F

Wajib ada akaun SSPN syarat mohon PTPTN


Akhbar Berita Harian hari ini...citer pasal SSPN...bercerita pasal SSPN ini ank2 sy dh pun ada akaun ini....akaun buka kat agen SSPN Bank Rakyat bulan May 2011, dapat Kad PTPTN bulan July 2011....bpleh tahan lamanyer kn??? Teman sy lagi lama dari sy...sampai skrg pun belum dpt kad PTPTN tu...yg sedihnyer plak dh lah kad tunggu lama ada plak kesalahan pada kad ank kedua sy...kad org lain di hantar ke alamat sy...agaknya kad sy dihantar ke manalah agaknya??? Biasalah human error, kan??? Tapi yg jadi halnyer plak sy cuba mengubungi SSPN melalui talipon sampai la ni...talian taliponnyer tak berangkat...letih betul...sehingga ke hari ini sy masih belum mampu menghubungi pihak SSPN...pening kepala dibuatnya......Namun apa2 pun menabung ini mmg mesti digalakkan dari ank kita kecil lg...dpt duit raya ke duit lebihan sklhnyer terus aje masuk tabung............ insyaallah menjelang mereka dewasa dh banyaklah duit mereka, so kita tak perlulah susah2 lagi kan????.

MOHAMED KHALED  memukul gong sebagai tanda perasmian semula SSPN di Putrajaya, semalam.
MOHAMED KHALED memukul gong sebagai tanda perasmian semula SSPN di Putrajaya, semalam.
Galakkan budaya menabung di kalangan masyarakat 

PUTRAJAYA: Mulai tahun depan, semua pelajar yang ingin memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) diwajibkan memiliki akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan simpanan minimum RM20.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata syarat yang dikenakan semula selepas dimansuhkan pada 2009 itu untuk menggalakkan budaya menabung di kalangan masyarakat sebagai persediaan untuk anak mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Beliau berkata, sehingga kini SSPN yang dilancarkan pada 2004 merekodkan seramai 990,229 pendeposit dengan jumlah deposit terkumpul bernilai RM465.12 juta. 

“Jumlah itu termasuk seramai 482,346 pendeposit dengan jumlah deposit sebanyak RM130.04 juta yang dikumpul ketika peraturan ini dikuatkuasakan pada 2008 sebelum dimansuhkan setahun kemudian. 

“Pemansuhan pada 2009 itu berikutan tempoh 14 hari diperlukan untuk membuka akaun dengan ejen SSPN dan ia menimbulkan masalah pada pelbagai pihak,” katanya selepas majlis pelancaran semula SSPN di sini, semalam. 

Pada majlis sama, beliau turut menerima sumbangan korporat sebanyak RM250,000 daripada Kumpulan AmBank, Kuwait Finance House dan Malaysia Building Society Berhad bagi diagihkan kepada pelajar miskin dan kurang berkemampuan menerusi Unit Tanggungjawab Sosial Korporat PTPTN. 
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, pelancaran semula SSPN diharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menabung secara berterusan bagi tujuan pendidikan. 

Sehubungan itu, katanya, lima lagi institusi kewangan dilantik bagi mengendalikan urusan membuka akaun SSPN menjelang tahun depan iaitu Bank Rakyat, Agro Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Bank dan Bank Islam. 

Pendaftaran ini akan menggunakan konsep T + 1 bagi membolehkan pendeposit memperoleh nombor akaun SSPN serta-merta dan menyemak penyata akaun melalui laman web PTPTN sehari selepas akaun dibuka. 
0 Responses

Sahabat2ku.......