Bijak Berbelanja - Anda mampu mengubahnya
Salam ceria di pagi Jumaat .......alhamdullillah tak lama lagi kita akn menghadapi bulan Ramadhan yg mulia... bulan di mana kit membendung hawa nafsu kita sendiri.....syaitan mmg dh diikat tp nafsu kita, kitalah yg kena ikatnya sendiri kn....hehehehe...... Biasanya bermula bln Ramadhan membawalah ke bulan Syawal, kaum ibulah yg paling bz sekali......mcm2 bznyer...nk beramal tambah pahala lg....nk memasak, dn mcm2 lg...bln Ramadhan jgk byk bazaar Ramadhan...rambanglah bijik mata nk beli itu nk beli ini.....duit keluar aje...masuknyer skit keluarnya yg byk....apa-apa pun berbelanjalah dgn bijak....rasanya bln Ramadhan ni adalah satu bln yg sepatutnya ramai yg boleh menabung...sbb tak byk pakai duit kecuali nafsu kita yg minta dibelanja...hehehehe....Moga tip di bawah dpt memberi manfaat......insyaallah
Panduan mudah tetapi penting untuk menjadi pengguna yang bijak semasa berbelanja;
Sentiasa menyediakan senarai harga barangan yang hendak dibeli dan pastikan anda mematuhinya.
Jangan pergi berbelanja ketika anda tidak ada “mood”. Ini akan mendorong anda untuk membeli secara spontan (impulse) yang akan merugikan anda.
Sentiasa membandingkan harga dan kualiti dahulu sebelum membeli.
Jangan membawa terlalu banyak wang selain daripada yang diperlukan sahaja untuk membeli.
Sentiasalah memastikan dengan “cashier” dan resit belian anda untuk mengelakkan anda terlebih bayar (over-charged).
Janganlah berbelanja jika anda hanya ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran. Belilah apa yang anda perlukan sahaja.
Sentiasa membandingkan kos harga makanan berdasarkan kos satu unit mengikut berat, ukuran atau perkhidmatan daripada membandingkan mengikut satu bungkusan atau tin. Bawa kalkulator untuk memudahkan pengiraan anda. La ni x pyh bwk kalkulator besar2 sbb kat hp pun ada....
Jangan membeli makanan dalam tin yang telah kemek dan berkarat. Pastikan tarikh luput untuk makanan berkenaan.
Bacalah label dengan teliti, ketahuilah kandungan barangan itu, cara-cara penggunaannya dan bagaimana cara untuk menyimpannya.
Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah. Ambil kesempatan terhadap potongan harga dan diskaun yang ditawarkan.
Belilah barangan cukup untuk seminggu untuk mengurangkan perbelanjaan anda sentiasa berulang-alik ke kedai.
Jangan membeli hanya berdasarkan jenama, terutama membeli barangan import yang dianggap“branded goods”. Belilah barangan yang berkualiti. Belilah barangan buatan Malaysia. Promote skit barangan Malaysia..... Berbangga menjadi warga Malaysia...hehehehe....
Jangan terpengaruh dengan iklan.
Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit. Ini menggalakkan anda berhutang.
Hanya berbelanja berdasarkan kemampuan anda dan kepentingannya.
Insyaallah....kalau tip ini diikuti bulan ni byk lah duit tabungan kita kn.....