Menurut salah seorang pengkaji hadith masa kini, Syeikh Abd. Fattah Abu Ghuddah: ‘Hadith-hadith palsu itu telah memberi kemudharatan dalam pelbagai aspek seperti aqidah, ibadah, akhlak, pemikiran, sosial dan ia telah mencemarkan kesucian Islam dan kebersihannya. Dan usaha untuk membebaskan diri daripada hadith-hadith palsu ini sangat susah dan memerlukan kepada pembacaan yang berterusan dan peringatan yang tidak putus’.

(Muqaddimah tahqiq buku al Mashnu’ Fi Ma’rifat al Hadith al Maudhu’ karya Ali al Qari, muka surat 6, cetakan Maktab al Mathbu’at al Islamiyyah).

Menurut seorang lagi pengkaji hadith masa kini, Syeikh Syuaib al Arnaouth, penggunaan hadith-hadith dhaif boleh membawa kepada sikap al ghuluw (melampau) dalam agama dan membanyakkan ibadah yang menyusahkan dan ini telah menghilangkan gambaran sebenar tentang mudahnya Islam.

(Al Adab al Syar;iyyah karya Ibn Muflih, jilid 1, muka surat 289, nota kaki no.1, cetakan Muassasah al Risalah)

Di sini saya kemukakan beberapa contoh hadith dhaif dan palsu yang demikian sifatnya. Contoh-contoh ini dipilih daripada buku-buku seperti berikut:

1. ‘Riyadhussolihin’ karya al Nawawi tahqiq Syuaib al Arnaouth,

2. ‘Sunan al Daraquthni’ tahqiq Syuaib al Arnaouth,

3. ‘al Mashnu Fi Ma’rifat al Hadith al Maudhu’ karya Ali al Qari tahqiq Abd. Fattah Abu Ghuddah,

4. ‘Silsilah al Ahadith al Dhaifah’ karya al Albani,

5. ‘al Mughni ‘An Haml al Asfar’ (takhrij buku Ihya’ Ulumiddin karya al Ghazali) oleh al Iraqi,

6. ‘al Subul al Sawiyyah Fi Ma La Yashihhu Min al Ahadith Fi al Adab al Syar’iyyah’ karya Zakariyya Ibn Ghulam Qadir al Bakistani

7. ‘20 Persoalan Asas Tentang Hadis’ – Adlan Bin Abd. Aziz, akan diterbitkan oleh Jahabersa, insya Allah.

Huraian lanjut boleh didapati dalam buku-buku tersebut dan juga buku-buku lain yang membicarakan tentang hadith-hadith dhaif dan palsu. Hadith-hadith berikut mempunyai kesan buruk dalam pelbagai aspek yang berlainan. Saya tidak menghuraikan kesan buruk tersebut memandangkan ia boleh kelihatan dengan jelas hanya dengan membaca maksud hadith dhaif atau palsu tersebut:

1. Seorang suami tidak disoal kenapa dia memukul isterinya – Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan lain-lain lagi dengan sanad yang mengandungi dua periwayat yang tidak dipercayai. Susah juga nasib isteri jika suami menggunakan hadith ini sebagai hujah. (Riyadhussolihin, no.68)

2. Sesiapa yang berbuka puasa di bulan Ramadhan tanpa sebab maka dia tidak dapat menggantikannya walaupun berpuasa seumur hidup/ maka hendaklah dia menggantikannya sebanyak sebulan – riwayat Ahmad dan lain-lain lagi. Di dalam sanadnya terdapat periwayat yang dhaif. (Sunan al Daraquthni, no.2404).

3. Makan di pasar satu kehinaan – riwayat al Thabarani dalam Mu’jam al Kabir dan lain-lain lagi dengan beberapa sanad yang semuanya mengandungi periwayat-periwayat yg bermasalah. (al Subul al Sawiyyah, m/s 7)

4. Apabila makan, mulakan dengan garam dan akhiri juga dengan garam kerana garam itu ubat bagi 70 penyakit – riwayat al Harith dalam musnadnya dengan sanad yang mengandungi pendusta dan orang yang tidak dikenali. (al Subul al Sawiyyah, m/s 9). Terdapat juga riwayat lain yg menyebut bahawa makan garam boleh menyebabkan pemakannya selamat daripada 360 penyakit! (al Mashnu’, m/s 74)

5. Makan dua kali sehari termasuk dalam pembaziran – riwayat al Baihaqi dengan sanad yang bermasalah (periwayat yg dhaif, penipu dsbgnya). Ia turut dilabelkan sebagai dhaif oleh al Iraqi dalam takhrij Ihya’ Ulumiddin. (al Subul al Sawiyyah, m/s 10). Ada lafaz lain yang menyebut: apabila kamu makan makanan yang kamu ingini juga termasuk dalam pembaziran – riwayat Ibn Majah dengan sanad yang mempunyai periwayat dhaif, majhul dan juga mudallis. Ia turut dinilai dhaif oleh al Bushairi dalam Zawaaid Ibn Majah. (al Subul al Sawiyyah, m/s 15).

6. Ketika makan, kita dilarang melihat makanan yang diambil oleh orang lain – riwayat al Khathib al Baghdadi dalam buku al Tathfil dengan 2 sanad yang mempunyai pelbagai masalah dari segi periwayatnya dan sanadnya yang tidak bersambung. (al Subul al Sawiyyah, m/s 40-41).

7. Keberkatan sesuatu makanan ialah apabila kita berwudhuk sebelum dan selepas makan – riwayat al Tirmizi, Abu Daud dan lain-lain lagi dengan sanad yang mempunyai periwayat yg dhaif. Al Tirmizi turut menyatakan hadith ini dhaif ketika meriwayatkannya. Hadith ini turut didhaifkan oleh al Zahabi dan Abu Hatim. (al Subul al Sawiyyah, m/s 48-49)

8. Sesiapa yang solat tetapi masih mengerjakan perbuatan mungkar, maka solatnya akan menjadikannya lebih jauh daripada Allah – riwayat al Thabarani dan al Qudhooi dengan sanad yang mengandungi periwayat yg dhaif. (Silsilah al Ahadith al Dhaifah, no.2).

9. Allah tidak akan menyiksa orang-orang yang cantik wajahnya – riwayat al Dailami dan lain-lain. Sanadnya mengandungi periwayat-periwayat yg tidak dikenali lagi dhaif. (Silsilah al Ahadith al Dhaifah, no.130).

10. Perbezaan antara kita dan orang-orang musyrikin ialah serban di atas kopiah – riwayat Abu Daud, al Tirmizi dan lain-lain lagi. Sanadnya dhaif seperti kata al Tirmizi. (Al Mughni, no.2461).

11. Hadith qudsi, Firman Allah: Sesiapa yang berhadas tetapi tidak berwudhuk atau berwudhuk tetapi tidak solat atau solat tetapi tidak berdoa, sesungguhnya dia telah mengabaikanKu (tidak beradab) – hadith palsu. (Silsilah al Ahadith al Dhaifah, no.44).

12. Sesiapa yang menunaikan haji tetapi tidak menziarahi kuburku, sesungguhnya dia telah mengabaikanku (tidak beradab) – hadith palsu sebagaimana kata al Soghoni, al Zahabi, al Zarkashi dan al Syaukani. (Silsilah al Ahadith al Dhaifah, no. 45).

13. Bermesyuaratlah dengan wanita tetapi jangan ambil keputusan mereka – hadith palsu. (Silsilah al Ahadith al Dhaifah, no.430).

14. Larangan mengajar wanita menulis – riwayat al Baihaqi dalam Syu’ab al Iman dan lain-lain lagi. Al Baihaqi sendiri mengkritik hadith ini. Di dalam sanadnya terdapat periwayat yang pendusta. (Silsilah al Ahadith al Dhaifah, no.2017).

15. Kebanyakan ahli syurga adalah mereka yang bodoh – riwayat al Bazzar dan lain-lain lagi. Ia hadith yang mungkar (sangat dhaif) seperti mana kata al Iraqi. (al Mughni, no.2586).

16. Seseorang yang menjadi imam dipilih berdasarkan kecantikan rupa parasnya – disebut oleh al Suyuthi dalam al La’ali’ al Mashnu’ah. (al Mashnu’, no.405).

17. Setiap bid’ah itu sesat kecuali bid’ah dalam ibadah – riwayat al Dailami dengan sanad yang mempunyai dua orang yang pendusta. (al Mahsnu’ – no. 226).

18. Seseorang hamba tidak akan dapat mencapai tahap orang bertaqwa sehinggalah dia meninggalkan sebahagian perkara yang halal kerana risau membawa kepada perkara yang haram – riwayat Tirmizi dan lain-lain. Di dalam sanadnya terdapat periwayat yang dhaif. (Riyadhussolihin, no.596).

19. Sesiapa yang tidak menunaikan haji sedangkan dia mampu, dia berkemungkinan mati dalam keadaan sebagai Yahudi atau Kristian – riwayat al Tirmizi dan didhaifkan oleh al Tirmizi, al Albani serta lain-lain lagi. (20 Persoalan Asas Tentang Hadis, soalan no.9).

20. Berbual hal keduniaan di masjid boleh menghilangkan pahala – hadith palsu. (20 Persoalan Asas Tentang Hadis, soalan no.20)

Cuba kita bayangkan mereka yang bertemu dengan hadith-hadith seperti di atas dalam keadaan tidak tahu dan mereka menyangka hadith-hadith tersebut sahih. Bagaimana agaknya pemikiran dan amalan mereka serta pandangan mereka terhadap Rasulullah, hadith-hadithnya dan ajaran yang dibawa oleh Baginda? Di sinilah terletaknya kepentingan mengetahui kesahihan sesuatu hadith dan membezakan di antara hadith-hadith sahih daripada hadith-hadith palsu dan dhaif.

Kajilah kesahihan hadith walau sekadar bertanya kepada rakan-rakan yang lebih tahu. Sekiranya mampu, carilah pendapat ulama hadith terdahulu dan masa kini. Sekiranya lebih mampu, kajilah sumber dan sanad sesuatu hadith. Menurut salah seorang ulama hadith terkenal, Abdullah Ibn al Mubarak, di dalam hadith sahih sudah ada segala yang mencukupi tanpa perlukan kepada yang dhaif. (muqaddimah al Subul al Sawiyyah).

Sumber: www.al-ahkam.net

Firma Asing Kuasai Saham Bernas

Rasa terpanggil juga untuk berkongsi berita tentang BERNAS ni....Risau pun ada juga kerana 31% saham dalam BERNAS dikuasai oleh orang asing. Amat malang bagi Malaysia sekiranya komoditi strategik seperti beras ini, authoritinya terletak pada kuasa luar.... Cuba anda bayangkan suatu hari nanti 100% saham BERNAS dikuasai oleh orang asing bagaimanakah harga beras ketika itu, sudahlah hasil kita yang punya keuntungan pula dikaut oleh orang asing. Pihak kerajaan perlu meneliti semua perkara pokok dengan lebih serious lagi. Moga ada penyelesaiannya..... Insyaallah.


KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak termasuk ahli politik, tokoh akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) mahu kerajaan segera campur tangan untuk mengelak syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Berhad (Bernas), dikuasai firma asing.

Sambil menyuarakan kebimbangan berhubung penguasaan 31 peratus saham Bernas oleh firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid menegaskan kerajaan perlu memandang serius dan menyatakan pendiriannya berhubung isu itu.

"Ia bukan saja soal saham yang dijual kepada firma asing, tetapi lebih daripada itu kerana membabitkan keselamatan makanan dalam negara, orang Melayu dan rakyat yang semuanya makan nasi.

"Bernas harus dimiliki negara, seharusnya saham milik Bernas ini dimiliki kerajaan atau Bumiputera. Saya hairan bagaimana saham ini boleh dibeli firma dari Hong Kong," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas pendedahan Berita Harian mengenai kemerosotan penguasaan pelabur tempatan dalam saham Bernas yang ditubuhkan pada 1994 berikutan pengkorporatan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN).

Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, Isnin lalu, Wang Tak kini muncul sebagai pemegang saham tunggal terbesar Bernas apabila menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 40.402 juta saham syarikat itu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menganggap pendedahan itu sebagai serius, meminta kerajaan bertindak cepat untuk memastikan saham berkenaan dibeli balik, selain melakukan pemantauan rapi terhadap syarikat strategik lain.

"Saya nak tanya kenapa tiada sesiapa yang kesan pembelian saham ini lebih awal. Walaupun dibeli di pasaran terbuka, maklumat ini boleh didapati melalui Bursa Malaysia, malah sesiapa yang beli lebih daripada lima peratus ekuiti mesti mengisytiharkannya pada Bursa Malaysia.

"Malah, perlu dipersoalkan juga sama ada pembelian saham ini disebabkan penjualan oleh pemegang saham utama," katanya.

Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof, pula mahu motif sebenar syarikat terbabit membeli 31 peratus pegangan saham dalam Bernas diperjelaskan.

"Kita perlu tahu tujuan sebenar syarikat terbabit melabur dalam Bernas. Apakah ia sekadar untuk mencari keuntungan atau berhasrat untuk campur tangan dan menguasai syarikat itu.

"Ini kerana sebelum ini 100 peratus saham Bernas dikuasai Bumiputera dan Bernas adalah syarikat yang penting berkaitan padi dan kini ia sudah mengurangkan pegangan saham Bumiputera," katanya.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik juga mempersoalkan mengapa hak pemilikan komoditi penting negara, seperti makanan, dibiarkan dikuasai orang luar.

"Kita perlu ingat beras adalah makanan asasi rakyat Malaysia dan apabila kita membuka pasaran saham terlalu luas kepada orang luar tanpa kita sedari secara diam-diam mereka mendapat pegangan yang besar. Dari segi 31 peratus itu ia sudah boleh dikira sebagai menguasai sesuatu syarikat.

"Jika ada unsur luar menguasai saham kita pada jumlah yang besar, kita bimbang ia akan dimonopoli pada saat genting dan kerana itu kepentingan rakyat perlu dijaga," katanya.

Abdul Rahim berkata, Gabem akan menulis surat bagi meminta kerajaan bertindak segera dalam usaha mengembalikan saham berkenaan.

"Walaupun kerajaan boleh mengawal, tetapi rakyat tidak dapat menerima keadaan ini di mana saham syarikat strategik negara berada di tangan orang luar," katanya.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Kajian dan Strategik Melayu, Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Latif pula meminta kerajaan mengkaji semula perjanjian konsesi yang dimeterai Bernas dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri sebagai pembekal dan pengimport tunggal beras negara.

"Perlu dipastikan sama ada pihak yang menandatangani perjanjian itu termasuk pemegang saham utama Bernas mematuhi syarat perjanjian atau melanggarnya. Kita juga perlu teliti sama ada penjualan saham kepada pihak asing dibenarkan atau sebaliknya dan perlukan urus niaga itu mendapat kebenaran kerajaan," katanya.


Oleh Norfatimah Ahmad, Sharifah Salwa Syed Akil dan Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my

Ucapan salam suburkan perasaan muhibah

Islam galakkan umat perkukuh perpaduan tanpa mengenal bangsa, keturunan

ISLAM meletakkan perkataan 'Assalamualaikum' sebagai ucapan rasmi bagi umatnya ketika di awal pertemuan atau di awal perbualan. Walaupun ucapan 'Assalamualaikum' kedengaran ringkas, perkataan itu merangkumi segala falsafah kesejahteraan.

Ia juga adalah salam persaudaraan antarabangsa tanpa mengenal bangsa dan keturunan. Apa juga bangsa tidak dapat mengubah ucapan salam itu kepada bahasa mereka, malah terus mengekalkannya dengan bahasa asal (bahasa Arab).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ucapkanlah salam kepada orang yang engkau kenal dan juga tidak kenal.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Hadis itu menunjukkan Islam menggalakkan umatnya supaya sering melafazkan ucapan salam kepada saudara mereka tanpa membezakan warna kulit, bangsa, keturunan, pangkat dan darjat serta tidak mengira sudah mengenali antara satu sama lain atau tidak.


Galakan demikian adalah semata-mata untuk memupuk perasaan muhibbah dan kasih sayang sesama Islam bagi mewujudkan kesatuan yang erat, perpaduan kukuh dan perhubungan rapat.


Ucapan salam dilafazkan oleh seseorang sama ada ketika berjumpa saudaranya di tengah jalan, pasar, perhentian bas, pejabat, sekolah atau di mana saja.

Seseorang yang hendak berpisah dengan saudaranya atau meninggalkan sesuatu majlis juga turut dituntut mengucapkan salam sebagai ucapan perpisahan kepada individu atau kumpulan yang ditinggalkan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Andainya kamu hendak memasuki sesuatu majlis, maka ucapkanlah salam dan berikanlah salam sekali lagi apabila kamu bangun meninggalkan majlis.”

Ucapan salam juga sunat dilafazkan ketika hendak memasuki masjid, rumah sendiri atau rumah orang lain, walaupun tidak ada orang di dalamnya. Ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Ucapkanlah salam sewaktu memasuki rumah untuk diri kamu sendiri sebagai doa selamat, mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat kurniaan yang baik lagi diberkati kepada kamu.”

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Wahai orang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya.” (Surah An-Nur, ayat 27)

Ucapan salam mestilah dengan lafaz ‘Assalamualaikum’ yang bermaksud kesejahteraan ke atas kamu dan menjadi kewajipan pula kepada penerima salam menjawab yang bermaksud kesejahteraan ke atas kamu juga.

Salam bukan saja terhenti kepada orang yang masih hidup, malah orang sudah mati juga wajar diucapkan salam kerana ucapan salam itu sebagai satu doa kepada mereka. Dalam konteks ini, dapat digambarkan hubungan silaturahim sesama Islam tidak akan putus walaupun sudah meninggal dunia.

Memberi salam hukumnya sunat, manakala menjawabnya adalah wajib berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).” (Surah An-Nisa, ayat 86)

Menjawab salam dalam majlis keramaian adalah fardu kifayah, iaitu memadai hanya seorang atau sebahagian yang hadir menjawabnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesuatu kumpulan yang lalu di suatu tempat dan mereka menemui orang Islam, maka memadai seorang daripada mereka mengucapkan salam. Demikian juga sesuatu kumpulan dalam majlis andainya ada orang memberi salam kepada mereka, maka memadailah seorang saja antara mereka yang menjawab.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Menjawab salam dikirimkan orang jauh juga wajib dijawab. Ulama terkenal, Abi Zakaria Yahya mengulas: “Apabila seseorang mengutuskan salam kepada seseorang lain, maka si pembawa hendaklah berkata: Si fulan mengucapkan (mengirimkan) salam kepada anda, penerima hendaklah menjawab segera dengan berkata: “Padamu dan padanya juga kesejahteraan).”

Berhubung perkara itu, Rasulullah SAW pernah didatangi seorang lelaki yang menyampaikan ucapan salam daripada bapanya, maka Rasulullah SAW spontan menjawab: “Kesejahteraan juga ke atas kamu dan bapa kamu.”

Pada dasarnya, hukum memberi salam itu sunat, tetapi dalam beberapa ketika dan keadaan hukum itu menjadi makruh seperti memberi salam kepada orang membuang air atau bersetubuh.

Makruh juga diucapkan salam kepada orang yang tidur, mengantuk, sembahyang, berada di bilik mandi dan sedang makan ketika mulutnya penuh makanan. Dalam keadaan itu, penerima salam tidak diwajibkan menjawabnya, malah haram jika sedang bersembahyang.

Imam Nawawi dalam kitabnya al-Azhar menerangkan dengan lebih lanjut mengenai hukum memberi dan menjawab salam. Ia dibahagikan kepada beberapa bahagian:

# Lelaki Muslim tidak dikenali sebagai fasik dan tidak melakukan bidaah, maka sunat memberi salam kepadanya dan wajib menjawab salam diberikan olehnya.

# Bagi perempuan dengan perempuan sama halnya seperti lelaki dengan lelaki, iaitu sunat memberi salam dan wajib menjawabnya.

# Bagi perempuan dengan lelaki pula, perlu dilihat kepada dua keadaan. Keadaan pertama, jika perempuan itu isteri, hamba atau mahramnya, maka hukumnya sama seperti biasa. Keadaan kedua, jika perempuan (bukan mahram), memilik rupa paras cantik dan boleh menimbulkan fitnah, maka tidak harus bagi lelaki memberi salam kepadanya dan demikian juga sebaliknya. Hukum menjawabnya pula tidak harus bagi perempuan dan makruh bagi lelaki.

# Bagi perempuan yang tua dan lemah serta ditakuti fitnah lagi, maka harus ia memberi salam kepada lelaki dan harus pula lelaki menjawabnya. Begitu juga sebaliknya.

# Seorang lelaki dibolehkan memberi salam kepada kumpulan yang ramai dan sekumpulan lelaki yang ramai harus juga memberi salam kepada seorang perempuan dengan syarat tidak mendatangkan fitnah bagi kedua belah pihak.

# Haram memberi salam kepada orang Yahudi dan Nasrani, demikian juga haram menjawab salam daripada mereka. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu memulakan salam pada orang Yahudi dan Nasrani.” (Hadis riwayat Abu Hurairah) Sabda Baginda SAW lagi: “Apabila ahli Kitab memberi salam kepada kamu, maka jawablah: ‘waalaikum’.”

# Sunat memberi salam dalam majlis yang bercampur antara umat Islam dengan penganut agama lain dengan niat khusus ditujukan kepada orang Islam saja.

# Seperkara yang tidak patut dilupakan di sini ialah mengenai adab atau peraturan yang baik memberi salam. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang menunggang (kenderaan) mengucapkan salam terlebih dulu kepada orang yang berjalan, orang yang berjalan kepada orang yang duduk dan pihak yang sedikit kepada kumpulan yang ramai.”

Sabda Baginda SAW lagi: “Orang yang kecil memberi salam kepada orang besar, orang yang berjalan kepada orang yang duduk dan kumpulan yang sedikit kepada kumpulan yang ramai.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan dua hadis di atas, jelas kepada kita bahawa seorang anak perlu memberi salam terlebih dulu kepada bapanya, isteri kepada suaminya, murid kepada gurunya, pekerja kepada majikannya dan rakyat kepada pemimpinnya.

Andainya berlaku sebaliknya tidaklah pula sampai menjejaskan hukum memberi salam. Ada juga kes di mana kedua-dua belah pihak mempunyai kedudukan yang sama seperti dua murid yang sama-sama sedang berjalan.

Hikmah utama salam digalakkan kerana ia adalah amalan paling berkesan menyuburkan perasan muhibah antara satu sama lain seperti pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kamu tidak akan masuk ke syurga sehingga kamu beriman sehingga kamu berkasih-kasihan. Sukakah kamu aku tunjukkan satu perkara bila kamu melakukannya, kamu akan menjadi berkasih-kasihan? Maka sahabat menjawab: Ya. Rasulullah SAW menyambung: Ucapkanlah salam sesama kamu.” (Hadis riwayat bu Hurairah).

sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Agama/20081205082813/Article/index_html

Serangan Jantung & Minum Air Suam

Semoga artikel ini memberi manfaat........

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipoFD71aO8Yj6tgFFQPKLwFm32DSK70666-B9IiMNPBu-3dlGBqqyzFr0bl07hmxpr3D_uZLfgNdEpKcqaYiYbT1671TMSw1S9BTV5dXNBXYZ_-ZgWQYOnPE6Nhj5Z2aoRv_hHruDIjVRb/s320/gambar+jantung.jpg

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlJiBQu1xjX26sB0gWIY3FrRJf1v7O2SQvaeqklckZJQxFC2as4kW7c7HRClJPG40p2GaqlJ9FZHBPLif-nnwIB9eB6unBo05lhNQlkugB5fWxdKtFtqkX9BgB0SxG0sOx_m1qvEB0cXc/s320/gambar+jantung.jpg

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan.
Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung Amaran berkenaan serangan jantung!!  

Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada..Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 
Lebih kurang 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa.. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEho_OBCrPvEREwmuqnjvKMSgxmi9IuifPXrdRmZ3U1_lJedAxvcPinn1TC6WlUn4SDWV6AbP76XUkFdL6ykP-1_6N76Z9zZ_Zzr9R_wrLi1IwVpBD7ZttlfgcXzVQ4VvSdIK6fujDBp_6Fl/s320/jantung.jpg
Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Memahami isu murtad

Gejala murtad ini merupakan satu isu yang sebenarnya serious...jadi pantaulah anak-anak kita...semoga anak-anak kita dilindungi olehNya...insyaallah

MUFTI Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pernah mendedahkan jumlah umat Islam negara ini yang murtad mencapai sehingga 100,000 orang. Walaupun ada pihak kurang senang dengan pendedahan ini, ia jelas menunjukkan gejala murtad di kalangan umat Islam berlaku.

Pengaruh persekitaran, pergaulan bebas, kurang didikan agama, kurang perhatian ibu bapa dan miskin adalah antara punca menyebabkan berlakunya murtad di kalangan umat Islam, terutama remaja.

Penulis dan pendakwah bebas, Ann Wan Seng dalam tulisannya menyatakan faktor menyebabkan berlakunya murtad ialah kerana kelemahan umat Islam sendiri.

“Umat Islam hari ini berdepan dengan masalah dan krisis akidah yang cukup serius lantaran kurangnya pemahaman, penghayatan dan pengalaman mereka terhadap ajaran Islam. Ini berlaku apabila agama dan moral tidak lagi menjadi teras kepada sistem pendidikan yang lebih menjurus ke arah pembangunan jasmani berbanding rohani.

“Akibatnya, lahir manusia yang bersikap materialistik dan mementingkan diri sendiri. Mereka tidak lagi mempedulikan mengenai masalah yang dihadapi orang lain. Lebih menakutkan, pendidikan yang berorientasikan sekularisme itu melahirkan umat Islam rapuh akidah, rendah akhlak dan sanggup melakukan apa saja termasuk yang bercanggah dengan ajaran Islam,” kata Wan Seng.


Murtad juga berlaku pada mereka yang berusia emas, tetapi jumlahnya sejauh ini mungkin boleh dibilang dengan jari. Yang pasti, gejala murtad ini perlu diberi perhatian serius pihak berkuasa bagi mencegah daripada terus berleluasa.


Remaja yang merantau ke bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru atau Pulau Pinang sama ada untuk bekerja atau menuntut ilmu perlu berhati-hati kerana mereka boleh dipengaruhi pihak tidak bertanggungjawab untuk membawa mereka keluar daripada Islam.


Tindakan polis menahan sembilan orang termasuk dua penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Rabu lalu yang didakwa cuba menukarkan agama penuntut Islam di IPTA berkenaan membuktikan gejala ini berlaku di negara ini.


Sehubungan itu, ibu bapa perlu kerap memantau anak mereka kerana dibimbangi hidup di bandar yang serba bebas akan menukar matlamat dan pegangan hidup mereka. Semuanya itu tidak mustahil berlaku dalam zaman yang serba canggih ini. Hari ini gejala murtad boleh berlaku tanpa kita duga.


Harussani dipetik sebagai berkata, gejala murtad ini adalah usaha melemahkan umat Islam yang didalangi musuh Islam untuk mengelirukan pemikiran umat.


Murtad ialah seseorang keluar daripada agama Islam dan menganut agama lain. Seseorang daripada agama lain memeluk agama Islam, tetapi kembali semula ke agama asalnya, maka orang itu juga dikira murtad.


Sesungguhnya Islam adalah nikmat Allah yang sangat bernilai kepada hamba-Nya. Hal ini Allah nyatakan dalam al-Quran sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redai Islam itu jadi agama bagimu.” (Surah Al-Maidah ayat 3).


Sementara mereka yang keluar daripada agama Islam (murtad), Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud: “Barangsiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, lalu dia mati sedang dia kafir, maka amalan mereka itu terhapus di dunia dan akhirat dan mereka itu penghuni neraka, sedang mereka kekal di dalamnya.”


Allah murka kepada orang yang murtad. Mereka meninggalkan agama Allah yang benar kerana lebih mencintai kehidupan di dunia daripada kehidupan abadi di akhirat. Allah tidak memberi hidayah dan kebenaran ke dalam hati mereka sebab hati mereka telah ditutup sehingga ia tidak mampu untuk berfikir mengenai sesuatu yang lebih bermanfaat bagi diri mereka. Di akhirat kelak mereka termasuk dalam golongan orang yang rugi dan menyesal.


Sehubungan itu, Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Yang demikian itu disebabkan kerana sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih berat daripada akhirat dan bahawasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. Mereka itulah orang-orang yang hatinya, pendengarannya dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai. Pastilah bahawa mereka di akhirat nanti adalah orang-orang yang rugi.” (Surah an-Nahl ayat 107-109).


Murkanya Allah terhadap orang murtad hingga Allah mengingatkan orang beriman supaya tidak duduk bersama orang murtad seperti orang kafir itu sebab mereka mengolok-olokkan agama Islam.


Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian) tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam neraka jahanam.” (Surah an-Nisa ayat 140).


Dalam Islam, orang murtad boleh dihukum bunuh. Hal ini dinyatakan Rasulullah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: “Siapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.”


sumber: MyMetro online

PETUA Orang Tua ( Ada Rahsia Tersembunyi))

Nasihat untuk diri sendiri dan juga sahabat-sahabat....

Pada yang belum berkahwin tu, simpan nasihat ni baik² kerana insyaAllah satu hari nanti bila dah jadi orang punya tu tau le apa yg patut di buat dan sebaliknya.. .. bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membina rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang...Insya Allah, dipermudahkan olehNYA....

Membasuh pakaian, sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri.. ada rahsia tu).

Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd pembantu rumah. NO ENTRY !!!!. apa pun yg ada didalamnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya. Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya. ada rahsia tu),

APA RAHSIA NYA???

AIR TANGAN!!!!.. . itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee segera!!!.

Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya. Bila anak² sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak²) sedikit sebanyak, kalau pun anak² itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari 'restu si ibu' dlm hidupnya. Pecayalah...

Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan, sekurang²nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ' air tangan' yg masuk keperut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu.

Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya² menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg² suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh org lain... apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).

Jadi berhati²lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya... (syahwatnya) . Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam di luar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah pun kita minta 'maid' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan/ seteko air, tolonglah buat sendiri.

Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya di luar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu dari beribu² cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.

Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden² sekarang mungkin dia rasa.... apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu² kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Mereka basuh dan mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik² dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, di belakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka berangin) so, semua yg kecil² (pakaian dlm) nenek sidai di sini, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini emak juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju² lainnya.

Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm, bergayutan di ampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yg menghadap kej alan raya lagi.... semua mata boleh memandang. Sorok²lah sikit...malu org tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, ... kita buat diakan, bukan dia yg buat kita...

Pakaian dlm ini (maaf kena berterus terang sikit....tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagian sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik²nya dijaga / diurus hanya oleh si isteri. Usah sekali² membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesin) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik² saja ye tak...kenapa mesti bagi org lain menguruskannya' ???

Dan ini yg paling penting, pesan nenek, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah di biarkan orang lain menyentuhnya sewenang², rahsia suami isteri ada di dalamnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahakan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya! !!. Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring di situ, 'bersama' juga di situ, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara

suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila².

Pesan saya sendiri - selalu selalulah suap anak dengan tangan sendiri. Makanan yang ibu masak & di susuli dengan suapan tangan sendiri ke mulut anak akan menambahkan ingatan anak kepada ibu sentiasa. Hubungan akan lebih erat & anak akan makan lebih banyak berbanding dengan suapan sudu. Cubalah saya sendiri melakukankannya....alhamdullillah anak-anak saya memang suka kalau saya suapkan walaupun kini anak saya telah berumur 9 thn dan 7 thn....Mereka lebih selesa dan berselera bila mamanya ini yang menyuapkannya. Moga cerita ini memberi manfaat ya.

CAP minta umat Islam waspada beli seramik campuran haiwan haram

Semoga sahabat semua akan lebih berhati-hati dalam membeli pinggan mangkuk ni.....kerana di luar sana terlalu banyak lambakan produk-produk dari luar negara terutama China.......jadi berhati-hatilah akan bahan-bahan yang digunakan....kalau tidak pasti carilah informasi-informasi dari badan-badan yang berkenaan dan seringlah mengunjungi laman web jakim... Moga artikel ini bermanfaat ya.

KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu berwaspada apabila membeli pinggan mangkuk dan perkakasan makanan seperti cawan dan piring daripada seramik kerana ada jenama tertentu mengandungi campuran tulang haiwan, termasuk tulang babi.

Tinjauan di beberapa gedung beli-belah di ibu negara mendapati tiada label diletakkan bagi memaklumkan pengguna bahan campuran digunakan untuk menghasilkan perkakasan itu.

Berbanding dengan kedai kasut yang biasanya meletakkan label 'kasut diperbuat daripada kulit babi' di ruang jualan, peniaga yang menjual pinggan mangkuk mengandungi campuran tulang haiwan tidak memaklumkannya kepada pembeli. 
Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim, ketika diminta mengulas, berkata orang ramai boleh mengenali perkakasan yang mengandungi tulang haiwan kerana kebanyakannya tercatat Bone China di belakangnya.

Bone China adalah istilah komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan.

"Berbanding penggunaan kaca dan tembikar sepenuhnya, perkakasan yang mengandungi tulang haiwan ditumbuk halus itu biasanya diimport dari Jepun dan United Kingdom. Ia dicampurkan bagi menjadikannya lebih berkilat dan cantik. 
"Ia biasanya lebih eksklusif dengan harga mencecah RM8,000 satu set," katanya.

Namun, katanya, peniaga sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan meletakkan label di ruang jualan bagi memudahkan umat Islam mengenal pasti sama ada perkakasan dibeli dicampur tulang haiwan.

Bagaimanapun, beliau berkata, umat Islam boleh menghubungi CAP di talian 04-8299511 untuk kepastian.

Pengarah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata pihaknya pernah menerima aduan umat Islam yang khuatir mengenai penggunaan perkakasan seramik yang dikatakan mengandungi tulang haiwan.
"Namun, kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mempunyai bukti kukuh. Pihak berkuasa perlu menubuhkan unit khas untuk membuat kajian makmal," katanya.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaffar, pula berkata pengguna yang ingin mendapatkan kepastian boleh membawa perkakasan itu untuk dianalisis oleh Unit Pemantauan dan Penguatkuasaannya.

Bahayakah ubat Gigi yang berfluorida?

Dalam kita sibuk menjaga kesihatan/penampilan  diri, kita kadang-kadang terlepas pandang akan bahan-bahan yang digunakan di dalam apa jua produk yang kita gunakan sehari-hari....kadang-kadang iklan-iklan di kaca tv pun membuatkan kita teruja untuk membelinya...begitu jugalah dengan ubat gigi yang kita gunakan.... Ubat gigi berfluorida gigi putih dan nafas segar....itulah slogan yang sering kita dengar kan...jadi ingin saya berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang FLUORIDA yang kebanyakannya ada pada ubat gigi yang kita sering gunakan.......

APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.


MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya. Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi. Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi. Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!

Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.



Sebarkan pada rakan-rakan | Dapatkan code widget banner ini



sumber: http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/

Membina Keluarga Sakinah

Setiap orang tentu menginginkan agar memiliki keluarga yang sakinah dan mendapatkan barakah serta rahmat dari Allah dalam menjalani kehidupannya. Tetapi semua itu tidak akan dapat terwujud kecuali dengan adanya ilmu yang dapat membimbing pelakunya agar dapat mewujudkan perkara tersebut. Dalam merealisasikan impian itu, kita memerlukan ilmu, baik kepada suami / isteri / anak, agar menjadikan keluarga yang sakinah.

Antaranya adalah memahami maksud pernikahan itu sendiri, sebagai sebuah ibadah, tentu saja pernikahan memiliki sejumlah tujuan yang mulia.Memahami tujuan itu akan menghindarkan pernikahan hanya sekadar pelampiasan nafsu seksual belaka. Tujuan-tujuan itu adalah pertama mewujudkan mawaddah dan rahmat, yakni terjalinnya cinta kasih dan tergapainya ketentraman hati (ar-Rum : 21). Kedua, sebagai upaya mengikuti sunnah Rasulullah. Ketiga, melanjutkan keturunan dan menghindari dosa. Keempat, untuk mempererat tali silaturahim. Kelima, pernikahan sebagai sarana dakwah. Keenam, dalam rangka menggapai mardhatillah.

Jika demikian tujuan pernikahan yang sebenarnya, maka dapat dipastikan bahwa suatu pernikahan yang tidak diarahkan untuk mewujudkan keluarga sakinah, berarti jauh dari apa yang diajarkan oleh Islam itu sendiri. Lalu, apa ukuran sebuah keluarga disebut keluarga sakinah?

Keluarga Sakinah: Keluarga dengan Enam Kebahagiaan
Keluarga sakinah adalah keluarga dengan enam kebahagiaan yang terlahir dari usaha keras pasangan suami istri dalam memenuhi semua kewajiban, baik kewajiban individu mahupun kewajiban bersama. Teramat jelas bagaimana Allah dan Rasul-Nya menuntun kita untuk mencapai tiap kebahagiaan itu. Enam kebahagiaan yang dimaksud adalah:

Pertama, kebahagiaan kewangan.
Ketua keluarga wajib mencukupi keperluan nafkah isteri dan anak-anaknya dengan berbagai usaha yang halal. Kebahagiaan kewangan adalah ketika keperluan asasi seperti tempat perlindungan, pendidikan, kesihatan, keamanan dapat dipenuhi. Sehingga keluarga itu dapat hidup normal, berdikari, bahkan boleh saling memberi.

Kedua, kebahagiaan seksual.
Sudah menjadi fitrahnya, dalam kehidupan rumah tangga suami isteri ingin meraih kepuasan seksual. Islam menuntunkan agar isteri senantiasa bersiap memenuhi panggilan suami, tapi juga diajarkan agar suami selalu memperhatikan keperluan seksual isteri. Ketika sepasang suami isteri secara bersama dapat mencapai kepuasan seksual, maka mereka akan merasakan kebahagiaan seksual. Terlebih bila dari aktiviti seksual itu kemudian terlahir anak. Dengan pendidikan yang baik tumbuh menjadi anak yang soleh dan soleha, kebahagiaan akan semakin memuncak.

Ketiga, kebahagiaan spiritual.
Salah satu kewajiban bersama suami isteri adalah melaksanakan ibadah-ibadah mahdah seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Ketika sebuah keluarga terdiri dari pasangan suami isteri yang rajin beribadah, dan dalam moment-moment tertentu memenuhi anjuran Allah dan Rasul-Nya untuk melaksanakannya secara bersama, seperti solat berjamaah, membaca al-Qur’an, puasa sunnah dan sebagainya, maka kehidupan rumah tangga itu akan dihiasi oleh suasana keagamaan dengan aura spiritual yang kental. Mereka merasakan secara bersama nikmatnya beribadah kepada Allah. Inilah yang disebut kebahagiaan spiritual.

Keempat, kebahagiaan moral.
Suami wajib menggauli isteri dengan ma’ruf. Isteri juga wajib bersikap sopan dan patuh kepada suami. Suami isteri bersikap sayang kepada anak-anak, sementara anak wajib bersikap hormat kepada kedua orang tuanya. Ketika pergaulan antara anggota keluarga, juga dengan saudara dan tetangga, senantiasa dihiasi dengan akhlak mulia, akan terciptalah kebahagiaan moral.

Masing-masing akan merasa nyaman dan tenteram tinggal di rumah itu. Rumah akan benar-benar dirasakan sebagai tempat yang memberikan ketenangan, bukan sebaliknya. Keresahan yang membuatkan para penghuninya tidak suka untuk tinggal lama. Jadi agak susah juga untuk mencipta rumahku syurgaku....kerana sebuah syurga mesti didiami oleh penghuni yang gembira dan ceria. Jadi buangkan segala keresahan dan kesuraman.

Kelima, kebahagian intelektual.
Untuk menjalani hidup dengan sebaik-baiknya menurut kaca mata Islam, juga untuk mampu mengatasi secara cepat dan tepat setiap permasalahan keluarga yang timbul, diperlukan pengetahuan akan ara’ (pendapat), afkar (pemikiran) dan ahkam (hukum-hukum) Islam pada pasangan suami isteri. Maka menuntut ilmu (tsaqofah Islam) adalah wajib.

Ketika, sepasang suami isteri memiliki pemahaman dan ilmu Islam yang cukup sedemikian keperluan untuk hidup secara Islamik dan kemampuan menjawab setiap masalah, mereka akan merasakan suatu kebahagiaan kerana hidup akan dirasakan dalam kendalian kita, terang dan mantap. Pengetahuan memang akan mendatangkan kebahagiaan. Sebagaimana kebodohan mendatangkan kesedihan. Inilah yang disebut kebahagiaan intelektual.

Keenam, kebahagiaan ideologis.
Keluarga dalam Islam bukan hanya dibentuk untuk memenuhi keperluan individu, tapi juga memuat misi keumatan. Yakni sebagai asas para pejuang Islam dalam usahanya menegakkan risalah Islam. Dengan misi itu, bererti masing-masing anggota keluarga diarahkan untuk memiliki peranan yang nyata dalam dakwah. Termasuk anak-anak yang dilahirkan, dididik untuk menjadi pendakwah yang cemerlang di masa akan datang.

Nah, keluarga yang mampu merealisasikan misi Islam yang amat mulia inilah keluarga muslim yang sebenarnya. Ketika suami isteri merasa mampu mengayuh biduk rumah tangganya dalam menuju misi tersebut, pasti mereka akan merasakan suatu kebahagiaan tersendiri. Kebahagiaan itu kita sebut kebahagiaan ideologis.

Manakah diantara keenam kebahagiaan itu yang utama? Tergantung pada persepsi atau pemahaman pasangan suami isteri. Keluarga Rasulullah dibangun dengan meletakkannya pada dasar perjuangan. Inilah keluarga teladan dengan kebahagiaan ideologis. Tapi berdasarkan riwayat-riwayat yang sangat jelas, Rasul juga mampu menciptakan kebahagiaan intelektual, kebahagiaan moral, spiritual, termasuk seksual bagi keluarganya.

Secara kewangan , Rasul memang hidup dalam kesederhanaan. Tapi siapa sangka mereka juga ternyata merasakan kebahagiaan kewangan itu. Kerana kebahagiaan yang terakhir ini tidak ditentukan oleh jumlah harta yang dimiliki, tapi oleh perasaan qanaah (cukup) atas rezeki yang Allah kurniakan.

Persiapan Mental Spiritual

Paling sedikit ada empat persiapan yang harus dilakukan untuk membentuk keluarga sakinah mawaddah wa rahmah. Yakni persiapan ilmu dasar tentang bagaimana hidup sebagai isteri/ibu atau sebagai suami/bapa dan bagaimana menjalani hidup bersama dalam sebuah keluarga dengan segala hak dan kewajibannya. Berikutnya adalah persiapan mental, kewangan dan fizikal(kesihatan).

Empat persiapan itu perlu dilakukan oleh calon pengantin, mengingat bahwa pernikahan bererti mempertautkan dua peribadi dari dua keluarga yang sama sekali berbeza. Hidup dalam satu atap dengan pasangan barunya jelas akan membawa perubahan-perubahan yang drastik. Yang semula sendiri, kini berdua. Yang semula bebas kini terikat dengan hak dan tanggungjawab dan sebagainya.

Untuk menghadapi semua itu, diperlukan kesiapan mental. Yakni bagaimana menghadapi tekanan hidup dengan berbagai macam permasalahan kehidupan, kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan pasangan dan sebagainya. Pasangan yang memiliki kesiapan mental akan dapat menjalani semua tekanan itu dengan jiwa yang kental, sabar dan optimis.

Sebaliknya yang tidak memiliki persiapan mental akan banyak sekali menghadapi tekanan mental. Mungkin persoalan yang dihadapi sebenarnnya biasa-biasa saja, tapi kerana memang dasarnya miskin ketahanan mental, akibatnya menjadi sangat serius.

Keluarga yang normal dalam ukuran Islam adalah keluarga yang mampu mewujudkan sejumlah fungsi pokoknya, yakni fungsi ekonomi, fungsi sosial, fungsi edukatif, fungsi protektif, fungsi keagamaan, fungsi rekreatif, fungsi dakwah dan fungsi efektif. Terpenuhinya seluruh hak dan kewajiban anggota keluarga (suami, isteri dan anak-anak) akan membuat semua fungsi tersebut berjalan.

Sehingga peluang tercapainya enam kebahagiaan dalam keluarga sakinah terbuka lebar. Sebaliknya, pengabaian sebahagian apalagi seluruh hak dan kewajiban anggota keluarga jelas akan menimbulkan disfungsi keluarga. Akhirnya, tak satu pun kebahagiaan dapat diraih.

Seandainya suami isteri tidak dapat memenuhi salah satu atau lebih dari enam kebahagiaan tersebut di atas, maka akan goyahlah kebahagiaan. Misalnya, seorang suami yang mengalami kesulitan memenuhi keperluan kewangan keluarga akan memancing reaksi negatif dari isteri. Begitu juga pasangan suami isteri yang gagal mencapai kepuasan seksual, bergaul secara kasar, miskin pemahaman Islam, kering nuansa ibadah dan tak terpikir perjuangan Islam, jelas akan memburukkan keluarga itu ke jurang disfungsi yang teramat fatal. Bila tidak segera teratasi, keutuhan keluarga itu akan terancam. Paling tidak kehidupan keluarga itu tidak harmoni, kering-kontang dan meresahkan.

Jadi terserahlah kepada keluarga itu yakni suami, isteri dan anak-anak untuk merealisasikan KELUARGA SAKINAH... semoga kita akan dapat mewujudkan impian keluarga sakinah ini dan jadilah kita orang-orang yang berbahagia. Insyaallah.

Kecemburuan dalam Rumah Tangga

Dalam perjalanan kehidupan manusia, seseorang akan menghadapi berbagai hal saat berinteraksi dengan manusia yang lain. Oleh karena itu diperlukan bimbingan syariat agar kehidupan seseorang mendapatkan berkah dari Allah. Begitu pula kehidupan sepasang suami isteri, kecemburuan merupakan suatu hal yang sangat mungkin terjadi dalam perjalanan mengemudikan bahtera kehidupan. Cemburu merupakan sifat dasar yang dimiliki manusia terutama wanita. Suami harus boleh memahami watak isterinya kerana fitrah kejadian wanita itu sendiri.

“Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki, kalau seandainya kita memaksa untuk meluruskannya, maka akan patah, kalau dibiarkan maka akan tetap bengkok” HR Bukhari

Semua ada hikmahnya, kadang-kadang Allah mengutamakan kaum lelaki di atas wanita dan kadang-kadang mengutamakan kaum wanita di atas lelaki.

Kecemburuan merupakan suatu hal yang pasti terjadi, bahkan terjadi di rumah tangga Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa salam. Di antara kisah tersebut antara lain:

1. Kecemburuan Aisyah terhadap Khadijah
Aisyah cemburu terhadap Khadijah walaupun mereka tidak pernah bertemu. Hal ini dikeranakan Rasulullah s.a.w sering menyebut-nyebut kebaikan Khadijah, dan Rasulullah mendapatkan keturunan dari beliau. Aisyah berkata, “Bukankah Allah telah menggantikan dengan wanita yang lebih baik?”, dijawab oleh Rasulullah, “Tidak, Allah tidak menggantikannya dengan wanita yang lebih baik.”

Rasa cemburu harus dilandasi dengan ilmu atau hanya akan membawa petaka, diantaranya melakukan hal-hal yang melanggar perintah agama:

* Sihir untuk memisahkan pasangan suami-isteri
* Kelakuan yang jelek
* Mengadu domba/fitnah

2. Kecemburuan Aisyah saat Rasulullah mendapatkan hadiah dari isteri beliau yang lain.
Seorang suami juga harus berlandaskan ilmu ketika menangani rasa cemburu dari isterinya. Dicontohkan ketika ada seorang pelayan yang diutus oleh salah seorang isteri Rasulullah yang membawa makanan saat beliau ada di rumah Aisyah, kemudian Aisyah memukul tangan pembantu tersebut sehingga jatuh dan pecahlah piring makanan hadiah tersebut. Tapi Rasulullah tidak marah, tetapi membimbingnya dengan ilmu dan kesabaran. Rasulullah berkata, “Telah cemburu ibu kalian”, kemudian Rasulullah mengumpulkan pecahan piring dan diganti dengan piring yang lain.

3. Kecemburuan istri Rasulullah ketika beliau menikah dengan Shafiyah
Ketika Rasulullah menikah dengan Shafiyah binti Huyai timbul kecemburuan dalam diri Hafshah dan berkata, “Dia adalah anak Yahudi”, hal ini terdengar oleh Shafiyah yang membuatnya bersedih dan menangis. Kemudian dihibur oleh Rasulullah dengan mengatakan, “Ketahuilah bahwa engkau adalah keturunan seorang nabi, pamanmu adalah seorang nabi, dan engkau sekarang berada di bawah naungan seorang nabi. Wahai Hafshah, bertakwalah kepada Allah”.


Kecemburuan seorang suami
Rasa cemburu juga harus dimiliki oleh seorang suami, tidak boleh suami membiarkan isterinya bermaksiat. Lelaki Dayus (tidak memiliki rasa cemburu) tidak akan mendapatkan baunya syurga. Diantara kisah yang menunjukkan betapa pencemburunya sahabat Rasullullah s.a.w antara lain:

1. Kecemburuan Sa’ad bin Ubadah
Sa’ad bin Ubadah berkata, “Jikalau aku mendapati isteriku bersama seorang laki-laki maka akan aku tebas lehernya”, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, “Apakah kalian merasa heran dengan kecemburuan Sa’ad ?, bahkan Allah lebih cemburu lagi”.

Diterangkan oleh Abu Hurairah dalam Shahih Bukhari, “Sesungguhnya Allah itu cemburu, yaitu ketika seorang mukmin melanggar apa yang diharamkan oleh Allah”.

2. Kecemburuan Zubair bin Awam
Asma’ binti Abu Bakar ketika menjaga kecemburuan suaminya, Zubair bin Awam, mereka menikah dalam keadaan Zubair bin Awam adalah seorang miskin yang hanya memiliki seekor kuda dan seekor unta saja. Merupakan kebiasaan Asma’ binti Abu Bakar yang memberikan makan haiwan-haiwan tersebut, begitu pula membuatkan roti untuk suami. Tetapi Asma’ tidak pandai membuat adunan sendiri sehingga harus meminta tolong kepada orang lain yang jaraknya sekitar 8 km. Suatu saat ketika Asma’ membawa biji gandum untuk dibuatkan adunan roti bertemulah dia dengan rombongan Rasulullah Shalallahu ‘alaih wa salam. Dan Rasulullah menawarkan tunggangan kepada Asma’, walaupun Asma’berjalan dengan jarak yang jauh akan tetapi dia menjawabnya dengan mengatakan bahwa kalaulah bukan karena kecemburuan suaminya, tentu Asma’ akan menerimanya. Asma’ berkata, “Sesungguhnya Zubair itu adalah seorang yang sangat pencemburu”. Ketika Asma’ telah tiba di rumah dan menceritakan kejadian ini kepada Zubair bin Awam, Zubair mengatakan, “Sungguh engkau berjalan dengan kakimu lebih aku cintai daripada engkau berjalan dengan khalifah Rasulullah”.

Begitulah peranan cemburu di dalam rumahtangga, namun ianya harus dibatasi kepada perkara-perkara yang layak sahaja...Janganlah cemburu yang tidak bertepi kerana ianya akan memudaratkan malah akan membawa kehancuran rumahtangga kita sendiri. Semoga para isteri akan lebih peka, dan sayangilah rumahtangga anda... Insyaallah akan kekal hinga ke hujung nyawa.

Semoga bermanfaat.

Pentingnya Pendidikan Agama Bagi Anak Umat Islam

Allah telah memberikan amanah yang sangat besar di dalam kehidupan kita. Dimana amanah tersebut seharusnya kita tunaikan sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh Nya. Amanat tersebut berupa anak yang telah diberikan kepada kita, kita telah diperintahkan untuk melepaskan diri, keluarga, dan termasuk anak kita dari api neraka jahannam.

“Wahai orang orang yang beriman jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan bebatuan, padanya ada malaikat yang kasar, mereka tidaklah mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang diperintahkan kepada mereka.”
Allah telah menjadikan kita sebagai pemimpin bagi keluarga kita, yang tentunya kita juga akan diminta pertanggungjawaban. Maka seharusnya suami dan isteri saling bekerjasama dalam membina keluarga, kerana masing-masing akan diminta pertanggungjawaban.

“Setiap kalian adalah pemimpin, dan akan diminta pertanggungjawaban, maka seorang imam adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban, dan seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan akan diminta pertanggungjawaban, dan seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan diminta pertanggungjawaban, dan seorang budak adalah pemimpin pada harta majikannya dan akan dimintai pertanggungjawaban, maka ketahuilah bahwa setiap diri kalian adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban.”
“Allah telah mewasiatkan di dalam perkara anak-anak kalian”

Maka orang tua hendaknya bertanggungjawab terhadap keluarga dan keturunannnya, jangan sampai dia dan keturunannnya mendapatkan kemurkaan dari Allah. Maka hendaknya pemimpin keluarga memberikan pelajaran agama yang baik kepada anak keturunannya agar mereka dapat menjadi anak yang shalih. Rasulullah bersabda dalam hadits Ibnu Abbas dalam riwayat Tarmidzi

“Wahai anak kecil, sesungguhnya aku mengajari engkau beberapa kalimat, jagalah Allah maka Allah akan menjagamu, jagalah Allah maka engkau akan mendapatkan Allah di hadapanmu, apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah, apabila engkau memohon pertolongan maka mintalah kepada Allah”

Dalam hadits ini menunjukkan perhatian beliau yang besar dalam mendidik anak kaum muslimin. Terlebih bagi mereka yang telah menjadi ketua keluarga, wajib bagi mereka mengajarkan agama Allah baik berupa tauhid, akhlaq, adab, dsb karena semuanya adalah tanggungjawab dari orang tua. Saat rasulullah s.a.w melihat seorang anak kecil yang makan dengan adab tiada beradap, maka beliau bersabda

“Wahai anak kecil, apabila engkau makan maka bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu, makanlah mulai dari yang dekat denganmu.”

Demikianlah Rasulullah memberikan pelajaran kepada anak-anak kaum muslimin dengan pelajaran yang diperintahkan oleh Allah. Sebelum datang suatu hari yang menghancurkan dunia ini, hari dimana seseorang akan lari dari saudaranya sendiri, dari bapa dan ibunya, dan dari isteri dan anak-anaknya. Pada hari inilah kita mempertanggungjawabkan kehidupan kita di dunia, kita tidak boleh lagi mendidik anak-anak kita karena kesempatan tersebut hanya di dunia saja. Pendidikan anak-anak perlu kita perhatikan karena merekalah kebahagiaan atau kesedihan bagi kita.

“Sesungguhnya harta dan anak-anak kalian adalah fitnah”

Kerana itu disamping kita mendidik dan mengarahkan anak-anak kita kepada Islam, tentunya kita tetap menyerahkan hasilnya kepada Allah. Karena yang dapat memberikan hidayah hanyalah Allah. Allah yang akan menentukan mereka mendapat petunjuk atau menjadi tersesat.

Ketika Nabi Isa baru lahir dan ditanya oleh Bani Israil, maka Nabi Isa menjawab, “sesungguhnya aku adalah hamba Allah, Allah yang telah memberikan kepadaku Al Kitab dan menjadikan aku sebagai Nabi. Dan menjadikan aku diberkahi dimanapun aku berada, dan Allah yang mewasiatkan kepadaku untuk menegakkan solat dan zakat selama aku masih hidup.”

Kemudian dari pernyataan Nabi Isa tersebut dapat kita ketahui bahwa Allah-lah yang telah menjadikan beliau sebagai orang yang soleh, sebagai seorang Nabi, dan sebagai orang yang menerima kitab suci. Kemudian perkataan Nabi Isa yang lainnya:
“Dan Allah yang telah menjadikan aku sebagai anak yang berbakti kepada orang tuaku dan tidak menjadikan aku sebagai orang yang keras dan kasar.”

Maka apabila kita mengetahui hal ini seharusnya kita berusaha sebaik-baiknya, memohon pertolongan kepada Allah, agar anak keturunan kita dapat menjadi generasi yang soleh. Pertolongan dari Allah kita perlukan karena hidayah itu hanya datang dari Allah, bahkan Nabi Nuh tidak dapat memberikan hidayah kepada anaknya.
Berkata Nabi Nuh terhadap anaknya, “Wahai Anakku, marilah berlayar bersamaku, dan janganlah kamu bersama orang yang kafir”, jawab anaknya, “Aku akan berlindung ke puncak gunung yang dapat menjauhkan aku dari air”. Nabi Nuh berkata, “Pada hari ini tidak ada yang dapat terjaga dari perintah Allah kecuali yang disayangi oleh Allah. Wahai Rabbku sesungguhnya anakku adalah termasuk dari keluargaku, dan sesungguhnya janjimu adalah benar dan engkau adalah Dzat yang maha bijaksana”, jawab Allah, “Wahai Nuh, sesungguhnya dia bukan termasuk dari keluargamu, kerana dia beramal yang tidak baik. Maka jangan engkau meminta kepada-Ku sesuatu yang engkau tidak memiliki ilmu di dalamnya, sesungguhnya Aku mengingatkanmu agar engkau tidak termasuk orang-orang yang bodoh”, jawab Nabi Nuh, “Wahai Rabbku, kalau seandainya engkau tidak mengampuni dan menyayangi aku maka benar benar aku akan menjadi orang orang yang merugi.”

Akan tetapi seorang anak yang soleh dapat menjadi sebuah permata yang sangat indah. Seperti Nabi Ismail terhadap Nabi Ibrahim, ketika Nabi Ibrahim berkata, “Wahai Anakku, sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu, bagaimana pendapatmu? Wahai Bapakku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, dan niscaya engkau akan mendapatiku termasuk orang orang yang bersabar.”

Lihatlah bagaimana jawaban dari anak yang soleh kepada bapak yang soleh, padahal mereka berdua diperintahkan untuk mengerjakan suatu hal yang sangat berat. Demikianlah kisah dari keluarga yang soleh, apabila seorang anak telah dijadikan sebagai seorang yang soleh oleh Allah, maka hal tersebut mungkin akan menjadi sebab baiknya kedua orang tuanya, tetapi apabila anak tersebut jelek, mungkin hal tersebut akan menjadi sebab kekafiran kedua orang tuanya.

Sebagaimana Allah telah mengingatkan kita dalam kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa. Ketika Allah memerintahkan Nabi Khidir untuk membunuh seorang anak kecil, kemudian nabi Musa berkata, “Kenapa engkau membunuh seorang jiwa padahal dia tidak membunuh jiwa yang lain ?, sungguh Engkau telah melakukan sesuatu yang mungkar”, jawab Nabi Khidir, “Bukankah sudah aku katakan bahwa Engkau tidak akan mampu bersabar bersamaku?”.

Kemudian di akhir kisah Nabi Khidir menjelaskan alasannya. Beliau melakukan hal tersebut karena anak kecil yang beliau bunuh sesungguhnya memiliki dua orang tua yang soleh. Dan beliau takut anak tersebut akan memaksa kedua orang tuanya menuju kekafiran, maka beliau ingin agar Allah memberikan ganti anak yang lebih soleh dan lebih penyayang kepada kedua orang tuanya.

Pada ayat ini disebutkan bahwa seorang anak dapat menjadi sebab kekafiran kedua orang tuanya. Maka anak adalah jaminan terhadap kelurusan agama kita, oleh karena itu barang siapa yang ingin istiqomah di dalam agama ini, maka hendaknya dia mendidik anaknya dengan kesolehan, karena hal tersebut diharapkan menjadi penyebab Allah memberikan kebaikan kepada kedua orang tuanya.

Dan termasuk kebiasaan orang yang soleh adalah berdoa agar keturunannya diperbaiki agamanya.
“Wahai Rabb kami, berikanlah kepada kami dari isteri dan anak sebagai pelembut dan penenang jiwa kami. Dan jadikanlah kami semua (suami, isteri dan anak) sebagai pemuka orang yang bertakwa.”

Rasulullah mendoakan Hasan dan Usamah bin Zaid dalam hadits riwayat imam Bukhari, “Ya Allah, sesunggguhnya aku mencintai keduanya, maka cintailah kedua anak ini.”

Demikian pula doa beliau terhadap Abdullah bin Jafar, “Ya Allah, jadikanlah pada keluarga Jafar kebaikan, dan berkahilah Abdullah pada tangan kanannya.”
“Ya Allah, berilah kepada Anas bin Malik harta dan anak yang banyak, dan berkahilah kepada yang engkau berikan kepada mereka.”
Dan doa beliau terhadap Abdullah bin Abbas, “Ya allah pahamkanlah dia dengan agama, dan pahamkanlah dia dengan tafsir.”

Dan termasuk hal yang harus kita perhatikan dalam pendidikan anak kita adalah jangan sampai kita mengeluarkan suatu ucapan yang jelek, bagaimanapun keadaan kita. Ketika Rasulullah mendengar seseorang melaknat untanya, maka Rasulullah bertanya kepada sahabatnya, “Siapa yang tadi melaknat?, saya, turunlah engkau dari untamu, jangan engkau menyertai kami dengan sesuatu yang telah dilaknat, janganlah kalian mendoakan keburukan bagi diri kalian, anak-anak, dan harta kalian, jangan sampai ketika kalian berdoa kejelekan tersebut bertepatan dengan waktu yang Allah mengabulkan doa tersebut.”

Begitulah bagaimana Rasullullah s.a.w mendidik kita sebagai umatnya dari perkara yang sekecil-kecilnya hinggalah perkara yang paling besar....Semaikan pendidikan agama yang utuh ke dalam jiwa anak-anak kita agar kita akan menjadi ibubapa yang bahagia. Insyaallah

Hadis Palsu Rejab, Syaaban

Artikel ini merupakan Himpunan penulisan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang terdahulu dicadangkan untuk bacaan bersempena bulan Rejab. Semoga mendapat manfaatnya....
 
Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama. Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.

Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya. Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani. Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).
“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka). Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat berat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. adalah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya.

Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya.
Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. sama ada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai al-hadis.
Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadis palsu ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah, Beirut). Perbuatan ini adalah jenayah memalsu ciptakan agama, kerana Nabi adalah sumber pengambilan agama. Seperti seseorang yang memalsukan pasport di atas nama sesebuah kerajaan. Ia sebenarnya melakukan pembohongan dan jenayah terhadap kerajaan tersebut.

Kedudukan Nabi s.a.w. tentunya lebih besar dan agung untuk dibandingkan. Oleh itu dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. menyebut: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) dalam mengulas hadis ini: “Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi s.a.w. dan semua jenis pendustaan ke atas baginda.”

Mendengar
Maksudnya: “Jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku)” (rujukan: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, jld 1, m.s. 270, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut).
Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram. Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadis, m.s. 98). Misalnya di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”

Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.
Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut).
Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi).
Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka.
Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah. (Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadis, m.s. 99)

Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa pula, ada menjadi ejen menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.
Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.

Gambar hiasan

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).
Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”
Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.

Ibadat
Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.
Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.
Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Justeru, hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.
Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan.
Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuat untuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasa kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama.
Agama kita rujukannya ialah al-Quran dan al-sunah yang dipastikan kesabitannya mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadis. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis).” Mereka hanya membaca hadis apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadis tersebut. Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya. Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah. (Abu Syahbah, al-Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-‘Arabi, Kaherah).

Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.

Jom Latih Anak Berpuasa!

Tidak lama lagi bulan Syaaban.....dan seterusnya bulan Ramadhan al-Mubarak....Kehadiran bulan Syaaban ni sangat elok bagi kita sebagai ibubapa melatih anak-anak kita berpuasa agar apabila tiba bulan Ramadhan,  puasa sebulan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna insyaallah terutamanya bagi anak-anak kita. Almaklumlah agar badan kita tidak terkejut dengan perubahan yang mendadak....namun bagi yang sering melakukan ibadah puasa sunat saya rasa tiada masalah insyaallah. Yang penting kita mengajar anak-anak kita untuk lebih bersedia menghadapi bulan Ramadhan yang mulia ini. biarlah kita melentur buluh dari rebungnya....agar anak-anak kita terbiasa akan kewajipan berpuasa ini....agar mantap iman anak-anak kita nanti...insyaallah. Di antara persiapan menyambut bulan mulia ini yang perlu kita cermati adalah bagaimana mempersiapkan anak-anak yang masih kecil dan baru akan belajar puasa. Berikut adalah beberapa perkara yang baik untuk kita lakukan bagi mempersiapkan anak-anak kecil kita untuk berpuasa.....

A. 5 Hari Sebelum Ramadhan: Mengenal melalui Penceritaan
Menceritakan sejarah wajib puasa, mengulang kaji semula rukun, syarat, sunnah, adab dan hikmah puasa supaya anak melakukan ibadah dengan penuh kefahaman dan penghayatan, tidak sebagai ikutan saja. Pilih cerita-cerita Islam yang menggambarkan suasana puasa dan keutamaan bagi yang menjalankannya. Cerita-cerita mengenai kisah-kisah menarik di dalam bulan  Ramadhan, baik mengenai sahabat atau Rasulullah yang berjuang di bulan Ramadhan. Atau anda dapat mengarang sendiri cerita yang ada hubungannya dengan tema tersebut, selain menceritakan pengalaman masa kecil anda ketika menjalani ibadah puasa. Ini akan lebih menarik minat anak, kerana cerita tersebut lebih hidup dan anda lebih selesa menceritakannya.

Prolog Ramadhan melalui cerita ini dapat dimulai seminggu sebelum datangnya bulan Ramadhan. Di antara waktu bercerita tersebut anda dapat mengajak anak untuk membuat rencana kegiatan selama bulan Ramadhan nanti, plus target yang ingin mereka capai. Kemukakan juga harapan apa yang anda harapkan untuk mereka lakukan.

Melalui penceritaan ini, suasana Ramadhan sudah dengan sendiri menusuk masuk ke dalam fikiran anak-anak kita. Sehingga ia akan mengharapkan kedatangan bulan ini dengan penuh semangat lagi.


B. 3 Hari sebelum Ramadhan: Membangun Suasana
Suasana rumah yang berubah juga akan mempengaruhi semangat anak. Misalnya dengan mengubah susunan  rumah, mempersiapkan ruang khusus untuk solat berjamaah dan tadarus Al-Quran. Ajak anak-anak menghiasi ruang tersebut dengan tulisan kaligrafi dan gambar islamik. Atau apa-apa sahaja yang mungkin boleh menarik minat mereka lagi.

Demikian pula untuk dekorasi rumah maupun kamar, hiasi dengan corak-corak  Islamik. Misalnya dengan mengubah letak play station, tv ataupun buku dan majalah yang bersifat umum, berganti dengan buku-buku atau majalah keislaman yang mudah dijangkau.

Kamar tidur anak dapat dihias dengan tulisan hadis, motto ataupun semboyan yang akan membangkitkan semangat mereka jika nanti menahan lapar dan haus ketika puasa. Lekatkan juga target dan jadual kegiatan yang telah disusun bersama. Ibu sebaiknya mempersiapkan bintang-bintang yang siap ditempek untuk setiap rencana yang berhasil dicapai anak. Kerjakan bersama anak agar ia termotivasi untuk mendapatkan bintang sebanyak mungkin sampai akhir Ramadhan.

Kebiasaan ibubapa mengecat rumah menjelang Hari Raya, yang biasanya dilakukan pada saat puasa, dapat dimulai justru sebelum Ramadhan. Di samping membangun mood anggota keluarga, juga agar selama Ramadhan lebih banyak waktu yang dapat digunakan untuk kegiatan ibadah.


C. 2 Hari Sebelum Ramadhan: Persiapan fizikal
Ibu dapat mulai menyusun menu dengan gizi yang seimbang untuk anak yang berpuasa. Juga mulai melatih pola makan dari 3 kali sehari menjadi 2 kali saja. Bila dilihat dari pola kebiasaan makan, berpuasa sebetulnya hanya memindahkan jam, atau mengurangi satu kali waktu makan saja. Bila biasanya makan 3 kali sehari, menjadi 2 kali, yaitu waktu sahur dan waktu berbuka puasa.

Penyusunan menu ini untuk menghindari terjadinya kekurangan zat gizi pada anak. Kecukupan gizi pada anak akan terpenuhi apabila berbuka dan makan sahur.


D. 1 Hari Sebelum Ramadhan: Jom Sahur !!
Bila esok mulai berpuasa, bererti malam sebelumnya kita akan melaksanakan solat tarawih dan sahur. Melatih anak-anak untuk berpuasa dapat dimulai dengan belajar bangun malam untuk makan sahur bersama.

Untuk menarik minat anak, siapkan menu makanan kegemarannya dan buat suasana sahur menyenangkan baginya sehingga tidak merasa berat bangun tengah malam. Biarkan anak makan di akhir waktu sahur. Awal puasa, biarkan mereka cuba dulu puasa hanya setengah hari. Ia akan berbuka pada tengah hari karena masih dalam latihan. Dengan cara latihan yang bertahap seperti itu, si anak tidak merasa berat lagi untuk melakukan puasa.


E. Nilai Puasa  Bagi Anak
Banyak sekali nilai murni dari puasa termasuk untuk anak-anak. Nabi Muhammad SAW bersabda:" Berpuasalah, niscaya kamu sehat". Dari sisi kesihatan, ibadah puasa memberikan istirehat pada organ-organ pencernaan tubuh, termasuk sistem enzim dan hormon, yang kemudian akan bekerja kembali dengan lebih sempurna.
Selain itu anak-anak yang mencuba untuk ikut berpuasa, sesungguhnya sedang dilatih untuk berdisiplin. Berdisiplin untuk bangun sahur pada malam hari, makan tepat waktu berbuka dan menahan nafsu. Termasuk sebagai latihan untuk taat pada perintah agama.

Latihan ini bukan hanya pada menahan lapar saja, tetapi lebih penting pada erti berpuasa itu sendiri. Kerananya, bila memang belum waktunya anak puasa penuh, biarlah mereka berbuka di tengah hari. Bukankah segala sesuatunya berlangsung bertahap? Termasuk dalam mendidik si kecil dalam hal puasa.

Berpuasa juga boleh mendidik anak-anak untuk jujur, misalnya mereka tetap berpuasa sekalipun teman-temannya di sekolah tidak. Kalaupun kerana tidak kuat menahan lapar atau godaan teman ia terpaksa berbuka di luar rumah, anak juga boleh diajar untuk berterus-terang, bukan berbohong dan malu mengakui kesalahannya.

Ibu bapa dan orang dewasa adalah contoh kepada anak. Jadi dalam usaha kita membudayakan ibadah berpuasa yang berkualiti dalam diri anak, kita mesti memperbaharui niat dan azam diri untuk terus memperbaiki akhlak dan amal. Sama-samalah kita panjatkan doa supaya ibadah puasa dan ibadat lain sepanjang Ramadan kali ini dapat dijalankan seisi keluarga dan diterima Allah. 

Nah para ibubapa, selamat melatih putera-putri kita  untuk ikut berpuasa selama bulan Ramadhan.

Keunggulan Peranan Masjid di sepanjang zaman

Saja ingin berkongsi artikel ini. Berkenaan peranan masjid yang kini hanya dilihat sebagai tempat ibadat shaja. Namun sebenarnya persepsi seperti itu perlu diperluaskan lagi seperti mempelbagai aktiviti lain termasuk sukan bagi mengajak masyarakat dan golongan remaja mendekati institusi tersebut. Dan masjid juga perlu mengadakan jaringan yang lebih baik dengan pelbagai jabatan dan bukan hanya tertumpu dengan Jabatan Agama Islam sahaja. Semoga institusi masjid akan sentiasa diimarahkan dan dijadikan tempat yang selesa serta minat dikunjungi semua anggota masyarakat, termasuk generasi muda. Saya juga berharap agar generasi muda akan lebih suka pergi ke masjid-masjid dari melepak, dan membuang masa.

Saya berkongsi artikel ini dari;

Prof. Dato Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abd. Majid

Pendahuluan:

Istilah "Masjid" berasal daripada perkataan arab "masjid" atau "masjad". Dari segi bahasa ia bererti tempat sujud. Berasaskan pengertian bahasa inilah perkataan tersebut digunakan sebagai nama bagi tempat kita melakukan solat. Kerana antara gerakan utama yang terdapat dalam solat itu ialah sujud.


Sujud bererti patuh dalam kategori nya yang tinggi sampai kepada tahap pengabdian. Kerana itulah "solat" disebut sebagai ibadat, iaitu suatu cara yang tertentu bagi melambangkan kepatuhan dan pengabdian seseorang muslim kepada Allah. Maka nya masjid itu memberi erti tempat umat Islam melakukan aktiviti bagi melambangkan kepatuhan dan pengabdiannya kepada Allah. Dalam pengertian lain, masjid adalah lambing kepada kepatuhan dan pengabdian umat Islam kepada Allah s.w.

Satu nama lain bagi masjid ialah "Baitullah". Dari segi bahasa ia bererti rumah Allah. Bagaimana pun penggunaan istilah ini tidak secara hakiki. Kerana Allah tidak memerlukan, malah tidak boleh dikaitkan dengan rumah. Dalam Islam, ungkapan "Allah" dalam konteks seperti ini biasa dimaksudkan dengan "Masyarakat". Jadi nya yang dimaksudkan dengan "Rumah Allah" atau "Baitullah" itu ialah "Rumah masyarakat", atau dalam istilah yang lebih semasa "Pusat komuniti"

Latar Belakang:

Bagi mengenali fungsi atau peranan masjid dalam Islam elok sekali ditinjau sedikit sebanyak tentang latar belakang pembinaan masjid itu sendiri dalam sejarah nya yang lama. Sehubungan dengan ini tiga masjid paling utama dalam Islam perlu diperkenalkan.

Ketiga-tiga masjid tersebut ialah Masjid al-Haram di Mekah, Masjid al-Aqsa di Baitul-Maqdis, dan Masjid Nabawi di Madinah.

Masjid al-Haram di Mekah juga masyhur dengan nama Baitullah al-Haram. Ia merupakan masjid yang paling awal sekali dalam sejarah manusia. Tujuan ia dibina ialah untuk menjadi pusat tumpuan manusia diseluruh dunia. Bagi memenuhi tujuan atau objektif tersebut ibadat haji disyariatkan. Bagi menjamin kejayaan ibadat haji Masjid al-Haram dan sekitarnya diisytiharkan sebagai kewasan kawalan (al-Haram). Konsep nya jangan ada sebarang kekacauan di situ supaya orang yang datang untuk mengerjakan haji tidak terganggu. Malah, kalau terjadi juga gangguan, para pengunjung yang terganggu itu tidak seharus nya melahirkan reaksi yang berlebihan.

Di bawah Syariat Nabi Muhammad s.a.w., ka'bah yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Haram ini dijadikan kiblat. Secara mudah, kiblat bererti lambang kesatuan ummah. Ini bererti, Masjid al-Haram dengan ka'bah nya merupaka lambang kesatuan umat Islam dan pusat tumpuan mereka dalam merialisasikan penghayatan kepada lambing berkenaan.

Masjid al-Aqsa yang terbina di Baitul Maqdis disifatkan oleh al-Quran sebagai dikelilingi oleh daerah-daerah yang diberkati oleh Allah. Daerah-daerah berkenaan merupakan pusat pertumbuhan tamadun, kerana di situ merupakan tempat kelahiran para nabi.

Masjid ini merupakan masjid yang kedua terbina, iaitu selepas Baiutlah al-Haram. Ia merupakan distinasi isra` dan tempat bermulanya perjalanan mi'raj Rasulullah s.a.w. ke langit. Masjid ini juga merupakan kiblat pertama umat Islam sebnelum ia nya dipindahkan ke ka'bah, iaitu selama enam belas bulan.

Masjid Nabawi di Madinah pula merupakan masjid yang ketiga terbina, iaitu selepas masjid al-Haram dan masjid al-aqsa. Pembinaanya berlaku sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. berpindah ke Madinah. Masjid ini merupakan lambang perjuangan menegakkan masyarakat dan Negara Islam.

Berasaskan kepada tradisi masjid-masjid inilah maka kemudiannya terbina masjid-masjid yang begitu banyak sekali bilangannya dalam sejarah Islam. Tujuannya ialah untuk menjadi pusat ibadat dan pusat perkembangan masyarakat. Kerana itu adalah menjadi amalan biasa dalam sejarah tamadun Islam, apabila sesuatu kawasan itu mahu dijadikan sebagai kawasan berpendudukan bangunan yang paling awal sekali dibina ialah masjid.

Peranan Masjid:

Berasaskan kepada huraian di atas, jelas sekali bahawa "masjid" berperanan sebagai pusat komuniti di mana masyarakat berkumpul bagi tujuan ibadat, iaitu pengabdian kepada Allah s.w. Bagi tujuan tersebut, berbagai-bagai program sentiasa diadakan . Dalam satu istilah, program-program ini biasa disebut sebagai "ta'mir" yang bermaksud "pengisian", iaitu mengisi wadah berkenaan dengan berbagai aktiviti yang boleh menjayakan fungsi nya yang telah ditetapkan.

Istilah "ta'mir" ini mempunyai konsep yang luas, seluas konsep ibadat itu sendiri. Ada yang bersifat tetap dalam keadaan mana sekalipun dan ada yang berubaha-ubah mengikut keperluan semasa. Antara program tetap ialah bersolat secara berkumpulan. Program seperti ini ada yang bersifat harian, iaitu solat jamaah lima waktu sehari, ada yang bersifat mingguan, iaitu solat jumaat sekali seminggu, dan ada pula yang bersifat tahunan, iaitu solat "jamiah" seperti solat hari raya secara beramai-ramai sebanyak dua kali setahun.

Dalam program harian kumpulan berkenaan bersaiz lebih kecil, iaitu merangkumi mereka yang tinggal bersekitaran. Kerana itu istilah yang digunakan ialah jamaah, yang bermaksud kumpulan kecil. Paling minimum dua orang dan boleh berlaku secara kumpulan demi kumpulan. Bagi menampung keperluan aktiviti seperti ini rangkaian sokongan ditubuhkan dalam bentuk surau, madrasah, musollah dan sebagainya, iaitu unit-unit sokongan masjid yang paling kecil. Malah di mana-mana sahaja perkumpulan seperti ini boleh berlaku; dirumah, diperjalanan, ditempat kerja dan sebagainya.

Dalam program mingguan, saiz nya menjadi lebih besar, sebab itu diistilahkan sebagai jum'at,iaitu kumpulan yang lebih besar dan komprehensif. Ia merangkumi para penduduk atau komuniti penempatan (mukim) yang lebih besar. Bilangan paling maksimum ialah 40 orang (mazhab al-Syafie) yang memenuhi syarat tertentu, dan hanya boleh berlaku dalam satu kumpulan sahaja dalam mukim berkenaan. Dalam perhimpunan yang melibatkan keseluruhan penduduk mukim ini Khutbah menjadi satu syarat. Konsep nya ialah penggarapan isu atau arahan mingguan oleh para pemimpin yang diberi gelaran sebagai Imam.

Dalam program tahunan saiz nya menjadi lebih besar lagi, sebab itu diistilahkan sebagai jami'ah, iaitu kumpulan yang benar-benar komprehensif, atau juga boleh disebut secara mudah sebagai Perhimpunan agong. Dalam kumpulan yang paling besar ini tiada pra syarat yang dikenakan. Bagaimana pun khutbah juga menjadi keperluan. Konsep nya ialah penggarapan isu atau arahan tahunan oleh para pemimpin yang diberi gelaran sebagai Imam.

Sementara program-program yang berubah-ubah pula ialah apa saja program yang ditentukan dari masa ke semasa oleh para penguasa masjid berkenaan. Secara umum nya ia merupakan usaha untuk menjadikan masjid berkenaan berfungsi dengan baik mengikut peranan sebagaim,ana yang tersebut di atas.

Masjid Sebagai Pusat Ibadat


Nyatalah bahawa masjid itu berperanan sebagai pusat ibadat. Bagaimana pun, ibadat itu konsep nya luas sekali, sama luasnya dengan ruang hidup manusia itu sendiri. Kerana itulah Allah s.w. menegaskan dalam al-Quran bahawa objektif penciptaan manusia ialah ibadah dan manusia tidak disuruh kecuali melakukan ibadah dengan secara ikhlas dan penuh pengabdian.

Ini bererti bahawa masjid boleh menerima apa saja program yang bertujuan baik bagi faedah umat manusia, asalkan saja bertujuan untuk merialisasikan kepatuhan kepada Allah s.w.
Sebagai pusat ibadat, masjid perlu bersih daripada sebarang kekotoran, baik yang bersifat fizikal (hissi) mau pun yang bersifat moral (ma'nawi). Kerana kebersihan merupakan salah satu keperluan dalam melakukan ibadat. Mengambil contoh solat, misal nya, kebersihan secara fizikal ialah orang yang mahu melakukan solat itu tidak boleh menanggong sebarang kekotoran, seperti najis dan sebagai nya. Sementara kebersihan secara moral pula ialah dia perlu bersih daripada hadas kecil dan hadas besar.

Kebersihan secara fizikal bagi sesebuah masjid itu lebih senang difahami dan direalisasikan. Begitu pun ia sentiasa tertakluk kepada pentafsiran yang berbeza-baza mengikut piawaian atau standard yang digunakan oleh orang yang berbeza. Berbeza dengan kebersihan moral atau spiritual yang tergolong dalam istilah ma'nawi sepertimana yang tersebut di atas. Sifat nya lebih abstrak dan lebih sukar samada untuk difahami atau direalisasikan. Antara contoh kebersihan secara ma'nawi ini ialah masjid perlu bersih daripada sebarang idea kotor yang bertentangan dengan semangat kesucian agama Islam sendiri, missalnya permusuhan terhadap sesiapa, rebutan kuasa di kalangan ahli masjid itu sendiri, penggunaan masjid untuk mencari faedah selain daripada keredhaan Allah s.w. dan sebagai nya.

Antara keperluan lain ialah suasana yang tenang, iaitu yang diistilahkan sebagai waqar. Sepertimana kebersihan, ketenangan juga boleh dilihat dari dua perspektif, iaitu fizikal dan moral. Secara fizikal nya tentu sekali perlu ada perbezaan di antara suasana sebuah masjid dan sebuah pasar raya atau pasar malam. Sementara secara moral nya pula perlu ada semangat atau spirit yang tinggi di kalangan para petugas untuk melayan para jemaah sebagai tetamu Allah.

Masjid Sebagai Pusat Perkembangan Masyarakat

Yang palin utama sekali dari perspektif ini ialah masjid perlu melambangkan perpaduan ummah bagi semua peringkat. Peranan ini telah dimainkan dengan jayanya oleh masjid al-haram apabila ka'bah menjadi kiblat sembahyang bagi semua orang Islam dan ia sendiri mendai pusat tumpuan dalam ibadat haji.

Untuk itu masjid perlu terbuka kepada semua umat Islam, tak kira bangsa atau kaum. Berasaskan kepada dasar ini tidak berbangkit soal masjid Melayu, masjid India atau masjid Cina yang cuba ditimbulkan oleh sesetengah pihak sekarang. Hakikatnya, masjid itu untuk semua oramng Islam tak kira siapa.

Satu keperluan lain di bawah dasar ini ialah masjid perlu bebas daripada apa saja sifat dan aktiviti yang memecahkan perpaduan ummah. Antara contoh nya ialah perlu tidak ada unsur monopoli dalam pentadbiran atau usaha mengimarahkannya . Satu contoh lain ialah ia perlu bebas daripada politik kepartian. Begitu juuga ia perlu mempunyai pristasi keagamaan yang tinggi supaya dihotmati oleh semua orang Islam tak kira siapa.

Satu keperluan lain bagi mendokong peranan ini ialah masjid perlu mengambil daya usaha dalam proses pembinaan social kearah mencapai keredaan Allah. Berasaskan kepada keperluan ini lahir istilah memasyarakatkan masjid. Malah ada orang menyebut memasjidkan masyarakat. Apa pun juga istilah yang digunakan, tujuannya ialah supaya masjid berjaya memainkan peranan nya sebagai ejen Pembina masyarakat di samping ejen-ejen lain, seperti keluarga, sekolah, media massa dan sebagai nya.

Peranan khutbah boleh dijadikan sebagai contoh bagaimana masjid perlu meletakkan diri nya pada kedudukan yang berjaya dalam proses sosialasi berkenaan. Sepertimana disebut di atas tadi, peranan sebenar khutbah ialah menjadi media bagi kegunaan para pemimpin (Imam) menyampaikan arahan atau permasalahan semasa kepada komuniti masjid berkenaan. Sehubungan dengan ini pujian perlu diberi kepada beberapa contoh baru para pemimpin kerajaan dan masyarakat serta juga para professional yang berusaha melayakkan diri sebagai khatib jemputan dalam tajuk-tajuk yang benar-benar berkaitan dengan kepakaran mereka.

Satu contoh lain bagi pelaksanaan peranan masjid dalam proses sosialisasi masyarakat ini ialah usaha menyediakan kemudahan pelajaran, sukan , rekriasi dan sebagai nya kepada generasi muda sebagai satu program serampang dua mata; bagi faedah anak-anak muda itu sendiri supaya lebih maju dan bagi faedah masjid juga supaya lebih menjadi pusat aktiviti.

Malah dalam keadaan yang tertentu masjid perlu berperanan menjadi pusat perlindungan bagi sesetengah kalangan yang sangat memerlukan. Bagi tujuan ini masjid perlu mempunyai asas kewangan yang kukuh.

Penutup

Sebagai penutup elok disarankan beberapa saranan berikut:

1. Pentadbiran masjid perlu dikuasai oleh gabongan mantap berbagai pihak dalam komuniti berkenaan.
2. Perlu diperkembangkan pengurusan secara professional bagi semua masjid, peringkat demi peringkat
3. Perlu mencari jalan yang paling baik dan berkesan bagi menegaskan kedudukan masjid sebagai zon bebas politik kepartian.

Wabillah al-Taufiq

Sahabat2ku.......